Pengikut

Ahad, 28 November 2010

KEPUTUSAN RASMI MPP


TIM PRESIDEN:AZMIN ALI
NAIB PRESIDEN: NURUL IZZAH , MANSOR OSMAN , TIAN CHUA ,FAUZIAH SALLEH
MPP:
20. CRISTINA LIEW
19. MUSTAFFA KAMAL YUSUF
18. S.MANIKUMAR
17. YUSMADI YUSUF
16. DR MR SUNGAM
15. SHUHAIMI SHAFII
14. KESAVAN
13. LATIFEAH KOYA
12.  ISMAIL YUSUF
11. SITI AISHAH
10. ROLAND CHIA
9. ZAKARIA ABDUL HAMID
8. FARIS MUSA
7. HANIZA TALHA
6. ABDUL RAHMAN YUSOF
5. JOHARI ABDUL
4. KHALID JAAFAR
3. HEE LOY SIAN
2. BADRUL AMIN
1. ELIZABERT WONG

DR SYED HUSIN ALI CENSELOR UNISEL

DR Syed Husin dicadangkan sebagai Censelor UNISEL ganti Rosmah

Sabtu, 27 November 2010

PERAK NEWS: JPP JAWABLAH PERSOALAN INI-UST ZULKIFLI

Seorang perwakilan Kongres PKR mengemukakan soalan bertalu-talu kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) berhubung isu yang berkaitan dengan pemilihan parti itu.

Perwakilan Perak Zulkifli Ibrahim antaranya mempersoalkan sama ada badan pentadbir pemilihan langsung itu diberi kuasa penuh tanpa diganggu oleh mana-mana pihak.

Ketika membahaskan ucapan dasar presiden, Zulkifli juga mempersoalkan kelayakan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution membuat kenyataan berhubung berhubung pemilihan bagi pihak pengerusi JPP Dr Molly Cheah.

"Adakah benar, kadang-kadang pengerusi JPP tidak diberitahu ketika sesuatu pengumuman dibuat di akhbar?

"Adakah kuasa yang diberikan kepada ahli JPP membuat sesuatu keputusan sendiri tanpa merujuk kepada pengerusi dan ahli JPP yang lain, contohnya dalan kes Hulu Selangor?

"Betulkah setiap aduan dan bantahan oleh pengadu disiasat dan atau hanya dibuat keputusan di atas meja semata-mata?" soalnya bertalu-talu sambil disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Zulkifli yang juga Ketua PKR cabang Tambun berkata, beliau sendiri sudah tiga kali menghantar bantahan kepada JPP tetapi belum pasti sama ada ia disiasat.

Beliau terus bertanya, sama ada benar JPP tidak cukup tenaga untuk membuat penyiasatan dan adakah aduan yang belum selesai akan diteruskan siasatan selepas kongres tamat.

Sementara itu, seorang lagi wakil Perak yang berucap tidak lama selepas itu M Thinagaran turut menyentuh perkara yang sama, tapi dengan nada berbeza.

"Ia (pemilihan) sepatutnya lancar. Saya tak tahu di mana salah dan silap hingga tiba-tiba diseret ke mahkamah bagi mendapatkan (perintah) injunksi," kata Thinagaran.

Mengakui percaya pada ketegasan parti, beliau menegur cara penyampaian maklumat dalam PKR, antaranya penggunanaan istilah yang "elit" dan masalah komunikasi.

"Cuba guna perkataan yang mudah difahami. Perkataan trojan horse (musuh dalam selimut) contohnya, apa itu trojan horse?

"Rakyat tak faham istilah ini. Kita kena perkataan yang biasa untuk menjelaskan apa yang cuba dimaksudkan."

PRESIDEN TOLAK KETUA UMUM PKR

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpendapat, jawatan ketua umum yang disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang juga suaminya - tidak perlu 'dirasmikan' buat masa ini.

"Saya hormati usul Ketua Wanita untuk merasmikan jawatan itu. Tetapi buat masa ini tidak perlu. Anwar melakukan kerjanya sebagai ketua umum, juga memimpin Pakatan Rakyat...

"Buat masa ini semuanya bergerak lancar. Tidak perlu pertukaran. Ia hanya satu cadangan dan masih boleh diperdebatkan," katanya.sini

KONGRES PKR: DISEBALIK BAJU HITAM

Di sebalik kegagalan protes kumpulan "baju hitam" di Kongres Pemuda dan Wanita PKR semalam, asakan terhadap jawatankuasa pemilihannya berterusan apabila banyak risalah dan kain rentang mempersoalkan perjalannya muncul.

Risalah tersebut dikesan ditabur di sekitar Dewan Sivik Majlis Bandaraya MBPJ Petaling Jaya - tempat kongres nasional PKR berlangsung - sehingga ke kompleks membeli-belah Amcorp, berdekatan Jalan Sultan dan Jalan Barat.

Kelihatan beberapa kain rentang digantung, antaranya bertulis "We demand reform" (kami tuntut reformasi) dan "Reformasi dan keadilan 'tersangkut' akibat kronisme".

Turut dikesan risalah yang menggunakan susun letak hampir sama dengan akhbar organ parti Suara Keadilan dengan paparan muka depan berjudul "Kotor, tidak adil dan salah guna kuasa'.

Memuatkan gambar perhimpunan bantahan bekas setiausaha PKR P Jenapala di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebelum ini, risalah bersaiz tabloid itu mendakwa "aktivis reformasi" kecewa dengan sikap pucuk pimpinan yang dikatakan mementingkan pangkat dan kedudukan selesa di sisi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Risalah empat muka surat itu mendakwa, pemimpin PKR tidak bersungguh-sungguh menangani permasalahan yang dibangkitkan dan hanya melepaskan batuk di tangga dan sekadar menyapunya di bawah karpet.

"Gesaan agar JPP diperkemas tidak dipedulikan. Desakan supaya pemilihan ditangguhkan juga dibakulsampahkan," laporan itu dipetik.

Bagaimanapun, tidak pasti pihak mana yang bertanggungjawab mengedarkannya.

Menyenaraikan 10 dakwaan penyelewengan, risalah itu - Suara Reformasi - turut memuatkan gesaan calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim supaya Anwar dan Naib Presiden Azmin Ali berundur daripada parti.

Dimuatkan juga dakwaan kritikan Jenapala dan calon Ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin berhubung perjalanan pemilihan langsung kali pertamanya.mkini

KONGRES PKR: MEREKA YANG MENUNTUT KEADILAN


Mereka yang menuntut keadilan dalam PKR telah berdemo pagi ni dihadapan pintu masuk Dewan Sivik. Mereka menuntut keadilan....

Jumaat, 26 November 2010

EZAM KETUA PENERANGAN UMNO SELANGOR

Senator Ezam Mohd Nor yang menyertai Umno pada Jun 2008 pula akan mengisi jawatan ketua penerangan Umno negeri yang dikosongkan oleh Abdul Shukor.

Ketika diminta mengulas desas-desus yang disiarkan blog berkenaan, Abdul Shukor berkata perkara itu masih belum disahkan lagi.

Jelasnya, perkara itu itu hanya akan disahkan dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu yang dijadualkan pada petang ini.sini

DR SYED: SAYAKAH PUNCA KEKECOHAN?

Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali berkata sekiranya beliau tidak mempertahankan jawatannya, kekecohan dalam pemilihan parti mungkin berlaku seandainya "pelakon utamanya" serupa.
"Ada kawan-kawan berkata inilah sebenarnya punca kekecohan yang berlaku dalam pemilihan parti.

"Saya percaya jikalau saya pertahan jawatan pun, kekecohan mungkin berlaku juga seandai pelakon utamanya serupa," katanya.

Dr Syed Husin menjelaskan, keputusannya tidak mempertahankan jawatan dibuat adalah pilihan sendiri.

"Ini hasil pilihan saya sendiri. Saya telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari jawatan timbalan presiden. Bukan ketua umum, bukan Azmin Ali," katanya sewaktu menyampaikan ucapan perasmian bagi Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR (AMK).

Dalam ucapannya, beliau berasa gembira berbaur sedih kerana menyampaikan kerana ini ialah kali terakhir beliau berucap untuk merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda.

