JALAN BEMBAN NEWS

Pengikut

Isnin, 1 Mac 2010

TERKINI DAN TERBARU SERTA TERKELUAR





terkini...

Ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng hari ini mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.


dan.....


Ahli parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin menafikan desus-desus bahawa beliau akan keluar PKR hari ini.

"Tidak sesekali," katanya


serta-serta........

Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menerima tamparan hebat apabila bekas setiausaha agungnya, Datuk Salehuddin Hashim bertindak keluar parti
.

ditulis oleh: perakkome di 3/01/2010 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

ANDAI PRK DI PERAK: HUSNI





Dato' Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah , MP Tambun....bakal MB Perak...akan bertanding di dun hulu kinta andai pilihanraya berlaku di perak...september ini...

1983-masuk umno cawangan sg rokam
1983-ajk pemuda umno bahagian tambun
1985-naib ketua pemuda umno
1987-ketua pemuda umno bahagian tambun
1993-ketua umno bahagian tambun
2008- bertanding melawan calon PKR , menang dan jadi Menteri...


ditulis oleh: perakkome di 3/01/2010 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

APA BEZA 2 MP NI....?





Ada orang yang menyamakan Tengku Razaleigh Hamzah dalam situasi terkini ibarat sama dengan Zulkifli Nordin.




Di sini kata masih sayang tetapi di sana masih tetap ‘ menembak’.



Bezanya cuma bekas Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Barisan Nasional itu jauh lebih lama makan garam dan boleh dikira otai dalam arina politik arus perdana tanahair berbanding dengan Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu itu yang baru saja mencipta nama.



Seorang sedang berentap dengan isu royalti minyak Kelantan dengan partinya dan begitu juga seorang lagi tegas mempertahankan pendiriannya mengenai isu agama yang tidak selari dengan partinya.



Andaian politik yang rancak berlegar mengatakan keduanya memasang hajat yang sama yakni menjadi hero.



Untuk menjadi hero biasanya seseorang itu harus berani mengadap segala risiko.



Kemungkinan disingkir dari parti kerana tegak terus berpegang pada pendiran masing-masing boleh juga menjadikan seseorang itu dianggap sebagai hero.



Sebagai orang lama dalam politik Ku Li sudah pasti cukup masak dengan risiko yang ditempahnya dalam isu royalti minyak.



Kerabat diraja Kelantan itu dikira masuk dalam kategori ‘ tak hutang sapa’ dalam karier politiknya.



Beliau kaya raya dan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Gua Musang serta Ketua UMNO Bahagian itu yang disandangnya berpenggal-penggal lamanya sukar digugat.



Semua orang berminat untuk melihat bagaimana episod terakhir drama Ku Li dengan UMNO dan Barisan Nasional.




UMNO setakat ini belum merumuskan lagi sebarang tindakan terhadapnya.



Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyerahkan kepada kalangan ahli UMNO di seluruh negara untuk menyalurkan pandangan sebelum satu keputusan dibuat.



Tindakannya berceramah mengenai isu royalt minyak di Stadium Kota Bharu pada 28 Januari lalu yang dihadiiri ribuan orang dan juga pimpinan PAS Negeri memang salah dari sudut etika dan peraturan parti.



Apa sekalipun alasannya ,Ku Li tentu sedia maklum tentang ini.



Ada cakap-cakap mengatakan Ku Li hendak kasi gegar pada baki usia politiknya yang sudah dilihat mungkin tidak akan kemana.



Bukan rahsia lagi ada yang mendakwa beliau sengaja bersikap begitu kerana mahu disingkir .Ini dikatakan memberinya platform yang gempar untuk berhijrah ke pakatan pembangkang.



Cakap-cakap yang lebih lazer lagi mendakwa beliau cita-cita untuk mengambilalih tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin pakatan pembangkang jika Penasihat PKR itu sangkut dalam kes liwatnya.



Ini kerana dalam pakatan pembangkang sendiri masih kabur siapa yang boleh ambilalih tempat Anwar.



