Pengikut

Selasa, 6 Julai 2010

JANGAN SEKONGKOL DENGAN RPK-KPN




Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran mana-mana individu yang bersekongkol dengan blogger sensasi Raja Petra Kamaruddin akan ditahan dan didakwa menyembunyikan penjenayah.

Memetik laporan agensi berita Bernama, polis akan memanggil ahli-ahli politik, pengarang dan wartawan untuk memberi keterangan berhubung maklumat berkaitan Raja Petra.

Langkah ini diambil selepas polis menerima dua laporan yang difailkan di Petaling Jaya dan Brickfields yang mendakwa pihak tertentu menyembunyikan Raja Petra.

Musa Hassan berkata PDRM mempunyai cara tersendiri untuk menangkap pengendali web Malaysia-Today itu, yang diburu kerajaan Malaysia ekoran rencana yang menyentuh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Musa Hassan juga memberitahu Interpol enggan membantu kerajaan Malaysia menjejaki Raja Petra, dan PDRM tidak boleh menyerbu negara yang kini didiami Raja Petra, namun itu tidak menghalang PDRM dari merencana strategi baru.

Anak bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri ini kini dalam kawalan pihak berkuasa di Penjara Sungai Buloh.

YANG NI BARU ADIL






Kementerian Dalam Negeri bersedia menyita bangunan pejabat tempat Suara Keadilan beroperasi dan kilang pencetaknya jika akhbar PKR itu terus diterbitkan tanpa permit.

“Sudah tentu boleh ditutup,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein ketika ditanya mengenai kenyataan PKR bahawa Suara Keadilan akan terus diterbitkan.

MEMANG TIDAK ADIL..!






Tindakan mempersoalkan tugas polis dalam siasatan berhubung kes penulis blog Raja Petra Kamaruddin adalah tidak adil, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil tindakan sewajarnya dalam menyelesaikan kes tersebut termasuk berjumpa dengan pihak Metropolitan Police di United Kingdom.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaluddin semalam yang mendakwa kegagalan pihak polis mengambil sebarang tindakan terhadap Raja Petra menunjukkan mereka seolah-olah tidak serius menangani isu berkenaan.

TEMAN DI PANGKOR






Hari ni teman ke Pangkor..sampai hari jumaat..kena kursus..Adun Pangkor adalah Dato"Seri Zambry b Abdul Kader...yang juge MB Perak...MB Haram..MB tak bermaruah..

Nampaknya kat jeti Lumut tadi ada expo sorakan bola 1 Malaysia...malam ni ada separuh akhir...zambry bersama orang-orang Lumut akan berada di jeti Lumut sampai pagi esok...

Teman, malam ni macam biasa...sesi kenal dan memperkenalkan diri antara satu sama lain...hehehe...


Agaknya mau ke orang Lumut memangkah calon Pakatan Rakyat pada PRU akan datang...? mau tu dah tentu...kalau tak kerana undi navy da lama Zambry lingkup..zambry...zambry...

Isnin, 5 Julai 2010

POLIS JADI KETUA CAWANGAN UMNO?





Pihak polis sudah menjadi seperti Ketua Cawangan Umno apabila pantas menyiasat isu tajaan terhadap Raja Petra Kamaruddin berbanding pendedahan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kerajaan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum PKR itu berkata, pihak berkuasa sepatutnya menyiasat terlebih dahulu dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kerajaan seperti yang didedahkan Pakatan Rakyat berbanding isu tajaan tersebut.

"Respons polis banyak terhadap kenyataan politik. Pasal politik dia cepat, dia dah jadi macam ketua cawangan Umno,” katanya ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pemimpin Umno bahawa pengendali laman web Malaysia Today itu ke United Kingdom atas tajaan PKR.

Ianya ekoran penyiaran gambar Raja Petra bersama seorang ahli Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

"Raja Petra jawab, dia sedang cari dana untuk Pakatan rakyat.

"Polis patut siasat dana negara yang sudah hilang banyak akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya lagi.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa kerajaan mempunyai bukti Raja Petra dibiayai PKR.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semalam pula memberitahu menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk disiasat.

4 FAKTOR-NAJIB





Presiden UMNO, Najib Tun Razak menggariskan empat faktor penting yang mempengaruhi sikap dan keperluan rakyat terhadap parti UMNO sebagai parti yang boleh membela nasib mereka.

Faktor pertama adalah sama ada rakyat berpuas hati dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, bahagian dan cawangan tentang sesuatu program yang dilakukan.

Faktor kedua pula adalah bagaimana kepimpinan negeri menguruskan soal permohonan tanah, sama ada tanah yang mahu diterokai, soal perumahan dan perkara tertentu."

Faktor ketiga pula melibatkan penilaian masyarakat terhadappengurusan kepimpinan peringkat akar umbi, cawangan dan bahagian dan rakyat mendapat kepuasan seperti mana penilaian yang dibuat di peringkat nasional.

"Faktor keempat pula, adalah peranan wakil rakyat yang dipilih melalui pengundian pada pilihan raya umum lalu sama ada mereka disenangi pengundi itu sendiri atau sebaliknya," katanya.

Menurutnya, tsunami politik akan berlaku sekiranya faktor-faktor berkenaan menjadi faktor negatif di mana rakyat tidak menyenangi dengan kepimpinan di peringkat nasional, negeri, parti dan wakil rakyat itu sendiri.

"Justeru, beliau menyeru semua pemimpin parti tidak kira di peringkat akar umbi mahupun bahagian harus melaksanakan tanggungjawab mereka demi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau juga meminta semua cawangan dan bahagian mempermudahkan urusan pendaftaran ahli baru yang ingin menyertai UMNO bagi menunjukkan peranan parti yang sedia membantu dan bersikap terbuka dalam apa jua perkara melibatkan soal rakyat.


Ahad, 4 Julai 2010

JANGAN PERCAYA





Jangan percaya dan terpengaruh dengan Anwar Ibrahim, kata Najib.... kah! kah! aku gelak ....