Pengikut

Isnin, 4 Oktober 2010

PERAK NEWS: DIA YANG KECEWA..?

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham kecewa dan kesal dengan tindakan Timbalan Pengerusi DAP Perak, M.Kulasegaran kerana menghebahkan tentang isu dalam dan pergolakan dalaman parti berkenaan kepada pihak media.

Koo Ham yang baru sahaja dimaklumkan berhubung desas-desus perletakan Kulasegaran itu ternyata terkejut dengan hasrat Kulasegaran yang didakwa tidak mematuhi disiplin Parti agar mendapatkan kebenaran yang sah daripada Jawatankuasa Negeri sebelum bertindak memaklumkan kepada pihak akhbar.


“Saya kesal kerana M.Kulasegaran menyatakan hasrat beliau meletak jawatan menerusi Twitter tanpa sebarang notis sah daripada Jawatankuasa Negeri.


“Keadaan ini memberikan pandangan yang buruk terhadap DAP. Saya berharap agar semua ahli mematuhi disiplin Parti dengan mengunakan saluran yang betul dalam menyampaikan segala isu dan pendapat.”


Terdahulu, Kulasegaran dilaporkan ‘merajuk’ dengan kewujudan dua kumpulan dalam DAP Perak iaitu di antara Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming (Ngeh – Nga) serta beliau sendiri dan Thomas Su (Kula- Thomas).


Memetik sumber sebagai berkata, Ngeh-Nga telah menubuhkan 90 cawangan sebagai persiapan pada Konvensyen DAP Negeri, 21 November ini bagi memilih pimpinan tertinggi negeri dalam usaha menewaskan Kulasegaran.


Pergolakan itu dilihat berlarutan sejak tahun 2008 iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 meskipun beberapa mesyuarat dan rundingan diadakan di peringkat Jawatankuasa Tertinggi Pusat, namun gagal mencapai kata sepakat.

SHAMSUL ISKANDAR TUNGGU "WAHYU"DARI SEGAMBUT?

Setelah berakhir pemilihan semalam Shamsul Iskandar(SAM) dapat 45 percalonan untuk jawatan Naib Presiden,dan sehingga hari ni beliau masih belum menjelaskan sama ada akan kekal untuk bertanding Ketua AMK atau Naib Presiden.


Atau Sam masih menunggu "wahyu"dari Segambut..?

Datuk Zaid pun dah layak untuk bertanding Presiden dengan 3 pencalonan. Tapi rasanya dihujung semuanya akan jadi begini:

Presiden: Datuk Seri Dr Wan Azizah
Timbalan Presiden: Datuk Zaid Ibrahim
Ketua AMK: Rafizi Ramli
Tim Ketua AMK: Khairul Anuar@Jonah
Ketua Wanita: YB Zuraidah
Tim Ketua Wanita: Yb Rodziah




Sabtu, 2 Oktober 2010

YB NGEH n YB NGAH PEROSAK KEPADA PAKATAN RAKYAT PERAK?

Pergeseran dalam barisan kepimpinan DAP Perak telah mencetuskan khabar angin yang Timbalan Pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran akan meletak jawatannya di negeri itu.

Dalam Twitternya, ahli parlimen Ipoh Barat dan timbalan pengerusi DAP kebangsan itu, menegaskan bahawa beliau akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan Perak hari ini.
Tulisannya dalam bahasa Inggeris itu bermaksud: "Baru saja tamat mesyuarat kepimpinan DAP di Ipoh. Hari yang sedih kerana saya akan mengumumkan "apa yang kurang" dalam kepimpinan DAP Perak kepimpinan hari ini".seterusnya di sini

Masalah dalaman DAP Perak bukanlah cerita baru. Apa yang terjadi pada MP Batu Gajah YB Foong sekarang ini, senyap sunyi sepi kerana masalah yang berlaku dalam DAP..dipercayai masalah ini memang ada kaitannya dengan YB Ngeh dan YB Ngah..(Ngeh Ngah). Mereka berdua ni dikatakan "kuku besi" dalam DAP Perak.

