Pengikut

Khamis, 4 November 2010

PRK GALAS: CERITA GILA HARI MENGUNDI

Calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad tidak muncul di Masjid Tengku Faiz Petra di sini, selepas Asar tadi walaupun dikatakan akan bersumpah secara Islam bagi menafikan dakwaan beliau pernah ditangkap khalwat sebelum ini.
 
Malah difahamkan juga tiada laporan polis dibuat ke atas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin dan UMNO-Online berhubung  perkara tersebut sehingga setakat ini.

Walaupun ramai penyokong Pas berkumpul dan bersembahyang Asar di masjid tersebut namun sehingga jam 5.30 petang kelibat calon Pas itu tidak kelihatan.

Berikutan itu dakwaan khalwat menerusi beberapa blog sebelum ini tinggal misteri walaupun pada awalnya Pas cukup garang memberi amaran untuk mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan tersebut.

Semalam Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin mencabar Pas menafikan dakwaan kes khalwat yang membabitkan calonnya, Dr Zulkifli Mohamad.

Kata beliau pihaknya hairan jika sebelum ini Pas begitu lantang untuk mengambil tindakan terhadap dakwaan yang dilemparkan namun sehingga hari ini menikus walaupun beberapa blog terus menyiarkan dakwaan tersebut.

“Kita bukan nak menyerang peribadi tapi Pas kena nafikan…jika fitnah Pas patut ambil tindakan terhadap blog tersebut”, katanya. -MediaUMNO

Rabu, 3 November 2010

HURU HARA DISABAH DAN DI KELANTAN

DIKELANTAN:

PERKASA membuat laporan polis terhadap Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pemberian wang zakat kepada tiga mualaf Orang Asli semalam.

Laporan tersebut dibuat oleh Naib Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris di balai polis Gua Musang.



Beliau masuk ke balai polis tersebut pada kira-kira jam 3.05 petang.

Bekas ADUN Tendong, Fauzi Muhammad  yang juga Ketua PERKASA Kelantan, turut membuat laporan polis yang sama terhadap Nik Aziz.

Beliau juga dilihat masuk ke dalam balai polis tersebut pada masa yang sama.


DISABAH:

Ratusan orang hari ini beratur di pejabat MCA di Sandakan awal pagi ini apabila mendapat tahu bahawa wang RM100 akan diagihkan kepada setiap pengundi di Batu Sapi.

Kebanyakan yang beratur ini adalah masyarkat Cina yang terdiri daripda golongan berusia dan wanita. Mereka berkumpul di sekitar tangga menuju ke pejabat MCA di tingkat empat di Greenview, di pinggir Sandakan.


Mereka mendakwa 'ada orang' yang memberitahu bahawa MCA akan mengagihkan RM100 kepada setiap pengundi jika mereka datang mendaftar dan menunjukkan Mykad mereka.

ANWAR MELEMAHKAN KEKUATAN MELAYU-EZAM

Senator Ezam Mohd Nor menyeru rakyat Malaysia terutamanya bangsa melayu yang masih menjadi pengikut setia dan menyokong Dato Seri Anwar Ibrahim supaya tidak terlalu mengikut emosi dalam menyokong setiap tindakan bekas perdana menteri berkenaan.

Beliau berkata, sudah sampai masa rakyat menilai secara rasional mengenai sikap dan moral Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat [PKR] itu terutamanya dalam kes liwat membabitkan beliau.

Ezam berkata, sikap emosional sebahagian rakyat Malaysia mempertahankan Anwar dan perjuangan peribadinya itu hanya akan melemahkan kekuatan Melayu dan boleh membawa negara ke arah kehancuran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamed yang menafikan tanggapan sesetengah pihak mengatakan kes liwat Anwar adalah konspirasi kerajaan.

Mengulas lanjut, sebenarnya keputusan Tun Mahathir adalah sangat tegas dan tepat. Namun disebabkan terpengaruh dengan permainan emosi dan gagal menilai dengan rasional, ramai yang membantah serta mencemuh keputusan dibuat Tun Mahathir ketika memecat Anwar daripada jawatan yang disandangnya ketika itu.

“Saya sendiri antara yang menentang keputusan Tun Dr Mahathir ketika itu kerana terpengaruh dengan sandiwara dan muslihat Anwar. Kesilapan saya dan ramai rakyat ketika itu ialah kita bersifat terlalu emosional”, katanya.

Ezam berkata disebabkan sikap Anwar yang bijak mengalih perhatian dan pandai bermain kata, ramai rakyat yang tidak dapat menerima keputusan Tun Dr Mahathir.

“Sebenarnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2004 telah membuktikan Tun Dr Mahathir betul.... Keputusan bertulis hakim hakim jelas menunjukkan bahawa aktiviti homoseks yang didakwa, memang berlaku walaupun akhirnya terpaksa membebaskan Anwar atas sebab teknikal.”

“Keputusan itu sebenarnya yang jadi asas saya tinggalkan Anwar selepas itu. Saya tidak boleh berkompromi dengan pemimpin seperti itu. Ini soal moral dan akidah” katanya.

Jesteru beliau berkata, sudah tiba masanya untuk setiap rakyat Malaysia mengikut sikap Tun Dr Mahathir yang lebih rasional dan mengetepikan soal emosi untuk menolak pemimpin seperti itu.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir kerana dengan ketegasan dan kerasionalan tindakannya itu kini semakin ramai yang sedar permainan licik Anwar yang sanggup mengetepikan moral dan bangsa demi mencapai cita-cita peribadinya” katanya.


ezam.mohdnor

RON 95 AKAN NAIK SEKUPANG?

RON 95 akan dinaikkan..selamat mengundi di DUN Galas dan Batu Sapi

Selasa, 2 November 2010

BERSARA ATAU DIBERSARAKAN

Asri berkata zaman Anwar, yang juga Penasihat PKR, mungkin makin menyusur pergi.

“Saya tidak fikir generasi baru terus bertahan untuk melihat ‘story-design’ politik yang sama,” kata Asri lagi.

PKR ditubuhkan selepas Anwar dimasukkan ke penjara dan dipecat daripada jawatan kerajaan dan Umno.

Malah menurut beliau, Anwar perlu diberikan peluang untuk berundur dengan aman demi untuk mewujudkan pembangkang yang lebih berkualiti dan berkesan.

“Saya rasa beliau perlu menerima hakikat ini. Demikian setiap kita ada hari datang dan hari pergi.

“Biarlah kita datang disambut mesra, dan kita pergi diucapkan terima kasih dan hormat, bukan dipaksa keluar,” kata tokoh agama ini.sini

BATALKAN SAJA..

Kenapa tak batalkan saja pemilihan PKR..?????

BIASA LA...

Kalah menang perkara biasa dalam pertandingan...
Tak puas hati perkara biasa dalam pertandingan...
Nak kira betoi salah...memang banyak yang tak betoi...