Pengikut

Isnin, 6 September 2010

SAYA BUKAN PENYOKONG AZMIN- YB SIVARASA





Sokongan terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali untuk bertanding jawatan nombor dua parti dalam pemilihan parti itu mungkin tidak sekuat yang disangkakan.

Malah, seorang lagi Naib Presiden R Sivarasa
mendakwa tidak tahu menahu bahawa sidang media hari ini dianjurkan bagi mengumumkan sokongan pada Azmin. Wakil rakyat Subang itu juga tidak tahu namanya dalam senarai 18 daripada 24 MP PKR dan dua senator yang dikatakan menyokong Azmin, walaupun beliau setakat ini belum menyatakan sokongannya.

"Saya tidak sedar berada dalam senarai itu. Saya rasa tidak sesuai mengumumkannya sekarang. Ia masih terlalu awal," katanya.

Manakala seorang lagi ahli parlimen yang hadir dalam sidang media itu memberitahu
Malaysiakini, beliau rasa 'tertipu' memberikan sokongannya kerana ia dipercayai "cara melawan Zaid Ibrahim"

Beliau yang enggan namanya didedahkan mendakwa, beliau hanya dimaklumkan sebelum ini bahawa sidang itu sebenarnya untuk tujuan lain."Saya tidak tahu ia tentang apa.

Saya terima SMS daripada MP lain. Saya terkejut kerana perkara ini tidak dibincangkan dahulu," jelasnya. Mengesahkan perkara ini, MP Batu Tian Chua berkata acara itu hanya untuk menunjukkan sokongan untuk pihak yang mahu bersaing merebut jawatan kanan dalam parti.

"Saya sokong MB berkenaan patut diberikan jawatan lebih penting dalam parti, tetapi lebih elok sekiranya proses ia ditentukan melalui proses yang demokratik," katanya.

PERAK NEWS: CABANG TUMPUAN : CABANG LENGGONG





Oleh: Ahmadzawawi



Semua Parti-Parti Politik dalam negara sedang memberikan tumpuan khusus tentang apa yang sedang berlaku didalam Parti Keadilan Rakyat. Parti PKR sedang melakar sejarah dengan menolak sama sekali cara-cara pemilihan para pemimpin melalui Perwakilan “proxy”.

Mulai Pemilihan 2010/2013 ini setiap ahli berhak mengundi semua jawatan di- kesemua peringkat yang terdiri daripada Wanita Cabang, AMK Cabang, Peringkat Cabang, Wanita dan AMK Pusat seterusnya diperingkat Majlis Pimpinan Pusat. Sesuatu yang UMNO sendiripun belum berani melaksanakannya.


Sebaik sahaja proses Penamaan Calun tamat semalam sebanyak 24 Cabang diNegeri Perak telah menerima pencalunan sebagai Ketua Cabang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 13 Calun Ketua Cabang telah menang tanpa bertanding. Dilihat secara luaran mereka yang menang tanpa bertanding ini adalah orang-orang yang popular dan sukar dicabar.

Sebaliknya jika dianalisa secara mendalam besar kemungkinan Cabang-Cabang tersebut tidak memiliki ahli-ahli yang berkualiti. Ada dua sebab mengapa ianya terjadi begitu.

Yang pertama tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh mahu membimbing pemimpin pelapis dan yang kedua tidak meletakkan priority untuk menarik orang-orang muda menyertai Parti. Jika perkara ini diusahakan bersungguh-sungguh sudah pasti lebih ramai para intelek mahu menyertai Parti PKR dan secara tidak langsung kedudukan Ketua-Ketua sedia ada akan terjejas teruk.


Bagi Cabang-Cabang yang berdepan dengan pertandingan dua, tiga, empat dan lima penjuru pula memang ada terlihat interesting.

Saya suka mengambil kesempatan disini mengucap syabas kepada Tuan Haji Hamzah yang mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang Lenggong. Sesungguhnya beliau berpandangan jauh demi survival parti.

Tuan Haji Hamzah memiliki pengalaman yang luas dalam bidang politik. Saya selaku Naib Ketua dibawah pimpinannya dapat menimba banyak ilmu daripada beliau disamping beliau memberikan pendedahan mentadbir Parti kepada saya diperingkat tinggi mewakili beliau. Jasa beliau akan tetap saya kenang hingga abadi.