KONGRES AMK&WANITA: KATA DR SYED

Organisasi Wanita lebih mantap daripada AMK..AMK terlalu lemah dicabang..beliau mengharapkan AMK akan lebih baik dibawah kepimpinan baru. Ketepikan sebarang kemelut yang berlaku sekarang ini.Adalah lebih baik jika saling bekerjasama bukannya menghentam dan membuat sebarang tuduhan satu sama lain.

Memburukan parti melalui media massa adalah satu tindakan yang tidak bijak dan itu adalah satu pelanggaran dispilin yang ketara. Tindakan harus diambil kepada mereka.

KONGRES AMK & WANITA


Kongres AMK dan Wanita sedang berlangsung di Dewan Sivik PJ..YB Senator Dr Syed Ali akan merasmikan Kongres AMK & Wanita buat kali terakhir sebagai Timbalan Presiden PKR sebelum melepaskan kepada YB Mohd Azmin Ali. Seorang pejuang yang begitu kental dalam menempuh perbagai rintangan dalam dunia politik tanahair.

Selasa, 23 November 2010

KERANA ANUGERAH MANUSIA..?

 

Jangan mengaku beriman kalau takut di uji. :) kenapa kita di uji? sebab nak tengok layak tidak dapat "anugerah" manusia cemerlang insan gemilang.hihi. hidupi ini ibarat TEMUDUGA sebelum mendapat JAWATAN TETAP disana kelak :) mulia atau hina adalah pilihan kita tau.... sini


DAP..PAS TAKUT PADA ANWAR?


Umno mendakwa sikap berdiam diri PAS dan DAP terhadap kepincangan yang berlaku dalam PKR membuktikan parti komponen Pakatan Rakyat itu seolah-olah tidak berani untuk menegur Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertindak selaku ketua pembangkang.

Ia ekoran daripada pemilihan PKR 2010 yang baru sahaja menutup tirainya kelmarin yang mana banyak aduan dan kepincangan yang berlaku sepanjang tiga minggu pemilihan tersebut dijalankan.

Malah tindakan bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim yang mengambil keputusan untuk keluar parti membuktikan kepincangan yang berlaku adalah serius.
Menurut Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, tindakan pemimpin PAS dan DAP yang masih berdiam diri mungkin disebabkan mereka “tidak berani” untuk menegur Anwar.

“Bagi saya mungkin ada dua sebab kenapa pemimpin PAS dan DAP tidak mahu menegur masalah yang berlaku dalam PKR.
“Yang pertama mungkin mereka rasakan masalah itu boleh diselesaikan dengan baik dalam PKR.

“Dan, yang kedua mungkin pemimpin PAS dan DAP tidak mahu tegur Anwar Ibrahim, mungkin mereka tidak berani tegur ketua pembangkang,” katanya.

Beliau berkata, dakwaan tersebut mungkin ada kebenaran kerana sehingga kini masih tiada kenyataan pemimpin PAS dan DAP meminta PKR menyelesaikan masalah yang berlaku dalam parti itu.

“Saya rasa ia ada kemungkinan juga sebab kita lihat mana ada kenyataan daripada pemimpin PAS dan DAP minta PKR selesaikan masalah yang berlaku.

“Nak selesaikan masalah macam mana? Kalau sudah ada bukti bahawa PKR yang selama ini kononnya memperjuangkan keadilan tidak berbuat demikian.

“Bukti ini ditunjukkan melalui ahli-ahli PKR yang membuat bantahan.

“Jadi pemimpin PAS dan DAP mungkin terkejut dengan apa yang berlaku dalam PKR, mereka tidak boleh buat apa-apa,” katanya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga meminta Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan masalah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.

Sebaliknya Ahmad berkata, biar rakyat sahaja yang membuat keputusan tentang masalah yang berlaku dalam PKR.

“Bagi BN, kita jangan jadi kuat dek kerana kelemahan orang lain, kita kena jadi kuat dengan kekuatan sendiri. Sebelum ini saya pernah cakap bahawa BN kena kuat dengan kekuatan sendiri bukan kerana kelemahan pihak lawan.

“Kalau apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat itu, biarlah... sama ada ia nak rosak atau rebah biarkan sahaja. Kita jangan peduli.

“Jadi permintaan saya, rakyat lihatlah sendiri apa yang berlaku. Adakah rakyat mahu terima parti seperti PKR ini?,” katanya.

Bagaimanapun pandangan Ahmad itu diketepikan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang berkata, parti Islam itu tidak menegur PKR kerana menghormati dasar perjuangan mereka.

“Kita ada etika dalam persahabatan, ia adalah masalah rumah tangga masing-masing.

“Apa pun yang berlaku kita hormati cara mereka, jika ia berlarutan kita mungkin akan bincang dalam mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini berkata, sekiranya mahu menegur PKR pihaknya akan menggunakan saluran yang betul bukan secara terbuka.

“Jadi tidak perlu untuk kita beri pandangan secara terbuka, kita akan gunakan saluran yang sepatutnya.

“Saya percaya masalah ini akan selesai selepas pemilihan PKR tamat, kita tidak akan serang parti komponen secara terbuka,” katanya.

Salahuddin juga menafikan bahawa PAS tidak menegur PKR kerana “takut” kepada Anwar.

“Takut kepada PKR? Tidak... saya rasa Ahmad Maslan juga tahu perkara ini, dalam BN sendiri parti komponen tidak menyerang secara terbuka.

“Malah kita juga tahu masalah yang berlaku dalam BN lagi teruk, sampai sekarang masih belum diselesaikan,” katanya.
Bagaimanapun, Penasihat DAP Lim Kit Siang enggan memberikan sebarang komen mengenai dakwaan terbaru Umno itu.

“Saya tidak mahu komen mengenai perkara itu.
“Apa yang Ahmad Maslan nak katakan biarlah,” katanya. sumber

JANGAN PERCAYA ANWAR

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pihak luar semakin tidak percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dengan itu kerajaan tidak perlu bimbang dan menghalangnya daripada ke luar negara bagi mengelak ketua pembangkang itu daripada terus menghina Malaysia.

Lagipun, kata bekas Perdana Menteri, jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan.
"Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini.

"Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di Kemaman hari ini. :TUN M

LAYANNNNNN...JGN PEDULI APA ORANG NAK KATA

PEMBERSIHAN PENGKHIANAT DALAM PKR

Pemenang kerusi Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berikrar untuk membersihkan parti itu daripada "pengkhianat" ekoran tindakan dalam pemilihan dua bulannya yang mencemarkan imej parti di mata awam.

Bercakap kepada parlimen di lobi Parlimen, Azmin kanan - kini masih naib presiden - berkata, "pembersihan" itu akan bermula serta-merta selepas kongres PKR Ahad ini.

Beliau mendesak anggota parti pimpinan Datuk Seri Anwar dan isterinya itu membangunkan "prinsip kesetiaan" demi memastikan semangat reformasi tidak diketepikan dalam parti itu.

"Apabila pemimpin bersifat khianat, bukan sahaja parti akan tercalar malah tamadun sendiri boleh tumbang.

"Cuba lihat di Perak. Apabila ada dua pengkhianat, bukan sahaja parti retak, malah negeri juga tumbang kepada BN," kata Azmin.

Katanya, parti mesti menginstitusikan latihan bagi menghasilkan kesetiaan dan menyerapkan ideologi parti kepada akar umbi.

PERKARA YANG DIADU KEPADA PRESIDEN

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:
  • Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".
  • Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).
  • Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.
  • Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.
  • Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".
  • Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.sini

Isnin, 22 November 2010

PERAK NEWS: YB YUNUS LETAK JAWATAN?

AMK BAGAN DATOH mengucapkan jutaan terima kasih sepanjang YB YUNUS menerajui AMK NEGERI PERAK sejak 2 tahun yang lalu. petang ini beliau akan mengumumkan pengunduran beliau sebagai peneraju AMK bagi memberi ruang dan peluang kepada pemimpin dibawah umur 35 tahun seterusnya memfokus kepada persediaan PRU 13.



