Pengikut

Khamis, 28 Januari 2010

NIK AZIZ-SEBELUM MALAM INI








Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir pada majlis perjumpaan dengan ketua-ketua penganut Agama di Kota Bharu, hari ini. Perjumpaan itu turut dihadiri Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, K. Kamalanathan dan Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing





Malam ini penjelasan isu royalti minyak Kelantan oleh Ku Li di Kota Bharu..
Apa kata Najib agaknye....
ha ! ha !
Najib...Najib...dengan NKRA pagi tadi.


CERITA DUN PORT WELD




Tapak Asal Stesen Keretapi Pertama Tanah Melayu di Port Weld (Kini Kuala Sepetang)

Barisan Basional hari ini tiba-tiba menjadi juara kepada penduduk di Kuala Sepetang. Mereka bercadang memberikan tanah rizab KTM kepada kerajaan Perak.

Masalah tanah rizab ini telah berlanjutan sejak 1941 satu tempoh yang teramat lama.

Jika BN bersungguh-sungguh ingin menolong rakyat, perkara ini telah lama diselesaikan. Ini bukan perjanjian antara PR dan BN, ini adalah perjanjian antara BN dengan BN, apa masalahnya dengan BN ni?

Pengundi Kuala Sepetang jangan sekali terpengaruh dengan janji ini, ingat janji oleh Datuk Kong Cho Ha Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan untuk membina jambatan antara Kuala Sepetang dan Kampung Seberang, ingat hingga kini tiada apa yang dilakukan untuk menjayakan janji ini.

Perjanjian ini dilihat hanya untuk membeli undi dari penduduk Kuala Sepetang. Penduduk Kuala Sepetang perlu ingat bagaimana kehadiran bot-bot penguatkuasa meritine di waktu kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang. Adakah mereka ikhlas ingin membantu atau mengugut.

Satu lagi, BN tak janji nak bagi tanah tersebut kepada penduduk di atas tanah rezab tersebut. Kami risau ia tergadai kepada syarikat kroni seperti tanah-tanah di tepi sungai Kuala Sepetang.



UMNO JUA JADI PILIHANNYA-YB ZUL





YB- PPP masih kosong kalau YB nak, cuba lobi kot-kot boleh jadi Presiden.

YB- Gerakan pun boleh, ianya dah lesu, elok YB mintak jadi Presiden.

YB- PCM boleh juge, tak berminat ke YB...?

Makkal Sakhti , MCA , MIC , PBS....tak sesuai untuk YB.




Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak menolak kemungkinan akan menyertai parti lain untuk meneruskan perjuangan politiknya.


"Saya akan tunggu dan lihat apa tindakan mereka dalam tempoh sebulan ini, insya-Allah baru saya akan melihat tindakan lanjut yang sewajarnya," .



Beliau ditanya mengenai kemungkinan beliau akan mempertimbangkan sama ada menyertai UMNO atau menjadi wakil rakyat Bebas sekiranya dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat.



Semalam, Zulkifli menegaskan bahawa beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat daripada PKR berikutan ketegasannya memperjuangkan isu berkaitan Islam.



KATA HISHAM : BUKAN UMNO YANG SURUH...






Kalau perkara tu ada melibatkan UMNO, Polis tak perlu ambik keterangan...
senang jawapan Menteri UMNO sekor ni....!!!


Tapi kalau hal-hal lain, belum apa-apa lagi dah kata terima rasuah, rasuah sex, rasuah macam-macam...bodo Menteri UMNO sekor ni !

"Saya nak ingatkan pembangkang jangan buat tuduhan melulu. Jika ada bukti sila dedahkan. Yang penting Umno tak suruh. Jika misalnya ada ahli Umno yang terlibat mencuri, itu bukan Umno yang suruh. Itu yang penting," Hisham berkata-kata....



Polis tidak akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali berhubung kenyataannya yang mendakwa beliau mempunyai maklumat tentang penglibatan ahli pergerakan Pemuda Umno dalam kes serangan gereja di Desa Melawati awal bulan ini.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata polis tidak perlu mendapatkan keterangan Azmin kerana beliau bercakap atas kepentingan politik semata-mata.

"Azmin hanya orang politik yang boleh membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam," .



Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Azmin semalam yang mendakwa beliau mempunyai maklumat tentang penglibatan Pemuda Umno Bahagian Gombak dan Ampang dalam kes membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, pada 8 Jan lepas.



Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian anggota Umno yang didakwa terbabit.



Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata, Umno juga boleh membuat tuduhan kepada PKR sekiranya mahu, namun kerajaan mahu menumpukan untuk mengumpul bukti dan fakta terlebih dahulu dan tidak sekali-kali membuat tuduhan sembarangan.