Saya sebenarnya mengharapkan Sdra Mohd Yunus Hashim tidak ditentang di Lenggong. Oleh sebab kita mengamalkan demokrasi setiap ahli berhak menerima pencalunan.


Yang menggusarkan saya orang yang menawarkan diri menentang Sdra Mohd Yunus merupakan ahli yang berumur jauh lebih tua lagi daripada Tuan Haji Hamzah. Oleh yang demikian saya tidak nampak ada apa-apa perubahan yang mampu beliau lakukan diera ledakan maklumat dan dizaman serba canggih ini selain daripada mahu mengejar glamour sahaja.

Terdengar oleh saya pertandingan yang paling sengit di Perak ini ialah diPasir Salak. Saya tidak bersetuju. Walaupun Haji Osman akan berdepan dengan seorang berjawatan tinggi (Naib Presiden) beliaupun tidak kurang apa-apa. Jangan kita lupa beliau ialah pengasas diPasir Salak. Hebat tara manapun Cabang itu kini ianya bermula daripada usaha gigih beliau.

Semasa saya Timbalan Ketua Bahagian Padang Rengas saya sering juga mewakili Bahagian hadir dalam mesyuarat negeri. Cara beliau mengendalikan mesyuarat cukup teratur dan setiap pandangan daripada ahli mesyuarat beliau beri perhatian serious. Yang betul-betul sengit saya lihat hanyalah diLumut.


Akhir sekali saya berpandangan Parti PKR akan berdepan masaalah dengan Parti PAS dalam pengagihan kerusi dalam PRU ke 13 nanti. Satu perkara yang menguatkan hujah saya ini ialah dalam aspek menambah keahlian. Parti PKR mencari ahli secara bermusim manakala Parti PAS tidak kira masa, hari-hari pagi petang siang malam.

Kepada sesiapa (ahli) yang berkesempatan membaca tulisan ini buatlah keputusan yang benar-benar boleh memenangkan Parti. Bagi diri saya walaupun tidak menawarkan diri untuk bertanding sebarang jawatan jiwa dan kudrat saya tetap kental dengan Keadilan.

ADAKAH INI MELANGGAR ETIKA PEMILIHAN?





Daripada 24 ahli parlimen, 18 menyatakan sokongan kepada YB Azmin Ali sebagai Calon Timbalan Presiden.

Antara MP yang hadir Zuraida Kamaruddin (Ampang), Johari Abdul (Sungai Petani), S Manikavasagam (Kapar), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya) dan Amran Abdul Gani (Tanah Merah).

Manakala 12 lagi Abdullah Sani (Kuala Langat), Fuziah Salleh (Kuantan), Azan Ismail (Indera Mahkota), Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), Rashid Din (Merbok), Tian Chua (Batu), William Leong (Selayang), R Sivarasa (Subang) dan Ahmad Kasim (Kuala Kedah).


Manakala 2 senator itu Mustafa Kamal
daripada Pulau Pinang dan Zamri Yusof daripada Kedah. Seorang lagi senator PKR Syed Husin Ali yang kini penyandang jawatan Timbalan Presiden.

Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).

PERAK NEWS: CABANG TUMPUAN: CABANG KAMPAR





Apabila YB Chan Ming Kai ADUN Simpang Pulai, mengambil keputusan untuk mencuba nasib bertanding sebagai Ketua Cabang Kampar ianya merupakan satu tentangan yang hebat terhadap Ketua Cabang sekarang Hj Shaarani.

Hj Shaarani orang lama dalam PKR Perak, beliau merupakan bekas Bendahari Pemuda Keadilan waktu itu bersama dengan Hanafiah Man serta Hamdan Taha.


Tidak dinafikan Hj Shaarani masih mempunyai penyokong dan mendapat sokongan yang kuat dikalangan ahli-ahli di Kampar. Refomis awal.

Apabila ditanya kepada YB Chan Ming Kai mengapa menawarkan diri..? mudah saja jawapan beliau..ingin bekerja bagi memenangkan calon DUN Tualang Sekah bagi PRU akan datang , tidak kira siapa calonnya..yang pasti DUN Tualang Sekah harus jadi milik PKR pada PRU akan datang.