Mereka mendakwa itu saja jalan pintas yang ada untuknya menjadi Perdana Menteri – satu cita-cita yang tidak kesampaian sampai hari ini menerusi saluran UMNO.



Ku Li tidak boleh menyalahkan mereka yang mendakwanya begitu melihat gerak langkahnya yang dikatakan agak lain macam kali ini.



Apapun seperti sebelum ini sekalipun tetap menghentam tentang isu royatli minyak,sehingga Jumaat Ahli Parlimen Gua Musang mendakwa beliau tetap masih setia kepada perjuangan Umno .
Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri mesyuarat bulanan Umno bahagian itu di Bukit Chekati dekat Gua Musang beliau menolak dakwaan pelbagai pihak yang menyatakan beliau tidak setia kepada perjuangan Umno berikutan tindakannya memperjuangkan hak Kelantan untuk mendapat bayaran royalti minyak.



Bagi yang kurang biasa dengan politik rentetan begini memang agak membingungkan.



Namun seorang pemerhati politik yang veteran menduga mengenali stail Ku Li episod ini tidak mungkin terhenti tanpa noktah.



“Semua orang bebas meneka.UMNO sendiri tidak boleh terus menerus berdiam diri dalam soal mĂ©langgar disiplin parti,Ku Li pula got nothing to lose .Ini sikit bezanya antara Ku Li dengan Zul Nordin.



“Sama-samalah kita tunggu dan lihat.Saya sudah dapat melihat bagaimana penghujung jalan cerita


ini,”katanya.-

ditulis oleh: perakkome di 3/01/2010 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

APA MACAM AMY SEARCH ?





Ikon rock tanah air, Amy Search menjadikan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ikon ulama kerana mempunyai sikap kesederhanaan dalam kehidupan.



Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyatakan demikian bagi menjawab pertanyaan pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaacob sebagai pengerusi pada majlis forum yang bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ anjuran Masjid Kota Damansara, dekat sini, malam tadi.


Turut menjadi ahli panel pada forum yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 itu ialah pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani.





Baginya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seorang ulama yang amat dihormati dan mudah didampingi yang pernah menjemputnya ke Kelantan untuk menyampaikan ceramah kepada golongan muda.



Pendapat beliau itu turut disokong oleh bekas penyanyi kumpulan rock, Ringgo yang menghormati pendirian Menteri Besar Kelantan itu sebagai ulama.




Beliau turut membuat persembahan pada majlis tersebut dengan menyampaikan sebuah lagu berunsur Islam.



Sementara itu, Amy juga menyeru golongan ulama supaya mendampingi artis bagi mendorong ke arah yang lebih baik.



“Saya harap ulama, ustaz-ustaz dampingi artis, tanpa ulama tegur kami, kita mungkin lalai,” ujarnya.



ditulis oleh: perakkome di 3/01/2010 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

APABILA PEROMPAK NASIHAT PENCURI






Presiden UMNO, Najib Razak telah mengeluarkan satu garis panduan agar semua pemimpin menjauhi perbuatan cantas-mencantas bagi menjamin kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.



( mengapa mata pejam...takut bini kot ? )

Dia yang juga Pengerusi Barisan Nasional juga telah menasihatkan agar pemimpin semua peringkat mengelakkan perbuatan itu kerana ia hanya menimbulkan banyak masalah kepada parti.


( malaun-malaun sedang mengelilingi Tok Jib )




"Kalau cantas-mencantas ini bukan sahaja dalam MCA, dalam parti UMNO juga berlaku. Presiden UMNO telah pun keluarkan satu garis panduan dan juga menasihatkan pimpinan semua peringkat supaya jangan cantas-mencantas. Kalau ini berlaku, kita akan menghadapi masalah dalam pilihan raya umum akan datang".


ditulis oleh: perakkome di 3/01/2010 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

KHUTBAH ZULKIFLI NORDIN






Salam 2 all.



Berikut khutbah Jumaat sempena sambutan Maulidur Rosul 1431H bersamaan 2010.