Beliau berkata polis tidak akan pilih kasih dalam sebarang tindakannya setelah bukti yang diperolehi mencukupi tidak kira ia melibatkan orang Umno atau sesiapa sahaja yang didapati terlibat.



"Sekarang polis sudah bertindak termasuk menahan seorang anak pegawai polis. Ini menunjukkan pihak berkuasa tidak pilih kasih dalam tindakan yang penting setelah kita mempunyai bukti untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya.



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pula berkata dakwaan tentang penglibatan Pemuda Umno dalam insiden itu hanyalah satu strategi baru pembangkang yang kini mensabitkan semua kejadian buruk kononnya datang dari Umno.


Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno berkata, Umno juga boleh menuduh PKR atau pembangkang melakukan perbuatan tersebut, tetapi Umno tidaklah sejahil itu untuk membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

ZAMBRY MUNGKIN DAH TAU KEPUTUSAN






Teman ni bukan le tau sangat pasal Undang-Undang....cuma guna logik akal je. Tapi bila Zambry menyebut yang dia tu MB yang sah sehingga 9hb ni, teman pun pikior juga dengan logik akal teman...


Kalau dah Mahkamah nak umum sapa MB Perak pada 9hb Febuari ni, mana datang-nye cerita MB yang SAH !.. dan sah-sah le Zambry hanya MB Kaduk Naik Junjung.


Walaupun Zambry tidak akan mempertikai apa juge keputusan Mahkamah, maka adalah lebih baik dia dan exco-exco-nye keluar dari Bangunan SUK tu...sebab Mahkamah belum putus sapa MB Perak yang SAH...! Semua buat kerja HARAM....!!!

Sebagai contoh : apabila seorang Pegawai Kerajaan yang dihadapkan diMahkamah, maka majikan atau jabatan akan mengantung kerja pegawai terbabit sehingga kes itu diselesaikan...

Jadi....Zambry ni....?????

UMNO Perak ni korup...! UMNO yang tak mahu terima kekalahan....! Ngape tak mahu terima kekalahan masa PRU yang lalu....? Ngape sanggup menggunakan SPRM untuk menyediakan pelacur untuk memerangkap Jamal dan Osman....? Ngape menggunakan Dato SS yang hitam legam tu untuk sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat....? Menggunakan Pegawai-Pegawai Daerah untuk sabotaj...?

Alasan Kerajaan PR bagi tanah pada cina , Nizar derhaka semata-mata untuk kembali berkuasa supaya senang nak bolot apa saja di Perak ni....!


SPRM tak teringin ke nak siasat Zambry dan Ecxo-Exco-nya yang bermewah dengan hasil "rampasan kuasa"...? Sapa bagi dia kuasa untuk memerintah di Perak dengan sewenang-wenang-nye...!
Mahkamah baru nak putus sapa MB ( ulang semula..geram!!! )

Kerana Jamal n Osman n Hee menjadi bebas, maka Zambry jadi MB...?
senang le gitu....


Kesimpulannya, teman rasa Zambary n Geng dah tau apa keputusan Mahkamah...


MUKA - MUKA NAK JADI BEBAS....?






Ni
ke calon-calon yang dikatakan nak jadi bebas...
baguih le yb-yb...nak lompat......lompat le cepat.....
jangan tangguh-tangguh...najib dah tunggu tu....!

Kesemuanya dari Pulau Pinang....!






YB. TAN TEE BENG












YB. DATO' ZAHRAIN MOHAMED HASHIM











YB. MOHD. YUSMADI







sumber: bloglist

DIA DAH DATANG







Empat wanita berpakaian tradisional dari pelbagai kaum di Malaysia menunjukkan Trofi Piala Dunia FIFA dekat sini hari ini.

Trofi berukuran 36.6 cm tinggi, seberat 6.175 kilogram dan diperbuat daripada emas padu 18 karat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Jakarta, Indonesia.

Ketibaan trofi itu adalah sebahagian daripada penjelajahan selama sembilan bulan ke 83 negara merentasi lima benua dan ia akan dipamerkan kepada umum pada Jumaat ini dari 10.00 pagi sehingga 10.00 malam di Pusat Pameran Mid Valley, Kuala Lumpur.


Afrika Selatan akan menjadi tuan rumah perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA yang akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai.


DALAM SUKAN PUN TERLALU BANYAK RASUAH...
SAMPAI BILA NAK JADI TUKANG SORAK DAN TUKANG TENGOK...?
CAKAP BESO...SEMUA BOLEH....!!
BOLEH TENGOK JE LE.....
CAKAP BESO...TERKENAL SELURUH DUNIA...
HABUK PUN TAK ADA....!
RASUAH NO 1....