Pengikut

Ahad, 22 Ogos 2010

FELDA AKAN DAPAT MASJID CONTOH?





Cubaan pembangkang untuk masuk ke Felda adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu, kata Pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor. Menurut beliau pihak-pihak terlibat sebenarnya mahu melihat peneroka dan pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk. "Mereka serang dan fitnah Felda kerana nampak Felda semakin berkembang, sebab itu mereka nak masuk dalam Felda," katanya kepada pemberita di Kuala Terengganu semalam.

Sebelum itu, beliau menyampaikan saguhati kepada 19 Pengerusi Masjid dalam Rancangan Felda Terengganu dengan setiap seorang menerima sebanyak RM300. Mengulas lanjut beliau berkata pihak pengurusan Felda tidak akan terikut-ikut dengan perkara itu sebaliknya akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi Felda yang sebelum ini telah menerima pengiktirafan dunia.

"Peneroka terutamanya tidak perlu bimbang kerana Felda tidak terjejas dan tidak mengalami kekangan daripada segi kewangan.

Pengurusan Felda adalah profesional," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Felda merancang membina masjid contoh seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini. "Lokasinya akan ditetapkan kemudian, masjid ini bakal menjadi institusi penting dalam Felda. Kita sedang memperhalusi dari segi rekabentuk yang bersesuaian.

"Ia nanti bukan sahaja ada kemudahan beribadat tetapi juga kemudahan lain seperti tadika, klinik, perpustakaan dan sebagainya," kata beliau. Yusof berkata kos untuk masjid itu akan ditentukan kemudian.

"Satu jawatankuasa khas juga akan melihat kemungkinan ia dilaksanakan di 400 masjid yang sedia ada di kawasan-kawasan Felda seluruh negara kerana kita tidak boleh sewenang-wenangnya buat masjid di tapak baru," katanya. Masjid itu juga akan mengadakan program bersesuaian bagi menarik minat golongan muda dan juga kanak-kanak ke masjid, tambah beliau.

Sabtu, 21 Ogos 2010

YB CHAN MING KAI TANDING NAIB KETUA AMK PUSAT

Huruf condong



Teman dimaklumkan sebentar tadi, YB Chan Ming Kai(Tim Ketua AMK Perak), Sdr Tinagaran(EXCO AMK Perak) serta Sdr Akhdhor( Naib Ketua AMK Perak) telah bersetuju untuk bertanding jawatan Naib Ketua AMK Pusat...pengumuman dibuat ketika Mesyuarat AMK Negeri Perak berlangsung...dalam pada itu, Ketua AMK Negeri Perak YB Yunus tidak akan bertanding mana-mana jawatan di peringkat Pusat...

Jumaat, 20 Ogos 2010

BAYAR RM 20 BOLEH JADI KETUA CABANG?





Lawan tetap lawan...
Pemilihan peringkat cabang...di Perak ni ada 24 cabang.
Ketua Cabang mana yang akan tewas dalam pemilihan nanti..?

Kalau ikut kata kawan-kawan...tak kurang daripada 10 cabang sudah ada yang nak bersaing bagi jawatan ketua cabang..cabang mana? yang tu nanti dulu..

Soalnya pesaing tu datang adakah dengan niat baik..? atau hanya untuk kepentingan peribadi..?

Kalau nak cerita tentang kepentingan peribadi..rasanya sikit sebanyak dah tentu ada kepentingan peribadi..kalau tidak masa-kan nak berlawan..

Cuma kali ni..undi akan datang dari bawah..satu ahli satu undi.

Pada 28hb ni..sapa yang nak berlawan perlulah menghantar borang percalonan..bayar RM 20 untuk bertanding di cabang..nak bayar RM 20 mungkin tak ada masalah...sapa pun boleh bayar..tapi tanggungjawab untuk membina cabang tu bagaimana pulak...? jangan macam cerita dulu kala...menang sorak kampung tergadai...malu kita !

PKR@KeADILan satu nama yang cukup gah..parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar...Presidennya Datuk Seri Drs Wan Azizah...sapa tak kenal..sampai ke luar negara tau. Tapi di cabang, bagaimana pulak..?

Rasanya, kalau tak sanggup untuk terus agenda PKR di cabang..lebih baik undur diri secara terhormat..udah-udah le tu..cukup le..bukan apa, ada setengah ketua cabang tu dari tahun 1999 lagi dah jadi ketua cabang, jadi untuk pemilihan kali ni..kalau rasa tak mampu nak bawa parti, tak mampu nak berubah parti..undurlah.Bagi ruang dan peluang kepada orang baru, tenaga baru, anak muda yang boleh memimpin parti. Walaupun ini bukan mudah, tapi apa salahnya jika diberi kepercayaan kepada orang baru. Belum cuba belum tau..

