Pengikut

Rabu, 23 November 2011

Ahad, 20 November 2011

NAJIB DAN ASKAR BARU

Datuk Seri Najib Razak hari ini melahirkan sokongan padu kepada pemblog-pemblog dan pengguna media sosial pro-Barisan Nasional (BN) dengan menyifatkan mereka sebagai “askar baru” perikatan tersebut melawan pembangkang.


Pengerusi BN itu berkata dunia atas talian adalah medan pertarungan antara pembangkang dan perikatan pimpinannya, dan ramai yang kini mengunjungi laman-laman web, portal dan blog sebagai saluran maklumat.  askarnajib

Sabtu, 19 November 2011

UMNO MASIH TERCARI CALON SESUAI



Soal calon boleh menang sudah menjadi sebahagian daripada pertimbangan pemimpin-pemimpin Umno peringkat bahagian menjelang perhimpunan agung Umno hujung bulan ini. 

Bagaimanapun mereka masih berbelah bahagi dengan cadangan pucuk kepimpinan mahu meletakkan orang luar sebagai calon BN pada pilihan raya umum ke-13. 

Ada yang bersetuju dan ada pula yang membantah kerana ia melanggar tradisi parti meletakkan bukan ahli sebagai calon.

Mereka mengulas kemungkinan BN meletakkan calon luar seperti Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas, Datuk Zulkifli Nordin di Kulim Bandar Bharu dan ahli-ahli Parlimen Bebas yang rajin turun padang di kawasan parlimen mereka.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar berpendapat kalau mereka ini calon-calon yang boleh menang, kenapa tidak letakkan mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata “kita mahu BN menang, jadi kalau letak orang Umno, BN kalah, lebih baik letak orang luar kalau diyakini calon luar itu boleh menang.”

“Kita mahu menang. Tidak kira siapa jadi calon asalkan BN dapat majoriti dua pertiga,” katanya lagi.  analisa seterusnya

Jumaat, 18 November 2011

MUFTI PERAK MAIN PERANAN ?

Ekoran kehilangan kuasa Barisan Nasional (BN) di Perak pada 8 Mac 2008, Harussani telah berhubung dengan beberapa pemimpin kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pendirian mereka kekal — tidak kepada kerajaan perpaduan membabitkan PAS-Umno. Nik Aziz tidak mahu nasib tahun 1970-an berulang.sini

Selasa, 15 November 2011

ROMBAKAN KABINET DAPUR NAJIB ?



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat spekulasi bahawa rombakan kabinet akan diadakan, memandangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bermesyuarat dengan ketua-ketua parti komponen malam ini.  najib disini

Ahad, 15 Mei 2011

BERAHIM ALI LANCAR PERANG SALIB

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali malam tadi memberi komuniti Kristian amaran bahawa beliau akan melancarkan “perang jihad” jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

“Di Kelantan sebelum ini, saya mengisytiharkan di depan polis, saya memberitahu pasukan keselamatan yang hadir bahawa jika mereka mahu menghantar mesej saya kepada (ibu pejabat polis) Bukit Aman, silakan.

“Sila rakamkan kata-kata saya, jika ada mana-mana pihak di Pulau Pinang khususnya paderi-paderi Kristian yang didokong oleh DAP Pulau Pinang, jika mereka terus dengan agenda mereka yang sudah pun diketahui sekarang, saya bersedia untuk menawarkan, jika mereka mahukan perang salib, kami boleh adakan.  katak lompat

MEREKA JAGA RAKYAT ATAU RAKYAT JAGA MEREKA

"Sebagai pemimpin kerajaan, mereka sepatutnya menjaga keselamatan negara. Tetapi, sebaliknya merekalah yang dilaporkan mengatur agenda akhbar yang menyiarkan berita fitnah yang boleh mencetuskan rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 dahulu.

Khamis, 12 Mei 2011

PEMIMPIN PEMBANGKANG TIDAK BERJIWA RAKYAT

sikap segelintir pemimpin pembangkang yang tidak berjiwa rakyat akan menyukarkan perpaduan bangsa Melayu dan merugikan bangsa sendiri, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya beliau kecewa kerana ada pemimpin PAS mengeluarkan kata-kata kesat kononnya Umno dalam keadaan lemah dan sebab itulah ia bercakap mengenai perpaduan kedua-dua parti itu.


"Jika pemimpin PAS berjiwa rakyat, mereka tidak wajar mencerca Umno. Dalam berpolitikpun, bila sebut mengenai perpaduan, dalam hati kecil, kita mahu melihat ia berlaku (dan) masanya sudah tiba bagi orang Melayu memikirkan soal perpaduan ini," kata Mukhriz kepada Bernama di sini pada Khamis.


Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Anggota Parlimen Jerlun, sebelum itu menyampaikan komputer riba 1Malaysia kepada 2,814 dari 13 sekolah dalam kawasan Parlimen Jerlun.


"Kalau Hamas dan Fatah yang berbeza ideoloji boleh berdamai demi rakyat Palestin, ia seharusnya lebih mudah bagi Umno dan PAS," katanya.


Mukhriz memuji usaha beberapa individu termasuk mufti dan badan-badan bukan kerajaan yang menyokong usaha ke arah perpaduan bangsa Melayu.


"Saya ingin menyakinkan rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional supaya tidak merasa tergugat apabila Umno mencadangkan ia duduk semeja dengan PAS membincangkan soal perpaduan Melayu," katanya.


Mengenai DAP, Mukhriz berkata cara parti itu mendapatkan sokongan menerusi semangat perkauman akan merugikan negara dalam jangka panjang kerana ia menjejaskan hubungan antara kaum.


Mengenai usia Umno yang menjangkau 65 tahun semalam, beliau berkata parti itu sedang melakukan transformasi bagi memenuhi tuntutan rakyat.


"Umno tidak akan bergantung kepada kehebatan jasa-jasanya yang lepas sebaliknya mengutamakan masa depan negara dan rakyat kerana transformasi politik yang sedang berlaku adalah atas kehendak rakyat," katanya.


Mengenai pemberian komputer riba itu, Mukhriz berkata kerjaaan pusat akan membekalkan kepada 37,920 lagi pelajar miskin dari seluruh Kedah dengan komputer Netbook 1Malaysia.


Katanya program itu adalah usaha murni kerajaan pusat untuk merapatkan jurang akses maklumat antara penduduk luar bandar dan bandar bagi menjadikan rakyat berilmu.


"Walaupun harganya cuma RM1,000, anak-anak kita boleh menggunakannya bagi mendapat maklumat berguna dan menambah pengetahuan dan meningkatkan prestasi mereka," kata Mukhriz sambil menasihatkan ibu bapa supaya tidak menjual kemudahan yang diberikan itu.


Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhak merampasnya balik jika pelajar menyalahgunakannya.


Pengurus Operasi SKMM Wilayah Utara, Ismail Othman, berkata hampir semua sekolah yang dibekalkan dengan netbook berkenaan mendapat akses wifi sepenuhnya manakala pelajar yang menerimanya boleh melanggan pakej internet serendah RM25 sebulan.

BETOI KE DIA NI KP UMNO PULAU PINANG?






Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang

hitam-hitam ditompok manggis, 
teman tengok macam nak menanggis...


