Pengikut

Rabu, 6 Oktober 2010

TS KHALID MAHU MEREMAJAKAN REFORMASI

“Saya akan bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden, namun pengumuman rasmi mengenainya hanya akan dibuat pada 10 Oktober ini sejurus Anwar pulang ke tanah air,” katanya.

Khalid dilaporkan membuat pengumuman itu pada sidang media di Shah Alam semalam.

Kata Khalid beliau juga akan berusaha mengadakan perbincangan dengan pemimpin tertinggi parti dan juga pemimpin Pakatan Rakyat sebelum membuat pengumuman.

“Tujuan saya bertanding ini hanya dengan satu matlamat iaitu meremajakan semangat reformasi yang membina Keadilan berdasarkan penghormatan dan toleransi,” kata beliau.sumber

Selasa, 5 Oktober 2010

MESYUARAT KHAS TOLAK LIM KENG YIK

Jawatankuasa Kerja Pusat Gerakan yang mengadakan mesyuarat khas malam ini memutuskan untuk tidak menerima keputusan Tun Dr Lim Keng Yak meletakkan jawatan penasihat yang diumumkan semalam.
 
Ia diumumkan Presiden Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebentar tadi.
Kata Koh, jawatankuasa juga mahu Dr Lim, bekas presiden Gerakan, mempertimbangkan semula keputusannya.sumber

RPK AKAN DEDAHKAN KEBURUKAN ANWAR-MUHYIDDIN

Muhyiddin Yassin yakin semakin banyak cerita buruk mengenai kepemimpinan PKR khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tersebar selepas kritikan terbaru oleh Raja Petra Kamaruddin terhadap pakatan pembangkang.

Justeru, kritikan yang timbul daripada penyokong sendiri patut membuka mata rakyat bahawa siapa dalam PKR sebenarnya serta mengambil iktibar apa yang berlaku.
sini

SAYA TAK BOIKOT UTUSAN-ZAID IBRAHIM

Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mahu mengambil sikap “memboikot” mana-mana media yang dilihat menyerang dan memusuhi kepimpinan parti itu dan Pakatan Rakyat pada amnya.
 
Zaid berkata, beliau mempunyai pendirian yang berbeza dalam isu itu walaupun Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta calon-calon yang bertanding pada pemilihan PKR mengelak daripada menggunakan media musuh untuk diwawancara.sini

YES TAN SRI...YES TAN SRI..LAWAN TETAP LAWAN

Perebutan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka bertambah panas apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti bertanding jawatan itu.

Abdul Khalid yang sebelum ini masih berteka-teki tentang pendiriannya untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu, akan mengumumkan keputusannya, hari ini.


Beliau dilihat berkemungkinan besar untuk turun gelanggang menjadikan perlawanan empat penjuru berdasarkan kenyataan beliau yang tidak menolak pencalonan sebagai Timbalan Presiden.   
yes tan sri

Isnin, 4 Oktober 2010

SURAT TU SUDAH ADA DENGAN SAYA...?

Ketua Umno Gua Musang Razaleigh Hamzah telah bersetuju untuk mengetuai jentera BN PRK kerusi Galas, demikian menurut Setiauasaha Agungnya,Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Tengku Adnan berkata Tengku Razaleigh telah menyatakan persetujuan walaupun surat rasmi pelantikan rasmi belum lagi diserahkan kepada beliau.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata Najib Razak telah pun menandatangani surat pelantikan Tengku Razaleigh.
\
“Surat itu ada dengan saya sekarang,” kata beliau ketika ditemui pemberita di Putrajaya.

Tengku Adnan berkata beliau percaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kemungkinan besar akan menyerahkan surat pelantikan kepada Tengku Razaleigh sebaik sahaja beliau kembali dari London Sabtu ini.sini

PERAK NEWS: PERKASA SOKONG HJ MUS SEBAGAI TIM PRESIDEN

Perkasa yang kecewa dengan kenyataan Azmin Ali semalam, menggesa ahli-ahlinya tidak mengundi Naib Presiden itu yang bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, sebaliknya meminta supaya memilih Mustafa Kamil Ayub sebagai Timbalan Presiden.

Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah berkata Mustaffa adalah calon paling layak bagi jawatan timbalan presiden kerana latar belakang Abimnya.baca sini

Nampaknya pengaruh Hj Mustaffa hanya datang dari kalangan ABIM dalam PKR, tapi sampai ke Perkasa menyokong beliau. Nasib baik Perkasa tak joint PKR, kalau tidak dah tentu setiap negeri bagi sokongan pada Hj Mustaffa..