Cerita bagaimana ADUN Jelapang di"downgred"kan oleh kedua-dua orang kuat DAP ini ramai yang tahu. Itu sebahagian daripada mengapa Adun Jelapang melompat." Layak ke kamu jadi EXCO kerana kamu OKU..? itu antara skrip yang diceritakan...entah benar atau tidak.

Adun Malim Nawar, tinggalkan DAP memang kerana duit, tapi tak boleh dinafikan ada masalah yang sama, masalah Ngeh Ngah.

Kini MP Ipoh Barat Kula pula menyuarakan hasrat hati untuk tinggalkan DAP..antara masalahnya dah tentu bersabit dengan Ngeh Ngah..

Melompatnya Jamal dan Osman dikatakan ada kaitan dengan Ngeh Ngah disambil hal-hal peribadi mereka berdua.Dalam Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri ketika PR memerintah dulu, Jamal dikatakan tidak berpuas hati atas beberapa tindakan yang dilakukan Ngeh Ngah.

Pakatan Rakyat Perak jangan memandang isu ini sebagai isu dalaman DAP semata-mata, tetapi harus melihat dalam sudut yang lebih besar, kerana isu juga melibatkan hubungan sesama parti dalam Pakatan Rakyat. Apakah cukup sekadar PR memerintah Perak selama 11 bulan saja. Tidak bercita-cita untuk merampas kembali..?cukup sekadar itu...

Jumaat, 1 Oktober 2010

MACAM MANA NI..? KU LI BELUM KATA YA !

"Rakan, rakan, saya tidak berkata ya ataupun tidak. Saya akan menjelaskan berhubung Galas apabila saya pulang ke Malaysia,” tulisnya pada jam 6.35 waktu tempatan.

Bagaimanapun, gambaran semakin jelas, apabila seorang daripada pengikutnya mengemukakan soalan di Twitter kepadanya: "Harap maaf Tengku, tetapi kenapa TPM asyik berkata bahawa anda telah persetujui? Bukan sekali tetapi hampir setiap hari.”


Menjawab soalan itu, Razaleigh menyerahkan perkara berkenaan kepada Muhyiddin dengan berkata beliau belum memberi sebarang persetujuan berhubung jawatan berkenaan.
"Itu, kita kena tanya beliau. Saya setakat ini belum membuat sebarang kenyataan,” jawab Razaleigh.bacalah sendiri

PERAK NEWS: MAP LAWAN AZMIN, LAWAN ZAID.

Pengerusi PKR Perak Hj Mustafa Kamil Ayub tetap 'berkeras' bertanding jawatan nombor dua dalam parti itu walaupun agak ketinggalan menerima pencalonan daripada cabang berbanding pesaingnya Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Mustafa mengambil keputusan itu, antaranya supaya dapat terus menyumbang ke peringkat yang lebih tinggi dalam PKR.

Pengumuman rasminya berhubung perkara itu dibuat dalam satu sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sebelum ini, beliau mengatakan ada serangan hebat yang membawa kepada kekalahan di peringkat cabang minggu lalu tapi ia tidak menjejaskan pertimbangan dalam menentukan sama ada menerima pencalonan bertanding jawatan timbalan presiden, kata beliau.Beliau juga dicalonkan untuk mengekalkan kerusi Naib Presiden.

Mustaffa, antara tujuh pemimpin yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu kali ini, gagal dalam persaingan jawatan ketua cabang Pasir Salak, Perak pada 25 September lalu.

Pengerusi PKR Perak itu ditewaskan oleh bekas Ketua Cabang  dengan perbezaan 17 undi.
Dalam saingan satu lawan satu Mustafa mendapat 94 undi manakala Osman pula menerima 111 undi.

Mustaffa memangku jawatan ketua cabang itu selepas Osman berundur sementara atas sebab peribadi tiga tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mustaffa berkata, beliau sebenarnya telah berhadapan dengan “serangan yang cukup hebat” daripada luar parti sehingga membawa kepada kekalahan.

