Pengikut

Isnin, 1 Mac 2010

MCA BENGGANG SAMA IBRAHIM ALI





MCA hari ini membidas sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Negara (Perkasa) Ibrahim Ali yang mendesak kerajaan menghentikan pemberian projek atau tender istimewa kepada syarikat korporat Cina yang tidak tahu berterima kasih.



Kenyataan beliau berlandaskan ras dan berbau perkauman adalah satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan sentimen prasangka perkauman yang semakin menebal dalam negara kita.



Kenyataan sedemikian akan menimbulkan ketidaktenteraman bangsa Malaysia yang sedang diancam oleh ancaman luar dan dalaman di mana keharmonian negara buat pertama kalinya terancam oleh pelbagai isu nasional yang sengaja diwar-warkan oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda merosakkan ketenteraman negara.



Kenyataan Ibrahim (gambar kanan) itu seharusnya merujuk kepada semua kaum berlandaskan prinsip-prinsip yang murni dan bukannya mendedahkan kehodohan muka perkauman Ibrahim yang berselindung di bawah pertubuhan Perkasa dengan agenda politik peribadi semata-mata. Minda zero sum game berlandaskan batasan kaum juga akan merugikan negara dan bangsa dalam kegawatan ekonomi yang sedang dihadapi oleh semua.




Kenyataan Ibrahim yang melulu dan tidak berasas adalah satu strategi politik lampau yang tidak boleh lagi diguna pakai dalam era 1Malaysia yang mempromosikan keberkesanan dan sumbangan positif kepada pembangunan negara yamg dapat membawa keuntungan optimum kepada semua rakyat Malaysia.



Dengan menjadikan korporat Cina sebagai sasaran akan menghalang kemasukan pelabur-pelabur asing dan kepakaran apabila mereka mengubah haluan akibat ketidakselesaan terhadap dasar negara yang menjadikan mereka mangsa tuduhan dan tohmahan.



Kenyataan Ahli Parlimen Bebas itu bolehlah disifatkan sebagai dangkal dan tidak relevan dalam era globalisasi yang semakin mencabar dan terbuka. Pandangan negatif sedemikian rupa adalah bertentangan dengan segala usaha murni pihak kerajaan dalam meliberalisasikan ekonomi negara, ke arah menarik lebih ramai pelaburan dalaman dan dari luar ke arah pembangunan negara, yang akan membawa keuntungan melimpah kepada rakyat keseluruhannya.



Seharusnya semua pihak sepatutnya memberikan tumpuan tuntas dan fokus kepada usaha meningkatkan tahap daya saing ekonomi negara yang kini sedang berhadapan dengan saingan dan peluang kebangkitan ekonomi dari negara-negara jiran.



"Ini bukan masanya untuk kita berdebat mengenai siapakah yang seharusnya menikmati pai ekonomi negara yang lebih banyak. Dalam keadaan daya saing ekonomi negara kita yang kini semakin ketinggalan berbanding dengan negara-negara jiran, inilah masanya untuk semua pihak bersepakat duduk berbincang dan mencari jalan bagaimana untuk merencanakan kembali ekonomi negara tanpa menimbulkan isu-isu emosi berlandaskan politik semata-mata. Ini kerana akhirnya, ia akan merugikan negara dan rakyat jua yang akan sengsara.



Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibrahim itu adalah "counter-productive" dan cenderung kepada agenda membinasa daripada agenda membina. Cara dan pendekatan beliau yang ingin mengapi-apikan emosi perkauman, untuk memonopoli peluang-peluang ekonomi berasaskan perkauman adalah ketinggalan masa dan tidak lagi secocok dengan hasrat kepimpinan negara. Rakyat sekarang inginkan ketelusan, keadilan dan kesaksamaan demi masa depan mereka.



MCA berpandangan, mana-mana kontraktor yang mempamerkan sikap positif dan keupayaan terutamanya dari segi kesanggupannya, kemampuan dan keberkesanannya, harus dan perlu diberi peluang yang setimpal untuk bersaing supaya mereka kekal dan terus menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara.




Polemik politik Ibrahim akan menjejaskan kepentingan dan kestabilan negara. Tindakan beliau dikhuatiri akan menakutkan pelabur dalam negara. Inilah masanya kita menunjukkan sikap mesra pelabur dan bukannya kehodohan perkauman.



Tiada gunanya negara menampung kontraktor yang tidak berkesan dan kurang berprestasi yang pada akhirnya akan menggadaikan mutu pembinaan, selain mengancam keselamatan rakyat. Imej negara juga akan terjejas. Pengorbanan piawaian dan rasuah kuasa telah menyebabkan kerajaan dan rakyat mengalami kerugian atas keuntungan segelintir individu. Masalah ini juga telah mengancam kestabilan ekonomi dan keselamatan pengguna dan rakyat.



Oleh yang demikian, sekiranya kontraktor-kontraktor yang mendapat tender tidak mempamerkan prestasi yang cemerlang dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, maka peluang mendapat tender itu tidak harus diberikan kepada mereka lagi di masa hadapan sejajar untuk memupuk prestasi keberkesaan, penyampaian dan amanah di bawah slogan "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan."



"Inilah konsep 1Malaysia yang kita mahu lihat yang mana segala bentuk amalan-amalan yang tidak produktif memberi laluan kepada amalan-amalan yang lebih sihat," ujarnya lagi.




*Kenyataan media asal oleh TI LIAN KER selaku Pengerusi Biro Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan MCA.

DIA BUNYI LAGIII !!!!






Monopoli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi antara punca ahli parti meninggalkan PKR kebelakangan ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.



Rais yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, tindakan itu juga mungkin didorong rasa tidak puas hati mereka terhadap kegagalan pimpinan PKR menyusun, mentadbir dan menjelaskan dasar-dasar parti kepada rakyat.



"PKR tampaknya diawasi dan diurus oleh satu keluarga. Di situ kita ada keluarga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar misalnya, dengan isterinya sebagai Presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah juga memainkan peranan penting.



MP NI OK KE....?







ok ke......?
bertiup....tak tak berapa kuat....!



MP Bagan Serai ( kanan )

MAJLIS AKAD FAIRUS DENGAN NAJIB









NAJIB : "Oleh itu, saya atas nama Presiden UMNO ingin menyatakan bahawa anak muda ini, saudara Fairus, kami terima dengan senang hati…kerana saya tahu bahawa saudara Fairus mengambil keputusan ini atas soal prinsip dan atas soal dasar, bukan kerana jawatan, bukan kerana ganjaran tetapi atas nama perjuangan…sebab itulah beliau…pada hari ini, pada majlis ini, pada malam ini, pada saat ini menjadi anggota kepada parti UMNO…selamat datang saudara Fairus,” kata Najib.



FAIRUS :"Dengan lafaz 'Bismillahirrahmanirrahim,' saya dengan ini atas dasar mempertahankan prinsip memperjuangkan agama, bangsa, tanah air serta kepentingan rakyat Malaysia, saya mengumumkan penyertaan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Dengan sendirinya (saya) keluar PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Insya-Allah saya berdoa agar diberi kekuatan serta bimbingan dalam urusan perjuangan menggunakan wadah baru ini...




p/s kemudian mereka pun bersandinglah diatas pelamin...dengan ratusan kameraman menangkap berbagai gaya mereka berdua...termasuk pengapit kedua-dua belah pihak...malam ini malam pertama Fairus...tentu berdebar-debar hatinya.....



6 YANG PENGECUT DAN BERCABANG







Kesemua enam ADUN Umno/BN menarik balik sokongan mereka terhadap usul berhubung isu royalti kepada Kelantan selepas usul awal yang dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dipinda kemudiannya.



Ketika dihubungi
Mat Yusof Abdul Ghani (Umno/BN–Nenggiri) menjelaskan mereka menyokong usul untuk membawa isu royalti itu ke mahkamah.




Bagaimanapun, mereka menarik balik sokongan tersebut apabila pindaan dibuat terhadap usul tersebut, bagi memaksa Petronas membayar royalti yang dituntut oleh kerajaan negeri secepat mungkin.


Menjawab soalan, Mat Yusof berkata, keputusan untuk menyokong usul awal tersebut telah disepakati oleh keenam-enam ADUN Umno/BN berkenaan.



Perkara itu juga, tambahnya, telahpun dimaklumkan kepada Badan Perhubungan Umno negeri yang dipengerusikan oleh Datuk Mustapa Mohamed yang juga Ahli Parlimen Jeli.



Bagaimanapun, katanya, mereka memutuskan untuk tidak mengundi usul pindaan tersebut kerana ianya tidak sepertimana yang mereka persetujui sebelumnya.


TAK TAU MALU..PENYANGGAK !





Seorang Ahli Exco Kerajaan Kelantan melahirkan rasa kecewanya dengan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) kerana membelakangkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada upacara melepaskan peserta hari ini.




Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata apa yang berlaku pada majlis pelepasan itu di hadapan Istana Balai Besar pagi tadi adalah sesuatu memalukan.



"Ia tidak menghormati tok guru selaku Menteri Besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Majlis pelepasan disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.


Perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu memulakan peringkat pertama dari sini ke Kuala Berang sejauh 174.5 kilometer (km).



Mengulas perkara itu, Abdul Fatah berkata nama Nik Aziz selaku tetamu kehormat untuk melepaskan peserta dimaklumkan kepada beliau pada malam tadi.



"Sepatutnya saya dimaklumkan terlebih dahulu jika ada perubahan tetapi ini tidak dan keadaan ini sangat memalukan," katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur terhadap insiden itu. LTdL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.




Perlumbaan membabitkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9km untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650.


BAIRKAN SI LUNCAI







Parti Keadilan Rakyat perlu mengucap syukur ke Hadrat Allah (SWT) kerana Fairus Khairuddin akhirnya meninggalkan Parti. Sejak beliau menyertai Kerajaan Pulau Pinang dan selepas meletakkan jawatan sehingga terkini, beliau merupakan liabiliti.




Fairus (gambar kanan) tiada pilihan lain dari meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri kerana beliau ketika itu disiasat SPRM dan prestasinya tidak memuaskan. Apabila berhenti, beliau menuntut supaya Parti melunaskan hutang untuk dua buah kereta mewahnya dan membayar beliau RM15,000 sebulan buat selama-lama yang ditentukannya. Tidak ada sebab bagi Parti melayan tuntutan itu. Lagipun Parti tidak mampu berbuat demikian.



Atas rasa belas kasihan terhadap anak isterinya seorang baik hati memberikannya "kerja" dengan bayaran bulanan sebanyak RM4000. Beliau tidak puas hati dan oleh itu terus memburukkan pimpinan Parti. Kini beliau sudah berjumpa dengan pemimpin UMNO yang boleh membayarnya jauh lebih besar dari itu.



Fairuz memberikan alasan kaum dan agama kerana tindakannya. Sangat memalukan. Beliau sendiri, kawan-kawannya dan Allah mengetahui sebab sebenar.



*Kenyataan media oleh Syed Husin Ali selaku Timbalan Presiden, KEADILAN.