
Pengikut
Jumaat, 8 Januari 2010
SIAPA AKAN DI - ISA - KAN

ANGKARA SIAPA NI dan SIAPA AKAN DI ISA KAN....?????
Dua lagi gereja sekitar Lembah Klang juga cuba dibakar malam dan pagi tadi.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein dalam sidang akhbar mengenai kejadian itu di Bukit Aman tengahari ini memberi amaran kerajaan akan mengunakan apa jua yang perlu termasuk ISA untuk kekalkan keamanan dan kenteraman negara.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata terlalu awal untuk mengaitkan bantahan pengunaan kalimah Allah dengan kejadian di Desa Melawati.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksi segeranya mengutuk perbuatan itu.
Beliau tidak mahu sesiapa cuba menyalahkan UMNO mencetuskan ketegangan dalam isu ini." Jangan Tuding jari pada UMNO atau sesiapa",tegasnya.
INI SEMUA SEBAB LU MANGKUK

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab dalam dua insiden kebakaran gereja dan satu laporan ugutan di di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi tadi.
Beliau mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar polis meningkatkan kawalan di rumah ibadat.
Lu punya pasal, sebab lu memang suruh orang lu berdemo....
Lu punya pasal, sudah jadi baru lu nak kutuk....
Lu punya pasal, sebab lu dah tersepit....
Lu punya pasal, sebab lu tak tau Agama.....
Lu punya pasal, sebab lu mangkuk....
Lu punya pasal, lu mesti bertanggungjawab....
ADA 2 DEMO LEPAS SOLAT JUMAAT-1 UMNO 1 PAS
"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.
PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu, Isnin lalu.
Selain itu, katanya PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.
Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok dan bukannya menyertai demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah.
Khamis, 7 Januari 2010
LAGI TUDUHAN JAHAT TERHADAP DSAI


Surat yabg menggunakan latter head Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah – Gatholic Diocesan Centre – beralamat Lorong OKK Segunting 3, Jalan Penampang, P.O. Box 10225, 68802 Kota Kinabalu Sabah bertarikh 18 Ogos 2008 Ruj: SULIT3/PGSS/DSA/-01 ditandatangani oleh Pastor Silvester Khemo Andaman selaku Presiden PGSS.
Antara lain surat itu menyatakan mengenai mesyuarat Pertubuhan Gereja Seluruh Sabah (PGSS) yang diadakan pada 10 Ogos 2008 yang mengambil keputusan sebulat suara menyokong kepimpinan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat.
Mesyuarat berkenaan juga menurut surat itu turut dihadiri oleh Pastor Datuk Dr Jeffery Ketingan.
Menurut surat itu persatuan berkenaan juga menyatakan Anwar layak sebagai perdana menteri kerana sikap terbuka dan liberal bekas timbalan perdana menteri itu. Ia juga turut menyifatkan Anwar sebagai seorang pemimpin berdidikasi kerana membenarkan perkataan Allah digunakan dalam semua agama.
Surat itu juga memaklumkan pihaknya akan menghantar wakilnya seramai 17 orang AJK pertubuhan itu yang diketuai oleh Pastor Datuk Dr Jeffery Ketingan ke Permatang Pauh untuk membantu kempen pilihan raya kecil yang disertai Anwar.
Saya cuba mendapat pengesahan dari pihak tertentu berhubung kesahihan surat berkenaan dan apakah tujuannya ia disebarkan. Apakah ianya benar dikeluarkan oleh pihak PGSS atau sebaliknya.
Persoalanya kini kenapa surat ini disebar waktu ini, semasa isu kalimah Allah sedang menyemarak? Besar kemungkinan surat itu dikeluarkan sebagai bahan kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Butiran penyebaran surat ini seperti mana tercatat dalam email ianya dilakukan oleh kumpulan maufakat yang menggunakan email MaufakatNet@yahoogroups.com. Apakah maufakat yang disebutkan ini kumpulan yang dianggotai oleh bekas kawan dan sahabat Anwar Ibrahim semasa dalam Abim dan Umno dulu?
p/s Mengapa tuduhan / cerita ini keluar semasa isu Kalimah Allah sedang hangat diperkatakan....
Lagi agenda jahat pihak tertentu untuk "hancurkan" anwar
cerita penuh kat ms0melayu
SETIAUSAHA AGUNG PKR LETAK JAWATAN

Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehudin Hashim telah meletak jawatan hari ini selepas berbulan-bulan tersebar spekulasi mengenainya.
Salehudin berkata, beliau menyertai (PKR) ketika keadaan parti itu tidak menentu, tetapi kini beliau meninggalkannya ketika keadaan semakin baik.
POSTPONE COURT BASISIAL NASIONAL

Ngape sekarang ni terlalu banyak kes yang berprofile tinggi ditangguhkan...
Sikit-sikit tangguh, kejap-kejap postpone. Apa le nak jadi dengan mahkamah negara ni.
Teman cadangkan lebih baik Kerajaan Basisial Nasional menubuhkan mahkamah baru:
dalam bahasa malaysia
MAHKAMAH TANGGUH
apa macam....?
tentu Nazri Aziz setuju.....
najib tentu lebih setuju....
zambry paling setuju.......