“Penyokong-penyokong saya mengatakan bahawa mereka hendak membuat bantahan... itu adalah proses biasa, dan saya izinkan.

“Namun, saya dapat melihat adanya serangan yang cukup hebat daripada musuh politik Keadilan,” kata beliau sambil menerangkan, musuh politik itu datang dari luar parti.

Katanya, selaku pengerusi PKR Perak ada usaha tersusun mahu menjatuhkannya di peringkat negeri itu sebelum pemilihan pusat kelak.

Mustaffa berkata, mengambil kira senario yang berbeza di Perak, Umno-BN yang didakwanya berada dalam ketakutan dan menyusun strategi untuk melakukan serangan bagi memastikan kekalahan di peringkat cabang.

Pakatan Rakyat yang memenangi Perak dalam pilihan raya umum Mac 2008 kehilangan negeri itu di tangan BN selepas dua wakil rakyat PKR dan seorang dari DAP melompat parti awal 2009.

Mustaffa dilantik ketuai PKR Perak kemudian.

“Saya melihat ini satu cabaran,” kata beliau sambil tidak menolak ada juga serangan dari dalam parti.

“Tetapi saya melihat serangan adalah lebih besar dari luar parti,” kata beliau.

PERAK NEWS:INI BUKAN CUBAAN TAPI BETOI-BETOI

Dakwaan mengaitkan seorang ADUN Negeri akan menyertai PPP adalah benar sebagaimana dinyatakan oleh Ketua Pemuda PPP, Mustafar Rahadi.

Naib Pengerusi 1, Ong Chee Keng berkata, faktor yang menyebabkan ADUN berkenaan tertarik menyertai PPP adalah berlandaskan konsep perjuangan parti berbilang kaum.

Menurutnya, keunikan dan kekuatan kepimpinan pelbagai kaum inilah yang menjadi penyebab utama ADUN berkenaan bertindak sedemikian dalam masa terdekat ini.

“ADUN tersebut turut menyatakan kekecewaan terhadap parti yang beliau naungi sekarang sebagai bersifat berat sebelah dan tidak adil dalam kepimpinan semua peringkat, baik cawangan, bahagian mahupun negeri.

“Apa yang pasti ADUN berkenaan merupakan orang kuat sebuah parti berkenaan tapi kecewa dengan cara pimpinan tertinggi negeri bersifat mementingkan kroni mereka,” katanya.

Chee Keng berkata, ADUN berkenaan sudah menyatakan kesediaannya untuk bersama-sama PPP serta BN membantu rakyat yang masih ramai tertindas di negeri ini.

Katanya, beliau akan bekerja kuat bagi memastikan Pilihan Raya Umum ke-13 nanti menjadi hak mutlak BN bukannya Pakatan Rakyat (PR).

“Saya bersama kepimpinan peringkat negeri cukup yakin dengan penyertaan ADUN tersebut dapat membantu memantapkan lagi PPP.

“Sebelum ini, masyarakat kurang mengenali PPP, kalau ada pun ramai yang anggap parti berkenaan hanya parti kaum India sahaja,” katanya.

Beliau berkata, dengan berlandaskan konsep 1 Malaysia, kepimpinan semua peringkat diatur daripada pelbagai kaum bagi memastikan konsep ini betul-betul diterjemahkan.

“Sebab itulah, saya cukup yakin ADUN ini mampu memberi sumbangan serta komitmen untuk membantu PPP dan BN,” katanya.

KULI CALON BN DUN GALAS

Pemuda Umno Bahagian Gua Musang menyokong cadangan supaya ahli parlimennya, Tengku Razaleigh Hamzah diletakkan sebagai calon BN dalam PRK DUN Galas.

Ketuanya, Bazlan Baharuddin berkata, pemilihan Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, amat sesuai kerana beliau mempunyai penyokong yang ramai di kawasan tersebut.sini