Pengikut

Selasa, 24 November 2009

FUHYOOO!!! SPRM

PERAKKUME


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan salahguna kuasa dan penyelewengan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman walaupun beliau meletak jawatan.

Menurut sumber SPRM siasatan itu merupakan prosedur biasa berikutan timbulnya pelbagai dakwaan dalam PMBK.

"Sehingga kini pihak SPRM sedang mengumpulkan segala bukti dan dokumen yang telah diperoleh apabila pihak kami datang ke PMBK pada awal bulan ini dan siasatan terhadap kes itu sudah separuh selesai," katanya ketika dihubungi di sini.

Semalam, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya itu meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK bagi mengelakkan sebarang fitnah menerusi laman blog dan surat layang untuk menjaga nama baik PAS.

PRESIDEN PRM SERTAI PKR...ONG TEE KIAT BILA LAGI

PERAKKUME


Kemasukan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia, Hassan Abdul Karim ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi makna baru kepada perjuangan parti.
Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang politik, Hassan juga terkenal dengan semangat jitu memperjuangkan prinsip kepedulian rakyat.

“ Kemasukan Hassan Kari ini pada pandangan saya ialah tindakan yang telah dijangka kerana Hassan Karim ialah seorang pejuang yang terkenal, pejuang tokoh sosialis yang memang terbukti dari segi ketahanan dia” ujar ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf.

Mengimbas kembali bertautnya hubungan di antara PRM dan Keadilan pada suatu ketika dahulu walaupun tanpa kehadiran Ketua Pembangkang adalah bukti kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat.

“ Sebab itu ketika mana, Parti Rakyat Malaysia (PRM) bergabung dengan Keadilan ketika itu, sebenarnya pada waktu itu sudah ada kefahaman walaupun pada waktu itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berada di dalam penjara. Maka kemasukan Hassan Karim membuktikan sekali lagi, ianya merupakan gabungan parti-parti yang mantap".

“ Yang lain-lain itu saya rasa, kemasukan Hassan Karim sekali lagi membuka ruang kepada tapak permulaan Pakatan Rakyat terus berkembang di Johor" tambahnya lagi.

Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul juga turut mengalu-alukan kemasukan Hassan ke dalam PKR.

Beliau berkata persiapan PKR menawan Johor Darul Takzim semakin mantap dengan kehadiran tokoh rakyat ini.

“ Kita mengalu-alukan kemasukan Hassan sebagai pemimpin yang telah lama berjuang. Dia seangkatan dengan syed Hussin Ali sebenarnya. Saya rasa ini akan memperkukuhkan lagi Keadilan khususnya di Johor”

Hassan sebelum ini telah meletakkan jawatannya dalam PRM apabila usulnya agar parti komponen itu menyertai Pakatan Rakyat ditolak.

Hassan telah mengemukakan usul agar PRM menyertai Pakatan Rakyat sewaktu menyampaikan Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Nasional PRM ke-41 yang di adakan 15 November lalu.

TANGGUH...TANGGUH...TANGGUH

PERAKKUME


Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

PR JANGAN SYOK SENDIRI

PERAKKUME


Pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus 'seronok sendiri' dengan usaha membentuk sistem dua parti tanpa mengambil kira realiti semasa. Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, mereka perlu menumpukan usaha mengukuhkan gagasan tersebut supaya dilihat lebih bersedia menjadi pemerintah di peringkat pusat. Katanya, kesediaan itu boleh dilihat apabila setiap parti dalam Pakatan Rakyat mampu berkorban dan berkompromi antara satu sama lain.

Pensyarah kanan pusat pengajian sains kemasyarakatan itu berkata, kesediaan itu juga boleh dilihat apabila Pakatan Rakyat mengumumkan untuk mendaftar gagasan mereka sebagai sebuah parti.

"Tetapi selagi tidak berdaftar, susah untuk mereka capai objektif yang sama," katanya ketika diminta mengulas usaha Pakatan mengadakan simposium mengenai sistem dua parti hujung minggu lalu. "Kita akan lihat ada kompromi dan pengorbanan apabila masing-masing ketepikan lambang masing-masing dan ini akan menunjukkan kesepakatan ideologi mereka," kata Dr Sivamurugan ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, para pemimpin mungkin bersedia untuk mencapai sistem dua parti tetapi ia tetap bergantung kepada kematangan ahli parti masing-masing.

"Contohnya sejauh mana PAS boleh berkompromi dengan konsep negara Islam, dan sejauh mana pula DAP sudi berkompromi dengan dasar kesamaan dan kerataan?

"Pemuafakatan dalam Pakatan itu akan dipertikai bila ada ahli yang mula menyoal pendirian parti dalam isu berbangkit," katanya lagi.

Jelasnya, pemimpin setiap parti tersebut perlu menjalankan usaha berterusan untuk menerang dan menerap nilai-nilai sama yang didukung dalam Pakatan Rakyat.

Dr Sivamurugan juga berpendapat bahawa Pakatan gagal menunjukkan mereka bersedia menerajui kerajaan pusat, berdasarkan kepada kelemahan pentadbiran berpusat yang ditunjukkan oleh beberapa kerajaan negeri yang ditadbirnya.

"Masing-masing dilihat menggunakan pendekatan parti sendiri di setiap negeri yang dikuasai mereka. Pakatan kena tunjukkan mereka boleh mengambil pendekatan pentadbiran yang sama di semua negeri," katanya.

Beliau memberi contoh negeri Kedah, yang dikuasai PAS, yang dilihat lebih menumpukan kepada usaha menghapuskan kawasan ternakan babi, sehingga ada wakil DAP yang memprotes usaha tersebut.

"Di Selangor pula isu kepala lembu ditangani ikut cara PKR, dan DAP dengan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang. Sebaliknya kalau kita lihat negeri-negeri dikuasai BN, kita tidak nampak negeri yang diperintah mengikut cara Umno, MCA ataupun MIC," katanya lagi.

Kesepakatan yang ada setakat ini, tambahnya, hanya wujud dalam objektif umum Pakatan Rakyat untuk menggulingkan BN dan juga kesefahaman untuk tidak menentang satu sama lain dalam pilihan raya 2008.

"Pemuafakatan itu sudah ada tapi tidak kukuh bila ada ahli yang mula menyoal pendirian parti dalam isu-isu berbeza. Masing-masing (parti) kena tumpukan lebih jauh daripada untuk tumbangkan BN semata-mata dan kena fikir tentang nilai-nilai persamaan," katanya.

Dalam pilihan raya Mac 2008, katanya, parti-parti yang bernaung di bawah Pakatan tidak menentang sesama sendiri dan pertandingan berlaku satu lawan satu antara calon BN dan Pakatan.

"Kita juga lihat bila DAP bertanding, ada juga penyokong PAS yang bawa bendera DAP dan sebaliknya," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perlu dilihat sama ada dalam pilihan raya umum seterusnya pengundi akan terus menunjukkan pola pengundian yang sama seperti tahun lepas.

PAKDIN BERI AMARAN KERAS!!!!!!

Sapa yang Pak Din maksudkan dengan semua pihak tu, boleh tau...??

Logik le sikit buat kenyataan tu , Pak Din...?

Tak kan le Pakatan Rakyat nak buat kenyataan bagi pihak MCA kot..? apa le Pak Din ni.
Baru bagi tugas jaga MCA, dah nak "nyanyuk"macam "meday".

hanya SPR , atau SPRM saja boleh bagi kenyataan kot Pak Din...? apa le Pak Din ni...!!!!

Semua pihak diminta tidak membuat kenyataan yang bercanggah di khalayak umum dan media sebelum muafakat dicapai dalam penyelesaian kemelut MCA bagi mengelakkan kekeliruan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata demikian mengenai tugasnya untuk mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut kepemimpinan MCA yang kini dianggap di tahap serius.

Semalam, Muhyiddin memberi masa seminggu untuk dirinya menyelesaikan kemelut dalam parti komponen BN itu.

NIZAR MINTALAH PANDANGAN HJ MUS..




Teman rasa, elok YB Nizar meminta pandangan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat untuk selesaikan isu PAFA. Teman cadangkan YB Nizar mintak pandangan Hj Mustaffa Kamil Ayub Pengerusi PKR Perak mengenai isu PAFA ni.

Hj Mustaffa bukan lah asing sangat dalam dunia sukan tanahair, beliau pernah duduk kerusi SETPOL kepada Menteri Belia dan SUKAN satu masa dulu. Mintaklah pandangan beliau...!

Teman rasa, Hj Mustaffa tak "lokek" dengan pengalaman. Kawan-kawan beliau juga hebat-hebat! Hj Mustaffa boleh membantu YB Nizar.....

Exco Kesenian, Kebudayaan, Belian dan Sukan Negeri Perak menganggap YB Nizar sebagai "pembunuh" sukan bola sepak negeri. Beliau menasihatkan YB Nizar supaya lebih bertamadun , ilmiah, bijak dalam tangani kemelut pafa.

Tau pulak kome suruh YB Nizar gunakan pendekatan bertamadun , yang kome merampas kerajaan negeri dulu tu gunakan mahkamah, polis dan segala nye...bertamadun le pulak ke...!!!!

MUSIM BERBAGAI CERITA


Cerita pafa


Cerita alza


cerita husam musa


cerita adun kota seputih membuat rayuan hari ni
petang ni tau le ada ke tak PRK

cerita mengusung jenazah


Cerita mayat teoh ditanam semula hari ini



Cerita main banjir