Pengikut

Selasa, 3 November 2009

MEMANG NAJIB NAK BERPERANG !!!

Tan Sri Mahyuddin berkata ketika menghadiri Majlis Sepetang bersama Timbalan Perdana Menteri di Komplek Warga Emas, beliau diminta mengulas pertemuan Perdana Menteri dengan Menteri-Menteri Kabinet pada hari Jumaat ini.

"Kita tak boleh main-main, kena serius. Saya percaya kita nak membuktikan walau apa pun keadaannya, Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti lebih berwibawa, berkemampuan untuk menyelesaikan dan membantu membela nasib rakyat.

"Kita lihat apa yang berlaku dalam parti pembangkang, sudah agak macam berkecamuk. Sebab itu ada wakil rakyat sudah meninggalkan parti mereka, tidak masuk Umno tetapi sokong Umno, macam Badrul.

"Saya dengar ramai lagi nak keluar kerana sudah hilang keyakinan kepada pihak parti pembangkang, tidak berkemampuan. Ini bukan saja berlaku di Selangor tetapi juga di negeri lain dan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas serta DAP", kata beliau
edit:beritaharian
...............................

Era Najib, beliau akan buat apa saja asalkan dapat, macam mana dia "merampas" rosmah dahulu. Berapa tak kisah, janji dapat...bagaimana Perak, sekarang Selangor...?
apa yang Najib kata dia akan kote ( bahasa parit).

Beliau amat yakin akan merampas Selangor, memandangkan situasi yang membolehkan beliau berlari-lari dicelah-celah kangkang Pakatan Rakyat yang sedang terleka. Ada saja yang beliau lakonkan di Selangor. Buluh runcing..? Kuil..? Arak..? Rasuah Exco..? Beli Adun..? Dr Asri..?


NAJIBLAH PUNCA BALA......



Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden MCA walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengiktiraf Datuk Seri Chua Soi Lek kekal memegang jawatan tersebut.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang selepas mesyuarat jawatankuasa pusat petang ini, Liow berkata beliau berhak untuk merayu terhadap keputusan ROS itu.

Chua dipecat dari jawatan timbalan pesiden pada 26 Ogos. Jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan pemecatan Chua dan sebaliknya menggantung keahlian bekas menteri kesihatan itu selama empat tahun.

Manakala Liow pula dilantik kepada jawatan nombor dua tersebut pada 15 Oktober lalu, dianggap melawan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan. edit mkini

BIBIR MERAH MENYALA...APA LAGI KAU NAK?


UMNO sanggup bekerjasama dengan Pas ke arah membentuk Kerajaan Perpaduan adalah bagi memenuhi tuntutan agama dan bukan berdasarkan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, idea Kerajaan Perpaduan adalah perkara yang baik dan justeru itu, UMNO sanggup mengadakan rundingan itu dengan Pas.

“Kita mempunyai pendirian jelas bahawa asalkan untuk kebaikan, kita sanggup mengadakan rundingan. Ia bukan semestinya kita terikat tangan atas apa-apa persetujuan.

“Kita hendak cari sesuatu yang baik... sesuatu yang baik adalah tuntutan agama. UMNO membuat sesuatu itu bukan berdasarkan politik tetapi tuntutan agama,”

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang minggu lepas bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan UMNO “tidak lagi wujud dalam kamus” Pas.

Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang beliau tidak tahu sikap pemimpin UMNO sekarang berhubung idea kerajaan perpaduan itu, Najib berkata, pendirian UMNO jelas iaitu jika sesuatu perkara itu memberi kebaikan, ia sanggup mengadakan rundingan dengan Pas.

“Saya tidak tahu apa pendirian Pas sebenar. Kalau nak jelas kena tanya pemimpin PAS" katanya.

Memang Najib ni tak faham bahasa...nak sangat Selangor sanggup buat apa saja.

JAWAPAN TIDAK LOGIK TIMBALAN MENTERI..


Seorang anggota parlimen hari ini menegur dan meminta seorang timbalan menteri agar jangan memberi jawapan menggunakan bahasa retorik tanpa menyatakan tindakan positif yang diambil khususnya mengenai jenayah ke atas kanak-kanak seperti rogol, penculikan, dan penderaan.

"Kita ingin tahu apakah tindakan yang boleh dilihat oleh rakyat, tindakan yang jelas, jawapan yang positif," kata Datuk Dr Makin @ Makcus Mojigoh (BN - Putatan)

Dr Makin mengulas jawapan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Chew Mei Fun semasa menjawab soalan daripada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Fong bertanya adakah kerajaan menyedari kesulitan dan kelewatan mahkamah membicarakan kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan apakah pendekatan yang diambil untuk menangani masalah itu.