Ada dikalangan teman-teman yang berpendapat, Hj Shaarani sepatutnya memberi laluan kepada Sdr Emmiza, Timbalan Ketua Cabang Kampar. Lagi pun Hj Shaarani telah terlalu lama memegang tugas sebagai Ketua Cabang. Sudah sampai masanya untuk beliau mengundurkan diri sebagai Ketua Cabang.

Sekiranya Hj Shaarani kurang selesa dengan kehadiran YB Ming Kai di Cabang Kampar mengapa tidak meletakan Sdr Emmiza sebagai calon Ketua Cabang? hanya Hj Shaarani saja yang ada jawapannya.

Apa pun semuanya telah berlalu. Dan difahamkan Sdr Emmiza hanya bertanding sebagai AJK Cabang Kampar. Itu saja yang beliau mampu lakukan kerana tidak mendapat restu daripada Hj Shaarani untuk bertanding jawatan yang lebih tinggi.

Kini Timbalan Cabang Kampar sudah pasti menjadi milik Sdr Baldip Singh seorang peguam muda yang hadir menjadi ahli selepas kemenangan PRU yang lalu. Beliau tidak dicabar untuk jawatan itu, kerana Sdr Emmiza tidak mempertahankan jawatan tersebut.


Ahad, 5 September 2010

PERAK NEWS: 3 TAHUN SEWA RUMAH DIJADIKAN SURAU? BENARKAH ZAMBRY PEDULIKAN AGAMANYA





Sudah tiga tahun penghuni di Taman Klebang Prima, Chemor merintih sedih apabila mengenangkan surau sementara yang sempit dan tidak cukup selesa dijadikan surau berjamaah.

Surau sementara iaitu Surau Al Makruf menggunakan rumah sewa yang kecil dengan kadar sewa RM200 sebulan dan disambungkan dengan kanopi dan dibalut dengan plastik, itulah keadaan surau sementara di sini.

Di sini mereka bertarawih dan mendengar tazkirah Ramadhan dengan bersesak sesak dan suasana tidak selesa ini terpaksa dihadapi jemaah di surau senentara ini sudah tiga tahun.


(gambar sebahagian ruang luar surau sementara.)

"Penduduk di sini dianggarkan 2,500, 90 peratus Melayu Islam, tetapi beginilah surau sementara ini, jemaah ini merasa tidak cukup selesa dengan surau yang sempit, mereka mahu sebuah sebuah bangunan

"Penduduk di sini memerlukan sebuah surau yang baru yang boleh menampung jemaaah mendirikan solat terutama di bulan ramadhan," ujar pengerusi surau sementara, Surau Al-Makruf, Mohamad Ayob Saad.

Menurut beliau lakasi tapak pembinaan surau baru telahpun dikenalpasti iaitu di lot PT 199628 di Taman Medan Klebang Pima, Chemor dengan keluasan 1364 meter persegi dan anggaran pembinaan surau itu kira kira RM300,000.

"Adun Manjoi, Datuk Nazri Ismail sendiri telah melawat tapak surau baru tersebut pada 11 November 2009 dan beliau sendiri dalam suratnya kepada Pengarah Pembangunan Negeri bertarikhn 28 Disember 2009 menyokong penuh permohonan untuk membina surau di sini," jelasnya.

Menurut timbalan pengerusi surau tersebut, Mohd Ahmad Fuad Zakaria, Ahli Parlimen Tambun yang juga Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Husni Hanazlah, ketika merasmikan mesyuarat Umno cawangan Klebang Prima menyebut peruntukan RM250,000 untuk pembinaan surau di sini.

Apa yang menyedihkan penduduk di sini khasnya jemaah surau, kata Mohamad Ayob bila menerima surat daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Perak yang memaklumkan permohonan bagi membina surau baru di Taman Medan Klebang Prima tidak dapat dipertimbangkan kerana peruntukan yang disediakan bagi projek tersebut pada tahun 2010 adalah terhad, tumpuan hanya diberi kepada projek projek yang mendesak sahaja.