Ahad, 17 April 2011

12+3=15

Walaupun hanya menang 15 kerusi, namun penganalisis politik berpendapat ia adalah satu keputusan yang tidak dijangkakan dan menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya mengukuhkan kedudukan di Sarawak.  3 seat

Selasa, 22 Mac 2011

PENGUMUMAN ! PENGUMUMAN !

Lama benor rasanya blog teman ni tak ber"update". Banyak benor tanggungjawab yang terpaksa dipikul,ditambah pulak dengan cerita terbaru "video sex",menyampah sangat rasanya. Dah tak ada modal lain,iabkan musuh politik dengan "blue film". NGO mana la yang buat "blue film", lepas tu dengan tak segan silu,mengumumkan sini

Jumaat, 4 Mac 2011

ATM KESAN ADA CUBAAN HURU HARAKAN NEGARA-ZAHID

Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi mendedahkan usaha pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara ini bagi mewujudkan pergolakan politik seperti yang melanda Asia Barat.
 
Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada tokoh-tokoh pembangkang supaya jangan cuba 'membakar negara' dengan cara itu yang tidak demokratik itu.

Beliau mendakwa, pihaknya mendapat maklumat bahawa mereka sedang merancang untuk bertindak ganasganas dan mengajak rakyat bangkit menentang yang menjurus kepada usaha pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

"ATM telah menghidu usaha pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara seperti mana yang berlaku di Mesir, Yaman, Tunisia dan Libya.

"Saya ingin beri amaran kepada pembangkang terutama tokoh-tokohnya supaya jangan 'bakar negara' kerana tindakan mereka sebenarnya cuba menggugat ketenteraman awam dan merosakkan demokrasi yang wujud di negara ini.

Isnin, 28 Februari 2011

SAYA BUKAN KAKI JOLI

Rosmah kata di bukan joli duit rakyat sesuka hati.

Beliau mempertahankan diri selepas beberapa kali di tuduh menghabiskan duit kerajaan@rakyat dalam siri lawatan beliau ke luar negara.Jangan terpengaruh dengan dakwaan pembangkang, pembangkang buat tuduhan kerana kepentingan peribadi.

Khamis, 24 Februari 2011

BOLEH PERCAYA KE DEME NI..?





 Korang percaya ke muka-muka ni ?atau mungkin jadi seperti dibawah ni..?

Bagaimana seorang pemimpin boleh mandikan rakyatnya dengan peluru machine gun, kereta kebal dan bom? Bagaimana seorang pemimpin boleh mengebom rakyatnya sendiri dan selepas itu berkata "Aku akan bunuh barang siapa yang berkata sepatah pun?

Rabu, 23 Februari 2011

BOB

BOB LOKMAN: ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.

Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyanyang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.

Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.

Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq.

Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu.

Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.

Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi.

Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH.

Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syufaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.

Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan.

YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.

PERAK NEWS: FROM MADHI HASAN NAIB MPN PKR PERAK

Langkah kerajaan mahu mewajibkan pegawai dan kakitangan awam yang menjawat jawatan panas mengikuti sistem penggiliran tugasan sebagai usaha memerangi rasuah bukan penyelesaian konkrit.

Naib Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, Madhi Hasan berkata, langkah itu belum boleh menjadi penentu.


Beliau berkata, punca berlaku rasuah bukan disebabkan jawatan disandang, tetapi individu berkenaan.


“Penjawat awam perlu diperbetulkan dahulu kerana apa juga langkah dilaksanakan untuk tujuan membanteras rasuah tidak akan berjaya jika tiada kesedaran.


“Penguatkuasaan dan pemantauan perlu dilakukan bersungguh-sungguh jika mahu banteras habis-habisan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Menurutnya, mereka yang menjawat jawatan paling tinggi dalam jabatan kerajaan sepatutnya tidak melakukan rasuah kerana tangga gaji mereka lebih tinggi daripada kakitangan lain.


Madhi berkata, kerajaan perlu memperkenalkan insentif tertentu atau memberikan imbuhan kepada penjawat awam mengelak daripada menerima rasuah.


Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Mohamad Annuar Ariffin berkata, langkah itu bukan alternatif yang boleh menyelesaikan sepenuhnya masalah rasuah itu.


“Perbuatan rasuah ini bukan baru malah sudah pun berlaku sejak berkurun yang lalu. Biarpun sistem giliran jawatan dilakukan tetapi jika individu itu mahu melakukannya, dia tetap akan lakukan,” katanya.


Beliau berkata, ketika peringkat pegawai lagi penjawat awam itu perlu dididik untuk tidak menerima rasuah dengan memberikan pelbagai maklumat dan sebagainya.


Menurut beliau, pendedahan agama juga penting bagi menyekat gejala itu daripada terus berleluasa.


“Kita tidak boleh biarkan sehingga sampai ke peringkat ‘ikan jerung’ baru tindakan diambil. Sepatutnya mereka yang baru berjinak-jinak dengan rasuah ini harus dibendung dan diambil tindakan,” katanya.


Menurut Mohamad Annuar, penguatkuasaan undang-undang juga perlu dipertingkatkan dan pendakwaan yang lebih baik juga perlu diamalkan supaya perasuah itu tidak mudah terlepas begitu sahaja.


Kelmarin, Pengarah Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) Rasuah, Datuk Hisham Nordin mencadangkan langkah berkenaan selepas pihaknya membuat kajian mengenai pelaksanaan sistem penggiliran tugasan itu.

Selasa, 22 Februari 2011

PENGUNDI ADALAH RAJA-PAK DIN TPM

Muhyiddin Yassin meminta jentera PRK BN bagi DUN kawasan Kerdau tidak terlalu yakin dan memandang remeh kekuatan parti lawan.


Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, seluruh jentera perlu bekerja keras sekalipun DUN berkenaan dilihat sebagai kubu kuat BN dengan lebih 50 peratus pengundi di kawasan itu terdiri daripada kalangan anggota Umno.

"Kita tidak mahu terlalu yakin dan takbur, walaupun keadaan semuanya baik.

"Kita juga perlu ingat bahawa pengundi adalah raja dan mereka yang tentukan sama ada menyokong atau tidak dan waktu inilah kita mesti menunjukkan kemesraan, keprihatinan, kesediaan untuk menolong mereka dalam menghadapi masalah," katanya.

1 ULAMAK PAS-1 ULAMAK UMNO

50 JAWAPAN UNTUK TG NIK AZIZ DARIPADA CETDET

1. Percubaan Dato Nik Aziz untuk memperingatkan saya bahawa saya akan berdiri dihadapan Allah s.w.t. satu masa nanti sedikit sebanyak membuktikan keangkuhannya seolah-olah saya tidak tahu akan agama saya. Saya juga beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan dan diperbuat di dunia ini akan diadili di akhirat nanti.

2. Nik Aziz juga akan berdiri dihadapan Allah satu masa nanti dan segala yang dipertutur dan dilakukan olehnya di dunia ini akan diadili di akhirat nanti dan lidah, tangan dan kaki Nik Aziz akan jadi saksi. Bukan bagi Nik Aziz untuk mengadili saya atau sesiapa dan bukan Nik Aziz yang akan mengadili dirinya sendiri.

3. Sehingga kita diadili di akhirat kita tidak boleh dengan angkuhnya merasa kita tidak berdosa dan orang lain yang berdosa. Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui segala dosa yang dilakukan oleh sesiapa, termasuk Nik Aziz. Dakwaan Nik Aziz yang dianya beriman, setelah mengkafir dan memecahbelah orang Islam, membuat berbagai-bagai tuduhan, akan ditentukan oleh Allah s.w.t. Tidak memadai dengan pengakuan Nik Aziz yang dianya beriman.


4. Saya tidak pernah dakwa yang saya ini selalunya betul dan tetap ke syurga. Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz.

5. Dalam Islam tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak. Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.

6. Untuk tidak menjadi Jahiliah sokonglah PAS. Apakah ulama-ulama Islam yang tidak punyai kepentingan politik sudah putuskan bahawa syarat untuk menjadi orang Islam ialah menyokong PAS? Di manakah dalam Al-Quran dan Hadith yang sahih yang menyebut bahawa hanya dengan menyokong PAS baharulah seseorang itu beragama Islam? Kalau ini benar nenek moyang siapa yang jahil kerana tidak ada PAS masa mereka? Orang Islam lain di luar Malaysia sudah tentu bukan Islam kerana tidak ada PAS di negara mereka.

7. Orang UMNO adalah orang yang beragama Islam, walaupun bagi Nik Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong PAS. Dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli PAS juga adalah orang Islam. UMNO tidak mendakwa bahawa hanya orang UMNO sahaja yang Islam, atau dengan mengundi UMNO menjadi Islam dan akan ke syurga.

8. Oleh kerana orang UMNO beragama Islam maka perjuangan UMNO ialah untuk bangsa, agama (Islam) dan negara. Demikianlah pegangan UMNO kepada Islam sehingga Perlembagaan ciptaan UMNO mensyaratkan seseorang itu adalah Melayu jika dianya beragama Islam. Nik Aziz tidak akan memasukkan syarat ini kerana Melayu boleh jadi jahiliah dan tidak Islam kerana tidak sokong PAS.

9. Asas Islam mungkin tidak sama dengan nasionalisme. Penganut-penganut agama lain juga boleh jadi nasionalis. Ini tidak bermakna nasionalis Islam tidak Islam. Nasionalis yang terdiri daripada orang Islam memang berjuang untuk menegakkan agama Islam, memelihara negara Islam dan menjaga kehormatan agama Islam.

10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam.

12. Tidak ada keangkuhan yang lebih daripada seorang yang memikir dia sahaja Islam dan orang Islam lain tidak Islam dan tidak beriman kepada Allah s.w.t.

13. Terselamatnya banyak negara Islam yang dahulu dijajah adalah hasil perjuangan nasionalis Islam. Mereka nasionalis kerana mereka masing-masing sayang dan setia kepada negara mereka sahaja. Jika mereka hanya berjuang untuk Islam maka tumpuan mereka tentulah kepada membebaskan seluruh umat Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Tetapi hakikatnya mereka tidak berjuang untuk negara Malaysia dan agama Islam di sini. Yang berjuang untuk membebaskan negara kita dengan agama Islam di sini ialah nasionalis Islam Melayu.

14. Nik Aziz sendiri berjuang hanya di Malaysia dan tidak di seluruh dunia Islam yang hari ini menghadapi pelbagai jenis penindasan dan tekanan. Walaupun Nik Aziz mendakwa bahawa dia berjuang untuk Islam, tetapi dengan menghadkan perjuangannya kepada negara ini dia juga adalah nasionalis sama seperti nasionalis dalam UMNO. Jika orang UMNO jahil kerana nasionalisme mereka, Nik Aziz juga jahil kerana sebab yang sama.

15. Apakah nasionalis Melayu Islam tidak pernah menyatakan tujuan hidup ini? Jika Nik Aziz membuka mata dan telinga, mungkin dia akan melihat perjuangan UMNO untuk Islam secara yang terpampang dihadapannya dan mendengar segala yang diperkatakan oleh pemimpin dan ahli UMNO berkenaan perjuangan untuk Islam, orang Islam dan negara Islam. Saya tidak perlu ulang tujuan hidup nasionalis Islam Melayu ialah mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan membuat ibadah tertentu, memelihara orang Islam dan agama islam bukan sahaja di Malaysia tetapi dimana sahaja orang Islam ditindas. Tuhan yang akan menilai pengabdian nasionalis Melayu Islam dan bukan Nik Aziz.

16. Sebaliknya apa yang keluar dari bibir Nik Aziz sebagai tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihanraya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan PKR. Untuk ini Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala PAS, mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran agama Islam. Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihanraya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihanraya.

17. Bolehkah Nik Aziz baca apa yang ada dalam hati orang Melayu UMNO Islam apabila mereka mengucap dua kalimah syahadah? Apakah Nik Aziz tahu apa yang ada dalam hati seseorang apabila dia berniat dalam hati semasa solat dan masa-masa lain. Apakah Nik Aziz percaya dia adalah manusia luarbiasa yang tahu apa ada dalam hati seseorang yang tidak sama dengan apa yang disebut olehnya?

18. Kuasa ini hanya ada pada Allah s.w.t. Adakah Nik Aziz juga mempunyai kuasa ini? Apakah pandangan Islam terhadap orang yang mendakwa dia boleh baca apa yang ada dalam hati manusia sepertimana Allah s.w.t. boleh membacanya.

19. Apakah dasar pejuangan UMNO telah saya jelaskan. Islam tidak menyuruh kita hanya membuat ibadat tertentu sahaja. Mempertahankan umat Islam di Malaysia adalah satu daripada yang diwajibkan ke atas orang Islam. Sebab itu orang yang terbunuh mempertahankan orang Islam dan negara mereka termasuk dalam golongan syahid.

20. Apakah usaha yang dibuat oleh Kerajaan pimpinan nasionalis Melayu Islam supaya keupayaan menyelamatkan umat Islam dan agama Islam di Malaysia ada pada negara ini tidak menepati satu daripada kewajipan orang Islam? Untuk pengetahuan Nik Aziz Kerajaan pimpinan Melayu Islam nasionalis berjaya menolong orang Islam bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara tertentu sehingga serangan keatas mereka terpaksa dihentikan.

21. Untuk menunaikan kewajipan ini negara harus mempunyai kewangan yang cukup yang datang daripada peningkatan ekonomi negara. Akan mampukah kita menunaikan kewajipan ini jika kita papa kedana, selalu meminta-minta dan mengemis daripada orang lain. Perjuangan untuk membangunkan negara supaya pertahanannya lebih kukuh adalah kewajipan orang Islam. Tidak mencukupi jika kita hanya berdoa meminta pertolongan Allah s.w.t.

22. Apakah benar UMNO menghapuskan Jawi sehingga kita tidak dapat membaca Al-Quran? Tidakkah Kerajaan UMNO mengadakan sekolah agama, mata pelajaran Islam yang menggunakan tulisan Jawi? Kenapakah Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta Al-Quran, tidak boleh baca Jawi.

23. Peruntukan kepada sekolah agama rakyat dihentikan kerana bukan agama yang diajar di sekolah-sekolah ini tetapi politik pecah-belah parti PAS.

24. Tidak pernah saya membuat tuduhan yang Nik Aziz menyebabkan parti UMNO diharamkan, atau penubuhan Semangat 46 atau Parti Keadilan. Tetapi yang jelas ialah PAS memberi sokongan kuat kepada serpihan ini kerana gemar melihat perpecahan dan pengharaman UMNO.

