

CALON TIMBALAN PRESIDEN
Tuan Haji Sdr Mustaffa Kamil Ayub dilahirkan di Kg. Gajah, Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan, 1963. Anak kedua dari lapan adik beradik. Memperolehi Izajah Sarjana Muda Sains dengan kepujian (UKM) 1987, Diploma Pendidikan dengan kepujian (UIA) 1989, Diploma Kewangan Islam dengan cemerlang (IPI) 1994, Sarjana Sains Politik, (UKM) 2006 dan kini sedang menyiapkan thesis ke peringkat PHD. Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan
(Tan Sri Muhyiddin Yassin)
Kini Pengerusi PKR Negeri Perak...Pengarah Biro Latihan PKR Pusat..Ketua Biro Antarabangsa...dan juga Naib Preiden PKR...Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak..Bekas Calon DUN Sg Manik..Bekas Calon.. Parlimen Pasir Salak PRU 2008...pernah bertanding di Alor Pongsu PRU 1999...juga pernah bertanding di Dun Bukit Chandan dan Parlimen Lumut pada PRU 2004..bekas SenGen PKR mengantikan Sdr Shaari Bahri..
“Nostalgia sewaktu kecil mengingatkan saya apabila melihat keletah anak ini kerana saya dan isteri turut tergolong dalam keluarga miskin satu masa dulu,” kata Zambry Kadir.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Shopping Raya Anak Angkat Menteri Besar anjuran Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) di pusat membeli belah Jaya Jusco, Kinta City semalam.

Hadir sama, Datin Seri Saripah Zukifli; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri yang juga Pengerusi YBUDR, Datuk Saarani Mohamad dan Ketua Eksekutif YBUDR, Khairul Azwan Harun.
Dr Zambry berkata, seramai 103 anak-anak dari keluarga miskin pelbagai kaum dipilih untuk dibawa membeli belah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata, bukan sahaja anak Melayu yang menerima bantuan itu, mereka dari kaum Cina, India dan Orang Asli juga dapat merasai kemeriahan membeli belah seperti yang dialami anak lebih bernasib baik.:
“semalam anak-anak saya dan isteri ramai dan peluang yang kami ada digunakan sepenuhnya melalui YBUDR untuk membawa anak-anak ini membeli belah sebagai persiapan menjelang Aidilfitri,” katanya di sini, semalam.
“Program seperti ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada anak-anak kita kerana ia adalah waktu untuk bergembira selepas mendapat pakaian baru, duit raya dan sebagainya,” katanya.
Dalam pada itu, seramai 7,799 imam, bilal, siak dan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di Perak akan menerima elaun khas sebanyak RM200 seorang sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut kira-kira seminggu lagi. Mat Gelap ni terpkasa akur dan ikut jejak Lim Guan Ng yang lebih dahulu mengumumkan pemberian duit raya kepada guru KAFA di Pulau Pinang.
Sahabat teman bagitau..rupa-rupanya si musa ni tak puas hati apabila kontrak beliau tidak disambung...kalau ikut perjanjiannya..khidmat si musa ni sampai september 2011..tapi malang apabila najib tidak merestuainya lagi..
Tak pe..kaya pun dah kaya...senang pun dah senang..lepas ni pi laa mana-mana masjid minta jadi AJK Masjid..(ada class ke si musa nak jadi AJK)...atau yang sudah pasti..akan jadi Pengerusi atau Lembaga Pengarah mana-mana Syarikat Judi...kerana itu saja yang layak bagi seorang Bekas Ketua Polis Negara yang paling banyak membuat FITNAH...Ghani Patail bila lagi...?
Pemantau perjalanan pemilihan PKR Mydemocracy Watch kini menerima aduan berhubung dakwaan terdapat cubaan menjual nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail oleh bakal calon.
"Kita terima aduan terdapat pihak yang menggunakan perkataan bahawa beliau direstui Anwar dan Wan Azizah. Kita tidak mahu perkara ini berlaku," kata Yusmadi Yusoff.
Yusmadi yang juga MP Balik Pulau berkata, aduan itu antara tiga lagi aduan yang diterimanya bagi mempengaruhi keputusan pemilihan PKR di pelbagai peringkat pada November ini.
"Tetapi kita dapat tahu, Anwar sendiri tidak pernah secara rasmi menunjukkan beliau menaja atau merestui sesiapa," katanya kepada Malaysiakini.

Majlis Pimpinan Perak menyokong Naib Presiden yang juga MP Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Dr Mohd Nur Manuty bertanding jawatan Naib Presiden.
MPN Perak juga mengumumkan lapan calon bagi jawatan anggota MPP bagi mewakili negeri itu.Mereka ialah Madhi Hassan (Naib Pengerusi MPN Perak@ Ketua Cabang Bagan Datoh), Zulkify Ibrahim (Ketua Penerangan MPN Perak@Ketua Cabang Tambun), Ismail Yusof (Pengarah JPRN@Ketua Cabang Bukit Gantang), Usaili Alias (Ketua Cabang Parit), YB S Kesavan, (Naib PengerusI MPN Perak dan ADUN Hutan Melintang), YB Tai Sing Ng (Bendahari MPN Perak dan ADUN Kuala Sepetang@Ketua Cabang Batu Gajah), Muzaffar Shah Khairuddin (Exco AMK Pusat SU Cabang Teluk Intan) dan Siti Aisyah Shaik Ismail (Ketua Srikandi Pusat).
Dan sebelum ini, Sdr Mohammad Azman b Marjohan Ketua AMK Tg Malim juga mengumumkan akan bertanding MPP tetapi Lembaga Disiplin Parti telah memecat beliau dan kini sedang menunggu proses rayuan .
Bagi Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak, yang bertanding EXCO AMK Pusat adalah Sdr Emmiza Hasmi (Tim Ketua Cbg Kampar), Sdr Zafril Eussoff (SU AMK Cbg Gopeng) Sdr Yahya Sajari (Ketua AMK Bagan Datoh), Sdr Mohd Yusri b Yaacob (Ketua AMK Lumut), Sdr MA Tinagaran (Pemangku Ketua AMK Ipoh Barat), Sdr Romihadi (Ketua AMK Gopeng), YB Chang Lih Kang(ADUN Teja@ Naib Pengerusi MPN Perak).
Manakala YB Chan Ming Kai(Adun Simpang Pulai@Timbalan Ketua AMK Perak ) serta Sdr Ahmad Akhdhor(Naib Ketua AMK Perak) mengesahkan untuk bertanding Naib Ketua AMK Pusat.
Dan setakat ini YB Abdul Yunus Jamhari, Ketua AMK Negeri Perak yang juga Adun Kuala Kurau yang masih belum membuat sebarang keputusan untuk bertanding mana-mana jawatan di peringkat Pusat.