"Sedih hati kami di sini bila peruntukan pembinaan surau baru tidak dapat dipertimbangkan sedangkan kami mendapat maklumat terdapat beberapa surau yang sedia ada di sekitar ini mendapat bantuan peruntukan tetapi kami di sini tiada ada surau, cuma surau senentara sahaja kenapa surau ini tidak diberikan peruntukan untuk membina surau baru.

"Apakah permohonan kami untuk membina surau baru tidak mendesak sedangkan surau yang sudah sedia itu itu lebih mendesak untuk diberikan bantuan, sedangkan surau inilah yang kian tersedsak kerana sudah tiga tahun berjamaah di sini menunaikan solat di surau sementara yang cukup tidak selesa," ujarnya.

Menurut Mohamad Ayob ada `tangan-tangan ghaib' yang menghalang peruntukan itu diberikan kerana permohonan pembinaan surau itu dikatakan tidak melalui Umno cawangan di sini.

Sehubungan itu, beliau berharap para dermawan dan mereka yang bersimpati dapat menghulurkan sumbangan bagi membolehkan surau baru di kawasan itu dapat dibina dan menjadi kenyataan.

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akuan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) , nombor akuan 08013010075546 atas nama Surau Al-Makruf Medan Klebang Prima.

KENYATAAN AKHBAR TIM KETUA CABANG KAMPAR: EMMIZA HASMI B ZUL

KENYATAA AKHBAR

SDR EMMIZA HASMI B ZUL

TIMBALAN KETUA CABANG PKR KAMPAR


ISU MENDESAK SOKONGAN KEPADA HJ MUSTAFFA KAMIL AYUB

SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN


Kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli-ahli Majlis Pimpinan PKR Perak selepas mesyuarat MPN terakhir pada 31hb Ogos 2010 yang mendesak supaya semua cabang-cabang memberi sokongan kepada Hj Mustaffa Kamil Ayub adalah satu kenyataan yang dianggap melanggar peraturan parti dimana menghalang cabang-cabang supaya mecalonkan calon lain bagi jawatan Timbalan Presiden Parti. Ini bukanlah budaya politik yang boleh di terima di dalam PKR.


Lagi pun sekiranya seseorang itu berwibawa tidak perlu ada desakan untuk meraih sokongan. Ianya secara total akan mendapat sokongan secara ikhlas dari semua pihak.


Pertandingan perkara biasa dalam mana-mana parti politik. Hendaknya begitu jugalah dalam PKR. Pertandingan akan menggambarkan sejauh mana kesuburan demokrasi dalam parti berkenaan. Perubahan kaedah pemilihan yang memberi peluang kepada akar umbi memilih dilihat usaha PKR untuk mengembalikan demokrasi dan memberi peluang kepada seluruh ahli membuat pemilihan


Ini kena dipastikan betul-betul. Seluruh calon dan kumpulan yang hendak meletakkan calon biarlah berjiwa besar. Bertanding perkara biasa dan bukan penyelesaian kepada satu kesudahan. Pertandingan untuk menawarkan diri sebagai pemimpin. Kalau kita tertakdir dipilih, terima dengan penuh jujur dan ikhlas. Kalau tidak, juga kena redha. Ingatlah jawatan bukan untuk dimegahi tetapi amanah rakyat untuk dilaksanakan tanggungjawab.


Harapan saya adalah, sekiranya pemimpin itu benar-benar ingin menawarkan diri, biarlah sanggup turun ke akar umbi untuk memberi penjelasan mengapa dan kenapa mahu bertanding, bukannya cara menyekat dengan menggunakan kuasa yang ada.


Kesimpulannya, oleh kerana jawatan yang dipertandingan adalah jawatan Timbalan Presiden maka adalah amat wajar sekiranya jawatan ini dipilih secara syura tanpa melibatkan proses pertandingan untuk mengelakkan perpecahan dan permusuhan sebagai mana yang telah diajar kepada kita pada zaman Khilafah Ar-Rasidin.