25. Benarkah Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku seperti Nik Aziz katakan?

26. Tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berbunyi demikian; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

27. Ayat ini adalah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.

28. Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.

29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwatun..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.

33. Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam. Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam. Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah. Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.

34. UMNO tidak menculik ADUN PAS. Sebaliknya permusuhan antara pemimpin PAS Terengganu menyebabkan beberapa daripada mereka meninggalkan PAS untuk menyertai UMNO. Hari ini pun terlihat banyak peristiwa seperti ini berlaku. Jika mana-mana ahli PAS yang berpisah dari PAS untuk menyertai UMNO dan kemudian balik kepada PAS itu adalah pilihan mereka. Tidak ada paksaan atau tekanan dengan menyalahguna agama oleh UMNO untuk mendapat orang PAS.

35. Saya tidak tahu ada pilihanraya pada tahun 2003. Yang ada ialah Pilihanraya Umum 2004, di waktu mana saya bukan lagi Perdana Menteri dan PAS kalah teruk.

36. PAS tidak harus lupa di Memali enam orang anggota polis ditembak mati oleh pengganas Memali. Itulah sebabnya polis terpaksa tembak balas.

37. Iqraq ditafsir sebagai "baca". Membaca tetap akan memberi kita tambahan ilmu. Sebab itu intelek Islam dizaman dahulu mengejar ilmu dengan membaca dalam bahasa Greek ilmu yang diterokai oleh mereka itu. Tak mungkin mereka membaca tulisan Greek dengan mengguna bahasa Arab.

38. Selepas menguasai ilmu yang diterokai oleh orang Greek, orang India, Parsi dan lain-lain maka dapatlah intelek Islam menambah kepada ilmu sains dan matematik dengan hasil kajian mereka. Dengan itu juga bahasa Arab menjadi bahasa ilmu.

39. Orang Eropah terpaksa mempelajari bahasa Arab untuk menguasai ilmu mereka. Sementara itu orang Islam (Arab) menolak ilmu yang kononnya sekular, kerana kononnya tidak berkaitan dengan agama.

40. Ilmu terkini yang diterokai oleh bangsa Eropah ditulis hampir semuanya dalam bahasa Inggeris.

41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.

44. Islam tidak akan sempurna tanpa iman kata Nik Aziz. Saya tahu dan orang UMNO tahu. Tetapi bagaimana Nik Aziz boleh tahu seseorang Islam sempurna imannya atau tidak? Allah s.w.t. tahu tetapi apakah Nik Aziz mempunyai kebolehan seperti Allah Ta'ala?

45. Apakah Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah tidak berjasa kepada Islam apabila dia membina Masjid Dhirar? Jika membina sekolah agama tidak bermakna UMNO berjasa kepada Islam, kenapakah saya dikecam apabila peruntukan kepada sekolah agama ditarik balik setelah sekolah dijadikan pusat mengembangkan ideologi PAS untuk membenci UMNO?

46. Apakah oleh kerana di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama (yang dibangun oleh orang Islam) maka ini bermakna pembinaan sekolah agama oleh UMNO tidak bermakna berjasa kepada Islam. Apabila PAS mendirikan sekolah agama apakah PAS berjasa kepada Islam? Atau berjasa kepada parti?

47. Arak sekarang dijual dibawah pemerintahan PAS. Besar atau kecil tidak bermakna kebenaran menjual arak tidak bertentangan dengan Islam.

48. Judi dan arak memang haram bagi Islam. Saya jemput Nik Aziz secara terbuka tuntut rakan karibnya DAP supaya sekarang ini, sebagai anggota dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah negara ini membuat pengakuan tertentu yang Kerajaan campuran Pakatan akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud. Jika DAP enggan membuat kenyataan ini sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP? Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?

49. Akhir kata saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika Nik Aziz berhenti daripada menyalahguna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.

50. Justeru itu bertaqwalah kepada Allah s.w.t. dan hentikanlah mengeliru umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihanraya.


cetdet.com

Isnin, 21 Februari 2011

7 MP PKR GAGAL TERMASUK AZMIN?

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata beliau tidak tahu mengenai laporan audit luar yang mengatakan beliau dan 6 lagi MP PKR telah gagal dalam ujian Indeks Prestasi Utama (KPI) dan mencabar portal berita yang melaporkan mengenainya supaya membuktikannya.

"Setakat yang saya ketahui, tidak ada perbincangan mengenai laporan ini. Saya agak terkejut Free Malaysia Today (FMT) menyiarkan laporan yang tidak berasas ini," katanya.


Dalam laporannya hari ini, portal berita itu memetik sumber yang mendakwa Azmin  adalah antara tujuh ahli parlimen PKR yang diklasifikasikan sebagai 'wakil rakyat yang gagal melaksanakan tugas mereka', dalam laporan audit luar, yang disediakan oleh jawatankuasa khas yang diketuai oleh anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Nik Mahmood Nik Hassan.
 

MP lain yang disenaraikan ialah Azan Ismail (Indera Mahkota), Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang), Abdullah Sani (Kuala Langat), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan Loh Gwo-Burne ( Kelana Jaya).

Azmin, yang juga MP Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa, mencabar portal berita itu supaya membuktikan kebenaran laporan tersebut.

Bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali juga menyuarakan pandangan yang sama dengan Azmin.


sini

OH ! MASTURAH.....MANIS SENYUMANMU

Punca kehilangan calon umum Pro-Mahasiswa (pro-M), Masturah Abu Bakar terus menjadi misteri apabila dia tidak mahu menjawab soalan wartawan mengenai apa yang telah berlaku terhadapnya ketika dia dilaporkan hilang kelmarin.

Sebaliknya, dia hanya menunjukkan isyarat tangan yang dia tidak mengulas apa-apa mengenai kejadian itu.

Masturah kelihatan tenang, tetapi diam sepanjang sidang akhbar yang diadakan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya petang ini.
 
Bagaimanapun, ketika itu kedengaran seseorang yang berdiri di belakang ibunya - Mariam Abdul Rashid - berkata dia (Masturah) tidak sedar apa yang berlaku.

Selepas itu, ibunya mencelah: "Kita serahlah kepada polis untuk menyiasat siapa yang bertanggungjawab dan sebab-sebabnya. Polis bekerjasama dan memalukan siasatan selanjutnya."




Mariam menambah, polis telah merakamkanya kenyataan anak ketiganya itu.

Kelmarin, rakannya telah membuat laporan polis selepas Masturah hilang ketika berkempen untuk pilihan raya kampus UM.

Dia bagaimanapun ditemui di sebuah masjid di Bangi kira-kira jam 12.30 malam tadi.

Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Marian menyifatkan kehilangan Masturah sebagai satu perkara yang tragis kepada keluarganya
 
Hadir sama dalam sidang akhbar pada jam 2.20 petang ini ialah bapanya - Abu Bakar Din - serta empat sepupunya yang bertubuh sasa dan berkaca mata hitam, difahamkan menjadi pengawalnya.
Masturah hanya berdiam diri sepanjang sidang akhbar tersebut.


"Saya tidak menyangka kerana anak saya ini, adalah seorang yang baik sejak kecil hingga sekarang.

"Saya harap kehilangannya tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Kehilangan anak saya ini, ada pihak yang bertanggungjawab melakukannya," tambah Mariam.


