Pengikut

Rabu, 2 Disember 2009

JANDA KALI KE-2...







Natasha Liana Hudson

Selepas sebulan tidak tinggal bersama suami, Natasha Hudson akhirnya bercerai

DISANGKAKAN panas hingga ke petang, rupanya hujan juga di tengah hari. Ketika tahun 2009 hendak melabuhkan tirai tak lama lagi, ia menghadirkan episod duka dalam hidup Natasha Liana Hudson, 27 apabila rumah tangga yang dibinanya pada 29 Julai 2007 dengan usahawan dan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari hancur berkecai.

Pelakon dan model berdarah campuran itu membuat kenyataan mengenai penceraian mereka pada malam Isnin lalu kepada Hip sekali gus mengesahkan khabar angin mengenai pergolakan yang melanda perkahwinan mereka kebelakangan ini.

Ini adalah penceraian kali kedua pelakon ini. Perkahwinan dengan Shahrin pula dikurniakan anak perempuan, bernama Nessa Helena.


DUA-DUA KURANG AJAR






Dalam suasana politik dalaman PAS , PKR dan DAP masih belum banyak ditangkis, kini timbul pulak isu pijak gambor Adun Bebas. Kenapa le buat keje yang semacam itu.

Isu budak BN bakar gambor LGN, korang ingat RTM,TV 3 nak cerita ke hari-hari, tak ada punya. Jangan harap!

Malah isu DAP memijak gambor Adun Bebas, sah! akan dijadikan tajuk-tajuk utama.

Korang tau tak, peratus sokongan orang melayu terhadap PR makin hari makin susut, ditambahkan pulak isu pijak gambor....bush! dapat free je....

Apa yang korang sibuk sangat pasal 3 adun banggang tu...lantak diorang le!!!!!!!!
Bukan begitu caranya nak cari simpati rakyat.


Anwar Ibrahim pun tak setuju dengan tindakan DAP tu, dan termasuklah Sembilan Ahli Parlimen PKR yang diketuai oleh Datuk Zahrain Mohd Hashim (PKR-Bayan Baru) menyifatkan tindakan rakan-rakan mereka dari DAP memijak gambar bekas adun DAP, Hee Yit Foong dan dua adun PKR, Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Radzi sebagai satu tindakan kebudak-budakan, biadap dan kurang ajar.

Apa isu lepas ni,


Pakatan Rakyat tidak bersatu,


Mereka bergaduh sesama mereka,


Pas setuju dengan tindakan Dap,


Pakatan Rakyat bawak budaya jahat, macam-macam lah!



Jangan terlalu banyak sangat bagi ruang, mereka ada semuanya...



Kita apa yang ada..? harap blog, orang kampung tau ke nak bukak blog...?



Kedai Janda Bakaq ada wifi ke....?



lu fikir le sendiri...!!!!!




Perlu ke mereka-mereka yang memijak poster gambar tiga adun di Perak itu dan juga tindakan membakar gambar Lim Guan Eng di Pulau Pinang supaya memohon maaf.



BN ni nak ke minta maaf kat orang!



Pernah ke korang dengor BN minta maaf pasal kes Memali...?



Pernah ke korang dengor BN minta maaf pasal kes mata lebam Anwar...?



Taubat BN tak akan minta maaf....Dap mungkin.


selesai!!!!!!





Selasa, 1 Disember 2009

PENASIHAT TGNA KINI DIPERSALAHKAN







Presiden PAS menyalahkan penasihat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang gagal memberikan "nasihat undang-undang dan politik" yang betul sehingga menjerumuskan menteri besar itu dalam kontroversi dakwaan mengamalkan kronisme.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Nik Abdul Aziz, sebagai Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), "telah menjalankan pelantikan yang ikhlas" apabila menaikkan Abdul Ariffahmi Abd Rahman, seorang menantunya, sebagai ketua PMBK.

"Apa yang kurangnya ialah mereka yang bertugas di sekeliling yang tidak memberi nasihat perundangan dan politik yang betul kepada Tok Guru," kata presiden PAS hari ini.

"Kita dapati bahawa selama 19 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, Tok Guru selaku Menteri Besar dan ahli keluarganya tidak pernah mengambil peluang dari jawatan yang diamanahkan ini."

Abdul Hadi, yang turut campur tangan dalam kontroversi itu sehingga mendorong Abdul Ariffahmi digugurkan sebagai ketua pegawai eksekutif PMBK, mengulas isu tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan ini yang disiarkan di akhbar web rasmi parti dipercayai sebagai menjawab serangan media dan pemimpin Umno terhadap Nik Abdul Aziz, juga mursyidul am parti itu, yang dituduh mengamalkan pilih kasih kepada anggota keluarga sendiri.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak menyebut pihak yang dituduh memberikan nasihat yang salah kepada tokoh besar PAS itu, sama ada pegawai tinggi kerajaan atau barisan pemimpin kanan kerajaan negeri itu.

