Pengikut

Ahad, 30 Ogos 2009

RAKYAT TIDAK PERKENAN



Datuk R. Ganesan mengatakan V. Sivakumar telah "merampas kuasa" serta menghina institusi Raja apabila memanggil Sidang DUN tanpa Perkenan Sultan Perak.
Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya UBN tidak merampas hak mutlak rakyat Negeri Perak.
R.Ganesan mungkin akan mengantung kesemua ADUN Pakatan Rakyat kerana kononnya menghina Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Hak rakyat telah dirampas..rakyat tidak pernah "perkenan" tindakan rampasan kuasa yang UBN lakukan.
Sidang DUN 02hb September 2009 akan tetap diteruskan...tidak kira dimana.
"lawan tetap lawan"

PELIK TAPI BENAR


(gambar diterima melalui email)
Sdr Janabala ketika menyampaikan sumbangan dalam Majlis Makan Malam di Chenderong malam tadi. Ada yang bertanya kepada beliau tentang tindakan untuk menubuhkan parti baru jam 3.00 petang ini. Ternyata apa yang beliau hasratkan tetap tidak berubah.
Yang peliknya bagaimana dia masih diberi ruang dalam majlis tersebut...?
buatlah penilaian sendiri.......

Sabtu, 29 Ogos 2009

PERAK MAKIN PANASSSSS


gamabar hiasan( Sdr Janabala baju hitam)

Kabo nye esok ada Parti baru nak dilancorkan di salah sebuah Hotel di Ipoh..
Nama nye Parti Keadilan Masyarakat India ( PKMI) , kata jurucakapnya Sdr Janabala bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR , seramai 200-500 orang daripada kaum India di Perak telah pun mengesahkan untuk bersama PKMI. Mereka merasa amat kecewa dengan tindakan pemimpin PKR yang seolah-olah telah membiarkan Kaum India yang banyak membantu PKR selama ini. Ahli-ahli PKR terutamanya dikalangan kaum India tidak mendapat tempat di dalam PKR Negeri. Begitu juga tentang Kerusi bagi Pilihanraya, berapa peratus yang diperuntukan untuk kaum India di Perak..? mereka amat kesal sekali, menurut Sdr Janabala.
Beberapa teman juga memaklumkan , usaha sedang dijalankan bagi cuba memujuk YB Kesavan ADUN Hutan Melintang untuk bersama mereka .
Kita tengok saja esok apa yang akan terus berlaku.....

Jumaat, 28 Ogos 2009

UMNO...berbisiklah kamu sesama sendiri.

Hidup ini bukannye lama, 5 tahun, 10 tahun, 50 tahun atau 100 tahun..?Mana ada kuasa di Bumi Allah ni, kuasanya akan bertahan selama-lamanya melainkan Kuasa Dia..kuasa yang ada pada kamu... (UMNO) dan nak" ruyup". Jadi...



Jadi-jadi le menyusahkan rakyat wahai UMNO. Janganlah menyusahkan rakyat dengan sikap ego, sombong, bongkak, takbur yang UMNO hayati selama 52 tahun ini. Kalau nak sangat rakyat menyokong kamu, ubahlah gaya dan cara pemerintah kamu. Jangan hanya lebih mementingkan diri, isteri-isteri kamu, anak beranak kamu, ipar duai kamu. Rakyat dibawah ni tengah susah, kamu tau tak.....? ada sampai tahap tak makan pun ada,kamu tau tak....?


Bulan Ramadhan, menjelang AidilFitri ni, apa yang kamu gula-gulakan orang kampung, beras sekampit 5 kilo, gula sekilo, susu 5 tin cap teko, kain batik- pelekat 2 pasang sorang dan duit raya RM 50 inggit...berapa hari boleh tahan...? 1 tahun, 2 tahun atau 10 tahun..?
Rakyat dibawah bukan nye "bulur" sangat benda-benda kamu..tapi apakan daya.
Letih...letih! tengok lakonan kamu setiap tahun..tak ubah-ubah.

Bagi le sedikit keselesaan pada rakyat, rakyat ni rakyat kamu, rakyat yang menjulang kamu sehingga kamu lupa diri..Jangan macam tu...tak baik.
Ingatlah pada yang benar-benar Maha Kuasa...berapa lama kamu boleh berkuasa, dan setakat mana kuasa kamu?
Jangan laga-lagakan rakyat dibawah, rakyat ni cukup taat dengan pemimpin-pemimpin kamu.
Kesiankanlah rakyat..tolonglah!

Memang kamu ada tolong rakyat, tapi rakyat yang mana yang kamu tolong?
Kesiankanlah rakyat...tolonglah.
Rakyat dibawah ini, bukan hanya ahli UMNO, tapi ada yang ahli PKR, DAP, PAS, MCA, MIC, PPP, KIMMA dan yang tak berparti pun banyak...deme semua ini, rakyat kamu..kamu tau tak?UMNO!

AL-FATIHAH

catatan lewat.....
Al-Fatihah..Kapten Abdul Halim b Abdul Hamid yang telah kembali ke RahmatuLlah akibat jangkitan kuman di bahagian tulang belakang. Allahyarham pernah menjadi Penolong Pengadil Piala Dunia 1998 di Perancis. Allahyarham meninggal dunia di Hospitak Kangar jam 9.20 malam.
Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya...amin!

KJ UMUM KELUAR UMNO...?


DATUK SERI IDRIS JALA DILANTIK SEBAGAI MENTERI TANPA PORTFOLIO
DILANTIK SEBAGAI SENATOR.
CEO UNIT PENYAMPAIAN DAN PENGURUSAN PRESTASI(PEMANDU)
TIMBALAN PENGERUSI LEMBAGA PEMANDU
BERTANGGUNGJAWAB KEPADA:
N-KRA
N-KPI
KRA
M-KRAs
M-KPI
BANYAK SUNGGUH TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN KEPADA DS IDRIS JALA
NO AHLI UMNO:...?
AHLI UMNO CAW:....?
AHLI UMNO BAHAGIAN:....?



YANG KENA JULANG NI:
AHLI PARLIMEN BN REMBAU
KETUA PEMUDA UMNO REMBAU
KETUA PEMUDA UMNO PUSAT

JAWATAN DALAM KABINET :......?

BILA NAK UMUM KELUAR UMNO....?
BILA NAK UMUM LETAK JAWATAN MP REMBAU...?

DAH TAK ADA SAPA NAK KAN ENGKAU?

Khamis, 27 Ogos 2009

PASUKAN PENYELAMAT MCA DESAK...


Buat EGM Parti dengan segera!
Lucut jawatan Presiden dengan segera!
Semalam Perak, hari ini Johor desak Presiden dilucutkan!
Najib tak campur....lu selesaikan sendiri!
Ha!Ha! MCA akan pecah, terabur,runtuh....!
Mari pakat-pakat masuk Pakatan Rakyat!
Perwakilan desak MCA keluar daripada Barisan Nasional........!
KEPALA IKAN SUDAH BUSUK MAAA!