Pengikut

Khamis, 4 Mac 2010

MP PKR SEDANG DI MAKE-UP II







TERKINI :


AHLI PARLIMEN PR SEDANG DI MAKE-UP...
SKRIP SEDANG MENGHAFAL....

LAKONAN 5 MINIT....
BAYARAN BERJUTA....
MENGALAHKAN PELAKON BLUE FILM......

SAKSIKAN
KEMUNCULAN PELAKON HEBAT...

BILA-BILA MASA DARI TARIKH HARI INI...

ADA YANG PAKAI KOPIAH...
ADA YANG PAKAI SONGKOK...
ADA YANG KEPALA HAMPIR BOTAK...
ADA YANG MATA SEPET...
ADA YANG DAH LUPA JALAN...



Seandainya PKR sekadar memberi amaran lisan kepada Zulkifli Noordin (gambar ATAS), maka ia dijangka akan mencungkil ketidakpuasan parti komponen PR. Sebaliknya, seandainya Zulkifli Noordin dipecat, maka ia dikhuatiri akan membuka laluan kepada BN untuk mara selangkah ke depan, sebelum menjangkau paras dua pertiga.


Dalam keadaan sedemikian, pembekuan atau pergantungan keahlian mungkin merupakan jalan keluarnya. Seandainya Zulkifli Noordin keluar parti kerana "penggantungan keahlian", maka beliau telah mengingkari apa yang dikatakan, iaitu "tidak keluar parti melainkan dipecat". Pada masa yang sama, PKR boleh meredakan ketidakpuasan parti komponen PR dan dalam parti, dengan mendakwa bahawa hukuman telah dijatuhkan ke atas Zulkifli Noordin.

ARUS SEMAKIN DERAS..RAMAI HANYUT







oleh : Wong Shu Qi



Arus "keluar parti" semakin menderas, mendekatkan semula Barisan Nasional ke paras dua pertiga di Dewan Rakyat, kelebihan majoriti yang ditembusi semasa "tsunami politik" PRU ke-12. Senario terkini memperlihatkan pengurangan kerusi parlimen PKR dari 31 ke 28, lantas mengurangkan kerusi Pakatan Rakyat kepada 79.




Apa yang tersirat di sebalik angka 79 ini bukan sekadar bermaksud "keluarnya empat orang ahli parlimen dari PKR dan PAS". Apa yang lebih penting, seandainya lima orang lagi ahli parlimen dari PR mengisytiharkan dirinya untuk keluar parti, maka PR akan tinggal 74 kerusi, iaitu satu pertiga daripada jumlah 222 kerusi.



Jadi, BN yang kini memiliki 137 kerusi, akan menaruh harapan pada empat orang ahli parlimen yang keluar dari PR, iaitu Ibrahim Ali (PAS), Zahrain Hashim (PKR), Tan Tee Beng (PKR) dan Mohsin Fadzli Samsuri (PKR), ditambah pula dua orang ahli parlimen "bebas", iaitu Chua Soon Bui dan Eric Majimbun dari SAPP, yang keluar dari BN pada tahun 2008.




Seandainya keenam-enam ahli parlimen bebas tersebut mendampingi (semula) BN, ditambah dengan "lima orang lagi", maka BN di bawah pimpinan Najib Abdul Razak akan menguasai semula majoriti 2/3, kubu di parlimen yang ditembusi semasa zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi.




Ringkasnya, lanskap dalam Dewan Rakyat terkini adalah BN (137), SAPP (2), ahli parlimen yang keluar dari PR (4), membawa kepada jumlah 143. PR pula memiliki 79 kerusi. Seandainya ahli parlimen "bebas", iaitu 2 dari SAPP dan 4 yang keluar parti mendampingi BN, maka angka 5 menjadi kunci seterusnya.



Penambahan 5 kerusi akan mengembalikan BN kepada majoriti dua pertiga, di samping penolakan 5 dari 79 kerusi yang dimiliki PR, akan menggagalkan PR untuk menafikan 2/3 BN di Dewan Rakyat.



Rabu, 3 Mac 2010

YB MOHSIN DAPAT KUNCI PINTU SYURGA






21/11/2009 teman berjumpa dengan mohsin (yb) bersama dengan kekawan dari cabang bagan serai...petang dan betoi-betoi dibawah pusat khidmat beliau...sebelum ni memang dah kedengaran yang mohsin ni nak jadi bebas...jadi jumpa saja nak tanya...

betoi ka yb nak jadi bebas....?

saya (mohsin) ni dah tua...sedara-mara ramai...tanah pun ada kat bagan serai...kawan-kawan ramai...mana nak letak muka kalau jadi pengkhianat...! kata mohsin.

sejuk hati bila dengor mohsin bercakap begitu...

kalau setakat nak bagi GLC...gaji dalam 2-3 ribu..jadi MP pun cukup dah...duit nak bawak kemana....tambah mohsin.

Tapi kalau UBNAJIB BOLEH BAGI KUNCI PINTU SYURGA KAT AKU, AKU SANGGUP LOMPAT ! kata mohsin lagi...jadi tak payahlah sapa-sapa nak puyuh aku supaya keluar parti....

memang najib ada jumpa...rosmah pun pernah jumpa saya (mohsin)..minta jadi bebas...bagi duduk sebulan kat mekah...kutuk-kutuk pkr/dsai..lepas tu lompat...tapi saya tak mau....buat apa pi mekah...saya( mohsin) pun biasa duk kat mekah..kata mohsin lagi..

cukuplah dengan apa yang ada, kata mohsin...kita ni tunggu mati je...

dan semalam..2/3/2010...teman masih sempat bercakap dengan mohsin melalui hp...teman tanya, betoi ka yb nak lompat...." saya tidak akan khianat" dan jangan risau, saya tetap bersama parti"...kata mohsin.

3/3/2010 jam 11.00 pagi....dia jadi BEBAS...dan dah dapat KUNCI PINTU SYURGA !!! najib yang kasi....




MOHSIN DAN KUNCI...ADA CERITA







hj mohsin dengan kunci.....ada cerita disebalik melompatnya mohsin
nanti teman bercerita.....

Selasa, 2 Mac 2010

TARIKH PENGKHIANATAN






4/02/2009
osman jailu( adun c.jering ) dan jamaluddin ( adun behrang) keluar pkr, jadi bebas


9/02/2009
v. arumugam ( adun bkt selambau) letak jawatan adun bukit selambau
** masih bersama pkr


16/04/2009
mohammad fairus letak jawatan adun penanti


23/08/2009
mohd radzhi salleh( adun lunas ) keluar pkr, jadi bebas


29/10/2009
badrul hisham ( adun p.kelang ) keluar pkr , jadi bebas


12/02/2010
datuk seri zahrain ( mp bayan baru) keluar pkr , jadi bebas


1/03/2010
tan tee beng(mp nibong tebal) keluar pkr , jadi bebas
datuk sallahuddin ( bekas su agung pkr ) keluar pkr.



FUH !!!






beso-nye gambor deme berdua ni...
AGUNG-NYE DUA EKOR NI....?



KAYA - RAYA SELEPAS LOMPAT ?






Anwar menyarankan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil perhatian mengenai hal sebegini kerana kebanyakan mereka yang lompat parti menjadi lebih mewah berbanding sebelumnya.


atau tak ada kuasa nak siasat....???
mungkin , ini bukan rasuah tapi wang ehsan...???