Jangan hanya dalam kepala memikirkan Perak akan dapat kembali kepada pakatan rakyat..jadi mesti terus pertahankan ketua cabang walaupun tak mampu..walaupun memang tidak berdaya..jangan rosakkan parti kerana ada agenda peribadi. Cukuplah apa yang berlaku dulu..belajarlah daripada kesilapan diri kita sendiri..kalau tak kuat nak mempertahankan prinsip parti, lebih baik tak payah..nanti menyusahkan orang lain.Akhirnya hasrat ahli parti tidak mampu nak bawa..bawa hasrat diri sahaja..bukankah tidak elok, tidak baik kalau jadi begitu.

Dan, tidak semestinya ketua cabang akan jadi calon pada PRU ke 13 nanti..tidak semestinya.Kalau ada niat begitu..parti akan musnah, hancur kerana sikap ketua cabang itu sendiri. Sedarlah parti ini bukan milik peribadi..tapi milik semua orang.Hanya yang benar-benar ikhlas dan jujur saja yang boleh menerajui parti ini.

KENYATAAN MEDIA YB YUNUS KETUA AMK PERAK





ADAM HARIS SALAHGUNA NAMA AMK

AMK Perak membidas tindakan Adam Haris Abdullah menggunakan nama AMK dan Parti Keadilan Rakyat dalam laporan polis yang dibuatnya semalam. Beliau sebenarnya telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua AMK Cabang Kuala Kangsar sejak tahun 2009 lagi dan ini disahkan oleh Ketua AMK dan Ketua Cabang Kuala Kangsar sekarang.

AMK Perak memandang serius perkara ini kerana sejak akhir-akhir ini ramai bekas pimpinan serta anggota yang telah meletak jawatan, keluar parti atau melompat parti dengan sewenang-wenangnya menjaja nama Parti Keadilan Rakyat untuk menarik perhatian media.


Kita tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya beliau terus mengguna dan memperalatkan nama AMK bagi memenuhi agenda politik beliau memburuk-buruk dan melempar fitnah terhadap pimpinan parti.


Kita mempertikaikan motif sebenar beliau membuat laporan polis terhadap MS Arjunan seolah-olah beliau membela Timbalan Menteri Barisan Nasional Datuk M Saravanan padahal kononya beliau mewakili anggota AMK.


Sekiranya tuduhan MS Arjunan itu mengaitkan Timbalan Menteri berkenaan terbabit dalam kegiatan pelacuran, dadah dan gangsterime itu palsu biarlah pihak polis menjalankan siasatan kerana laporan telahpun dibuat.

Kita kenal siapa Adam Haris, beliau adalah alat kepada Barisan Nasional. Baru-baru ini beliau berkomplot dengan salah seorang ADUN Bebas untuk menarik keluar Ketua-Ketua AMK Cabang dengan rasuah wang dan projek.

Malangnya projek mereka terbengkalai akibat pendedahan salah seorang Ketua AMK Cabang yang terlibat. Laporan salahlaku disiplin ke atas Adam Haris telahpun berada di peringkat Jawatankuasa Disiplin Parti untuk tindakan tegas termasuk pemecatan.


Berdasarkan laporan Sinar Harian kelmarin, kehadiran beliau membuat laporan polis bersama Fauzi Muda iaitu bekas Ketua Cabang Ipoh Barat membuktikan segala-galanya. Mereka ini semuanya adalah “pelacur politik” yang menjadi tali barut UMNO yang dulunya cuba merosakkan Parti Keadilan Rakyat dari dalam tetapi gagal dan akhirnya terbuang.


AMK Perak juga menegur akhbar Sinar Harian kerana secara melulu menggunakan nama AMK dan Parti tanpa merujuk kepada pihak pimpinan parti yang sepatutnya boleh membuat pengesahan.

Sekian.
YB ABDUL YUNUS B JAMHARI
KETUA AMK PERAK

KETUA KAMPUNG:BAGI KUASA PENUH PADA KC DAN YDP





Mengapa dan kenapa masa Perak di perintah pakatan rakyat, arahan daripada pihak tertentu supaya semua ketua kampung MESTI dipilih secara mengundi dikalangan penduduk kampung...semua kampung waktu itu MESTI buat pemilihan, tiada satu kampung yang tak buat..MESTI buat, suka ataupun tidak..