Ditanya mengenai pihak yang bertanggungjawab terhadap kehilangannya anaknya itu, Mariam berkata:

"Kita tidak mengesyaki sesiapa, saya bercakap secara umum dan kebetulan ia berlaku dalam suasana kempen pilihan raya kampus.
 
"Saya tidak tuduh mana-mana pihak kerana ia berlaku dalam kesibukan kempen pilihan raya kampus," katanya.

Mariam bagaimanapun, kesal kerana kehilangan anaknya itu dilaporkan oleh kawan-kawannya tetapi bukan pihak universiti.

Bagaimanapun, katanya, timbalan naib canselor UM ada menghubunginya.

Ketika wartawan bertanya Masturah sama ada beliau sedar apa yang berlaku, ibunya erus mencelah dengan berkata:

"Kita tidak tahu. Suasana masih baru bagi dia. Jadi, tidak adil kita menekan dia, (dengan) menanyakan apa yang berlaku.

"Sebagai keluarga saya memberi ruang dan tempoh untuk berehat. Nanti dalam tempoh yang baik, selepas pulih, kita mungkin akan dapat maklumat," katanya.

Mariam berkata, Masturah menelefonnya tengah malam tadi, sambil menangis, dengan menggunakan telefon yang dipinjam dari seorang peniaga dekat masjid tersebut.

Selepas itu, kata Mariam, beliau bercakap dengan pemilik telefon tersebut untuk mengetahui lokasi Masturah ketika itu, sebelum bergegas ke sana.
 
Mengenai spekulasi yang Masturah kemungkinan ada kaitan dengan 'makhluk halus' Mariam berkata: "Saya tidak tahu, tetapi yang penting ada orang bawa dia. Saya minta rujuk kepada polis."
 
fiqtwopark.blogspot.com
 

TENGKU ZAFRUL HANTAR SURAT MOHON MAAF KEPADA ISA SAMAD?

Kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pelantikan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda baru-baru ini merupakan pandangan peribadi beliau.

Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul pada forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.

“Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad,” katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini.


Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas MB Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu rasuah.

Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak telah mendesak Tengku Zafrul supaya meletakkan jawatan dan ia dilihat seolah-olah mempertikai keputusan PM,Najib Tun Razak.

Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana.

PAS PERLU MINTA MAAF KEPADA UMNO

PAS perlu meminta maaf kepada Umno terlebih dahulu sebelum mendakwa parti itu sebenarnya turut memperjuangkan nasib orang Melayu, kata Setpol PM Datuk Mohd Fatmi Che Salleh.


Mohd Fatmi berkata kenyataan Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz bahawa parti itu turut memperjuangkan orang Melayu sudah agak terlambat setelah begitu lama isu mengkafirkan penyokong Umno yang sebahagian besarnya adalah bangsa Melayu masih tidak ditangani oleh parti itu.

"Sudah lama bangsa Melayu yang berada dalam Umno terguris hati dan perkara itu masih berlarutan sehingga ada yang masih melakukan sembahyang dua imam.

"Kenyataan Nik Aziz mengenai Melayu sudah tidak membawa apa-apa makna. Minta maaf dulu kepada Umno mengenai isu kafir mengkafir ini dan biar bangsa Melayu menentukan sikapnya selepas itu," katanya.

PELIK TAPI BENAR...PANJANGNYE MUNGKIN 14 INCI?

Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini “dikejutkan” dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.

sini

KETUA RUMAH PANJANG DI SARAWAK TAU KE CITE NI?

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Taib Mahmud dan keluarganya.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.


sini

Ahad, 20 Februari 2011

UNIVERSITI MALAYA ADA HANTU RAYA....?

Dua laporan polis dibuat ekoran kehilangan seorang calon pro-Mahasiwa UM yang bertanding kerusi umum dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung berlangsung esok.

Ada hantu raya ke dekat UM...sampai siap culik calon..? kalau PRU..ada juge dengor-dengor calon kena bayo sebelum penamaan calon..tapi kat UM..calon kena culik...siasat,jangan tak siasat...


sini

Sabtu, 19 Februari 2011

SEMINGGU CUKUP BAGI KAMI

Tempoh kempen pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang seharusnya tidak terlalu lama bagi mengelakkan amalan politik kurang sihat termasuk provokasi yang dilakukan parti pembangkang, cadang Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak.


Ketua Pemuda parti itu Datuk Fadillah Yusof berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seharusnya menetapkan tempoh kempen pilihan raya kepada sekurang-kurangnya tujuh hari bagi memastikan pilihan raya berlangsung dengan aman dan teratur.

“Idealnya tempoh kempen tujuh hari, tidak boleh terlalu lama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu mesyuarat dengan SPR di sini hari ini.

Fadillah berkata PBB sudah bersiap sedia untuk menghadapi apa jua cubaan daripada parti-parti pembangkang di dunia siber.

Pada 2006, Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan pada 24 April, dengan penamaan calon ditetapkan pada 9 Mei dan pengundian pada 20 Mei.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang tempoh kempen selama 12 hari pada pilihan raya negeri 2006 namun tindakan agresif dan taktik provokatif pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu menimbulkan kebimbangan parti pembangkang akan menggunakan strategi sama pada pilihan raya negeri akan datang.

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata isu tempoh kempen pilihan raya tidak dibincangkan pada mesyuarat selama tiga jam setengah dengan para wakil parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak.

“Kami membincangkan beberapa perkara umum seperti bagaimana hendak mengisi borang pencalonan dengan betul dan bertukar-tukar pandangan untuk memperbaiki prosedur pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata SPR sedia mendengar apa jua cadangan konstruktif daripada mana-mana parti politik bagi memastikan pilihan raya berlangsung dengan lancer dan adil.

Selain daripada PBB, wakil parti komponen BN yang menghadiri mesyuarat itu adalah daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP). – Bernama

RAKYAT MENENTANG RAJA?

Beribu-ribu rakyat Bahrain semalam menghadiri upacara pengebumian mangsa tunjuk perasaan yang terbunuh di Dataran Mutiara di sini, sambil meningkatkan desakan supaya pemerintah monarki negara itu berundur, selepas tentera menyerbu kawasan itu Subuh kelmarin.

Pada masa sama, pihak berkuasa negara itu mengharamkan perhimpunan umum dan mengerahkan kenderaan tentera berkawal di jalan raya bagi menghalang lebih banyak tunjuk perasaan, manakala keadaan di jalan raya lengang. 

 

Tentangan terhadap pemerintah Bahrain dan kerabat diraja negara itu mencerminkan perasaan tidak puas hati yang semakin meningkat, selepas mendesak kerajaan mengurangkan dominasi monarki terhadap jawatan utama kerajaan dan menghapuskan diskriminasi terhadap penduduk majoriti puak Syiah.


Keadaan bagaimanapun berubah menjadi cabaran ke atas keseluruhan sistem pemerintahan selepas serangan kejam pasukan keselamatan kelmarin di kawasan penunjuk perasaan berkhemah sepanjang malam di Dataran Mutiara yang menyebabkan sekurang-kurangnya lima terbunuh dan lebih 230 lagi cedera.

“Rejim pemerintah mewujudkan perasaan marah dan benci di hati saya. Semua yang berkumpul di sini memendam perasaan tidak puas hati,” kata penunjuk perasaan, Ahmed Makki Abu Taki.

