Pengikut

Rabu, 24 April 2013

ZULKULIM KINI JADI ZULSHAHALAM. KEH!KEH!





Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya hari ini keluar daripada parti tersebut sebagai tanda bantahan terhadap BN kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.
Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini.
"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.
"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.
"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi. Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 di samping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.
"Sebab kedua adalah kerana Datuk Nawawi kerana beliau pernah menghina penganut Hindu dengan memijak kepala lembu pada 2010 dan sebab ketiga adalah kerana calon BN memberi laluan kepada Ibrahim Ali bertanding.
"Bukankah itu bermaksudnya Umno sokong Perkasa," kata Supayah yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN memberi dua kerusi kepada calon bebas daripada Perkasa.
Supayah yang juga pengerusi MIC Shah Alam Seksyen 18 timur, di mana semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru melawat berkata keputusan yang dibuatnya itu mendapat sokongan rakan beliau dan juga pemimpin India lain.
"Sebaik saya buat pengumuman itu, saya menerima banyak panggilan daripada rakan dan juga orang yang tidak dikenali... semua mereka mengucapkan tahniah kerana keberanian saya berbuat demikian," terangnya lagi.
Semalam, Najib selepas lawatannya di Shah Alam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Zulkifli bertanding kerusi parlimen tersebut dan berkata bekas ahli parlimen PKR tersebut sudahpun berjuang untuk isu melibatkan kaum India seperti Sekolah Tamil serta kuil dan rakyat sudah mula menyokong beliau.

HAMIDAH OSMAN DIBELIT ULAR SAWA. KEH!KEH!





Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman, menafikan dakwaan kononnya beliau mencekak kolar baju calon PKR Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dalam satu insiden di Taman Tasek Permai, dekat sini Ahad lalu.

Hamidah yang juga calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat turut menafikan dakwaan Boon Chye kononnya beliau merampas kamera seorang individu dalam insiden tersebut.

"Saya seorang wanita, kalau saya boleh buat begitu (mencekak kolar baju), hebatlah saya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Laporan akhbar hari ini memetik kenyataan Boon Chye yang mendakwa Hamidah bertindak mencecak kolar bajunya dalam pertengkaran ekoran pembukaan markas PKR berhampiran bilik gerakan BN di taman perumahan tersebut.

Hamidah adalah calon BN DUN Sungai Rapat bakal bertanding tiga penjuru menentang calon PAS Radzi Zainon dan calon Bebas yang juga merupakan bekas ahli Umno Mior Azman Aminuddin Mior Aris.



Isnin, 22 April 2013

KAMALIA ORANG YANG TIDAK BERPRINSIP KATE ZAMBRY...CUBA DIA YANG KENA? APE MACAM?





Peluang BN untuk mempertahan kerusi Parlimen Kuala Kangsar tidak tergugat dengan tindakan bekas Naib Ketua Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menjadi calon Bebas bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini, kata Pengerusi BN Perak Dr Zambry Abdul Kadir.

"Beliau sudah buat keputusan, jadi BN anggap beliau bukan calon BN dan kita terima keputusannya... BN tidak bimbang dengan peluang untuk menang meskipun beliau bertanding di situ dan kita akan lawan.

"Namun saya kecewa apabila beliau menjadi orang yang tidak ada prinsip selepas tidak dapat menerima keputusan parti yang menawarkannya bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Dun Bukit Chandan," katanya.
 
Beliau berkata, Kamilia yang dipecat secara automatik sebagai anggota Umno hari ini sepatutnya mencontohi mereka yang senior dan mempunyai jawatan lebih tinggi daripadanya seperti bekas Presiden Gerakan mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik dan Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M. Kayveas yang sanggup bertanding kerusi Dun.

"Meskipun Kayveas memegang jawatan presiden parti namun beliau dengan rendah hati menerima amanah daripada BN untuk bertanding kerusi Dun Pasir Berdamar... jadi saya tidak fahamlah kenapa ini yang berlaku," katanya.

Keng Yaik juga pernah bertanding kerusi negeri Jalong, Perak pada PRU 1978 walaupun ketika itu beliau merupakan timbalan presiden Gerakan.

Zambry berkata, BN telah buat yang terbaik dan memberikan kedudukan yang sebaik-baiknya malah telah memberitahu alasan mengapa, tetapi Kamilia tetap juga dengan pendirian beliau.

Pemilihan calon BN dibuat selepas mendapatkan maklum balas daripada anggota dan rakyat peringkat akar umbi sebelum pucuk pimpinan tertinggi membuat keputusan muktamad, katanya.



7HB MAY HARGA MINYAK TURUN. APE MACAM?




Pakatan Rakyat berjanji akan menurunkan harga minyak dalam dua hari jika memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini perkara utama yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika rakyat memberi mandat terajui kerajaan pusat.

"Pada 5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita angkat sumpah dan 7 Mei, minyak akan turun seluruh negara," katanya ketika memberi ceramah di Teluk Sena di sini, malam tadi.

Anwar yang juga calon Permatang Pauh berkata, perkara utama seterusnya yang akan dilaksanakan pembangkang selepas berjaya menawan Putrajaya ialah mengubah konsep kebebasan media RTM, Utusan dan TV3 kerana dianggap sudah terlalu banyak menabur fitnah ke atas pembangkang.

"Ini soal nilai dan akhlak yang perlu diubah. Mesti ada wajah baru dalam pentadbiran. Sekarang ni TV3 tak minat nak interview saya. Tapi bila kita menang nanti, TV3 nak datang interview, saya suruh depa (mereka) duduk belakang," katanya.

Ahad, 21 April 2013

MAKLUMAT BOCOR. BN PERAK TANGGUH UMUM MANIFESTO.KEH!KEH!




Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan sebahagian daripada maklumat manifesto parti dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab kepada pakatan pembangkang.
Tindakan itu katanya, menyebabkan BN negeri terpaksa menangguhkan pengumuman manifesto parti berkenaan namun ia bakal diumumkan dalam masa terdekat ini.
“Saya tidak tuduh sesiapa yang membocorkannya tetapi ini sikap tidak bertanggungjawab dan mereka tidak pula bersikap budiman (gentleman).
“Pembocoran maklumat itu memberi peluang kepada pakatan pembangkang menelitinya sebelum mengumumkan manifesto itu minggu lalu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Dataran Lumut, petang Sabtu.
Mengulas lanjut, Zambry yang juga Menteri Besar Perak, berkata keselamatan dan keamanan adalah adalah dua aspek penting yang diambil kira dalam penyediaan manifesto BN Perak.
Ia juga katanya, seiring dengan gagasan Perak Amanjaya yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri.

-peraktoday-

ADE SAPE NAK BERKAWAN DENGAN DIA NI...?

Kini tinggal laa sorang diri...lepas ni takde sapa nak peduli...
nasib kalau berkawan dengan UMNOgok

Khamis, 18 April 2013

GEN Y LAWAN GEN X-GERGASI TAMBUN. APE MACAM?







Muda dan lantang, Siti Aishah Shaik Ismail mewakili PKR untuk berhadapan dengan gergasi politik Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam Pilihan Raya 2013 dikubu kuatnya di Tambun, kerusi dikuasai oleh veteran Umno itu yang juga menteri Kabinet.


Dikala Husni berusaha untuk penggal kelimanya, Siti Aishah, yang berusia 27 tahun dan berwajah serius — biasa bermain bolasepak bersama budak-budak lelaki di kejiranan Manjoi di mana beliau membesar, menjadikan perlawanan di Tambun sebagai pintu masuknya ke dalam politik Malaysia.

Tidak berapa lama dahulu semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010, pemegang diploma Komunikasi dan IT itu yang baru berusia 24 tahun berhadapan dengan ceramah pertamanya di hadapan ribuan orang di stadium Kuala Kubu Baru.

Dikenali sebagai “pemalu” dizaman persekolahannya, Siti Aishah gementar di pentas ceramah pada ketika itu, menggigil dan terkunci mulutnya, merenung kepada hadirin untuk beliau yakinkan dengan kata-kata agar mengundi Pakatan Rakyat (PR) untuk “perubahan”.

Hari ini selepas tiga tahun dan banyak ceramah, beliau menjadi jaguh pidato dan mampu memukau hadirin dan dilihat sebagai bintang baru yang bersinar.

Bercakap kepada The Malaysian Insider di ibu pejabat PKR Perak di sini semalam, Siti Aishah megatakan beliau tidak takut dengan pertempuran yang bakal dihadapinya dan langsung tidak gentar dengan lawannya yang lebih berpengalaman bukan sahaja dalam politik, tetapi dalam pentadbiran kerajaan.

Ketua Srikandi PKR itu mentertawakan tanggapan berdasarkan umur dan pengalaman, Menteri Kewangan Kedua kerajaan sementara itu akan menjadi ahli parlimen yang lebih baik daripadanya dan mengingatkan Husni tidak berkhidmat dengan begitu baik sepanjang empat penggalnya di Tambun.

“Sebab itu saya selalu kata, jangan gunakan usia untuk menilai kemampuan. Husni, ahli parlimen selama empat penggal, menteri, tetapi masih, jurang pendapatan di Tambun adalah mengejutkan ... dan golongan berpendapatan rendah membentuk 65 peratus daripada pengundi,” katanya.

Siti Aishah bergantung kepada zaman remaja dan kebiasaannya di Tambun, tempat dimana beliau membesar dan bersekolah di Gugusan Manjoi, kawasan penempatan Melayu yang besar di tengah-tengah bandar di sini.

Beliau mengatakan 41 peratus daripada hampir 90,000 pengundi Tambun adalah di bawah 40 tahun, kebanyakkannya mahu mendengar suara anak muda di Parlimen.

“Ini adalah pertempuran Gen X dan Gen Y,” katanya kepada The Malaysian Insider. “Saya mewakili Gen Y dan Husni mewakili X, tetapi saya fikir saya boleh yakinkan Gen X untuk sokong Gen Y.”

Dalam siri ceramahnya sejak beberapa bulan lalu, Siti Aishah mengatakan beliau bertemu dengan ramai rakan sekolahnya dan guru serta kawan lama, sesetengahnya masih tidak bekerja walaupun mempunyai ijazah, kehidupan yang sukar di Tambun.

“Kadar penganguran di Tambun sangat tinggi. Kebanyakkan kawan saya, graduan universiti asyik bertanya kepada saya – apa yang PR boleh lakukan jika menang,” katanya.

“Walaupun kerusi Tambun disandang oleh seorang menteri, seorang menteri kewangan, pembangunan di sini agak perlahan.

“Lihat sahaja balai polis Manjoi… mereka menyewa rumah untuk operasi!” katanya.

Manjoi adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Tambun dan penyandangnya adalah Datuk Nadzri Ismail, ahli politik yang disukai dan dikenali, seperti Husni, beliau telah mewakili kawasan ini selama empat penggal.

Akan tetapi Nadzri digugurkan daripada senarai calon BN pada Selasa dan akan digantikan oleh muka baru, Mohamad Ziad Mohamed, bendahari Umno bahagian Tambun dan salah seorang “orang Husni”.

Menurut Siti Aishah, lengkah menggugurkan Nadzri memberikan kelebihan kepada dirinya oleh kerana pengundi di kawasan tersebut menyukainya dan merasakan menjadi tanggungjawab untuk mengundi lelaki tersebut.

Peralihan undi dari penyokong Nadzri kepada kemnya, katanya, akan membawa dirinya hampir kepada kemenangan pada 5 Mei ini.

“Ya adalah benar dalam budaya Melayu, kita percaya menunjukkan penghargaan dan membalas budi, tetapi Nadzri telah tiada, ini membuka peluang untuk kami,” katanya.

“Husni mungkin sudah menjadi ahli parlimen Tambun untuk banyak penggal, tetapi Husni bukan seperti Nadzri yang dilihat merendah diri.”

Beliau sedar dengan populasi besar penduduk miskin daripada 90,000 pengundi Tambun, kebanyakkannya menerima pemberian RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada kerajaan BN.

Siti Aishah mengakui, pemberian tersebut menjadi tarikan kepada BN apa lagi selepas gabungan tersebut menjanjikan untuk menaikkannya kepada RM1,200 dalam manifesto pilihan raya, tetapi berkata pengundi sedar pemberian tersebut hanya sekali dalam masa lima tahun.

“BR1M tidak membantu rakyat tetapi saya lihat ianya lebih kepada rasuah untuk undi. Jika mereka ikhlas nak bantu rakyat, ia tidak seharusnya dalam bentuk pemberian tetapi kepada tawaran lebih baik, penyelesaian jangka panjang untuk selesaikan masalah ekonomi,” katanya.

Selepas lebih separuh dekad di bawah BN, Siti Aishah mengatakan pengundi sudah lebih matang dan walaupun di kampung Melayu, yang dikatakan kubu kuat Umno sekarang telah beralih kepada PR.

Beliau mengatakan pilihan raya ini bukan persaingan personaliti atau jenama diantara BN atau PR tetapi ianya adalah proses kesedaran dan memberikan harapan untuk menunjukkan kepada pengundi, terdapat alternatif untuk penyelesaian masalah mereka.

“Melayu semakin bijak. Mereka tidak mahu dengar kita menghentam orang lain. Jika kita beritahu seseorang mencuri wang contohnya, mereka mahu tahu berapa banyak yang dicuri dan bagaimana ianya berlaku.

 “Kita harus sokong pertuduhan kita dengan fakta, angka dan cara penyelesaian,” katanya.

Siti Aishah mengatakan, beliau bersendiri sebulan sekali untuk lima jam dalam bilik senyap untuk melakukan kajian isu sebelum berceramah.

“Untuk menarik hadirin, kita perlu sentuh tiga perkara… jika ia tentang rasuah, kita bercerita tentangnya, kemudian yakinkan mereka kita tidak amalkan rasuah dan beritahu apa yang mereka akan dapat jika kita tidak rasuah,” katanya.

Pilihan Raya 2008 menyaksikan Husni mengekalkan kerusi Tambun untuk penggal keempat dengan majoriti lebih rendah 5,386 undi berbanding 17,360 semasa pilihan raya umum 2004.

Pemimpin kanan Umno itu sebelum ini dikatakan akan menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Abd kadir sebagai menteri besar akan tetapi semasa pengumuman senarai calon Selasa lepas, beliau diumumkan kekal di Tambun.

Tambun di mana terletaknya kerusi DUN Manjoi dan Hulu Kinta mempunyai 89,582 pengundi berdaftar dengan Melayu sebanyak 64 peratus, Cina 22 peratus dan India 12 peratus.