Bila saja Perak dirampas oleh UMNO, arahan itu tidak dilaksanakan, malah pecat semua ketua kampung tanpa notis. Bukankah sebelumnya semua ketua kampung dipilih oleh penduduk kampung. Maka secara teknikalnya, ketua kampung yang dipilih oleh penduduk harus dikekalkan sehingga hari ini. Tapi tidak bagi UMNO.

Bukankah tujuan asal dan arahan itu datangnya dari UMNO. Itu hanya untuk merosakan pertalian antara sesama penduduk kampung..? disitu sudah terang dan jelas, memang UMNO dari awal lagi cuba merosakan perpaduan penduduk di kampung-kampung.

Sepatutnya, walaupun UMNO merampas Perak, pemilihan ketua kampung juga MESTI dibuat..serah kepada penduduk kampung..mengapa UMNO tidak melakukannya..? UMNO tau kalau dibuat maka semua ketua kampung yang ada pada hari ini sudah tentunya datangnya daripada pakatan rakyat..

Dan selepas ini, apabila ditakdirkan pakatan rakyat berjaya merampas semula Perak..semua ketua kampung JANGAN harus dipilih, tapi biar Ketua Cabang PKR, YDP PAS Kawasan yang tentukan..pedulikan arahan itu datangnya dari mana..jangan buang masa melayan pihak-pihak itu, mereka tiada hak untuk menentukan siapa ketua kampung.

Atau...

Bukankah sekarang ini di semua Parlimen sudah wujudnya Jawatankuasa Pakatan Rakyat di setiap Parlimen..? Jadi gunakanlah jawatankuasa di peringkat Parlimen untuk menentukan jumlah kouta di kalangan parti sama ada bagi jawatan Ketua Kampung, Ahli Majlis atau Ahli Majlis Perbandaran

Kalau kaedah perundingan ini tidak boleh dilaksankan, apa gunakannya jawatankuasa Pakatan Rakyat di Parlimen..?

Jangan hanya bermimpi disiang hari sedang malam mengigau , merepek tak tentu hala menceritakan ketidakpuasan hati sesama anggota parti.

PUCUK DI CITA ULAM MENDATANG-KATA EZAM KEPADA SAM






“Bagai pucuk di cita ulam mendatang”. Itulah reaksi pertama dari Ezam.

Bagi bekas setiausaha politik Anwar di Kementerian Kewangan dulu, inilah peluang baginya untuk menyatakan kebenaran dan mempertahankan setiap patah perkataannya membabitkan Anwar dan Wan Azizah.

Ezam menegaskan beliau sanggup bersumpah di depan Hakim Mahkamah Syariah bagi membuktikan beliau tidak berganjak dengan kenyataannya sebelum ini mengenai pasangan suami isteri itu sama ada di ceramah, blog dan twitter.

“Ini kerana ianya satu tanggungjawab saya kepada umat yang dilanda fitnah besar gara-gara karenah peribadi seorang pemimpin,” ujarnya.

Menurutnya, beliau menyerahkan kepada JAWI sebagai pihak berkuasa untuk buat tindakan selanjutnya sesuai peruntukkan undang-undang syariah ekoran laporan Ketua Pemuda PKR itu.

“Saya akan beri kerjasama sepenuhnya pada pihak JAWI termasuk kesediaan bersumpah di depan hakim mahkamah Syariah,” tegasnya.

Yang menjadi persoalan nanti apakah tindakan bersumpah oleh Ezam di depan Hakim Mahkamah Syariah kelak sudah cukup menguatkan hujahnya tanpa perlu empat saksi seperti ditetapkan syarak?

Selain itu, apabila kes itu dibicarakan, bukan sahaja Wan Azizah akan dipanggil ke mahkamah Syariah tetapi Anwar akan terbabit sama.

Pasti banyak cerita bakal terdedah apabila kes itu dibicarakan kelak.

Mungkinkah ini dimaksudkan Ezam apabila menyifatkan laporan ke JAWI itu ibarat “pucuk di cita ulam mendatang”.

Dalam pada itu Ezam melihat tindakan Shamsul semata-mata untuk terus popular kerana mahu mempertahankan jawatan Ketua AMK Keadilan Pusat hujung tahun ini.

RAFIZI RAMLI CABAR SAM ? (KETUA AMK PUSAT)





Rafizi Ramli dikatakan akan mencabar Shamsul Iskandar(SAM) sebagai Ketua AMK Pusat...siapa Rafizi?

Tunggu minggu depan..ada PC untuk menyatakan kesanggupan beliau untuk bertanding Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat...Cekgu Bad katanya dah kompromi untuk tanding Timbalan Ketua AMK...