Pengikut

Selasa, 8 Februari 2011

PRK MERLIMAU: PUTERI CARI 1,400 PENGUNDI LUAR..PR BELUM BERSEDIA?

Dianggarkan kira-kira 1,400 pengundi muda DUN Merlimau yang dikesan berada di luar kawasan dan usaha untuk mengesan mereka sedang giat dijalankan oleh Puteri UMNO Jasin.

Ketua Puteri UMNO Jasin, Siti Faizah berkata jumlah pengundi muda itu adalah meliputi pelbagai kaum yang layak mengundi di pilihan raya kecil DUN Merlimau yang bakal diadakan pada 6 Mac nanti.

“Dari bancian yang dijalankan, 85 peratus dari jumlah yang diperolehi adalah pengundi Melayu dan selebihnya kira-kira 100 orang pengundi Cina, 100 pengundi India dan 4 orang adalah pengundi kaum lain.

“Kami juga mendapati kira-kira 60 peratus pengundi terbabit berada di Melaka dan selebihnya berada di luar Melaka, usaha untuk mengesan pengundi terbabit sedang giat dilakukan termasuk berjumpa dengan keluarga mereka di sini,” katanya.

Faizah berkata, berikutan pengundi luar itu turut membabitkan kaum lain, Puteri UMNO akan bekerjasama dengan parti komponen BN untuk mengsan pengundi terbabit bagi memastikan mereka pulang pada hari pengundian.

“Jumlah pengundi muda yang berada di luar agak tinggi, dan kami berharap mereka dapat pulang pada hari pengundian nanti, walaupun pilihan raya ini adalah PRK namun undi mereka amat penting kepada kami.

“Setakat ini, kami sudah dapat mengesan sebahagian daripada mereka dan akan membuat susulan dengan menghubungi mereka supaya pulang pada hari mengundi dan menyokong calon BN,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan