Pengikut

Selasa, 3 November 2009

DR ASRI..JANGAN MENYIBUK?



Datuk Mohd Nakhaie Ahmad yang bersara dari jawatan Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)kelmarin (1 November), menyangkal segala dakwaan yang dilemparkan oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.


Antara dakwaan tersebut ialah kononnya Nakhaie memperalatkan YADIM untuk memungut harta, makan rasuah dan mengeluarkan kenyataan yang Dr Asri tidak diterima UMNO mahupun PAS.



Nakhaie juga turut dituduh menyalahgunakan jawatannya sebagai Yang DiPertua YADIM untuk melancong ke luar negara.



Ekoran itu, Nakhaie mendakwa, dua laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dan hasil siasatan SPRM setakat ini membuktikan Nakhaie bersih daripada tuduhan itu.



Nakhaie juga mendakwa Dr Asri telah memberikan bayangan seolah-olah beliau memperalatkan YADIM untuk meraih kekayaan.



Malah dakwanya, Dr Asri juga telah meminta Audit Negara menyiasat YADIM untuk memastikan sama ada terdapat penyelewengan wang.




"Bagi saya, Dr Asri tak perlu bagi arahan kepada Audit Negara (AN) kerana AN memang telah dan dipertanggungjawabkan untuk menyiasat perbelanjaan YADIM.



"Jangan campur tangan. Siapa beliau nak mengeluarkan arahan ini?" katanya pada sidang akhbar di kediamannya yang berhampiran dengan Markas PAS, Taman Melewar, Gombak semalam.


perakkume

BENARKAH BEGITU...SPRM?





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas ADUN dan pembantunya atas kesalahan di bawah Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997.

Bekas ADUN tersebut yang kini seorang Ahli Parlimen ditangkap atas kesalahan mengemukakan invois-invois yang mengandungi butiran matan palsu semasa beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi melaksanakan satu program yang tidak dijalankan. Manakala itu, pembantu beliau ditangkap atas kesalahan bersubahat dengan bekas ADUN berkenaan dalam membuat tuntutan bagi program yang sama.

Kedua-dua mereka akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).


Bekas pegawai MB Selangor ditangkap SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menangkap seorang bekas Pegawai Menteri Besar Selangor pada 2 November 2009 atas kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.

Beliau ditangkap kerana disyaki menipu dan memperdayakan seorang presiden sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Selangor bagi tujuan pembiayaan sebuah majlis anjuran Kerajaan Negeri berkenaan. Nilai yang terlibat adalah sebanyak RM50,000.00.

Beliau akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).


Pembantu khas exco Selangor dituduh SPRM (Wong Chuan How)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menuduh seorang pembantu khas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor di bawah Akta Pencegahan Rasuah (APR) 1997 dan Kanun Keseksaan.

Beliau akan dituduh atas kesalahan mengemukakan invois yang mengandungi butiran matan palsu kepada Pejabat Daerah Sepang bagi membekalkan barangan sempena program Hari Kemerdekaan tahun 2008 yang mana tidak dibekalkan. Beliau juga akan dituduh di atas dua (2) kesalahan pecah jenayah amanah di bawah Seksyen 406 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan kes ini akan dibuat di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada pagi 3 November 2009 (esok).



mkini

Isnin, 2 November 2009

ZAMBRY LAWAN KETUA KAMPUNG





Esok, 03/11/2009 saman Ketua Kampuang Pakatan Rakyat terhadap Zambry Haram di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Zambry Haram telah memecat seramai 816 Ketua Kampung sebelum tamat tempoh perkhidmatan. Pemilihan dibuat oleh rakyat, bukan main" tunjuk-tunjuk" macam Ketua Kampung UMNO.

Kalau tiada sapa yang "menangguh", perbicaraan akan bermula jam 10.00 pagi.

Ketua-ketua kampung diminta hadir ke Mahkamah esok pagi...
Semoga kejayaanakan menyebelahi yang benar......

hancur UMNO, hancur Zambry!!!!!

NAJIB BIDAS MOHAMAD NAZRI




kenyataan Datuk Mohamad Nazri

Ahli Parlimen (BN) Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz hari ini mengulangi pendirian bahawa beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon meletakkan jawatan atas alasan gagal menunjukkan prestasi yang baik.

''Saya tak tarik...saya tidak akan tarik, saya tak buat salah.Apa, pemimpin UMNO ini hanya layak untuk minta maaf sahaja ke?. Tegas beliau...

''No way man, saya tidak akan minta maaf kerana saya tidak buat salah. Saya punya penilaian begitu (prestasi Tsu Koon tidak baik),'' memang Koon Tsu Koon lemah serta telah hilang kewibawaan sebagai Menteri.



Adakan Najib berani mengambil tindakan keatas Datu Mohamad Nazri.....?

Najib perlu mengambil tindakan kerana Datuk Mohamad Nazri mempertikaikan perlantikan Koh Tsu Koon sebagai Menteri.




kenyataan Najib



Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak agar tidak mempersoalkan haknya sebagai Perdana Menteri untuk melantik sesiapa sahaja yang layak dan berkarisma menganggotai Kabinet.


Tegas beliau, segala tindakannya bukan bertujuan menggunakan kuasa semata-mata tetapi demi kepentingan semua pihak atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri untuk semua kaum, bukan untuk Melayu sahaja.



Menurut beliau, pelantikan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sebagai menteri adalah bagi menghargai peranan parti itu dan sebagai sebahagian daripada proses pemulihan parti berkenaan.



“Jangan persoalkan, ini hak saya sebagai Perdana Menteri dan saya buat ini bukan saya nak gunakan kuasa tetapi sebab saya fikir saya adalah Pengerusi BN, saya buat demi kepentingan BN, saya bukan Presiden UMNO sahaja, saya juga Pengerusi Barisan Nasional


Barisan Nasional berkocak kembali...jangan jaga tepi kain orang, kain sendiri nak terlondeh tak ambik peduli

APA KATA YB NIK NAZMI

Berita ADUN Pelabuhan Klang, YB Badrul Hisham Abdullah keluar Parti Keadilan Rakyat pada 29 Oktober 2009 bukanlah sesuatu yang mengejutkan.


Pada pagi hari yang sama saya mengeluarkan kenyataan media menyatakan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim berhasrat memaklumkan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan untuk meminta Badrul letak jawatan.


Di dalam Dewan Negeri Selangor kerusi saya di antara Badrul dan YB Haniza Talha, Timbalan Speaker Dewan merangkap ADUN Taman Medan. Namun beliau langsung tidak pernah berucap di dalam Dewan, sekadar bertanya soalan.


Ketika awal-awal timbul rungutan orang ramai dan akar umbi Keadilan terhadap prestasi Badrul saya bertemu dengan beliau. Malah, saya mengaturkan pertemuan beliau dengan Tan Sri Khalid. Dalam setiap pertemuan beliau meluahkan masalahnya dengan pimpinan cabang Klang dan berjanji memperbaiki prestasi beliau.


Awal tahun ini apabila cerita beliau hendak lompat parti mula tersebar, saya menghubunginya. Selepas mendapat penjelasan beliau, kami mengadakan sidang media bersama YB Azmin Ali dan YB Amirudin Shari menafikan kisah tersebut.


Namun rungutan orang ramai terhadap beliau semakin berterusan. Saya memanggil beliau untuk datang berjumpa Menteri Besar. Beliau bersetuju. Apabila tiba hari yang dijanjikan, beliau tidak hadir sebaliknya menghantar pembantunya sebagai wakil.


Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail terpaksa memanggil beliau suatu petang bersama-sama saya bagi meyakinkan beliau untuk memberi kerjasama penuh dengan saya dan Menteri Besar.


Apabila Badrul tidak mengubah sikap, masih sukar berbincang dan ramai merungut tentang pengurusan peruntukan beliau, maka saya mengunjung beliau bersama pimpinan Keadilan Cabang Klang pada 14 Mei 2009 bagi memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri bercadang memberikan saya tanggungjawab menguruskan peruntukan DUN beliau. Lawatan saya ke rumah beliau dibuat secara mengejut agar beliau tidak boleh mengelakkan daripada bertemu saya.


Pada pertemuan tersebut yang mana turut dihadiri isteri dan pembantu-pembantu Badrul, beliau bersetuju dengan perubahan tersebut. Saya sendiri memaklumkan saya akan menyokong sebarang aktiviti yang Badrul anjurkan sekiranya dibuat permohonan lengkap.


Namun sejak hari itu beliau sukar dihubungi. Saya tidak pernah berjaya menelefonnya secara langsung – mengalahkan Datuk Seri Anwar mahupun Tan Sri Khalid dalam ‘kesibukannya’! Pada sidang DUN yang lalu beliau tidak hadir, dan mula-mula menghantar surat memaklumkan keuzuran yang ditandatangani oleh pembantu beliau. Apabila saya memaklumkan YB Tuan Speaker tidak boleh menerima surat begitu, barulah Badrul menghantar surat yang ditandatanganinya sendiri.


Penduduk Pelabuhan Klang merungut tidak menerima bayaran Skim Mesra Usia Emas, sehingga Kerajaan Negeri memindahkan pengurusan skim tersebut di bawah saya demi kebajikan rakyat. Bukanlah saya teringin sangat hendak mengambil alih pengurusan DUN nya, memandangkan saya pun banyak tanggungjawab lain termasuk DUN saya sendiri. Malah YB Ronnie juga terpaksa ‘menyerbu’ rumahnya kerana YB Ronnie yang merupakan ADUN Pandamaran yang berjiran dengan Pelabuhan Klang terlalu kerap menerima rungutan orang ramai tentang Skim Mesra Usia Emas di sana.


Beliau juga tidak memulangkan deposit pilihan raya sebanyak RM8000 yang didahulukan oleh Keadilan pada penamaan calon hingga hari ini.


Seorang demi seorang pembantu beliau meninggalkannya. Ramai datang bertemu saya merungut kebajikan mereka tidak terjaga.


Selepas peristiwa itu, YB Azmin dan saya merancang membuat lawatan mengejut lagi ke rumahnya. Tetapi apabila berita tersebut dihidu Badrul, beliau meninggalkan rumahnya dan berpesan kepada seorang anggota Keadilan Klang agar saya dan YB Azmin membuat temujanji sekiranya hendak bertemu. Bagaimana nak buat temujanji kalau tak boleh dihubungi?


Bagi setiap program yang mana saya dijemput selaku Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, saya minta Badrul dimaklumkan. Namun beliau tidak pernah hadir. Dalam satu program penyampaian zakat di Masjid di Pelabuhan Klang yang beliau maklumkan akan hadir, yang tiba cumalah pembantunya dengan teks ucapan beliau di penghujung program.


Beliau tidak lagi hadir program orang ramai, sebaliknya menghilangkan dirinya entah ke mana. Pusat Khidmat Rakyatnya juga akhirnya tutup, sedangkan beliau terus mendapat elaun pejabat dan dua pembantunya terus dibayar Kerajaan Negeri.


Saya ada menerima surat tentang tuntutan beberapa bayaran dari Badrul. Saya menghantar pesanan agar kami dapat bertemu untuk saya mengesahkan permohonan tersebut. Tetapi tiada jawapan.


Sehingga ke minggu lepas, pintu rundingan masih dibuka. Berkali-kali Tan Sri Khalid memaklumkan pada saya keinginannya untuk bertemu Badrul, namun setiap pesanan yang saya hantar tidak mendapat sebarang jawapan.


Kenyataan Tan Sri Khalid dibuat memandangkan sudah tiada pilihan lain.


Justeru, saya sedikit lucu dengan kenyataan Badrul apabila mengumumkan keluar dari Keadilan – menjadi seorang lagi YB ‘Bebas menyokong BN’ – beliau menyatakan beliau hilang keyakinan terhadap Keadilan. Mengapa selepas Tan Sri Khalid minta beliau letak jawatan baru beliau hendak keluar menghadap orang ramai dan umumkan beliau keluar dari parti? Pelbagai perkara yang sudah lama berlaku disebut, tetapi hanya sekarang beliau berani bersuara?


Hakikatnya, rakyat sudah lama hilang keyakinan kepada beliau!



sumber: YB Sdr Nik Nazmi ( SETPOL YAB MB Selangor)

BEBAS DENGAN BON




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoal motif penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan penahanan beliau tidak ada kaitan dengan kerajaan Pusat.
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin akhirnya bebaskan dengan bon tanpa cagaran oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dan hanya diminta untuk hadir bagi siasatan pada bila-bila masa apabila dihubungi. Sebelum Dr Asri meminta SPRM membuat siasatan terhadap YADIM.

BN MENGATA PANDAI...








DS NAJIB
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta parti komponen BN yang sedang bergelut dengan masalah dalaman, dapat menyelesaikannya dengan segera bagi menguatkan lagi gabungan itu. "Kalau ada masalah dalaman, cepat-cepatlah selesaikan. Tunggu apa lagi? Selesaikan masalah, kuatkan BN. Pastikan kita ada landasan, halatuju dan prinsip yang jelas" katanya.

MCA
Pergerakan Wanita MCA hari ini menyokong penuh saranan 16 anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu untuk mengadakan satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membolehkan pemilihan baru pucuk pimpinan diadakan.Ketua Wanitanya, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat kali ketujuh jawatankuasa pusat Wanita parti itu yang diadakan hari ini.

GERAKAN

Jumlah perwakilan Pemuda Gerakan yang sepatutnya menghadiri persidangan pergerakan itu sebelum dianggarkan kira-kira 1,000 orang, sesuatu yang mamalukan


Adakah sebab persidangan terlalu awal dan (oleh itu) tidak boleh bangun tidur?.

PPP
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah hari ini memfailkan saman fitnah dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta terhadap Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M Kayveas. Saman itu adalah berhubung kenyataan media oleh Kayveas dan disiarkan oleh beberapa media cetak dan elektronik yang didakwa Murugiah palsu dan berniat jahat.

MIC
Tidak adil untuk menyalahkan MIC terhadap persembahan buruk BN pada pilihan raya umum 2008 memandangkan parti kaum India terbesar negara itu hanyalah 'minoriti' dalam BN, yang pasti tidak dapat membawa kejatuhan gabungan parti yang kukuh satu ketika itu, kata timbalan presiden MIC Datuk G Palanivel. Bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu berkata pilihan raya lepas menyaksikan munculnya rasa marah yang melewati batas pelbagai kaum terhadap BN, jadi adalah tidak adil untuk menjadikan MIC sebagai 'kambing hitam'.

UMNO
Parti yang bermasalah, parti yang penuh dengan rasuah!!!!

Bukan ke catatan diatas merujuk kepada masalah besar yang melanda Barisan Nasional...?