Walaupun banyak liku2 dan cabaran sepanjang 2 tahun ini bagi melaksanakan tanggangjawabnya, beliau tabah dan sabar mengharungi segala badai yang melanda......


Beliau perlu dijadikan contoh dan ikon bagi anak muda terutamanya negeri perak. Besar harapan AMK BAGAN DATOH agar beliau akan menjadi mentor kepada AMK walaupun tanpa sebarang jawatan.


Diharap selepas ini sesiapapun yang bakal menerajui AMK PERAK akan terus menyumbang khudrat dan tenaga untuk merealisasikan AMK sebagai sayap parti yang disegani samaada pihak lawan mahupun kawan. AMK BAGAN DATOH juga berharap agar pihak MPN PERAK memberi kerjasama yang baik dan melihat organisasi AMK mempunyai peranan yang penting dalam agenda memperkasakan PARTI KEADILAN RAKYAT di negeri PERAK khususnya.


Kepercayaan dan keyakinan yang tinggi diperlukan dari MPN PERAK khususnya untuk memberi ruang dan peluang kepada AMK PERAK selepas ini bagi membuktikan kemampuan sayap kanan parti ini.

Kepada semua ahli AMK teruskan perjuangan..... tidak perlu takut dan terpengaruh dengan agenda2 jahat dari pihak yang kecewa(yang mendapat bantuan MEDIA ARUS PERDANA) lawan tetap kawan(selepas pemilihan 2010)........ kita haruslah dilihat sebagai satu organisasi yang mampu merubah MALAYSIA dan memberi impak yang besar dalam tsunami politik masa kini.....



KETUA AMK
CABANG BAGAN DATOH

MERAYU DAN MERAYAU

Buat sidia...janganlah sampai merayu dan merayau...
ketagih sangat dah kot..???

AGENDA ROSMAH BUATKAN MUHYIDDIN JADI SEMAK...

Hatinya berdebar-debar...

Ahad, 21 November 2010

PERAK NEWS: JANGAN FITNAHKAN BERITA INI

Makluman Segera dan Benar

Arahan PENANGGUHAN program Penerangan bersama Datuk Seri Anwar dan Sdr Saifuddin Setiausaha Agung telah diterima daripada pihak Pejabat Datuk Seri melalui Sdr Rafizi Ramli staf Pejabat Ketua UMUM pada jam 2.00 petang tadi, BUKAN kerana penolakan atau pembatalan daripada Hj Mustaffa Kamil Ayub Pengerusi PKR Perak.
Sebarang lain-lain sumber berkaitan tentang program tersebut adalah satu pembohongan.


Sdr Anuar b Zakaria
Setiausaha PKR Negeri Perak

ANWAR AZMIN UNDURLAH-AHLI DAH MUAK


Anwar, Azmin undurlah segera..ahli PKR menolak kepimpinan anda berdua..? demo yang berlaku malam tadi di Dataran Shah Alam.
 ------------------------------
Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata, beliau yakin Azmin Ali mampu menang dalam perebutan kerusi nombor dua parti itu walaupun sekiranya Datuk Zaid Ibrahim tidak menarik diri sebelum ini.

NONE "Saya rasa dia (Azmin) boleh menang. Saya percaya kalau Zaid masuk pun, dia (Azmin) boleh menang.

Saya percaya Zaid pun tahu, kerana dia tahu trend pencalonan.

"Tapi bila kita tahu, (sepatutnya) jangan memburukkan parti. Kenapa salahkan orang sahaja," katanya.

Dr Syed Husin berkata, sewaktu membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang, persaingan bagi mengisi kekosongan itu memang sudah dijangkakan.

Bagaimanapun, tambahnya, "tak sangka menjadi teruk sehingga ada pihak yang mengecam dan memburukkan parti dan pimpinan dengan bekerjasama dengan pihak luar yang memusuhi parti".sini

PESANAN KETUA UMUM

Dalam memberi ingatan dan semangat kepada ahli, dalam menerima kerenah dan serangan musuh, Anwar mengingatkan ahli PKR hendaklah tidak terlalu mengambil kira serangan musuh dan tidak perlu mudah gelabah.

"Kita diserang bukan sekali, malah lebih satu dekad dulu. Sepatutnya kita sudah tidak mudah gelabah lagi," kata Anwar. Mana-mana pemimpin yang mudah cemas dan tidak mampu untuk menangkis serangan musuh, mereka hndaklah berundur dan berilah atau memberi peluang kepada yang lebih bersedia dan mampu," tegas Anwar.


Anwar juga begitu emosi dalam memberi ingatan keras kepada mana-mana pemimpin yang tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak mempunyai keyakinan dengan pejuangan membela rakyat agar berundur untuk tidak menimbulkan masalah kepada parti.sini

Sabtu, 20 November 2010

PENGERUSI PKR PERAK MERAJUK DENGAN KETUA UMUM?


Call tak jawab, sms tak berreply! hahaha..pemimpin berjiwa besar merajuk..hihihi...macam bebudak..

Pejabat Ketua UMUM mohon adakan satu pertemuan dengan AJK PKR Perak pada 22hb ni, tapi sehingga jam ini,Pengerusi PKR Perak masih belum mahu melayan permintaan daripada Pejabat Ketua UMUM. 
 

Jumaat, 19 November 2010

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN-ANDA TIDAK AKAN SAKSIKAN DIMANA-MANA LAGI LEPAS NI





SATU DAH BEKAS..SATU LAGI BILA NAK JADI BEKAS?


Datuk Zaid kini adalah BEKAS AHLI PKR...Mustaffa bila pulak akan ikut jejak Datuk Zaid..?

Elok la berambus !!!...semak dan menyemakkan PKR Perak..
Buat aduan sebab kalah di Pasir Salak..hahaha..lawak..lawak! 

Kempen managernya kata..penyokong dan pencadang Hj Osman (Ketua Cabang Pasir Salak) bukan ahli PKR hahaha..lawak..lawak..! 
Teman cadangkan Mustaffa keluar PKR dan tubuh Parti baru juge..menang atau kalah boleh jadi MB Perak...hahaha..lawak...lawak!

Khamis, 18 November 2010

PARTI KEADILAN UNTUK ZAID....?

Selamat datang ke "Parti Keadilan Untuk Zaid"...tubuh parti baru kerana kecewa dengan PKR..tubuh parti baru sebab tak dapat jadi Timbalan Presiden..itulah Presiden Parti Keadilan Untuk Zaid..

Selasa, 16 November 2010

MP PKR AKAN KELUAR JUGAK KE..?

Zaid keluar PKR...? berapa MP PKR yang akan ikut sama...?

Selamat Hari Raya Korban untuk semua...perjuangan menentang UMNO dan BN perlu pengorbanan..

Ahad, 14 November 2010

SMS YANG BARU DITERIMA

Sms yang baru diterima:


"Pemimpin dan Anggota Parti yang kritik parti di media-media yang jelas mahu merosakkan parti dipersilakan keluar daripada parti dengan segera kerana kami cuma mahu mereka yang komited dengan perjuangan sahaja dan bukan membawa agenda peribadi. Bagi meneruskan agenda menuju ke Putra Jaya dan bagi mengahadapi PRU akan datang.Jangan makan darah kami. Our struggle is not for fun!"

SIFAT HJ MUS- DENGKI,BUSUK HATI DAN RETORIK

 Pemilihan MPP di Cabang Pasir Salak,terpaksa dibuat dibawah pejabat apabila bekas Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak Hj Mustaffa Kamil Ayub yang juga calon Timbalan Presiden tidak membenarkan pejabat itu digunakan sebagai pusat pemilihan MPP. 


Menurut kata Ketua Cabang Pasir Salak Hj Osman Abd Rahman(Calon MPP), salah seorang bekas AJK Cabang telah menghantar sms pada jam 12.45 pagi(Sabtu) memaklumkan kepada beliau bahawa tidak dibenarkan menggunakan pejabat untuk tujuan pemilihan atas ARAHAN HJ MUSTAFFA KAMIL AYUB.Bagi menyelesaikan situasi itu, Ketua Cabang terpaksa menyewa 3 buah khemah secara tergesa-gesa bagi mengelak timbul sebarang masalah.


Ternyata perasaan dendam dan iri hati masih tebal dalam diri Mustaffa.Layakkah beliau untuk diangkat sebagai Timbalan Presiden..? 

Alasan yang beliau berikan, tuan empunya rumah kedai tersebut tidak beri kebenaran..? Ye ke tuan kedai tak bagi kebenaran..? mengapa masa pemilihan cabang tidak timbul sebarang masalah..!  

Ketika pemilihan cabang di Pasir Salak yang lalu, semasa ucapan aluan, beliau telah menyatakan kepada ahli-ahli yang hadir supaya memilih beliau sebagai Ketua Cabang kerana beliau adalah bakal Menteri Besar Perak sekiranya PR kembali memerintah negeri. 

Itu belum cerita bagimana beliau berjumpa Datuk Seri Anwar bersama-sama YB Yunus, Jamal dan Osman dan menuntut supaya beliau dilantik sebagai MB Perak (walaupun kalah) semasa PR menubuhan Kerajaan Negeri Perak waktu itu. Belum bertanding dah mengaku sebagai MB Perak..Sedarlah wahai Hj Mus..ahli cabang menolak kamu mentah-mentah.


Kalau berceramah,bercakap soal Islam dialah NO 1, tapi sifat yang ada dalam diri beliau tidak pernah beliau muhasabah.

 Ahli sedang mengundi diluar pejabat

 Pegawai JPP

 Peti Undi( bersebelah bengkel motosikal)

Pintu masuk pejabat cabang yang dikunci

Sabtu, 13 November 2010

PERAK NEWS: HARI-HARI TERAKHIR DI PERAK

Hari ini 7 Cabang terakhir di Perak menjalankan pemilihan..parsaingan tertumpu kepada jawatan Timbalan Presiden..Hj Mus dijangka akan dapat undi yang banyak hari ini, dan mungkin meninggalkan Azmin..

Jumaat, 12 November 2010

YANG HANG PI RUMAH DIA BUAT APA..?

KATA-KATA MUSTAFFA : Beliau juga mendakwa akhbar Berita Harian melakukan kesilapan dalam keterangan gambar yang bertulis "Mustaffa Kamil (kiri) dan Zaid menunjukkan memorandum mendesak Anwar dan Azmin supaya berundur, pada sidang media di kediaman Zaid di Kuala Lumpur, semalam".

"Saya membantah sekeras-kerasnya laporan yang salah di dalam caption gambar tersebut kerana memorandum yang ditunjukkan di dalam gambar tersebut bukan sama sekali untuk mendesak Datuk Seri Anwar dan Sdr Azmin berundur.

"Sepertimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, memorandum yang saya hantar pada 9 November 2010 tersebut adalah untuk meminta pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan Keadilan 2010 dan kandungannya diketahui oleh Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah.

"Sidang media memaklumkan penyerahan memorandum mengenai JPP dihadiri oleh Datuk Zaid dan setelah selesai, saya meninggalkan sidang, yang kemudian diteruskan oleh Datuk Zaid tanpa kehadiran saya," tegasnya.

Bagaimanapun, sehingga ini, Mustaffa masih belum menyentuh tentang kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada ibupejabat PKR.

Khamis, 11 November 2010

48JAM TELAH TAMAT, APA TINDAKAN PENDEKAR MELAYU?

Masa yang diberikan kepada JPP oleh Calon Timbalan Presiden yang juga Pengerusi PKR Perak, Tuan Haji Mustaffa Kamil Ayub telah pun tamat,jadi apa tindakan drastik yang beliau akan lakukan..?

Dan berita yang terkini, beliau telah pun menyatakan sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim, walaupun sebelum itu beliau bersama Zaid telah menghentam DS Anwar serta parti. 

Bila tersepit..macam tu lah keadaannya..mus..mus

KENYATAAN KUMPULAN GABUNGAN ANTI ANWAR,AZMIN

KENYATAAN MEDIA
GABUNGAN 10 Nov 2010
CABANG-CABANG PARTI KEADILAN RAKYAT
YANG PRIHATIN



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Isu manipulasi serta penyelewengan pengurusan pemilihan pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang diadukan kepada Presiden semalam, oleh Naib Presiden , Sdr. Mustaffa Kamil Ayub yang juga calon jawatan Timbalan Presiden, harus diambil berat oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kewibawaan parti terus terpelihara. Siasatan segera harus dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat bagi menjawab aduan yang disampaikan oleh Sdr. Mustafa Kamil dan juga oleh beberapa pihak yang lain sebelum ini.
Sistem dan Proses Pemilihan Pimpinan Pusat harus dipastikan Bersih, Bebas dan Adil .

Adalah tidak wajar jika terdapat mana-mana pihak khususnya Ahli JPP dan juga Petugas Pemilihan dilihat berpihak kepada calon-calon tertentu dan terlibat memanipulasi serta menipu undi. Fenomena tersebut telah dikesan berlaku di dalam beberapa insiden sebelum ini yang mana turut di adukan oleh Sdr. Mustafa Kamil dan juga ahli yang lain kepada JPP dan juga kepada sekretariat parti.

Oleh itu adalah amat wajar sekali Pucuk Pimpinan Parti dengan segera mengarahkan siasatan terhadap aduan dan sementara menantikan hasil siasatan dan tindakan susulan, maka Proses Pemilihan yang sedang dilakukan sekarang ini harus segera ditangguhkan. Kami sebagai pimpinan akar umbi KEADILAN tidak dapat menerima hakikat wujudnya walaupun satu penipuan atau penyelewengan di dalam proses pemilihan pimpinan parti , yang akan diberi amanah memimpin parti dan rakyat seluruhnya di masa akan datang.
Dari kami:-


Ketua Cabang Putrajaya
Ketua Cabang Tampin
Ketua Cabang Telok Intan

Ketua Cabang Rompin
Ketua Cabang Temerloh

Ketua Cabang Pensiangan
Ketua Cabang Petaling Jaya Utara

Ketua Cabang Sg Siput
Ketua Cabang Sembrong

 Ketua Cabang Maran
Ketua Cabang Kuala Pilah

Ketua Cabang Tambun
Ketua Cabang Paya Besar

Ketua Cabang Jerantut
Ketua Cabang Bagan Datoh

Ketua Cabang Bagan Serai
Ketua Cabang Bentong

Ketua Cabang Tapah
Ketua Cabang Keningau

Ketua Cabang Kuala Kangsar
Ketua Cabang Tanjung Malim

Ketua Cabang Kota Kinabalu
Ketua Cabang Ipoh Barat

Ketua Cabang Seremban

Selasa, 9 November 2010

CALON NAK KALAH RIUHKAN KAMPUNG

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR.

Sekali gus, beliau menyisihkan dakwaan dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini bahawa lebih banyak aduan dibuat terhadap perjalanan pemilihan PKR.



"Di tengah hiruk pikuk ini, jawatankuasa pemilihan pusat hanya terima enam aduan secara rasmi.

"Kenapa masih riuh di luar sedangkan hanya enam aduan diterima," kata Saifuddin  dalam sidang media di ibu pejabat parti itu petang ini.

Jelasnya, tiga daripada aduan tersebut masing-masing diterima dari Pulau Pinang, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Katanya, pemilihan juga akan diteruskan di sebanyak 133 cabang lagi.

SAYA SEDIA BERUNDUR...TAPI..?-DSAI

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesanya supaya berundur sebagai Ketua Umum PKR mungkin ada kaitan dengan 'kempen bersepadu' untuk mencemarkan nama baiknya sebagai Ketua Pembangkang.

"Saya tidak tahu ini sebahagian daripada kempen itu. Saya tidak tahu tetapi memang ada usaha bersepadu untuk singkirkan Anwar.”

Katanya, jika ada desakan daripada Pakatan Rakyat menuntut beliau mengundurkan diri, beliau mungkin mempertimbangkannya.

Namun, Anwar berkata beliau tidak akan melayan serangan daripada luar parti dan mereka yang tidak dapat menerima kekalahan.

Utusan baru-baru ini menyiarkan artikel yang memetik Mohd Asri menggesa Anwar dan semua pemimpin “dinosaur” PKR supaya meninggalkan gelanggang politik.