Ketika menjawab soalan itu, Chew berkata kementerian telah mengadakan perbincangan dengan ketua hakim negara dan menjalin kerjasama dengan agensi-agensi terlibat seperti Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu kelewatan tersebut.

"Berdasarkan kepada perbincangan tersebut, adalah didapati bahawa kelewatan berlaku melibatkan banyak pihak dan bukan hanya pihak mahkamah semata-mata," katanya.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menggubal Dasar Perlindungan Kanak-kanak Negara dan Pelan Tindakan Dasar Kanak-kanak Negara sebagai salah satu cara untuk meningkatkan kebajikan kanak-kanak.

"Dengan adanya pelan tindakan itu, kita akan memperuntukkan program dan tindakan dalam jangka masa tertentu, bersama Kementerian Pelajaran dan polis dan beberapa pihak lain yang terlibat.

"Kita juga dalam proses untuk mengadakan talian bantuan," katanya. BERNAMA

MEREKA YANG TERLEPAS..SPRM MACAM MANA?









Salah guna kuasa, mengarahkan Polis menghalang Adun PR memasuki Dewan Undangan Negeri
siasat...!!!!!!!



SPRM tak boleh siasat ke dia ni...?
sampai melahirkan anak punya "buas"nya dia..


fail rasuah ada kat Jabatan Peguam Negara
siasat le...


mat taib...9 kilo bawak duit!!


Mat Penyapu ni, buat rumah 24 juta..
siasat le kalau SPRM benar telus..


baru saja dibebaskan...tapi bersih ke dari rasuah..?


bekas pegawai khas dia ni pernah terlibat


bapak rasuah ISA.... Adun Bagan Pinang


bagus....rasuah!!!

AHLI Parlimen Sabak Bernam, Datuk Rahman Bakri (tengah), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan menggunakan surat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membuat tuntutan palsu membabitkan nilai RM80,000.



PEGAWAI Khas Exco Selangor, Wong Chun How (kiri) dan Firdaus Abu Zaril, pembantu khas kepada Yap Soo Sun


BEKAS Adun Teratai, Yap Soo Sun (kiri) dan bekas pegawai khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shaari .

MCA ADA 2 TIMBALAN PRESIDEN...NAJIB KETAWA



Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendapat semula jawatannya sebagai Timbalan Presiden MCA selepas dipecat daripada parti kira-kira dua bulan lalu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini ketika Jawatankuasa Pusat Parti itu sedang mengadakan mesyuarat di ibu pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur tengah hari ini.

Kedudukan ini mengembalikan senario sebelum krisis parti itu - akibat pemecatan Dr Chua dan keputusan mesyuarat agung luar biasa MCA awal bulan ini - dan sekali gus memeningkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilantik menggantikan Dr Chua sebagai Timbalan Presiden dan masih kekal hingga pagi tadi.

Dengan ini akan menambahkan lagi kemelut dalaman MCA, DS Najib merasai apa yang beliau lakukan terhadap Perak sehingga wujudnya 2 MB. Kini MCA ada 2 Timbalan Presiden.

Naib presiden itu, dianggap melawan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.



Sebelum Mesyuarat, Presiden MCA telah memecat 4 Anggota Jawatankuasa Pusat yang dilantik ini merupakan satu lagi tindakan ke arah memulihkan MCA.

Krisis MCA akan berpanjang dan Datuk Liow mungkin akan bertindak bagi memastikan kedudukan beliau tidak terjejas.....

ADUN BELANJA...SAPA TAK KENAL SAMA LU ?

Adun Belanja, Datuk Zaim menafikan beliau menjadi " dalang" si sebalik pertukaran Pegawai Belia Perak Tengah. Beliau juga mendakwa tuduhan tersebut adalah untuk memburukkan imej beliau sebagai Wakil Rakyat dan pemimpin BN Perak. Segala tuduhan tersebut adalah bohong belaka, kata beliau.

Tok Zaim, sapa tak kenal sama lu..
itu hutan simpan untuk padang ragut abis lu jual, apa cerita ?

Tok Zaim, sapa tak kenal sama lu..
Sapa yang boikot Datuk Mejat Junid masa bertanding di Parlimen Parit ?

Tok Zaim, sapa tak kenal sama lu..
Tanah Perkuburan Islam Sri Iskandar 72 ekar jadi Ladang Kelapa Sawit?

Tok Zaim , sapa tak kenal sama lu..
Berapa banyak lu main wang, untuk menang Ketua Bahagian UMNO Parit ?

Tok Zaim, sapa tak kenal sama lu..
Ada gaduh lagi ka dengan Dato Nasa ?

Mungkin lu masih ingat dan kenal...
Cikgu Abdul Razak Tahar
Cikgu Zawawi Mat Ghazali
Cikgu Hasan Aladi
Cikgu Alias Ngateman
Cikgu Umar

lagi lu nak nafi yang lu jadi "dalang"....?