Wassalam.



**********************


Segala puji bagi ALLAH, Tuhan yang telah mengutus Rasulullah saw sebagai pembawa rahmat keseluruh alam, dengan membawa risalah tauhid menyeru manusia menyembah ALLAH Yang Maha Esa, ALLAH Yang Satu.



Saya menyeru diri saya dan para jemaah sekelian supaya bertaqwa dengan sebenarnya kepada ALLAH, tanpa sedikit pun keraguan dan kekhuatiran.
ALLAH swt berfirman, "berpeganglah kamu kepada tali ALLAH iaitu Al Quran, dan janganlah kamu bercerai berai (daripadanya)".



Kesatuan umat Islam bukanlah berdasar kepada nasionalisma, assobiyyah puak, kumpulan atau pertubuhan. Sebaliknya kesatuan umat Islam adalah berdasarkan kepada Al Quran. Sesiapa sahaja yang mengangkat syahadah mentauhidkan ALLAH, dan menjadikan Al Quran sebagai kitab pegangannya, maka mereka adalah saudara seaqidah dengan kita, tanpa mengira warna kulit, latarbelakang atau puak dan bangsa mana.



Memisahkan diri daripada Al Quran akan memecahbelahkan kita, dan akan akhirnya menjahanamkan kita.
Rasulullah saw yang kita sambut ulangtahun kelahiran baginda yang ke 1484 tahun yang lepas pernah bersabda,


"Akan datang suatu masa nanti golongan kafir akan bersatu dan datang meratah kamu (umat Islam) sebagaimana mereka memakan dalam talam. Tanya para sahabat, 'apakah kerana kami terlalu sedikit ya rasulullah'. Tidak, bahkan kamu terlalu ramai, tetapi ramainya kamu hanya saperti buih dilautan yang ditiup ombak.



ALLAH akan mencabut perasaan takut musuh kepada kamu dan mencampakkan perasaan wahan kepada kamu. 'Apa itu wahan ya Rasulullah', tanya para sahabat. Hubbud dunya wakaro hiyatul maut-kamu terlalu cintakan dunia dan takut mati".




Inilah yang terjadi kepada umat Islam hari ini. Di Falastin, umat Islam menjadi ratahan zionis Israel la'natullah akibat umat Islam khususnya Mesir yang terlalu sayangkan habuan duniawi dan takut kehilangan sokongan Barat.




Di Afghanistan, kita melihat operasi terbaru rejim kafir Barat yang bersekutu dengan Amerika AsSyaiton meratah umat Islam dan pejjuang mujahiddin Islam di Majjah, kerana adanya keldai-keldai mengaku Islam yang terlalu sayangkan jawatan dan takut kehilangan kedudukan.



Di negara ini, segelintir golongan bukan Islam sudah begitu berani mencabar dan mahu meratah maruah umat Islam secara terbuka. Mereka menghina kalimah ALLAH dalam bentuk syirik dan kufur. Mereka melabel kita sebagai pelampau dan ekstremis.



Mereka memperlekeh syariat Islam dan institusi kita melalui tulisan dan ucapan mereka. Mereka mempertikai perlaksanaan hukum-hakam kita samada berkaitan aqidah, arak ummul qoba'is, mereka cuba membatalkan majlis maulidur Rosul yang menjadi syiar bagi umat Islam negara ini, dan banyak lagi perlakuan biadap dan melampaui batas ketamadunan tanpa sedikit pun perasaan hormat, takut atau gentar kepada kita.



Dan yang paling malang, ada dikalangan kita yang bersedia menjadi bajingan dan balaci mereka, menjadi saperti lembu yang dicucuk hidung.


Bila kafir ini meniup ke kiri, maka terkinja-kinjalah kita berjoget kekiri. Bila mereka mereka menghembus ke kanan, maka terkial-kial lah kita berzapin kekanan.