"DEMI MEMPERTAHANKAN PRINSIP KEADILAN"

Calon timbalan presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub memberi amaran pihaknya akan mengambil yang lebih tegas 'demi mempertahankan prinsip keadilan' sekiranya desakan supaya pemilihan PKR 2010 diberhentikan dalam tempoh 48 jam, tidak diendahkan.

"Pemilihan kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya, hari ini, beliau dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat (JPP).

"Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan perlembagaan parti dalam Kongres Khas Jun 2009.

"Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil.

"Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang di antara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi," tambahnya.sumbernya

GAMBAR DUA SAHABAT BAIK..



Zaid Ibrahim  dan Mustaffa Kamil Ayub, kedua-dua calon jawatan Timbalan Presiden PKR, ketika sidang media khas diadakan di Petaling Jaya hari ini

CALON AMK ,WANITA JUGA AKAN TARIK DIRI?

Keputusan Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden dan meletakkan semua jawatannya dalam parti - berkemungkinan mendatangkan lebih banyak musibah kepada parti tersebut yang menghadapi penipuan dalam pemilihan parti. 

Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Zaid membuktikan dakwaan bahawa terdapat penyelewengan dalam pemilihan parti tersebut.


Beberapa perkembangan lain: Beberapa calon yang bertanding merebut jawatan tinggi termasuk di sayap Wanita dan Pemuda dikatakan bersedia untuk menarik diri. Mereka mengadu pucuk pimpinan partig gagal menyelesaikan dakwaan berlakunya pemanipulasian dalam undian.  

Zaid mendakwa beliau ialah penyampai yang berlantang suara dan mewakili pandangan kebanyakan penyokongnya.  Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, nama Zaid masih tertera pada kertas undi dan beliau masih merupakan calon bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden kerana belum menyerahkan surat peletakan jawatan.

TERKINI DARI RUMAH ZAID:MUSTAFFA KAMIL AYUB BERI MASA 48JAM KEPADA JPP, DATUK ZAID DESAK PRESIDEN LETAK JAWATAN

Mustaffa Kamil Ayub bagi masa 48 jam kepada JPP bagi membuat keputusan sama ada pemilihan diteruskan atau di tangguhkan..sekiranya tiada sebarang keputusan dalam masa 48 jam,Mustaffa Kamil Ayub akan mengambil satu tindakan yang drastik..apa tindakan beliau..? keluar PKR...?

Manakala Datuk Zaid dalam PCnya tadi..minta Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah serta Azmin Ali meletakan jawatan dengan segera. Beliau mengatakan Datuk Seri Anwar telah mencampuri urusan pemilihan yang sedang berlangsung.

TERKINI: CALON TIM PRESIDEN DUDUK SEMEJA

Mustaffa Kamil Ayub duduk semeja dengan Datuk Zaid dalam satu sidang akhbar untuk hentam JPP.

TAK PERLU NOTIS-ZAID IBRAHIM

Sambil mendakwa sudah tidak lagi diperlukan oleh kepimpinan parti, Datuk Zaid Ibrahim tidak akan menghantar notis rasmi memaklumkan yang beliau sudah pun menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR.


“Mengapa harus saya berbuat demikian? Saya sudah pun membuat pengumuman dalam blog saya. Itu sudah cukup bagus.

“Jika saya tidak menghantar notis rasmi, apa yang mereka akan lakukan,” tanya Zaid  ketika dihubungi sumber


Menjawab soalan bahawa beliau masih merupakan calon dalam saingan jika tidak berbuat demikian, Zaid menolak tanggapan itu dengan menekankan bahawa beliau tidak nampak keperluan menghantar sebarang surat rasmi kepada kepimpinan parti.

Dalam kenyataan terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Zaid masih dalam saingan timbalan presiden memandangkan sekretariat pemilihan parti masih belum menerima notis yang beliau telah menarik diri daripada bertanding.

Bercakap kepada The Malaysian Insider Saifuddin berkata, pengumuman dibuat menerusi blognya pagi ini bukan satu notis rasmi untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu.

“Sehingga beliau menghantar notis rasmi, beliau masih kekal dalam persaingan. Media hanya memetik pengumuman beliau daripada blognya,” kata Saifuddin.

LEPAS 1,1 MASALAH LAGI..BILA NAK ABIS NI, DATUK SERI?

Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa proses pemilihan parti - yang menggunakan kaedah langsung  buat julung kali — diselubungi kecacatan dan manipulasi agar menyediakan bukti untuk mempertahankan dakwaan beliau. 

Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, partinya sudah pun menjawab dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim semalam berhubung penjualan kertas undi pemilihan pusat yang berlangsung sekarang.

“Saya percaya kepimpinan parti boleh membincangkan perkara ini lebih lanjut (dengan Zaid). Kami sudah pun membincangkan  perkara ini dengan setiausaha agung dan isu yang dibawa dan yang berkaitan dengan blogger Haris Ibrahim telah dijawab dan dia tidak respons kepada jawapan kami.

“Dakwaan dia adalah dakwaan liar,” kata Anwar di lobi bangunan Parlimen hari ini. sini

Anwar juga mengingatkan Zaid bahawa apa jua keputusan pemilihan yang kemungkinan tidak memihak, tidak harus menjejaskan komitmen seseorang pemimpin ke atas perjuangan parti.

Penasihat PKR ini juga berkata, beliau belum menerima sebarang makluman rasmi daripada  Zaid berhubung keputusannya menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti.

“Kami tidak terima apa-apa, tidak... tidak. Jika saya mungkin menawarkan nasihat saya, dari sudut pandangan saya, ini (pemilihan parti) hanya persaingan normal.

“Ia tidak harus memberi kesan ke atas komitmen terhadap perjuangan parti,” katanya lagi.

Anwar juga berkata, tidak perlu diadakan sebarang mesyuarat untuk membincangkan keputusan Zaid.

Isnin, 8 November 2010

SAYALAH DALANG SEMUA INI

Naib presiden PKR Azmin Ali enggan mengulas spekulasi bahawa beliau terlibat dalam beberapa penyelewengan dalam proses pemilihan PKR yang sedang berlangsung sehingga menyebabkan pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden.



Ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut, beliau secara berjenaka berkata berkata bahawa "malangnya saya adalah dalang di sebalik segala-galanya. akulah dalang

MUSTAFFA KAMIL AYUB MINTA PEMILIHAN DITANGGUHKAN SEGERA

Mustaffa Kamil Ayub, seorang lagi calon jawatan timbalan presiden PKR menegaskan, sudah sampai masanya proses pemilihan pusat PKR ditangguhkan sementara segala kepincangan yang didakwa wujud diselesaikan sepenuhnya. 

Sehubungan itu, Mustaffa yang juga Naib Presiden PKR berkata, beliau akan mengemukakan satu memorandum komprehensif mengenai isu-isu yang timbul sejak proses pemilihan pusat dimulakan 29 Oktober lalu kepada sekretariat parti untuk tindakan.

Bagaimanapun kata Mustaffa, sama ada beliau akan mengekori keputusan Datuk Zaid Ibrahim yang memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding jawatan nombor dua itu, bergantung pada tindakan diambil pucuk kepimpinan terhadap memorandum tersebut.

“Kita tengok dulu hasil tindakan berhubung memorandum (yang akan dihantar kepada sekretariat),” kata beliau kepada sini mengenai tindakan Zaid yang diumumkan menerusi blognya awal pagi ini.

Mustaffa mengulas perkembangan yang menyelubungi proses pemilihan parti, antara lain Zaid meletakkan semua jawatan dalam PKR dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan bahawa pemilihan dicemari kecacatan dan tidak dijalankan dengan adil.

DARIPADA OTAKLUNYAI KEPADA DATUK ZAID

Tu sebabnya tidak keterlaluan jika kita mengatakan dalam 26 juta rakyat malaysia hanya ada segelintir sahaja manusia yang berjiwa pejuang seperti Anuar Ibrahim... Zaid kena faham bahawa sumbangan orang berilmu sepertinya amat diperlukan dalam perjuangan Pakatan yang baru berusia setahun jagung. 

