Pengikut

Isnin, 2 Ogos 2010

WUJUDKAN NEGERI BARU DI SABAH DAN SARAWAK..?





Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka. Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian.

Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.

Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. "

Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,” katanya semasa ucaptama tertutupnya yang berjudul 'The Genesis of Malaysia Revisited' dan 'The Way Forward' di Kota Kinabalu, semalam.

Forum itu diadakan sebagai pembuka tirai bagi sambutan rasmi Hari malaysia yang pertama yang dijadualkan pada 16 September ini. Majlis berkenaan dianjurkan oleh Yayasan Warisan Borneo dengan kerjasama Heritage Common Interest Group Malaysia (CigMA), dan beberapa pertubuhan lain.

PARTI POLITIK PUNCA PERPECAHAN-TAN SRI JINS





Parti politik di negara ini perlu dikurangkan kerana ia antara punca perpecahan berlaku dalam masyarakat, kata Senator Tan Sri Dr Jins Samsuddin.

Katanya, negara ini mempunyai 19 parti politik dan ianya perlu dikurangkan kerana tidak selari dengan populasi 27 juta penduduk selain menyukarkan agenda penyatuan masyarakat.

“Semakin banyak parti maka semakin banyak percakaran yang akan berlaku tetapi jika hanya ada lima parti politik yang mewakili setiap kaum misalnya, maka ia dapat mengurangkan perpecahan yang berlaku apabila setiap pemimpin menjaga hak dan kepentingan masing-masing,” kata beliau.

Menurutnya, perpaduan akan menjadi satu sumber untuk menyatupadukan semua kaum kerana jika kita berpecah-belah antara satu sama lain maka rosaklah bangsa dan negara.

“Malah, generasi muda harus memahami sejarah negara kerana sejarah akan membawa kita kepada kemajuan negara. Tanpa memahami sejarah, kita tidak tahu apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku,” katanya.

Pada masa yang sama katanya, beliau sudah mencadangkan kepada Dewan Negara agar setiap sejarah negeri difilemkan untuk tatapan generasi muda.

Beliau berkata, dalam keghairahan pengusaha filem mengaut keuntungan, tanggungjawab mereka terhadap negara untuk menghasilkan filem yang ada nilai sejarah sangat penting kepada generasi muda supaya celik sejarah.

“Saya sudah membuat filem, dokumentari, teater mengenai kemerdekaan dan inilah sumbangan kepada anak bangsa untuk memberi gambaran kepada mereka bahawa inilah perjuangan kemerdekaan orang lama.

“Merdeka bukan hanya kebebasan tetapi tanggungjawab untuk memajukan negara mencapai keamanan, oleh itu pertahankan kemerdekaan yang diperoleh dan jangan berpecah belah, menghina satu sama lain sebaliknya pupuk kasih sayang dan saling menghormati,” katanya.


*** bior parti UMNO, MCA, MIC, Gerakan saja yang wujud..betoi tak Tan Sri..???

KES LIWAT DSAI GUGUR..





Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan berikutan permohonan Anwar untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya dengan alasan seorang Timbalan Pendakwa Raya dalam pasukan pendakwaan dikatakan mempunyai hubungan dengan saksi utama kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 9 Ogos depan untuk mendengar permohonan itu.

BERITA PERAK: ESOK TAK HANGAT





Esok, Sidang Dun Perak..sapa yang pegi..kumpul je kat bawah Pejabat DAP, Bandar Ipoh Raya...tak ada kecoh-kecoh punya...FRU, SB dan lain-lain tak payah datang...esok pasti aman..bagi la FRU rehat...dah keje kuat kat Seberang Perak...malam tadi pun kat Ipoh Himpunan ISA...ramai gak polis...rehat la...sian korang kan...

Ahad, 1 Ogos 2010

BERITA PERAK: ORANG INI PERUT SUDAH BUNCIT





orang ini perut sudah buncit...
tokey-tokey balak kat Perak sudah pening-pening...
pulun yop pulun...
sapu semua dulu...
tokey-tokey balak sudah muntah-muntah...
pilihanraya akan datang belum tentu BN menang...
jadi orang ni pulun semua...
nama orang ini...HAMDAN TAHA...



senyum ada makna....penyamun

BERITA PERAK: POLIS DAH RAMAI






Polis dah ramai sekitar Dataran DBI, Ipoh...malam ni ada himpunan bantah ISA... jalan-jalan utama untuk ke Dataran DBI ditutup...bagus juga kot...jaga keselamatan bagi yang nak berhimpun...
terima kasih polis..terima kasih...hahaha..

BERITA PERAK: DATUK ZAHID BERPESAN





Datuk Zahid Ibrahim berpesan...PRU kali ini PR kena ingat kerana ini bukan zaman Pak Lah tapi ini zaman Najib...Najib akan buat apa saja untuk mengekalkan kemenangan...apa yang penting..kerjasama antara PAS,DAP serta PKR amat perlu...jangan terlalu membesarkan perkara yang kecil...perihatanlah hak rakyat...pesan Datuk Zahid.

Datuk Zahid bukanlah pemimpin besar, bukanlah pemimpin ulung semasa dalam UMNO...cuma meletakkan jawatan sebagai Menteri saja..beliau juga dikenali sebagai Menteri Pembangkang semsa dalam kabinet Pakl Lah..

Datuk Zahid berada di Perak petang ni, berdiskusi bersama pemimpin PKR di Hotel Hillcity...turut hadir YB Sivakumar serta Wakil Dewan Pemuda PAS Perak..


******update pinjam labtop chor sniper...hehe..tq chor