Wasalam


EMMIZA HASMI B ZUL

TIMBALAN KETUA CABANG

PARTI KEADILAN RAKYAT

CABANG KAMPAR

PERAK NEWS: CABANG TUMPUAN: PASIR SALAK




Paling menarik ialah Pasir Salak dimana Mustaffa Kamil Ayub ditentang oleh Hj. Osman Abdul Rahman. Hj. Osman menyerahkan borang pencalonan pada pukul 3.45 petang, lima belas minit sebelum waktu pencalonan ditutup.

Ini merupakan perkembangan menarik kerana Hj. Osman dilihat sebgai orang Azmin, dan merupakan bekas Ketua Cabang Pasir Salak sebelum Mustaffa Kamil. Kembalinya Hj. Osman ke Pasir Salak akan menyulitkan lagi Mustaffa Kamil Ayub.

Apakah Hj. Osman mampu mengalahkan Mustaffa Kamil Ayub?(ureka.asia.com)

Apakah Hj Mustaffa akan mengalahkan boss lama beliau di Pasir Salak..?

Hj Osman adalah Ketua Cabang Pasir Salak, manakala Hj Mustaffa hanya Pemangku Ketua Cabang Pasir Salak. Jadi sini, Hj Osman akan memepertahankan jawatan tersebut dan Hj Mus adalah pencabar sebenarnya.

Haji Osman merupakan mantan Pengerusi PKR Perak sebelum diambil alih Hj Mus..yang menariknya i..Hj Osman daripada Cabang Pasir Salak dan Hj Mus juga dari Cabang yang sama.Mantan Pengerusi dari Pasir Salak..Pengerusi PKR Perak juga dari Pasir Salak.

Mengapa Hj Osman mahu bertanding kali ini..? ini satu persoalan yang cukup susah untuk dijawab..? hanya Hj Osman saja yang tahu tapi Allah itu lebih Mengetahui.

Hj Mus sudah mengumumkan akan bertanding Timbalan Presiden. Ini Bukan satu tugas yang ringan bagi Hj Mus..Hj Mus perlu menang di Pasir Salak.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Perak akan bagi sokongan padu kepada beliau, tambahan pula arahan telah dikeluarkan selepas Mesyuarat MPN yang terakhir.....

"Sidang akhbar MPN Perak pada 31hb.ogos 2010.Mesyuarat MPN yang bersidang pada hari ini bersetuju sabulat suara mendesak Pengerusi MPN Perak Tuan Hj.Mustafa Kamil Ayub bertanding sebagai TIMBALAN PRESIDEN Parti Keadilan dan kesemua cabang di negeri Perak akan mencalunkan beliau jawatan tersebut dalam MATC cabang yang akan datang..." (dari FB)

"PKR Perak hancur berkecai sabelum ini.Beliau didatangkan oleh pusat untuk memulihkan keadaan.Memang berat mata memandang tetapi berat lagi bahu memikul...Kini sudah mula bangun dengan perpaduan yang kukuh disamping pembersihan dalaman terus dilaksanakan.Kini Perak sudah mula bergerak laju walaupun kita tau masih ada musang yang berbulu ayam dalam parti..."(komen daripada arahan tersebut)

Cuma apabila menyebut tentangan musang berbulu ayam, tak boleh kita nafikan memang ianya ada..! parti mana pun ada..jadi apa yang kita nak herankan..

Memang..Hj Mus memang ada pengikut, hampir 24 Ketua Cabang yang ada di Perak ni menyokong Hj Mus sebagai Pengerusi PKR Perak. Kalau tidak masakan Ketua UMUM sudi melantik Hj Mus sebagai Pengerusi Negeri. Jadi siapa yang dimaksudkan dengan MUSANG BERBULU AYAM..?

Apabila Hj Osman membuat keputusan untuk mempertahankan jawatan, ini satu tamparan hebat kepada Hj Mus. Demokrasi..sapa pun boleh bertanding..asalkan dia ahli parti.

Benarkah ada desakan disaat-saat akhir minta Hj Osman bertanding..? Jika benar mengapa..?

Tapi apa pun biarlah pertandingan di Pasir Salak akan jadi satu pertandingan yang cukup sihat. Kerana disana ada pengaruh dan kekuatan masing-masing.

Pedulikan soal MUSANG BERBULU AYAM..kerana ia akan menjahanamkan parti..merapatkan saf lebih penting daripada melayan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti itu.