Memang banyak masalah yang perlu diperbetulkan dalam Pakatan kerana Zaid kena faham bahawa orang-orang yang didalam Pakatan itu sendiri adalah orang yang telah dididik secara songsang dalam berpolitik oleh umgok termasuk beliau sendiri. Jadi kalau Zaid mengharapkan sesuatu yang drastik dari Pakatan dengan segala macam pengkhianatan dan sabotaj dari umgok laknatullah beliau silap. 

Beliau bukanlah seorang yang berperinsip atau fahan dengan apa yang diperjuangkan.. beliau sebenarnya masih lagi tidak ikhlas 100% dalam perjuangan dan mungkin dalam hati kecil Zaid, beliau masih lagi berharap sesuatu yang peribadi dalam perjuangannya biarpun dalam bentuk sanjungan atau pujian dari ahli parti.

Zaid sepatutnya berfikir dengan ilmu yang ada padanya bagaimana untuk mengatasi masalah dalam Pakatan yang mana beliau sendiri sedar dan tahu masalah yang melanda itu seperti yang beliau sebutkan.

Susahlah kalau semua pemimpin nak merajuk... senang sangat nak berasa hati dan kecil hati bila sesuatu perkara berlaku tidak mengikut apa yang diharapkan. Beliau sepatutnya memandu dan merancang hasil untuk beliau dan Pakatan perolehi dalam konteks rakyat.

Ini sikit merajuk, sikit-sikit merajuk dan cari publisiti, buat kenyataan keluar parti, tetapi dalam masa yang sama buat kenyataan akan terus berjuang demi perinsip. Ini semua kata-kata kekecewaan dari seorang pejuang yang telah putus asa yang akan merosakkan orang lain. 


Zaid telah membuka peluang kepada musuh Pakatan untuk bertindak dan dalam masa yang sama zaid dapat memuaskan hati dan melepaskan sakit hatinya melalui cara itu... tanyalah hati kecil sendiri Zaid.. betulkan... kamu lemah Zaid.

Zaid pun nampaknya mempunyai mentaliti yang setaraf dengan rakyat biasa... mungkin sedikit atas tetapi tidak cukup untuk membawa aspirasi perjuangan untuk menentang kezaliman yang telah bertapak dalam negara ini selama 53 tahun.

Berfikirlah guna otak yang Allah beri bukannya guna kepala lutut wahai Zaid Ibni Ibrahim..

Hanya perjuangan kerana Allah S.W.T dan AgamaNya sahaja mampu bertahan kerana perjuang itu diasaskan oleh Keimanan kepada Allah S.W.T. bukan kerana manusia dan nafsu sendiri.. ALLAH HU AKBAR!!!


oleh:otaklunyai

ZAID TARIK DIRI

Zaid tarik diri Timbalan Presiden PKR

JANGAN SEBAB PEMILIHAN MPP, AKIDAH PUN DIGADAI

Apa yang menarik setakat ini di Sabah, Azmin mendahului dengan agak selesa dengan undi keseluruhan  1449 undi, manakala Datuk Zaid dengan 605 undi. Hj Mustaffa (Hj Mus) Pengerusi MPN Perak hanya mendapat 19 undi saja daripada Cabang- cabang yang telah selesai memilih calon-calon Naib Presiden .

Harapan Hj Mus untuk mendapat undi  di Sabah setakat ini tidak bergaya. Bukan tak berjaya..berjayalah kerana dapat undi walaupun 19 undi.

Azmin dapat undi yang agaknya tinggi di Cabang Beruas dan Cabang Batu Gajah, dua-dua di Perak. Mengapa ada yang mempertikaikan keputusan tersebut, macam tak percaya ahli-ahli  Beruas boleh bagi 183 undi kepada Azmin dan Hj Mus hanya dapat 4 undi di Batu Gajah. Pauk-Kaum Hj Mus pertikai..hentam sana sini.


Ini bukan soal tak puashati pada sapa-sapa, tapi sama-sama paham dan sama-sama timbang...tak semua manusia tu sempurna...baik Azmin..baik..Zaid..apatah lagi Hj Mus...kita ini manusia biasa dan hanyalah seorang Hamba kepada yang Maha Agung.

Mengapa puak-puak Azmin tak mempertikaikan langsung apa yang berlaku di Cabang Parit, Azmin dapat 0 undi..tak ada ahli yang berani mengundi Azmin di Cabang Parit. Mengapa...? mesti ada sebab?..atau ahli-ahli di Cabang Parit memang TAKSUB dengan Hj Mus...? atau memang geramkan Azmin sebab Azmin tak pernah telefon Ketua Cabang?

Orang dulu pernah berkata..ukurlah baju pada badan sendiri.

Jangan terlalu mengikut perasaan...jangan terlampau TAKSUB kepada calon-calon Naib Presiden masing-masing. Tak kira Calon Ketua AMK atau Ketua Wanita..jangan terlampau TAKSUB...mereka semua tu hanyalah manusia biasa.. Jangan disebabkan pemilihan MPP..Akidah pun tergadai.

Ini bukan memilih siapa Khalifah yang berhak memerintah dunia..tapi memilih Timbalan Presiden PKR..sebuah parti politik yang berdaftar secara sah di ROS saja.

Patut-patut leeee !!!!!


Ahad, 7 November 2010

PERAK NEWS: SPR MESTI TEGAS DAN TELUS-ZAMBRY KADER

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengenakan tindakan tegas terhadap parti bertanding yang tidak mengikut peraturan dalam pilihan raya.
 

Zambry Abd Kadir berkata, suasana panas dalam pilihan raya disebabkan kecelaruan yang ditimbulkan parti bertanding.

“Pengundi tiada masalah sebaliknya setiap parti perlu mendisiplinkan anggota mereka supaya tidak bertindak keterlaluan di luar batasan undang-undang.


“Ini dapat dilihat dalam pilihan raya kecil Batu Sapi apabila setiap parti yang bertanding boleh duduk bersama dalam suasana yang tenang dan saling menghormati,” katanya kepada media selepas merasmikan Kolokium Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Perak.


Menurutnya, setiap parti perlu mematuhi peraturan dan arahan SPR dalam memastikan suasana kekecohan seperti baling botol dan memukul antara satu sama lain tidak berlaku.


“Tempoh bertenang 24jam sebelum pengundian yang dicadangkan SPR bergantung kepada perlakuan parti dan pengundi di kawasan itu.


“SPR perlu menguatkuasakan undang-undang sedia ada termasuk parti bertanding mengikut peraturan,” katanya.


Terdahulu, SPR mencadangkan peraturan tempoh bertenang 24 jam dan proses penamaan calon selama tiga hari yang merupakan inti pati kandungan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 untuk membendung kekecohan dan keganasan oleh penyokong parti bertanding.:


Zambry yang juga Pengerusi BN berkata, SPR wajar mengenakan hukuman seperti penalti berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada sekiranya parti bertanding masih enggan mematuhi peraturan.


“SPR juga mungkin berdepan dengan kekurangan kakitangan dan di bahagian pelaksana yang mana parti bertanding sepatutnya perlu bertanggungjawab untuk menjaga kelakuan penyokong mereka dan suasana tersebut,” katanya.

BRADER JOE (GERIK) KATA PRU TAHUN DEPAN ?

Semua pimpinan parti komponen BN diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.  

Muhyiddin Yassin berkata urusan untuk menggerakkan program parti ke peringkat akar umbi adalah tanggungjawab bersama kerana ia juga merupakan langkah persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. 

“Saya cadangkan semua parti komponen parti turun lihat keadaan yang ada di bawah, cari jalan penyelesaian masalah mereka dan ambil tindakan yang lebih sesuai untuk bantu rakyat.

“Ini supaya mereka tahu bahawa BN adalah satu-satunya parti yang terus memperjuangkan kepentingan mereka dan akan menjamin masa depan mereka yang lebih baik lagi,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN sendiri akan turun ke setiap negeri untuk memastikan setiap masalah yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.  sumber

TERKINI: PC PRESIDEN PKR DAN TIM PRESIDEN JAM 4.00 PTG,PEMILIHAN MPP MUNGKIN BATAL?