Abang Ahmed Makki 27 tahun maut apabila pasukan keselamatan menyerbu kawasan perkhemahan mereka di Dataran Mutiara. – AP

HAPPYNYE DIA...NAK BERBINI 2 KE..?

ADUN TENANG DISERANG SAKIT JANTUNG?

Adun Tenang yang baru, Mohd Azhar Ibrahim dilaporkan telah diserang sakit jantung.
Khabarnya sudah 4 hari beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Khamis, 17 Februari 2011

TUN M BICARA SOAL AKHIRAT

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya membuat tuntutan kepada DAP bahawa jika kerajaan campuran pakatan pembangkang memerintah mereka akan haramkan judi dan penjualan arak, disamping menerima hukum Hudud.
Menurut Dr Mahathir sekiranya DAP enggan membuat kenyataan tersebut sanggupkah PAS mendakwa akan kalahkan calon DAP (kerana enggan menerima perjuangan PAS.
“Atau apakah PAS akan membisu berkenaan dengan negara Islam PAS, hukum Hudud, pengharaman judi dan arak kerana bukan dasar dan tujuan perjuangan PAS yang penting tetapi kemenangan dalam PRU dengan pertolongan DAP yang penting?” soal beliau.
Dalam tulisan panjang di blognya chedet.cc, Dr Mahathir menghuraikan dengan teliti bagaimana Nik Aziz menggunakan hujah agama untuk menang pilihanraya.
Jelas Dr Mahathir, beliau tidak pernah dakwa yang dirinya selalunya betul dan tetap ke syurga.
“Saya juga tidak suruh sesiapa menyokong atau mengundi saya kerana itu akan menjamin mereka akan ke syurga di akhirat. Yang membuat dakwaan seperti ini ialah Nik Aziz,”katanya.
Dalam Islam,ujar beliau, tidak ada paderi yang boleh ampunkan sesiapa, atau menjamin balasan di akhirat kelak.
“Di Tenang Nik Aziz secara terbuka menghukum orang UMNO sebagai Jahiliah.”
Dr Mahathir turut menjawab kenyataan Nik Aziz sebelum ini bahawa Islam menerima pecah belah sebagai satu perkara yang pasti berlaku .
Menurut beliau, rujukan Nik Aziz pada tafsiran ayat 36 dalam Surah Al-Baqarah berkenaan umat manusia yang sering berpecah belah dan bermusuh-musuhan sesama mereka.
Tafsirannya bermaksud; "Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua (Adam dan Hawa) daripada syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan kami berfirman, "Turunlah kamu. Sebahagian dari (keturunan) kamu menjadi musuh kepada sebahagian daripada yang lain; dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
“Rujukan oleh Nik Aziz kepada ayat ini secara tidak langsung menjadi pengakuan oleh Nik Aziz yang dianya memang terlibat dengan pecah belah orang Melayu Islam.
“Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.
“Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
“ Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."
“Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.” Ujar Dr Mahathir.
Seterusnya, Dr Mahathir berkata, Nabi Muhammad tidak memecah-belah orang Islam.
“Utbah bin Rabiah mengecam Nabi kerana agama Islam yang dibawa Baginda memecah belah kaum Quraisy (yang pada masa itu bukan semuanya Islam) kerana sebahagian daripada mereka telah memeluk agama Islam.
“Janganlah Nik Aziz banding dirinya dan apa yang dilakukan olehnya sama dengan Baginda Rasulullah.
“Baginda telah cuba menyatupadu orang Quraisy melalui Islam tetapi Nik Aziz menyeru supaya orang yang sudahpun Islam berpecah tiga dengan niat untuk melemahkan UMNO, musuh politik PAS.
Nik Aziz, kata Dr Mahathir, secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.
Menurutnya, Menteri Besar Kelantan itu juga sanggup bekerjasama dengan pihak yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas di samping mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya umat Islam melonggarkan pegangan mereka terhadap ajaran Islam.
‘‘Harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya di dalam pilihan raya. Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah tetapi kemenangan dalam pilihan raya.
‘‘Orang UMNO beragama Islam. Walaupun bagi Nik Abdul Aziz mereka bukan Islam kerana tidak sokong Pas namun dunia mengiktiraf bahawa orang Melayu termasuk ahli UMNO dan ahli Pas juga adalah orang Islam,’’ ujarnya lagi.
Mengenai dakwaan Nik Abdul Azizi bahawa UMNO menghapuskan tulisan Jawi sehingga umat Islam tidak boleh membaca al-Quran, beliau berkata, bukankah kerajaan UMNO yang mengadakan sekolah agama, mata pelajaran agama Islam menggunakan tulisan Jawi.
‘‘Mengapa Harakah menggunakan tulisan Rumi? Bagaimanakah terdapat lebih ramai yang mempelajari agama sehingga ke peringkat universiti jika generasi ini buta al-Quran, tidak boleh baca Jawi,’’ katanya.
Dr. Mahathir di dalam blognya turut mengingatkan Mursyidul Am Pas itu juga akan berdiri di hadapan Allah satu hari nanti dan segala pertuturannya dan perbuatannya ketika di dunia akan diadili.
‘‘Di akhirat nanti lidah, tangan dan kaki Nik Abdul Aziz akan menjadi saksi. Bukan Nik Abdul Aziz yang akan mengadili saya atau sesiapapun dan bukan juga Nik Abdul Aziz mengadili dirinya sendiri,’’ ujar Dr. Mahathir

Rabu, 16 Februari 2011

BN BAIK-PR JAHAT

“Kerajaan bersifat telus dalam melaksanakan tanggungjawab dan dalam hal ini penjelasan telah dibuat menggunakan fakta-fakta yang sahih, namun nampaknya pembangkang sengaja mahu mengelirukan rakyat, membuat fitnah dan berniat jahat,”{_}

TAK JADI SEBAB ROSMAH TAK RESTU?

Rombakan kabinet yang disebut-sebut akan berlaku petang Rabu nampaknya tidak menjadi kenyataan.
 
Sehingga lewat petang ini, Pejabat Perdana Menteri  tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sebagaimana yang dijangkakan oleh ramai pihak. sini

Selasa, 15 Februari 2011

SAYA TAK INGAT MUKA....TUN MAHATHIR MOHAMED

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus bertegas pemimpin-pemimpin pembangkang yang menemuinya lebih 20 tahun lalu sebelum mereka ditahan di bawah Ops Lalang seharusnya bercakap benar dan mengakui bahawa mereka ada menemuinya sebelum Ops itu dilaksanakan
.
“Ia berlaku lebih 20 tahun lalu. Saya benar-benar ingat perjumpaan dengan mereka, saya tidak ingat wajah-wajah mereka. Saya pasti Karpal  bukan salah seorang daripadanya dan saya rasa Kit Siang salah seorang daripada mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) di sini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan pemberita sama ada beliau akan menyahut cabaran oleh pengerusi DAP Karpal Singh untuk menamakan anggota pembangkang yang menemuinya sebelum Ops Lalang dilaksanakan.

Dr Mahathir berkata sekiranya pemimpin pembangkang ikhlas dan tidak cenderung untuk berbohong, beliau merasakan mereka perlu mengakui yang mereka menemuinya sebelum operasi.

