Pengikut

Sabtu, 4 September 2010

PERAK NEWS: 5 PENJURU DI LUMUT,4 PENJURU DI TG MALIM





Bagi pusingan ke 3 pernamaan calon MATC Pemilihan.

Cabang Lumut: Ketua Cabang- Ust Suwardi, YB Tai Sing Ng, Jamhari,MP Shanmugam serta Fajarudin
Ketua AMK Cabang : Mohd Yusri Yaccob, Khairil Salleh

Cabang Tg Malim:Ketua Cabang- Azman Marjohan, Mejar Kamal, Zakaria serta Hajjah Faridah
Ketua AMK: Kamaruddin Yusop

Cabang Bagan Datoh: Madhi (menanag tanpa bertanding)
Ketua AMK : Yahya Sajari(menang tanpa bertanding)

Cabang Teluk Intan:Ketua Cabang- Hj Mohammad Hashim (menang tanpa bertanding)
Ketua AMK: Kharil Ehsan(menang tanpa bertanding)

Cabang Pasir Salak : tiada maklumat(terlalu dirahsiakan) cabang Hj Mustaffa Kamil

Cabang Gopeng:Ketua Cabang- YB Dr Lee Boon Chye, Anuar Zakaria
Ketua AMK : Mohd Zafril, Tomi

Cabang Tapah: Ketua Cabang- Ridzuan Bani(menang tanpa bertanding)
Ketua AMK : Shahrul Nizam


setakat jam 3.30 petang tadi....


PERAK NEWS: DR LEE BOON CHYE AKAN DICABAR







YB Dr Lee Boon Chye MP Gopeng yang juga Ketua Cabang Gopeng mungkin dicabar pada 4 September ni..beliau mungkin akan dicabar oleh Sdr Anuar Zakaria Timbalan Ketua Cabang yang juga Setiausaha PKR Perak..

Jumaat, 3 September 2010

SHAHRIZAT TOLAK AL QURAN





Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil percaya masalah sosial yang berlaku di kalangan masyarakat sejak akhir-akhir ini boleh diselesaikan dengan bantuan media.

Beliau berkata kerjasama media dalam melaporkan berita mengenai masalah sosial yang berlaku termasuk kes pembuangan bayi diharap akan menyedarkan masyarakat untuk tidak mengulangi perbuatan itu.

"Media juga banyak membantu kementerian mencapai visi dan misinya dengan menyiarkan aktiviti dan usaha kementerian dalam menangani gejala sosial," katanya.

Bukan ke sebagai Menteri yang berAgama Islam, Shahrizat sepatutnya merujuk kepada Al Quran..itu lebih baik, bukan media yang dikuasai umno seperti yang Shahrizat cakap tu untuk menyelesaikan masalah sosial masyarakat,memang Shahrizat tolak Al Quran dan tolak Agama. Dalam kepala hanya ingat dunai je..

PERAK NEWS: BEKAS KETUA CABANG TAPAH MENAWARKAN DIRI KETUA CABANG





Pusingan ke 3 pencalonan cabang di perak...menyaksikan bekas ketua cabang tapah sdr zubir kembali menawarkan diri..beliau memilih seorang peguam sdr mahdie sebagai timbalan manakala bekas calon parlimen tapah yang juga naib ketua amk pusat, tan seng toh mencalonkan diri sebagai naib ketua cabang..bagi sdr ridzuan bani pemangku ketua cabang,berganding dengan dato dr yap yang juga bekas ahli parlimen lumut(bekas mca) serta sdr tan kah heng sebagai naib ketua cabang..

PEMECATAN KETUA AMK TG MALIM TIDAK SAH?





Kabarnye..HQ PKR dah memaklumkan bahawa..Azman Marjohan yang dipecat sebelum ini dibenarkan untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Cabang atau Pusat kerana kes beliau masih dalam rayuan..

BEKAS PECACAI UMNO SELANGOR BUNYI LAGIIIII !






Khir Toyo menyarankan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari mengadakan kursus agama terlebih dahulu kepada semua ahli DAP dan PKR sebelum menyatakan kesediaan untuk memberi kursus kepada pemimpin UMNO.

Menurutnya, kursus tersebut patut diberikan kepada individu bukan Islam agar lebih jelas tentang tatasusila orang Islam.

“Saya menyarankan Yaakob Sapari menubuhkan biro dakwah untuk DAP dan itu merupakan tindakan paling afdal berbanding kursus percuma yang tidak memberi apa-apa kepentingan.

“Kursus tersebut tidak diperlukan UMNO kerana kita tahu jaga diri sendiri dan mempunyai kefahaman tentang agama, tidak perlulah Yaakob menawarkan diri sedemikian,” katanya ketika semalam.

Menurutnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri tidak pernah menyerahkan sebarang anugerah atau merasmikan majlis di dalam ruangan masjid dan ia hanya berlangsung di luar masjid.

Katanya, pendirian baginda wajib dicontohi dan kerana baginda sendiri menghormati masjid sebagai pusat ibadat.

“Siapa dia untuk memberikan kursus kepada pemimpin UMNO? Dia harus sedar dia bukanlah Exco Agama,” katanya.

Sementara itu ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus, mengecam tindakan PR dalam penggunaan masjid secara sesuka hati mereka.

Menurutnya, PR menggunakan surau dan masjid dengan begitu rakus seolah-olah rumah mereka sendiri tanpa memikirkan rumah ibadat itu adalah ‘rumah Tuhan’.

Katanya, sebelum menawarkan diri untuk mengadakan kursus untuk UMNO, beliau harus menjelaskan terlebih dahulu kepada pengikutnya tentang hukum-hakam wanita memasuki ruang masjid apatah lagi orang bukan Islam.

“Jelaskan halal dan haram kepada mereka yang tidak tahu sebelum membuat penawaran yang tidak sepatutnya,” katanya.

PERAK NEWS: PEMBACI BELUM TERIMA BAYARAN?






Seramai 50 pembanci yang bertugas secara kontrak di kawasan Manjoi, Jelapang dan Taman Meru mendakwa belum menerima bayaran gaji sejak memulakan tugas dari 28 Jun hingga 22 Ogos lalu.

Nazirah Mohamad Sham, 23, mendakwa, dia dan rakan sepatutnya menerima bayaran setiap 5 hari bulan sebagaimana dijanjikan dengan kadar RM35.73 sehari termasuk Elaun Sara Hidup (Cola) dan perkhidmatan.

“Ketika menerima tawaran bekerja sebagai pembanci secara sambilan ini, kami hanya diberikan Dokumen 37 Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 yang mencatatkan jumlah gaji harian serta elaun yang patut dibayar.

“Bagaimanapun, tarikh bila bayaran gaji akan dibuat tidak dicatatkan dalam dokumen itu, sebaliknya pihak berkenaan hanya memberikan janji lisan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Nazirah berkata, dia dan rakan yang bekerja sebagai pembanci sudah bertemu dengan Penghulu, Penyelia dan Penolong Pesuruhjaya Banci Kinta pada 11 Ogos lalu untuk menyatakan masalah pembayaran gaji.

“Dalam perjumpaan itu, kami dijanjikan bahawa empat atau lima hari lagi kami akan menerima gaji, tetapi sehingga kini hanya tinggal janji.

“Sebelum ini, kami pernah berjumpa dengan wakil Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Perak (JANM) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), mereka mendakwa tidak menerima sebarang baucer pembayaran gaji untuk dibayar kepada pembanci,” katanya.

Seorang lagi pembanci, Mohd Faizal Abu Basah, 39, berkata, dia menghubungi rakannya di Terengganu, Pulau Pinang dan Selangor berhubung pembayaran gaji.

“Mereka memaklumkan sudah menerima bayaran masing-masing. Macam mana kami di sini belum menerima satu sen pun,” katanya.

Mohd Faizal berkata, kebanyakan pembanci hanya berharap dengan wang gaji itu memandangkan mereka yang memikul tugas itu adalah pelajar lepasan sekolah dan menganggur.

Dia berharap Jabatan Perangkaan Negeri dapat menyelesaikan masalah itu sebelum sambutan Aidilfitri.