"KATAK" BERCAKAP JAM 8 MALAM TV 1





Apa yang "katak" tak puas hati lagi. Duit dah dapat, melancong dah pegi, apa lagi.
Oh ya!!! pasal muka kena pijak...ha! ha!

Kita tengok "katak" malam ni kat TV 1.
Kalau nak tengok "katak" bercakap leeee!!!!!

50 RIBU YANG DATANG







Kira-kira 50 penyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan.

Bagaimanapun, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan demonstrasi yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu.

Che Johan, Timbalan Umno Pasir Mas itu kemudiannya telah menyerahkan satu memorandum kepada Setiausaha Politik MB, Anuar Bakhri Haron.

Selain berteriak dan melaungkan slogan anti PAS, mereka juga menaikkan kain rentang mendesak Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meletakkan jawatan.

Polis telah mengawal ketat demo ini.

Malam tadi, Pemuda PAS Kelantan membuat satu laporan polis bagi memaklumkan rancangan demo ini.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Kelantan, Wan Azimin Wan Adnan, ditemani oleh beberapa orang peguam, dilihat memasuki balai polis Kota Bahru, jam 10.30 malam tadi.

ALLAH MENYEBELAHI SAYA, KATA SAIFUL!






Bekas Pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan pertuduhan kes liwat yang dikemukakan terhadapnya.

Peguam yang mewakili Saiful, Zamri Idrus berkata anak guamnya melahirkan rasa gembira keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi hari ini.


"Beliau (Saiful) sangat gembira dan bersyukur kepada Tuhan kerana akhirnya beliau akan dapat memberi keterangan mengenai kes liwat itu.


"Saiful telah lama bersedia untuk memberi keterangan, hampir satu setengah tahun kes ini tertanguh, alhamdulillah akhirnya mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan," katanya


Menurut Zamri, Saiful amat berharap pihak tertuduh tidak lagi mencari alasan supaya kes tersebut ditangguhkan lagi.


Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan pertuduhan liwat yang dikemukakan terhadapnya.


Mahkamah turut menetapkan 25 Januari hingga 27 Februari tahun depan sebagai tarikh perbicaraan.

DATUK ZAINAL KLING GESA TGNA LETAK JAWATAN







Penganalisis politik menggesa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan berikutan tindak-tanduk politik beliau yang semakin menyeleweng daripada ideologi parti sehingga mencetuskan kegelisahan umat Islam.


Menurut mereka, jika Menteri Besar Kelantan itu tidak berundur, dikhuatiri parti itu semakin lemah dan bakal berkubur khasnya di Kelantan.



Kata mereka, Pas 'hilang maruah' apabila Nik Abdul Aziz sanggup membiarkan diri menjadi 'kuda tunggangan' orang bukan Islam khasnya pemimpin DAP demi kelangsungan hayat politiknya.



Prof. Datuk Zainal Kling berkata, Mursyidul Am Pas itu sudah mula memesongkan ahli Pas supaya turut mengikut telunjuk orang bukan Islam demi menjaga hati mereka.



Sambil memberi contoh beberapa isu berkaitan kepentingan orang Islam di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Nik Abdul Aziz tidak membela Islam tetapi sebaliknya mencari helah mempertahan pemimpin DAP yang menghina Islam dengan alasan 'mereka tidak faham Islam'.



"Sudah wajar beliau (Nik Abdul Aziz) meletakkan jawatan dalam politik dan sebagai Menteri Besar kerana tindakannya semakin menggusarkan orang Islam.



"Beliau tidak lagi dapat mempertahankan prinsip-prinsip persaudaraan Islam dalam menghadapi serangan dan ejekan orang bukan Islam demi kepentingan politiknya.



"Beliau membiarkan orang bukan Islam meremehkan al-Quran dan menghina pemimpin Islam,'' katanya lagi.



Serentak dengan itu, beliau yang juga Penyandang Kursi Tun Ghafar Baba Universiti Sultan Idris (UPSI) meminta ahli Pas meneliti secara mendalam perkembangan kepimpinan parti tersebut yang sudah tersasar daripada perjuangan asal untuk memartabatkan Islam.



Pendapat itu disokong oleh Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mustafa Ishak yang menyatakan tempoh 18 tahun sudah terlalu lama untuk Nik Abdul Aziz berkuasa dan wajar bersara daripada politik.



"Beliau mengorbankan banyak prinsip perjuangan Islam demi keutuhan dirinya dan bukan parti. Sikap ini sungguh mengecewakan ahli Pas.