Pengikut

Khamis, 1 Julai 2010

MUSIM CARI KAWAN-KAWAN





Musim mencari kawan-kawan dah bermula...maklumkanlah...musim pemilihan...

semuanya kawan...yang lawan pun dah jadi kawan...hehe..


TIM KETUA CABANG KUALA SELANGOR DIGANTUNG





Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkan bahawa Jawatankuasa Displin parti telah mengambil tindakan menghantar surat tunjuk sebab bertarikh 29 Jun 2010 serta menggantung keanggotaan Timbalan Ketua Cabang Keadilan Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, sehingga selesai satu pendengaran dan keputusan aduan displin terhadap beliau.

Ketua Penerangan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata, aduan adalah mengenai kenyataan akhbar Arshad yang tersiar di dalam Utusan Malaysia yang menyerang kepimpinan parti secara terbuka dan melanggari disiplin parti terutamanya Fasal 27.7 Perlembagaan parti.


“Beliau dilarang menjalankan apa-apa aktiviti parti atau membuat kenyataan sebagai anggota parti mahupun memegang apa-apa jawatan dalam parti sehingga selesai pendengaran dan keputusan muktamad oleh Jawatankuasa Disiplin,” ujarnya dalam satu kenyataan.

AHLI PARLIMEN MERANGKAP SB






Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Zaid Ibrahim membidas Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim yang mempersoalkan pertemuannya dengan Raja Petra Kamaruddin di Manchester, England tahun lalu.

Zaid juga menegaskan bahawa beliau akan ke London pada minggu hadapan dan kemungkinan besar akan berjumpa dengan Raja Petra dan isterinya sekali lagi.

“Saya akan bekalkan butir lanjut jika Zahrain atau SPRM mahu maklumat lain. Saya harap dapat juga bertemu Bala kalau SPRM tidak mahu bertemu dengannya,” ujar Zaid sinis dalam blognya semalam.

Zaid berkata, sebagai wakil rakyat Bebas Zahrain sepatutnya memberikan cadangan bernas mengenai dasar negara dan berani mengkritik keputusan kerajaan.

“Saya hairan mengapa pertemuan saya dengan Raja Petra di Manchester tahun lalu menjadi isu kepada Zahrain.

“Dia sudah semacam polis cawangan khas pula...s,” katanya dalam blognya semalam.

SPRM TAK PERLU SIASAT NAJIB





Isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu dibawa kepada SPRM untuk siasatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi, ianya kerana pembelian Kapal Selam milik negara itu dibeli prosedur.


Malah kos pembelian kapal selam buatan Perancis bernilai kira-kira satu bilion euro pada tahun 2002 itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan. "Pembelian dibuat mengikut apa yang ditetapkan prosedur, semua langkah diikuti sebaik-baiknya," katanya.


Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai pembelian kapal selam itu yang dilaporkan oleh sesetengah media membabitkan pembayaran komisen bernilai kira-kira 114 juta euro kepada syarikat di Malaysia.


Semalam, Dewan Rakyat menolak usul supaya pembelian kapal selam negara itu dibahaskan.
Speaker Pandikar Amin Mulia dalam jawapan bertulis kepada William Leong (PKR-Selayang) berkata beliau telah dimaklumkan bahawa SPRM sedang menyiasat perkara itu.

Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.7 bilion untuk membeli kapal selam buatan Perancis itu.
Daripada jumlah keseluruhan, RM574.8 juta pergi kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki Abdul Razak Baginda , seorang teman karib Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Najib merupakan menteri pertahanan sewaktu urusniaga tersebut.

TALI BARUT KERAJAAN PR?






Kerajaan Selangor harus ambik iktibar daripada kejatuhan Kerajaan PR Perak..salah satu puncanya Setiausaha Kerajaan Negeri.



(gambor contoh)


Pakatan Rakyat bukan sahaja disaran menggantikan Penasihat Undang-Undang dengan peguam sendiri, malahan gagasan itu turut dicadang melantik Pegawai Kewangan dan Setiausaha Kerajaan Negeri pilihan mereka.( prof aziz bahri )


KISAH BENAR SEBELUM MALAM JUMAAT





Mohd Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27 mendakwa beliau ditipu apabila digelar seorang dari 40 ulama muda yang menyertai Umno, Jumaat lalu.


Beliau memberitahu
Malaysiakini, keempat-empat mereka diperdaya oleh ayah kepada seorang rakan mereka kononnya perdana menteri mahu berjumpa dengan bekas pelajar Jordan. kata Mohd Hosni yang kini menjadi tenaga pengajar di Maahad Tahfiz Intergrasi dan Teknologi Selangor yang terletak di Klang.

Mereka diberitahu pertemuan akan diadakan di Hotel Legend yang terletak di seberang jalan bangunan Umno.
Namun, apabila sampai ke hotel itu, beliau dan rakan-rakan dibawa turun dengan eskalator dan seterusnya menyeberang jalan ke bangunan Umno dan di bawa masuk ke dalam satu dewan.

Di sana sudah ada ramai orang yang kelihatan macam orang PAS, orang Tabligh dan sebagainya berdasarkan pakaian mereka.
"Jadi saya senang hatilah," kata Mohd Hosni.

Menurutnya mereka kemudian disambut oleh bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan disuruh berbaris bagi menyambut ketibaan perdana menteri.


Kata Hosni, selepas pengumuman dan diperkenalkan dengan ulama yang menyertai Umno, baru beliau menyedari tujuan majlis diadakan.

"Sekiranya saya tahu hal ini, saya tidak akan hadirinya. Saya ditipu untuk datang,” katanya. Hosni bersama tiga rakannya yang belajar di Universiti Al Albyt, Jordan adalah antara mereka yang hadir pada majlis penyerahan borang menyertai Umno kepada presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga menolak dakwaan yang dia ke PWTC untuk bersalam dengan Perdana Menteri.
“Tentang hendak bersalam dengan Najib, adalah lebih munasabah saya pergi ke Kelantan bersalaman dengan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, itu lebih baik dari bersalaman dengan orang yang didakwa,” jelasnya.

Dalam pada itu,
Harakahdaily memetik Hosni berkata, beliau mendapat maklumat terdapat seorang lagi lepasan Madinah yang dijemput ke majlis berkenaan kerana terdapat majlis diskusi sebaliknya yang berlaku adalah penyerahan borang menyertai Umno oleh beberapa orang yang digelar sebagai sebagai ulama muda yang 'ori'.

Katanya, seorang di Perlis, Ustaz Abdul Wahab Abdullah berkata, beliau hadir untuk bertemu dengan perdana menteri bagi membersihkan nama kumpulan mereka yang dikaitkan dengan keganasan.


“Terbukti Umno menggunakan banyak cara untuk menarik ulama muda menyertai mereka kerana jika untuk alasan biasa pasti mereka tidak didekati, lalu mereka gunakan berbagai cara,” ujarnya.


"Saya sebenarnya rasa tertipu dengan apa yang berlaku....itulah yang saya terangkan di setiap kali ceramah saya," kata Hosni.

KO PI LANDON SAPA TAJA PULAK ?





Lepas je jadi bebas, bukan ke hang pun pi London...
hang pi sapa taja...?