Katanya pemimpin-pemimpin pembangkang merayu kepadanya bagi mengelak penahanan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987, dan itu adalah sebabnya mengapa beliau menemui mereka supaya mereka tidak ditahan.

Dr Mahathir berkata: “Ia memalukan buat saya, selepas beri jaminan yang mereka tidak akan ditahan, mereka ditahan polis, dan sudah tentu saya terpaksa menandatangani perintah tahanan.”

Menyentuh laporan berita mengenai bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan memiliki operasi perniagaan di Amerika Syarikat Dr Mahathir berkata: “Itulah memang kita tahu pun tapi bila kita nak dedah sesuatu kenalah ada bukti”.

“Dia kaya bukan miskin sebab itulah dia boleh pergi sana sini cerita karut kepada orang memburukkan nama saya itulah kerja dia,” katanya.
“Mungkin selepas ini saya akan terima surat peguam dari Anwar mengancam untuk menyaman saya bagi menutup mulut saya,” kata Dr Mahathir.

— Bernama

PERAK NEWS:MSK KECEWA SEBAB PEMIMPIN MAIN WAYANG

Maka dengan ini, aku mengisytiharkan, bahawa aku bukan lagi ahli PKR, bukan lagi penyokong PKR dan tidak ada kena mengena dengan PKR. Tetapi bukan bermakna aku memusuhi semua kerabat PKR. Masih ramai mereka yang didalam PKR yang aku hormati. Tetapi oleh kerana ianya dipimpin oleh mereka yang tidak lagi aku hormati, maka aku tidak lagi mahu bersubahat dengan mereka. -  
Ureka.asia

Memang ada pemimpin PKR yang tak boleh di tegur langsung...tegur je, melenting..dan..kalau cerita bab kepentingan peribadi ni...jangan cakap laa...muka manis tapi hati memang busuk. Ada setengah pemimpin tu..minta tolong citer yang baik je pasai diri deme aje..minta puji-puji lagi..pirahhhhhhhh!!! 


Ada yang pandai bercakap..bab wayang-wayang ni memang biasa..suruh je bawak watak apa...memang menjadi punya....yang dah "bertaubat" pun ada.. yang nampak salah orang..salah sendiri tutup semua...Mana kadang-kandang hati tak sakit..MSK sakit hati la tu,tu pasai dia cabut dari PKR.

Isnin, 14 Februari 2011

DUN PERAK & DUN SARAWAK BUBAR SERENTAK?

Dewan Undangan Negeri Perak serta Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan...Pilihanraya serentak bagi menguji "keGABANan" Barisan Nasional di kedua-dua negeri.

Rabu, 9 Februari 2011

SAYA BELUM DIJEMPUT

Walaupun pertemuan formal dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berlangsung kelmarin, Setiausaha Kerajaan Negeri yang baryu Datuk Mohd Khusrin Munawi masih belum menerima “lampu hijau” untuk menyertai mesyuarat mingguan Exco yang diadakan pagi ini. 

Khusrin berkata, beliau tidak “dijemput” untuk menghadiri mesyuarat Exco hari ini.

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini bermula pukul 10 pagi.

“Saya tidak tahu... saya tak dijemput untuk hadir bermesyuarat pagi ini, mungkin belum lagi.

“Setakat ini memang tak ada lagi, saya pun tidak tahu apa-apa tentang mesyuarat hari ini,” kata beliau.sini

Selasa, 8 Februari 2011

ADAKAH HARGA MINYAK TURUN ESOK...?

PM Najib Razak akan pengerusikan mesyuarat kabinet - YANG PERTAMA di luar Putrajaya 8 pagi esok di Dewan Utama, Yayasan Pahang, Kuantan.

BAGUS,BAGUS...RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN MEWAH DIBAWAH BN

Kata Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.

PRK MERLIMAU: PUTERI CARI 1,400 PENGUNDI LUAR..PR BELUM BERSEDIA?

Dianggarkan kira-kira 1,400 pengundi muda DUN Merlimau yang dikesan berada di luar kawasan dan usaha untuk mengesan mereka sedang giat dijalankan oleh Puteri UMNO Jasin.

Ketua Puteri UMNO Jasin, Siti Faizah berkata jumlah pengundi muda itu adalah meliputi pelbagai kaum yang layak mengundi di pilihan raya kecil DUN Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti.

“Dari bancian yang dijalankan, 85 peratus dari jumlah yang diperolehi adalah pengundi Melayu dan selebihnya kira-kira 100 orang pengundi Cina, 100 pengundi India dan 4 orang adalah pengundi kaum lain.

“Kami juga mendapati kira-kira 60 peratus pengundi terbabit berada di Melaka dan selebihnya berada di luar Melaka, usaha untuk mengesan pengundi terbabit sedang giat dilakukan termasuk berjumpa dengan keluarga mereka di sini,” katanya.

Faizah berkata, berikutan pengundi luar itu turut membabitkan kaum lain, Puteri UMNO akan bekerjasama dengan parti komponen BN untuk mengsan pengundi terbabit bagi memastikan mereka pulang pada hari pengundian.

“Jumlah pengundi muda yang berada di luar agak tinggi, dan kami berharap mereka dapat pulang pada hari pengundian nanti, walaupun pilihan raya ini adalah PRK namun undi mereka amat penting kepada kami.

“Setakat ini, kami sudah dapat mengesan sebahagian daripada mereka dan akan membuat susulan dengan menghubungi mereka supaya pulang pada hari mengundi dan menyokong calon BN,” katanya.

PERAK NEWS: YB NIZAR JALANG POLITIK-KP UMNO PERAK

Ketua Pemuda UMNO Negeri, Khairul Azwan Harun menggelar Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai badut dan jalang politik kerana masih meneruskan pembohongan berhubung isu ‘ancak’ melibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ke serata negeri.

Menurutnya, gelaran itu dibuat berdasarkan sikap serta tingkah laku bekas Menteri Besar itu yang dilihat agak melampau sejak akhir-akhir ini.


“Semua gelaran itu juga masing-masing mewakili karakter bekas Menteri Besar itu sejak kebelakangan ini.


"Beliau sanggup memperbodohkan diri sendiri, gemar mempolitikkan segala hal yang berlaku dan sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama demi kepentingan politiknya,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita di Bangunan UMNO Perak, di sini semalam.


Hadir sama, Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri, Mohamad Annuar Ariffin.


Khairul Azwan berkata, pihaknya bakal mengedarkan satu juta VCD ke seluruh negeri bagi memberi penerangan sebenar terhadap semua fitnah yang dibawa oleh Nizar kepada masyarakat.


Katanya, ini kerana perkara itu telah pun diperjelaskan dalam Sidang Dewan Negeri baru-baru ini dan tuduhan upacara ancak adalah bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku.


“Dalam sidang dewan berkenaan juga, Nizar telah membaca apa definisi ancak berdasarkan penerangan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang sama sekali bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Besar.


“Oleh itu, pihak Pemuda UMNO Negeri mengutuk keras fitnah yang masih terus disebarkan pihak Pas,” katanya.


Sementara itu, Khairul Azwan mendesak Nizar memberi jawapan terhadap isu memegang lilin yang dilakukannya bersama barisan kepimpinan DAP suatu ketika dahulu bagi menghormati kematian Teoh Beng Hock yang juga adalah Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liew.


Katanya, perbuatan berkenaan jelas bertentangan dengan akidah Islam sebagaimana dakwaan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.


“Nizar perlu memberi penjelasan sepenuhnya terhadap perkara berkenaan kerana kita juga memiliki bukti-bukti lain untuk didedahkan kepada rakyat,” katanya.

KERANA ISA SAMAD PASARAN SAHAM JADI "GILA"..PADAN MUKA BN

Pelantikan bekas MB Negeri Sembilan, Isa Abdul Samad sebagai Pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata CEO, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.

Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberika alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.

Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005.

“Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” kata Zainal Aznam.Menurutnya, pembaharuan sebenar hanya boleh dicapai jika ada pengharaman menyeluruh pelantikan ahli politik mengetuai GLC.

“Kenapa tidak katakan sahaja ahli politik tidak boleh dilantik, tidak kira parti mana yang diwakili, atau sama ada awak adalah korup?

“Rasuah berkait dengan kuasa, jadi andaian asas adalah ahli politik dilabel sebagai korup,” katanya sambil menambah pelantikan Isa satu tamparan kepada reputasi baik Felda di kalangan negara-negara membangun.

DUN SARAWAK BUBAR 19 FEB...?

DUN Sarawak bubar 19 Febuari....?

Isnin, 7 Februari 2011

PERAK NEWS: PEGAWAI KHAS ZAMBRY KADER BUAT REPORT POLIS

Pegawai Khas Menteri Besar Perak Datuk Azhar Ahmad hari ini membuat dua laporan polis berhubung kes pemalsuan dokumen yang menggunakan nama Menteri Besar serta jabatan kerajaan negeri oleh pihak tertentu bagi tujuan menipu.


Laporan pertama dibuat di balai polis Pantai Remis pada pukul 6 pagi dan laporan kedua di balai polis Sungai Senam di sini kira-kira tiga jam kemudian.

Dalam satu persidangan akhbar di pejabatnya pada Isnin, Azhar berkata laporan itu dibuat selepas pihaknya menerima dua surat menggunakan kepala surat Menteri Besar Perak dan bertanda tangan pegawai khas Menteri Besar mengenai kelulusan tanah pertanian kerajaan negeri bagi dua lokasi berasingan.

"Saya tidak pernah menandatangani mana-mana surat kelulusan tanah milik kerajaan negeri. Surat itu palsu dan ia merupakan satu pembohongan yang berniat jahat untuk memburukkan pegawai-pegawai di sini dan juga kemungkinan untuk menjejaskan reputasi Menteri Besar sendiri," katanya.

Beliau berkata surat pertama membabitkan kelulusan tanah pertanian seluas kira-kira 324 hektar di Mukim Kenering yang bertarikh pada 9 Disember tahun lalu manakala surat kedua yang juga dengan kepala surat pejabat Menteri Besar serta bertandatangan beliau, berkaitan kelulusan tanah seluas kira-kira 400 hektar di Mukim Pengkalan Hulu yang dikeluarkan pada 13 Januari lalu.

Azhar berkata kedua-dua surat itu adalah palsu serta berniat jahat, dan menurutnya beliau sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa untuk meluluskan permohonan tanah.

"Saya mohon supaya mana-mana individu yang menerima surat sedemikian atau menjadi mangsa penipuan sindiket itu supaya buat laporan polis, selain dapatkan pengesahan lanjut daripada kerajaan negeri sebelum membuat sebarang pembayaran," katanya.

Minggu lepas Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta polis menyiasat kemungkinan penglibatan 'orang dalam' dalam, kegiatan penipuan menggunakan nama beliau dan juga jabatan kerajaan yang dikesan berlaku sejak tahun lepas.

FUHH..TENUNGANMU...MENAWAN HATIKU...


Najib tak gerammmmmm ke....?

OK LA TU....

naik lagiiiiiiiiiiiiii....!!!

Selasa, 1 Februari 2011

NAJIB DENGARLAH NASIHAT ERDOGAN

Perdana Menteri Turki pada Selasa merayu Presiden Mesir, Hosni Mubarak supaya mendengar kehendak rakyatnya yang menuntut perubahan demokrasi.
 
Recep Tayyip Erdogan, figura popular di dunia Arab dan Islam berkata, Hosni sepatutnya bertindak segera bagi mengelakkan puak-puak tertentu yang akan mengambil kesempatan ke atas krisis ini yang bakal merosakkan Mesir.

Bagaimanapun beliau enggan menjelaskan pihak-pihak yang dimaksudkannya.
 
"Saya hanya ada nasihat dan amaran yang ikhlas... tolong dengar kehendak rakyat. Lakukan perubahan segera tanpa ragu-ragu," katanya.

Beliau berucap dan pada masa yang sama jutaan rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir, Kaherah bagi menuntut Hosni, 82, berundur selepas hampir 30 tahun berkuasa.

Erdogan membuat seruan berkenaan ekoran beliau merupakan pemimpin yang disegani di kalangan dunia Arab dan Islam kerana kelantangannya mengkritik rejim Yahudi.

"Tidak ada kuasa yang akan kekal walaupun rakyat," katanya semasa berucap pada perhimpunan mingguan di Parlimen.

Dalam pada itu, Erdogan mengajak kumpulan anti-kerajaan supaya tidak membuat kekacauan dan keganasan selain memelihara kawasan-kawasan tapak warisan. -

SEBELUM KETUK KEPALA TGNA-DSAI-KETUK LU PUNYA KEPALA DULU

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata orang Melayu negara ini boleh disatukan jika dapat “ketuk kepala” Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan masalah itu berpunca daripada kedua-dua pemimpin Pakatan Rakyat tersebut.
 
“Cara mudah, ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar kerana penyakit itu semua datang daripada mereka,” kata beliau menjawab satu soalan bagaimana untuk menyatupadukan orang Melayu yang menurutnya sudah berpecah tiga.

Dalam kebanyakan ucapannya sejak Mac 2008, Dr Mahathir mendakwa orang Melayu sudah berpecah kepada tiga dan kuasa politik semakin mengecil dan tidak menolak kemungkinan akan menjadi macam orang Melayu Singapura.

Beliau juga menyifatkan usaha menyatupadukan orang-orang Melayu itu menemui jalan buntu kerana tidak adanya keinginan daripada kedua-dua pemimpin berkenaan, Mursyidul Am PAS dan Ketua Umum Pakatan Rakyat untuk ke arah itu.


“Niat mereka hanya untuk mendapat tempat. Anwar dengan dasarnya untuk sampai ke Putrajaya dan Nik Aziz adalah seorang ‘opportunist’. 

Tidak ada niat mereka ini untuk berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara, itu yang susah hendak berbaik dengan mereka,” katanya dipetik Bernama.

sini

SEHATI SEJIWA..

Isnin, 31 Januari 2011

PEMANDANGAN DI DATARAN MERDEKA MINTA NAJIB LETAK JAWATAN?


Ribuan rakyat Mesir berkumpul Dataran Tharir di Kaherah, Mesir bagi meneruskan bantahan dan mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur pada Isnin. 

Penunjuk-penunjuk perasaan ketika ini berusaha menganjurkan 'perarakan sejuta orang' yang dirancang Selasa bertujuan mengguling rejim Hosni.

Bersediakan Najib dan Rosmah..?