Dikabarkan satu PC akan dibuat oleh Presiden. Timbalan Presiden dan SU Agung di Pejabat Parti jam 4.00 petang ni...mungkin pemilihan MPP akan ditangguhkan atau dibatalkan atau apa saja,  apa pun tunggu maklumat lanjut dari HQ PKR..

PM SEORANG STAILO: ADAKAH INI PUJIAN TERAKHIR UNTUK SEORANG PERDANA MENTERI?

SEKIRANYA anda ada mengunjungi Pavilion Kuala Lumpur (KL) sepanjang minggu lalu, pastinya tidak terlepas pandang pameran fotografi solo mengagumkan oleh Bustamam Mokhtar. Bertajuk 100 Most Iconic Faces of Malaysia (Wajah Paling Ikonik), sudah tentu personaliti paling signifikan menjadi subjek utama sebagai tontonan ramai.



Keunikan setiap potret diluahkan dengan penuh emosi mengikut peribadi dan personaliti kesemua individu menerusi landskap tepat bagi menggambarkan latar belakang dan potensi sebenar setiap satunya.

Antara yang menambat perhatian adalah potret dua mantan pemimpin, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Bustamam, ketiga-tiga personaliti unggul tanah air itu mempunyai aura tersendiri terutama pemimpin nombor satu negara yang berkarisma dan mempunyai gaya tersendiri.

“Ahli politik merupakan subjek yang cukup unik sebagai model GQ. Malah, PM kita seorang yang stailo! Beliau memberikan aksi hebat, sungguh sporting. “Walaupun hanya diberi tempoh 15 minit kami berjaya menyelesaikan penggambaran itu hanya dalam sebuah bilik fotostat di bangunan Parlimen,” katanya.

Bustamam juga masih terkenang memori berharga merakamkan potret Dr Mahathir, tahun lalu.

“Seolah-olah sejarah sedang tercipta di hadapan saya. Bayangkan individu bijaksana yang memimpin negara selama 22 tahun dan masih mempunyai aura itu. Inilah kelebihan menjadi jurugambar,” ujar Bustamam.

Manakala potret Abdullah dengan pose istimewa pula dirakamkan tidak lama dahulu, khusus untuk pameran berkenaan selain Tun Jeanne Abdullah yang diabadikan dalam landskap hijau, sesuai dengan perwatakan lembut bekas wanita pertama itu.

Menerusi pameran solo yang diadakan buat julung-julung kali itu, orang ramai mampu menyaksikan perkembangan kerjaya Bustamam sebagai jurugambar negara yang berjaya menjadikan personaliti tempatan sebagai ikon-ikon terulung negara.

Salah satunya potret pereka fesyen veteran tanah air, Datuk Bernard Chandran yang cukup segak dirakamkan dalam keadaan gerimis di pondok telefon dekat London Bridge.

“Satu lagi penggambaran mencabar. Sebenarnya kami tidak mempunyai permit untuk membuat penggambaran, jadi saya gunakan kamera digital 135mm yang bersaiz kecil untuk memanfaatkan peluang terhad untuk melakukannya,” ujar beliau.

Sebagai jurugambar selebriti sejak hampir 20 tahun lalu, Bustamam berkesempatan merakamkan bintang ternama Michelle Yeoh, Ling Tan, Ziana Zain, Tamara Blezinsky, Datuk Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Erra Fazira, M. Nasir dan ramai lagi.

Bustamam memberitahu, kesemua 100 potret personaliti tersebut merupakan sebahagian himpunan koleksinya dalam bentuk digital sejak tahun 2003. Antara koleksi luar biasa itu termasuk Datuk Jamil Sulong dan mendiang A. Loganathan, vokalis Alleycats.

Pameran dengan usahasama Maxis itu katanya, bertujuan mempersembahkan sisi unik personaliti ikonik negara yang setanding di peringkat global. Yang penting, ujar Bustamam adalah mereka ditonjolkan dengan medium dan saluran yang betul.

“Orang kita setanding dengan orang lain, jika betul gayanya, no doubt (tidak disangkal), semua layak diangkat sebagai selebriti antarabangsa.

“Lihat sahaja Michelle Yeoh yang berjaya di pentas Hollywood dan Datuk Sheikh Muszaphar Shukor, jelas negara mampu mencapai kejayaan luar biasa,” katanya.

Tidak mustahil Bustamam juga dikenali seperti Mario Testino, Richard Avedon dan Patrick Demarchelier satu hari nanti dengan tahap kemahiran luar biasa beliau mengupas keindahan dalaman sebarang individu yang dirakamkan olehnya.
Juga tidak keterlaluan jika pameran solo beliau kali ini merupakan bukti kemampuan Bustamam untuk melangkaui standard sedia ada berbekalkan pengetahuan dan pengalaman bekerjasama dengan golongan profesional dalam bidang fesyen dunia.

Walaupun berpangkalan di Cheras, Selangor namun beliau sibuk memenuhi jemputan dan membuat penggambaran di Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan seluruh rantau Asia terutama Hong Kong dan Singapura.

“Apabila keluar negara, pastinya bagasi saya lebih had disebabkan kelengkapan yang perlu dibawa terutama tripod dan body kamera yang pelbagai untuk tujuan dan efek tertentu,” tambahnya lagi.

Sempena Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia (MIFW) 2010, 100 Faces by Bustamam merangkumi karya terpilih beliau dipamerkan kepada para pengunjung Pavilion Kuala Lumpur mulai 25 Oktober lalu sehingga 7 November ini.




9 LAGI JADI PENENTU HARI INI

Pemilihan PKR pada minggu kedua diteruskan hari ini dengan sembilan lagi cabang - kesemuanya di Sabah - akan mengundi memilih pucuk pimpinan parti termasuk pemimpin-pemimpin sayapnya.

Cabang berkenaan adalah Tawau, Pensiangan, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Putatan, Sipitang, Beluran dan Tenom .sini

USAHA MEMBURUKAN AZMIN AKAN BERTERUSAN SEHINGGA TAMAT PEMILIHAN MPP

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan siri dakwaan aktivis sosial Haris Ibrahim bahawa kertas-kertas undi pemilihan pusat parti itu, yang berlangsung sejak 29 Oktober lalu, kini dijual oleh kem Azmin Ali. 


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan dakwaan itu sebagai “kenyataan liar Haris.” 

“Borang yang Haris dedahkan itu adalah minggu lepas punya, sepatutnya sudah dihapuskan. 

“Lagipun, warna borang minggu ini adalah berbeza dengan warna minggu lepas. Kalau  ada jual beli kertas undi, mana kertas undi minggu ini,” kata beliau.


Selain itu kata beliau, Jawatankasa Pemilihan Pusat (JPP) juga tidak menerima apa-apa  aduan walaupun sistem pemilihan kali ini membolehkan setiap calon yang bertanding menghantar ejen proses pengundian dan pengiraan undi (PACA) di setiap pusat pengundian. 

“Kalau ada anasir jual kertas undi, tentunya PACA paling awal menyerang JPP, bukan seorang blogger liar,” kata beliau lagi. 

Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin juga menafikan perkara itu dengan menegaskan, beliau juga ingin tahu butiran lanjut mengenai tuduhan itu. 

“Tidak benar... sebenarnya saya pun nak tahu dari mana, berapa banyak kertas undi boleh dibeli, harganya, tetapi kami telus (dalam mengendalikan pemilihan),” kata beliau lagi kepada: sumber

SPRM TOLONG SIASAT, MANA ROSMAH DAPAT DUIT NI? HAHAHA

Najib Razak, dan isteri, Rosmah Mansor, menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga tujuh anggota Belia 4B Kampung Baru, Siong di sini yang maut dalam kemalangan bas di Genting Sempah dekat Karak baru-baru.

Sumbangan peribadi Perdana Menteri dan isteri itu disalurkan melalui Yayasan Kebajikan Rakyat Baling dan disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abd Azeez Abd Rahim, kepada keluarga berkenaan di Surau Kampung Baru.

SPRM TOLONG SIASAT, MANA KERAJAAN SELANGOR DAPAT DUIT NI? HAHAHA

Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Bantuan itu diluluskan dalam Mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali kepada Harakahdaily.

"Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah tengah hari esok sebagai pendahuluan," katanya.

GUA SUDAH SIHAT


gua sudah sihat...tak nampak ke..???

Sabtu, 6 November 2010

TERKINI: AZMIN, ZAID BERGAYA DISABAH-HJ MUS LONGLAI

Berikut keputusan pemilihan PKR mengikut cabang di Sabah:

Pasir Mas:
Azmin (35), Zaid (53), Mustaffa (0)
(89 daripada 490 turun mengundi)

Kota Belud: Azmin (16), Zaid (133), Mustaffa (1)
(153 daripada lebih 2,000 turun mengundi)


 Papar: Azmin (417), Zaid (25), Mustaffa (13)

Keningau: Azmin (26), Zaid (169), Mustaffa (3)

Kota Kinabalu: Azmin (34), Zaid (162), Mustaffa (0)

Ranau: Azmin (153), Zaid (107), Mustaffa (10)
(290 daripada kira-kira 3,800 turun mengundi)

Kudat: Azmin (67), Zaid (138), Mustaffa (2)
(222 daripada 2,226 turun mengundi)

Beufort Azmin (223), Zaid (58), Mustaffa (9)


Berdasarkan keputusan daripada 77 cabang yang diperoleh setakat ini - 68 sebelum ini dan 9 hari ini - Azmin mendapat 4,146 undi, Zaid 3,402 dan Mustaffa Kamil Ayub 1,189.

Ini bermakna, Azmin unggul depan dengan majoriti 744 undi.


sumber 

MENGAPA SAYA MESTI JADI KETUA WANITA PKR?

Kata salah seorang calon Ketua Wanita Pusat, sekiranya beliau menang jawatan Ketua Wanita, beliau akan diangkat jadi Menteri penuh jika PR berjaya menawan Kerajaan Persekutuan..dan untuk mencapaikan hasrat dia tu, beliau mesti diangkat sebagai Ketua Wanita dalam pemilihan yang sedang berlangsung sekarang ni..kata beliau lagi, salah seorang calon Ketua Wanita tidak layak untuk diangkat jadi Ketua Wanita kerana calon itu bukan orang Malaysia..orang luar..jadi calon tu harus ditolak,.katanya ketika berkempen di Perak baru-bari ini..? ishhh berat politik macam ni.

Belum apa-apa dah berangan tinggi...tak takut jatuh ke..yong..?bukannya berkempen cerita nak kuatkan parti tapi kempen untuk angkat diri sendiri...sepatutnya calon macam ni yang mesti ditolak..penuh agenda peribadi dalam diri.

BERAPA RAMAI PENGUNDI HANTU SEMASA PEMILIHAN MPP PKR?

Berapa pengundi hantu yang "diberanakkan" semasa pemilihan MPP PKR yang telah berlangsung dan yang akan berlangsung...? jawapannya ada pada MSK :  sini

ANWAR HARUS BERLAPANG DADA-DR ASRI

Sambil menekankan pentadbiran Barack Obama juga hilang momentum dalam dua tahun, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa Pakatan Rakyat (PR) dan anggotanya PKR “berlapang dada” menerima nasihatnya agar dinosaur politik termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar bersara daripada politik.


Dalam kes Anwar, bekas Mufti Perlis meminta Ketua Umum PR bersara agar memastikan perikatan berusia dua tahun itu kekal mantap dengan memberi laluan kepada pemimpin lapisan berkualiti.sumber

Jumaat, 5 November 2010

SAMY VELLU KATA 2 SEBAB


Samy kata 2 faktor terbesar BN menang di Galas dan Batu Sapi..faktor pertama adalah kerana Najib dan faktor kedua adalah kerana rakyat dah terima BN . Samy adalah Presiden MIC yang bertahun-tahun lamanya.

MENGAPA PAS SALAHKAN ORANG ASLI..?

PAS mendakwa, antara sebab kekalahannya dalam pilihan raya kecil DUN Galas ialah masalah akses kepada masyarakat Orang Asli.

Ia menjadi penyebab merosotnya sehingga 13 peratus di enam kawasan Orang Asli tersebut.


Di kawasan majoriti
Melayu, PAS kehilangan sehingga 8 peratus, lebih tinggi daripada yang dijangka sebelumnya.

Pengundi Melayu mewakili sebanyak 60 peratus daripada jumlah penduduk di situ.


Oleh sebab itu, kehilangan undi sebanyak 8 peratus memberi makna yang besar kepada PAS, menurut penasihat jenteranya Datuk Wan Abdul Rahim Wan
Abdullah.

PAS hanya dapat mengekalkan pengaruhnya di Sungai Terah, itupun dengan majoriti yang rendah.


Di kawasan pengundi Cina, sokongan masyarakat berkenaan juga nampaknya berkurangan berbanding 52 peratus pada Mac 2008.


Faktor kemenangan BN, diakui sendiri oleh pengarah jenteranya Tengku Razaleigh Hamzah, antaranya adalah hasil pendekatan baru yang dianjurkannya dalam kempen kali ini.


Tiada rapat umum yang besar dijalankan BN, dan ia juga lebih aktif menggunakan media baru, termasuk salah satu media rasminya
Umno Online.

Kemenangan itu akan meningkatkan moral jentera BN dalam memenangi semula negeri Kelantan.


Dalam menghadapi gelombang ini, PAS perlu bersiap sedia.


Barisan pemimpinnya, khususnya di Kelantan perlu dipersiapkan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.


PAS perlu meneliti faktor-faktor yang memberi kesan kepada pengundi luar dan pengundi muda ini.


Apakah isu-isu melibatkan pemimpinnya sendiri yang menjejaskan sokongan golongan ini?

PERLANTIKAN ROSMAH SEBAGAI PEMANGKU PM-SAH KE?

Najib Tun Razak dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur malam tadi untuk pemeriksaan lanjut selepas beliau mengalami rasa tidak selesa dalam perut, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

YE KE...?

Bila menang 2 tempat ni, ye ke tanda PRU dah dekat..??? tu je tandanya...mudahnye politik malaysia ni...

MEREKA BERJANJI

Kedua-dua calon BN yang menang mengatakan akan bagi khidmat yang terbaik dan akan menyelesaikan setiap masalah rakyat.

Khamis, 4 November 2010

PRK GALAS: CERITA GILA HARI MENGUNDI

Calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad tidak muncul di Masjid Tengku Faiz Petra di sini, selepas Asar tadi walaupun dikatakan akan bersumpah secara Islam bagi menafikan dakwaan beliau pernah ditangkap khalwat sebelum ini.
 
Malah difahamkan juga tiada laporan polis dibuat ke atas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin dan UMNO-Online berhubung  perkara tersebut sehingga setakat ini.

Walaupun ramai penyokong Pas berkumpul dan bersembahyang Asar di masjid tersebut namun sehingga jam 5.30 petang kelibat calon Pas itu tidak kelihatan.

Berikutan itu dakwaan khalwat menerusi beberapa blog sebelum ini tinggal misteri walaupun pada awalnya Pas cukup garang memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan tersebut.

Semalam Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin mencabar Pas menafikan dakwaan kes khalwat yang membabitkan calonnya, Dr Zulkifli Mohamad.

Kata beliau pihaknya hairan jika sebelum ini Pas begitu lantang untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan yang dilemparkan namun sehingga hari ini menikus walaupun beberapa blog terus menyiarkan dakwaan tersebut.

“Kita bukan nak menyerang peribadi tapi Pas kena nafikan…jika fitnah Pas patut ambil tindakan terhadap blog tersebut”, katanya. -MediaUMNO

Rabu, 3 November 2010

HURU HARA DISABAH DAN DI KELANTAN

DIKELANTAN:

PERKASA membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh Naib Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris di balai polis Gua Musang.



Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 petang.

Bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad  yang juga Ketua PERKASA Kelantan, turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama.


DISABAH:

Ratusan orang hari ini beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.


Mereka mendakwa 'ada orang' yang memberitahu bahawa MCA akan mengagihkan RM100 kepada setiap pengundi jika mereka datang mendaftar dan menunjukkan Mykad mereka.