Dan ini semua terjadi kerana penyakit wahan yang dicampak kepada kita. Kita terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, dan habuan. Kita mengenepikan semua prinsip dan matlamat perjuangan demi mengejar impian keduniaan dan kerusi empuk kekuasaan.


Hingga kita sampai mempertuhankan politik dan demokerusi, dan kita takut kedudukan, jawatan dan habuan kita itu mati dan kehilangan.
Maka hari ini kita menjadi umat yang hina dimana-mana sahaja kita berada.


Yang tinggal hanya sejemput janggut dan senipis serban, kita hanya muncul Islam pada nama, tetapi tong kosong didalam. Bunyi ngembikan gegak gempita, tetapi tahi bertaburan dijalanan.



Maka saya menyeru diri saya dan para jemaah sekelian, marilah kita kembali bersatu dibawah panji-panji Islam, berdasarkan Al Quran dan sunnah Rasulullah saw. Ketepikan segala sentimen assobiyyah yang sempit dan keterlaluan, dan berpeganglah kepada Islam. Insyallah, kita akan muncul sebagai umat yang kuat, hebat, dan menjadi ikutan dan contoh bagi manusia.


Dan mereka yang berpegang kepada Al Quran, dan menurut perintah Rasulullah tanpa keraguan, golongan inilah yang dijanjikan kemenangan oleh ALLAH, walaupun kafir musyrikin tidak menyukainya.



Firman ALLAH didalam surah At Taubah: 33, "Aku yang mengutus Rasul dengan petunjuk dan agama yang benar, dimenangkan atas agama lain, walaupun musyrikin tidak menyukainya".
Wassalam. Zulkifli Bin Noordin Jumaat 12 Rabi'ul Awal 1431 26 Februari 2010







*Nota: khutbah disampaikan secara lisan. Semua rukun dan syarat sah khutbah adalah dipatuhi. Dan semua ayat Al Quran dan matan hadis disampaikan dalam bahasa asal.
ditulis oleh: perakkome di 3/01/2010 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

MAKA RASMI-LAH: AKU DIMILIKI








Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyaksikan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin menyerahkan borang keahlian Umno kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan selepas mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyertai Umno pada majlis perjumpaan kepimpinan tertinggi Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM)




"Oleh yang demikian dengan rasmi saya keluar daripada PKR atas dasar hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti tersebut," katanya pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri .
ditulis oleh: perakkome di 3/01/2010 Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

TARIKH

PERAK I

PERAK II

PERAK III

PERAK IV

PERAK V

PERAK VI

JAM


widget

Feedjit

Jumlah Paparan Halaman

free counters
www.e-referrer.com

DIRI TEMAN

Foto saya
perakkome
MANA YANG PATUT
Lihat profil lengkap saya

Blog Archive

  • ▼  2015 (3)
    • ▼  Februari (3)
      • SEDIH......
      • HARI YANG MENGAIBKAN
      • DARI KAJANG KE SG BULOH
  • ►  2014 (5)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2013 (209)
    • ►  Disember (1)
    • ►  Jun (7)
    • ►  Mei (5)
    • ►  April (61)
    • ►  Mac (130)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2012 (31)
    • ►  Disember (3)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Julai (23)
    • ►  Mac (1)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2011 (183)
    • ►  November (5)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Mei (6)
    • ►  April (1)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (37)
    • ►  Januari (129)
  • ►  2010 (1770)
    • ►  Disember (69)
    • ►  November (72)
    • ►  Oktober (71)
    • ►  September (61)
    • ►  Ogos (181)
    • ►  Julai (104)
    • ►  Jun (209)
    • ►  Mei (152)
    • ►  April (269)
    • ►  Mac (203)
    • ►  Februari (214)
    • ►  Januari (165)
  • ►  2009 (516)
    • ►  Disember (45)
    • ►  November (154)
    • ►  Oktober (112)
    • ►  September (97)
    • ►  Ogos (59)
    • ►  Julai (27)
    • ►  Jun (18)
    • ►  Mei (4)
Dikuasakan oleh Blogger.