Pengikut

Selasa, 3 Ogos 2010

SAUDARA NOH OMAR





Sdr Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi UMNO Selangor mendesak PAS dibawah kepimpimpian Datuk Hassan Ali supaya memastikan kesemua pusat-pusat hiburan, rumah-rumah urut, rumah-rumah pelacuran di Selangor di tutup sepanjang bulan Ramadhan ini. Katanya, jika PAS benar-benar memperjuangkan Islam perkara-perkara ini wajib di buat serta mendesak Kerajaan Selangor supaya berbuat demikian.

PAS memperjuangkan Islam...dan sebagai bukti PAS tidak mengikut telunjuk DAP mahupun PKR...jangan disebabkan menjaga kepentingan politik PAS sanggup mengabaikan perjuangan Islam...katanya..

Woi Noh..! UMNO berapa lama memerintah Selangor...? bukan ke dari zaman Tun Mahathir lagi UMNO mengakui Malaysia ni negara Islam termasuklah Selangor...selama ini UMNO buat apa di Selangor...lesen-lesen pelacuran, lesen rumah urut bukan ke UMNO yang bagi...porahhh ! cakap tak serupa bikin...! jangan nak alih isulah Sdr Noh...duduk diam-diam..tutup mulut...tak cukup lagi ke pasir yang dikaut...

Isnin, 2 Ogos 2010

KJ TINGGALKAN PAK LAH





KJ kini berAYAHANDAkan Berahim Ali..

OPERASI LALANG MENJELANG PRU




Keghairahan polis menyuraikan perhimpunan aman di seluruh negara pada hujung minggu lalu menimbulkan spekulasi teori konspirasi dengan seorang senator Pakatan Rakyat memberi amaran tindakan itu mungkin membawa kepada pusingan seterusnya Operasi Lalang.

Muhamad Yusof Husin, dari PAS berkata taktik yang sama digunakan oleh kerajaan BN pada 1987 apabila pihak berkuasa memastikan sentimen anti-kerajaan tidak merebak dengan menahan 106 orang mengikut Akta Keselamatan dalam Negara (ISA).


Beliau mengakui walaupun 'kemungkinan' tangkapan itu tidak berlaku boleh terjadi, namun perkara berkenaan membimbangkan.

Situasi tegang

Menurut Muhamad Yusof berdasarkan apa yang berlaku di seluruh negara pada hujung minggu lalu, tidak keterlaluan jika seseorang beranggapan pihak berkuasa cuba memperlihatkan “situasai tegang di negara ini.”

“Apabila aktiviti secara aman tidak dibenarkan, ia akan mencetuskan bantahan dan kemungkinan pihak berkuasa akan mengambil peluang ini menggunakan ISA dengan alasan memastikan ketenteraman awam dipelihara,” katanya di lobi Senat hari ini.

“Seperti Operasi Lalang pada 1987, semua pemimpin pemabngkang dan kakitangan NGO yang tidak menyokong kerajaan ditahan mengikut ISA ...ini satu kemungkinan. Kemudian kerajaan akan mengadakan pilihan rayadan pemimpin BN berada dalam kedudukan selesa kerana tiada pembangkang.”

Muhamad Yusof memberi amaran jika pihak berkuasa tidak menangani perkara itu dengan betul, ia mungkin mencetuskan peristiwa berdarah seperti tragedi Memali pada 1982 yang menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan orang kuat PAS, Ibrahim Mahmud, atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

BY SENATOR MOHAMMAD EZAM MOHD NOR




1. Ketua Pesuruhjaya SPRM telah menyatakan baru2 ini pandangan beliau agar menteri kabinet dan pemimpin kerajaan mengisytiharkan harta mereka kepada umum didalam usaha memperkukuh langkah reform melawan gejala rasuah di negara ini.

2.Berbagai reaksi timbul berikutan kenyataan Pesuruhjaya SPRM itu yang pada hemat saya jujur dan berani didalam cita2 membanteras rasuah di negara ini.

3.Saya sokong dan amat bersetuju dengan pandangan beliau dan percaya ianya satu langkah ke arah pemantapan reform yang signifikan di negara ini.

4.Namun saya merasakan keperluan menumpukan tumpuan kepada memantapkan imej SPRM di mata rakyat terlebih dahulu sebelum langkah baru dilakukan.

5.Kredibilti SPRM merupakan prasayarat utama didalam menjayakan sebarang langkah berani mempertingkatkan usaha reform dinegara ini dan kita sedia maklum imej SPRM tercalar akibat serangan yang sengaja dilakukan oleh anasir anti kerajaan yang melaungkan reform palsu.

6.Justeru saya merasakan keperluan untuk fokus mempertingkat imej dan kredibiliti SPRM buat masa ini dan hanya setelah kredibiliti dipulihkan sepenuhnya langkah2 lain di lakukan termasuk langkah perisytiharan harta kepada umum.

7.Namun saya ingin ulangi sokongan terhadap cadangan Pesuruhjaya SPRM dan mengucapkan syabas atas cadangan jujur dan berani beliau.

by : yb senator ezam mohd nor

APA KATA ARTIS TENTANG PAS-UMNO





Apa kata Datuk Aziz Sattar: Semua orang ada pandangan sendiri, bincang betul-betul mengenai hal ini. Memang jarang ada pendapat yang sama, kalau semua orang mempunyai pendapat yang sama tiadalah oarang yang bergaduh dan berselisih faham. Jadikanlah cerita SEMERAH PADI sebagai panduan mengenai perpaduan ini. Tidak kira parti politik apa pun sama ada PAS, UMNO atau apa saja, mestilah bersatu untuk Melayu dan perpaduan. Kenangkanlah jasa orang terdahulu yang bersusah payah mendapatkan kemerdekaan.


Apa kata Zed Zaidi: Kita kena akui UMNO sudah tidak sekuat dulu. Maka pandangan saya, PAS dan UMNO patut bersatu untuk mempastikan perpaduan dan kesatuan Melayu. Kita akan lebih kuat jika bergabung dan hal ini bukan untuk sesiapa, tetapi untuk rakyat negara ini juga.

Apa kata Wardina Saffiyah: Saya tidak kisah sama ada dua parti ini duduk semeja atau tidak. Yang paling penting pemimpin kita mesti telus, menerima pandang masing-masing dan hormat orang lain. Kalau mereka benar sayangkan rakyat, mereka mesti cuba cari jalan penyelesaian, banyak lagi isu lain yang boleh dibahaskan selain isu ini. Isu buang bayi, pendidikan, memperdagangkan manusia dan banyak lagi. Saya dengan JUJUR dan IKHLAS harap kedua-dua parti UMNO dan PAS fikirkan masa depan generasi akan datang.




sumber: sinarharian

SEMUA DAH TAHU




Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam keras tindakan polis yang bertindak melakukan intimidasi melampau ke atas beberapa program yang melibatkan penyertaan pimpinan Keadilan dan Pakatan Rakyat pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

Pada hari Sabtu 31 Julai 2010, program Keadilan di Batu Pahat, Johor dan Sungai Rambai, Melaka yang telahpun dirunding dengan pihak polis bagaimanapun dicabuli oleh polis sendiri apabila trak FRU dan gerombolan anggota polis menujah masuk dengan biadap ke dalam program yang telah dianjurkan.

Manakala semalam, Ahad 1 Ogos 2010, dianggarkan tidak kurang daripada 30 aktivis anti-ISA telah ditahan di seluruh negara, antaranya di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Ipoh, berikutan terlibat dengan perhimpunan aman membantah akta zalim ISA setelah 50 tahun ia dikuatkuasakan oleh Kerajaan UMNO-BN.

Tindakan pihak polis yang sangat tidak profesional ini adalah begitu mendukacitakan, malah melanggar peraturan yang mereka kuatkuasakan. Ini berikutan program di Johor dan Melaka dianjurkan di dalam premis persendirian dan tidak melibatkan tempat awam, malah tempat program di Melaka juga telah dicadangkan oleh polis sendiri.

Demikian juga di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, meskipun dengan kehadiran peguam dan Pesuruhjaya SUHAKAM turut hadir memantau penahanan aktivis, kehadiran mereka ini tidak dipedulikan langsung oleh polis, sekaligus menunjukkan kebiadapan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh polis selaku penguatkuasa undang-undang.

AMK melihat, di sebalik percutian 10 hari Perdana Menteri, beberapa perkembangan yang berlaku, termasuklah penahanan Ling Liong Sik terdahulu dan pengharaman akhbar rasmi Keadilan dan DAP, kesemuanya merupakan sesuatu yang telah dirancang rapi, ditambah dengan intimidasi polis ke atas program-program anjuran Keadilan dan Pakatan Rakyat secara keras dan konsisten mutakhir ini.

UMNO-BN di bawah kepimpinan Najib Razak kelihatan begitu lemah khususnya di dalam menangani keluh kesah rakyat. Justeru, UMNO-BN sebagaimana biasa menggunakan polis dan instrumen kerajaan lainnya untuk memastikan kemaraan Pakatan Rakyat dikekang dengan apa cara sekalipun.

Siri-siri intimidasi ini jelas membuktikan, bahawa Keadilan dan Pakatan Rakyat adalah satu ancaman terbesar bagi UMNO-BN yang mahu tradisi membodohkan rakyat diteruskan, agar rakyat dinafikan hak untuk mendapat maklumat alternatif, berhimpun dan bersuara.

AMK menggesa agar pihak polis dapat membersihkan institusi PDRM daripada kawalan politik UMNO-BN dan mengembalikan kepercayaan rakyat kepada institusi PDRM. Jangan pasung mentaliti rakyat daripada menerima maklumat alternatif yang mendedahkan salahlaku dan penyelewengan yang sekianlama dilakukan oleh UMNO-BN.

AMK menyatakan komitmen untuk membawa perkara ini kepada SUHAKAM agar siri-siri intimidasi ini boleh dihentikan. Rakyat perlu bersatu untuk hentikan tradisi membodohkan rakyat yang sedang digerakkan oleh UMNO-BN!


*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan.

WAH ! DSAI






jaga-jaga Ghani Patail and The Team...





pic: rakyat marhean