
Mohammad Nizar mencabar Zambry supaya membubarkan dun sekiranya beliau yakin mendapat sokongan melayu dan bukan melayu.
Macam kata S. Samy Vellu , Zambry akan mendapat sokongan kaum India dengan mengamalkan budaya kerja yang tidak berat sebelah. Kaum India dah mula menerima Zambry kata Samy Vellu...jadi kalau berani Zambry harus membubarkan dun biar rakyat jadi penentu.
Seperti ramalan banyak pihak sebelum ini, adakah Zambry akan membubarkan dun bulan March ini....?
Dan bagi teman , teman tak percaya yang Zambry akan membubarkan Dun. Kerana bagi teman mereka kini dalam keadaan yang cukup selesa, tanpa sebarang ganggu daripada Pakatan Rakyat.
Tugas PR selepas ini, PR harus memastikan setiap ahli harus didaftarkan sebagai pemilih kerana ramai lagi yang tidak mendaftar.
Tugas Pemuda PAS dan AMK serta Pemuda DAP...cari pengundi muda, beri penerangan yang jelas serta matlamat sebenar Pakatan Rakyat. Jangan tinggalkan anak-anak muda. Dan sudah pastinya, UMNO akan membuat sesuatu untuk mengekalkan kemenangan hari ini.
Walaupun kemenangan Zambry adalah disebabkan Mahkamah, sudah pasti mereka tidak akan duduk diam.
Salam,
BalasPadamMatlamat menghalalkan cara..Cakap la macammana pun dosa,kuasa rakyat dan segala mak nenek pun depa dok kata rakyat sokong depa juga...
Bhai Perakkume,
BalasPadamsori la... PRU13 tak akan ader punya.. sebab dah tak perlu ader PRU dah... nak pilih ADUN, Ahli Parlimen semua boleh guna saluran mahkamah...
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot