Pengikut

Jumaat, 2 Julai 2010

TIDAK IKUT PERLEMBAGAAN




Datuk Zaid berkata, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melantik Penasihat Undang-Undang sendiri.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohamed Nazri di Parlimen hari ini bahawa tindakan melantik penasihat undang-undang sendiri adalah tidak mengikut perlembagaan.


Lagi nak sebut pasal perlembagaan..pi mampus la UMNO/BN...

YB KESAVAN MASIH ADA LAGI...






Seramai 230 penyokong dari empat cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kawasan parlimen Bagan Datoh telah keluar daripada parti itu untuk menyertai parti Makkal Sakhti.

Empat cawangan PKR itu ialah cawangan Sungai Timah, Batu 25, Taman Desa Baru dan Hutan Melintang.

Bekas Ketua PKR Cawangan Batu 25 M.Subaramaniam menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Makkal Sakhti Pusat, N.Ramu di sini malam tadi.

Kebanyakan mereka yang menyertai Makkal Sakhti berusia sekitar 35 tahun.

Subramaniam berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR yang sejak akhir ini tidak konsisten dalam memperjuangkan nasib masyarakat India selain gagal menunaikan pelbagai janji yang ditabur.

SAYA PUJI SIKAP YB KHALIL IDHAM-YB CASHSPENDER





ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh hari ini menafikan bahawa beliau ditawarkan wang daripada Umno supaya berpaling tadah daripada DAP dan menjadi wakil Bebas.


"Saya letak jawatan dari parti atas kehendak sendiri dan tiada politik wang yang terbabit,” katanya
hari ini.

Kenapa BN perlu beri wang kepada saya uuntuk saya meletakkan jawatan,sedangkan mereka yang memerintah negeri Perak,” soalnya.


"Malah ramai anggota BN yang terkejut seperti juga ahli DAP apabila saya meninggalkan parti itu,” katanya.


Menurut Keshvinder ada pihak yang cuba mencemarkan imejnya dengan mendakwa dia menghadapi masalah kewangan yang medesak sehingga sanggup menyokong BN.


Katanya, punca beliau meninggalkan DAP adalah kerana tidak berpuas hati dengan parti itu tetapi tidak mengulas lanjut.

"Bagaimana mereka boleh menuduh saya menghadapi masalah kewangan sedangkan saya mempunyai baki RM35,000 dalam akaun saya pada Mei lalu?”

Peguam itu juga menolak dakwaan bahawa wang anak guamnya bernilai RM45,000 hilang dari pejabatnya dan mendakwa bekas keraninya yang terlibat dalam kes berkenaan.


"Saya pecat kerani saya kerana salah-laku pada 30 April lalu dan membuat laporan polis berhunung perkara itu pada 3 Mei,” jelasnya.

Mengenai wang pinjaman peribadi RM3,500 yang diberikan oleh Khalil Idham Lim dari PAS, Keshvinder mendakwa wang itu adalah untuk kegunaan pengundi di kawasan Malim Nawar.

"Saya tidak meminta daripada Khalil tetapi dia yang memberikan saya wang itu sekembali saya daripada pilihan raya kecil Sibu kerana saya kekurangan dana untuk kawasan saya.”


"Malah, Khalil, seorang lelaki yang baik hati membantu saya dari segi kewangan apabila saya kesempitan tahun lalu.

Dia juga penah menolong ADUN Buntong, A Sivasubramaniam apabila dia kekurangan dana di kawasan pengundiannya,” jelas Keshvinder.

TRAGEDI PERAK BUKTI LA TIDAK ADIL





Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi yang bercorak federalisme yang berat sebelah. Ini merupakan satu lagi kecacatan yang amat ketara dalam Perlembagaan Pesekutuan. Autonomi yang luas diberikan kepada kerajaan persekutuan manakala kerajaan negeri pula dicekik dalam ruangan yang sempit.

Ketidak seimbangan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri ini menjadikan politik Malaysia kucar-kacir dan tidak tentu hala.
Kerajaan pusat menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain untuk terus menindas kerajaan negeri.

Kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat menghadapi ancaman yang hebat dan bertubi-tubi. Kerajaan Pusat menggunakan kekuasaan yang ada padanya untuk membuli kerajaan negeri yang serba kekurangan dan tidak dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya.


Kerajaan Pusat menempatkan tiga orang Ex-Officio di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Mereka ini terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Ketiga-tiga pegawai utama ini adalah lantikan persekutuan. Walaupun gaji mereka ini dibayar oleh kerajaan negeri, tetapi kesetian mereka adalah tertumpu kepada kerajaan pusat yang mengawal sepenuhnya jawatan dan insentif yang lain.

Ketiga-tiga pegawai ini berkhidmat sebagai tali barut kerajaan pusat di setiap negeri.
Ex-Officio ini akan menyalurkan semua maklumat-maklumat kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat. Dalam kata lain, kerajaan negeri tidak dapat berfungsi secara bebas.

Segala tindak-tanduk dan rancangan kerajaan negeri boleh disalurkan oleh ex-officio in kepada kerajaan pusat yang cuba merisik maklumat- maklumat ini untuk kepentingan politiknya.
Ini bermakna, semua rahsia-rahsia kerajaan negeri akan diketahui oleh kerajaan pusat. Maklumat-maklumat atau keputusan-keputusan yang dibuat dalam Maljis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan sampai kepada pengetahuan kerajaan pusat dalam sekelip mata.

Kerajaan negeri pula terpaksa beroperasi dalam keadaan yang cukup bahaya dan ketakutan kerana ada musuh dalam selimut.
Federalisme seperti ini tidak menjamin demokrasi yang tulen. Pengubahssuaian kepada sistem federalisme kita harus dikaji semula dan diperbaiki. Kerajaan negeri seharusnya diberi autonomi yang cukup untuk mentadbir negeri dengan baik dan tidak dikawal dan diancam oleh kerajaan pusat.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Profesor Aziz Bari, Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa yang menyarankan supaya kerajaan Pakatan Rakyat menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan memilih orang-orang yang taat kepada kerajaan negeri dan bukannya tali barut kerajaan pusat.

Cadangan ini mempunyai nas kerana ketiga-tiga pegawai kerajaan tertinggi ini boleh menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan negeri.
Sebagai contoh, penglibatan dan komitmen yang diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak kepada Barisan Nasional Perak dan kerajaan pusat merupakan punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak.

Kerajaan Pusat menggunakan ex-officio ini untuk merancang satu konspirasi politik menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak. Peranan Ex-Officio ini digunakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat untuk mendapatkan maklumat dalaman dan melemahkan kestabilan kerajaan negeriPenglibatan Ex-Officio dalam menggulingkan kerajaan Perak yang diberi mandat oleh rakyat tidak dapat dinafikan.


Oleh yang demikian, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan kemelut negeri Perak sebagai satu pedoman dan mengambil segala langkah berjaga-jaga dan mengantikan orang-orang yang bekerja sebagai tali barut kerajaan pusat. Kerajaan –kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak boleh khilaf sekali lagi dan perlu memberi perhatian yang serius dalam hal ini.

Adalah mudah untuk mentadbir negeri dan melaksanakan polisi-polisi Pakatan Rakyat jika Ex-Officio yang dilantik ini adalah tediri daripada pihak yang neutral. Mereka ini seharusnya memahami konsep neutraliti dan berpegang kepada prinsip tersebut dan tidak mengikut telunjuk dan meringkuk kepada arahan kerajaan pusat .


oleh: V.Sivakumar

BERAHIM ALI PENGHASUT-KJ





Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa berhubung penyiaran berita muka depan akhbar itu yang mahu Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Hari ini saya dengar Suara Perkasa keluarkan berita muka depan kata tahan Ka Siong bawah ISA, saya tidak setuju kerana benda macam itu menghasut dan salah.

"Saya lakukan ini bukan sebab saya nak pertahan Ka Siong tetapi kerana artikel ini salah dan harus disiasat," katanya.

BERITA PERAK: PC YB CASHSPENDER






Satu Sidang Akhbar akan diadakah oleh YB Cashspender Adun Bebas DAP, di Kampar Club jam 4.00 petang untuk memberi penjelasan mengapa beliau menjadi bebas..selain dari itu, dijangkakan beliau akan menyerang beberapa pimpinan utama DAP dan Pakatan Rakyat.

Duit sudah dapat, makan sudah banyak...sekarang mau jadi penyerang...

Khamis, 1 Julai 2010

KETUA DEWAN ULAMAK PAS MAHU ANWAR BERCAKAP BENAR





Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pendirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.

"Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini... sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis.