Pengikut

Jumaat, 3 September 2010

600,000 KE KELANTAN





Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangka lebih 600,000 kenderaan akan memenuhi jalan raya di negeri itu serta bakal menimbulkan masalah kesesakan di jalan utama semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim, berkata anggaran itu berdasarkan jumlah kemasukan kenderaan luar serta jumlah kenderaan yang didaftarkan di Kelantan.

KULIAH SUBUH HARI JUMAAT





Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yang bertudung. Ketika itu wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yang besar kerana sering menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ara Arab padang pasir.

Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi. Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yang bertudung diwaktu itu, akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yang menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dengan wanita yang tidak menutup aurat dan peribadinya sendiri sebelum memakai tudung.



Kalau dahulu dia senang bergaul bebas dengan lelaki, tetapi bila sudah bertudung, pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dengan lelaki pun jarang sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yang ada percampuran bebas lelaki dan perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam, cenderung untuk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka untuk beribadah, akhlak dan tutur katanya menjadi semakin lembut dan lunak.

Suka menolong orang, bibir sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu kesusahan orang lain, sudah benci kepada kemewahan dunia, tahan diuji dan sentiasa mencari-cari peluang untuk mengajak masyarakat wanita yang lainnya agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dengan wanita yang lain, maka orang pandang tinggi kepada wanita yang bertudung, walaupun masih ramai yang tidak suka kepada mereka. Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya di dalam dadanya sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dengan berbagai pertanyaan mengenai apa yang mereka buat.

Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi jawapan yang sesuai dengan nas Al Quran dan hadith untuk menyakinkan orang ramai. Oleh sebab itu orang ramai memandang tinggi kepada mereka.


Di awal 90 an, bilangan orang bertudung semakin ramai. Di mana- mana sahaja kita boleh bersua dengan wanita yang bertudung. Sama ada di kilang-kilang, di sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti dan di politeknik malah beberapa pengacara televisyen dan radio pun sudah memakai tudung.

Tetapi yang menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tangan dengan teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih mukanya daripada calaran alat-alat make up, tetapi kini dengan mudah kita boleh jumpa wanita bertudung berpeleseran dengan teman lelaki di tempat-tempat sedemikian.




Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dengan aliran zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup dan hendak buka. Akhlak dan tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk daripada mereka yang tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung telah tercemar dengan wanita-wanita yang menjadikan tudung sebagai fesyen atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan.



Kalau dahulu bila wanita itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk berasmara, malu untuk ke tempat hiburan dan sebagainya. Tetapi kini tudung sudah tidak mempunyai peranan untuk mencegah manusia dari terjerumus ke dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah wanita- wanita yang bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan pemakaian tudung. Ramai wanita yang memakai tudung pada hari ini kerana terikut-ikut dengan suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu kerana mereka sahaja yang masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka mengambil keputusan untuk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa menyetujuinya. Kini masyarakat telah menerima wanita yang pakai tudung. Ujian sudah tidak besar.

Kadang kala orang lelaki yang hendak berkahwin pun memberi syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung. Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih canti dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang ilmunya, mengapa mesti pakai tudung.


Ada juga yang terpaksa memakai tudung kerana desakan keluarga atau suami. Ada yang mahu menjadikan tudung macam fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai orang yang bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yang bertudung awal-awal dahulu.

Hanya wanita yang berpurdah yang belum kelihatan berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf berpurdah sama dengan wanita yang bertudung dengan wanita yang memakai tudung diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yang dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta faham apa yang mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya. Sesuatu yang di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat tetapi semuanya kosong.


Tiada nilai di sisi Allah. Wanita yang pakai tudung selain daripada keinginan untuk menutup aurat, tidak akan dapat berbohong dengan Allah walaupun di di dunia mereka berjaya membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat.

Tetapi di akhirat nanti, niat sebenat dan apa yang ada di dalam hati mereka akan diselongkar dan di dedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan umat manusia.


Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :

" Ya Rasulullah Dengan apakah mencapai keselamatan kelak ?" Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah." Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?" Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah, tetapi tidak kerana Allah." Di samping tiada niat untuk menutup aurat dengan bertudung akan ditolak oleh Allah, wanita yang berniat untuk menutup aurat dengan tudung tetapi tudungnya berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yang dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat, malah semakin berdosa kalau dengan memakai tudung yang berfesyen itu menyebabkan lelaki jatuh hati.


Dikala itu tudung bukan menjadi alat untuk menutup aurat, tetapi menjadi alat untuk berhias. Wanita begini bukan mendapat pahala dengan menutup aurat tetapi mendapat dosa. Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut masyarakat dan peredaran zaman.

Sementara yang mengamalkan syariat kerena pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di dalam suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat, dia sudah tidak mampu bertahan dan turut hanyut dengan masyarakat di sekitarnya.

Ujian yang sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu dengan apa yang dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yang utama sebagai penyuluh ibadah.


Di samping ada ilmu, amalan yang dilakukan hendaklah diniatkan kerana Allah bukan kerana yang lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam diri kitadan mempunyai kefahaman yang mendalam agar kita tidak mudah tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam apa jua kesusahan.


Nota: Renung-renungkanlah wahai wanita yang berada di luar sana. Jangan memakai tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.


:suhangat

SIAPA CALON PRESIDEN PKR ?





Siapa calon presiden..ni masih jadi tanda tanya..?
adakah Datuk Seri Anwar atau Datuk Seri Wan Azizah..? buat masa ni, semua beri tumpuan pada calon no 2...

BOLEH BAGI PUN..X BANKRAP KE ?






Bersempena perayaan Aidilfitri tahun ini, sebanyak 25 syarikat konsesi lebuh raya telah bersetuju untuk memberikan insentif kepada pengguna termasuk pengecualian dan diskaun kadar tol.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pengecualian dan diskaun kadar tol sehingga 40 peratus itu adalah sebagai tanda penghargaan daripada kerajaan dan syarikat konsesi kepada rakyat.

"Inilah komitmen sosial syarikat konsesi kepada pengguna menjelang Aidilfitri tahun ini dan sebagai penghargaan kepada semua pengguna lebuh raya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya peringkat kementerian di sini pada Khamis.

Pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 di bawah pengurusan kumpulan MTD akan mendapat pengecualian bayaran tol bagi semua kelas kenderaan mulai pukul 9 malam (7 September 2010) hingga pukul 6 pagi (8 September 2010) dan mulai pukul 9 malam (15 September 2010) hingga pukul 6 pagi (16 September 2010).

Antara syarikat konsesi yang memberikan diskaun selain kumpulan MTD adalah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan sebagainya.

Kata Shaziman, antara lain, diskaun diberikan kepada pengguna lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu siang.

"Kita tidak mahu semua pengguna berpusu-pusu balik ke kampung serentak terutama pada waktu puncak, oleh sebab itu kita beri diskaun pada waktu malam," katanya.

Dalam pada itu, Shaziman berkata, beliau telah mengarahkan semua kerja-kerja baik pulih dan penyelengaraan lebuh raya yang sedang berjalan dihentikan buat sementara waktu sejak semalam sehingga 17 September depan bagi melancarkan perjalanan pengguna balik ke kampung.

Katanya lagi, keadaan jalan raya pada masa ini adalah di dalam keadaan baik walaupun kemalangan tetap berlaku terutama pada musim perayaan.

"Ini yang membimbangkan, walaupun keadaan jalan raya dalam keadaan baik kemalangan tetap berlaku terutama pada musim perayaan," katanya.

Sementara itu, ketika dalam ucapan perasmiannya, Shaziman berkata, pelajar sekolah dilihat dapat memainkan peranan sebagai ejen perubahan dalam usaha menyemai kesedaran tentang kepentingan aspek keselamatan di jalan raya.

Beliau berkata, kempen yang berteraskan program pendidikan berterusan itu adalah langkah proaktif khususnya pengisian dalam mengubah sikap pemanduan ke arah lebih selamat dan bertanggungjawab bermula dari peringkat sekolah.

Khamis, 2 September 2010

CERITA BENAR





Najib Tun Razak meminta agar media arus perdana meneruskan laporan berita berdasarkan fakta yang tepat untuk terus kekal mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Beliau berkata media arus perdana kini menghadapi saingan sengit daripada media baru seperti blog dan laman-laman web yang lebih bersifat peribadi dan tidak menyediakan laporan berdasarkan fakta tepat.

Justeru itu, beliau berkata media arus perdana perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaian berita yang baik dan terus tetap mendapat tempat di kalangan masyarakat.

"Kalau kita baca media arus perdana, intuitifnya adalah laporan yang tidak boleh disangkal, daripada segi faktanya ada pendapat, ada kecenderungan tapi asasnya, prinsipnya ialah berdasarkan kepada fakta.

"Oleh itu, saya ingin menggalakkan media arus perdana untuk terus berpegang kepada peranannya sebagai akhbar yang mensajikan laporan berdasarkan fakta yang disulami dengan pendapat yang bernas, ilmiah dan berdasarkan kepada fakta yang sebenarnya," katanya.

MAMPUKAH TAN SRI ISMAIL OMAR ?




Biarpun masih terlalu awal untuk menilai, PAS tetap melahirkan kebimbangan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, Tan Sri Ismail Omar.

Kebimbangan yang maksudkan adalah berhubung kemampuan Ismail membebaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dirinya sendiri dari cengkaman dan penguasaan politik Umno BN.

"Mampukah Tan Sri Ismail Omar membebaskan diri dia dan PDRM dari kongkongan Umno BN?

"Kebimbangan saya, kerajaan Umno BN akan turut memperalat beliau walaupun saya percaya beliau seorang yang sangat punya prinsip dan integriti yang tinggi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perlantikan Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa 13 September ini menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tidak dilanjutkan kontrak.

Menurutnya lagi, realiti yang berlaku pada waktu ini jelas memperlihatkan penguasaan Umno BN ke atas PDRM melalui kuasa menteri dalam negeri.

Biarpun Ketua Polis Negara diganti individu baru, namun katanya cara dan tindakan PDRM tetap akan sama kerana mereka masih di bawah telunjuk pemimpin Umno BN.

"Nama sahaja Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong, tapi hakikatnya dikuasai politik Umno BN," katanya.

Sementara itu, beliau juga secara sinis mempersoal tindakan kerajaan Umno BN yang tidak menyambung kontrak Musa.

Menurutnya, khidmat Musa sewajarnya diteruskan kerana beliau telah banyak berjasa kepada Umno BN sepanjang berkhidmat.

"Sepatutnya, dengan jasa begitu besar melindungi politik Umno BN, Tan Sri Musa Hassan wajar dikekalkan sebagai ketua polis negara seumur hidup," katanya.

Biarpun masih terlalu awal untuk menilai, PAS tetap melahirkan kebimbangan terhadap Ketua Polis Negara (KPN) yang baru, Tan Sri Ismail Omar.

Kebimbangan yang maksudkan adalah berhubung kemampuan Ismail membebaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dirinya sendiri dari cengkaman dan penguasaan politik Umno BN.

"Mampukah Tan Sri Ismail Omar membebaskan diri dia dan PDRM dari kongkongan Umno BN?

"Kebimbangan saya, kerajaan Umno BN akan turut memperalat beliau walaupun saya percaya beliau seorang yang sangat punya prinsip dan integriti yang tinggi," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perlantikan Ismail Omar sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa 13 September ini menggantikan Tan Sri Musa Hassan yang tidak dilanjutkan kontrak.

Menurutnya lagi, realiti yang berlaku pada waktu ini jelas memperlihatkan penguasaan Umno BN ke atas PDRM melalui kuasa menteri dalam negeri.

Biarpun Ketua Polis Negara diganti individu baru, namun katanya cara dan tindakan PDRM tetap akan sama kerana mereka masih di bawah telunjuk pemimpin Umno BN.

"Nama sahaja Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya di bawah Yang di-Pertuan Agong, tapi hakikatnya dikuasai politik Umno BN," katanya.

Sementara itu, beliau juga secara sinis mempersoal tindakan kerajaan Umno BN yang tidak menyambung kontrak Musa.

Menurutnya, khidmat Musa sewajarnya diteruskan kerana beliau telah banyak berjasa kepada Umno BN sepanjang berkhidmat.

"Sepatutnya, dengan jasa begitu besar melindungi politik Umno BN, Tan Sri Musa Hassan wajar dikekalkan sebagai ketua polis negara seumur hidup," katanya.