Pengikut

Khamis, 8 April 2010

PRK HULU SELANGOR: 30 RIBU AHLI PKR , PAS , DAP DIJANGKA LOMPAT







SEPERTI BIASA, drama serah-menyerah borang masuk UMNO , MIC , MCA , GERAKAN , PPP, PERKASA akan berlansung menjelang kempen PRK Parlimen Hulu Selangor. Setelah ditimbang menggunakan "dacing" dianggarkan 30-40 ribu Ahli PKR , PAS dan DAP akan keluar parti....ha ! ha ! ...ini adalah amalan biasa bila saja ada PRK....Antara alasan yang sering keluar dari mulut busuk mereka-mereka ini, ialah tidak percaya kepada kepimpinan parti masing-masing..biasa la tu...



Dan yang terkini dijangka beberapa orang individu yang bersekongkol dengan tindakan MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dikatakan sedang bersiap sedia untuk melompat parti.


Mereka yang dulunya merupakan Jawatan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Bayan Baru telah ditamatkan perkhidmatan ekoran prestasi yang buruk kerana tidak mampu melakukan kerja membantu kerajaan Pakatan Rakyat Negeri.



Berita tersebut kini tersebar luas kononya 200 orang pengikut Zahrain turut kecewa dan mahu meninggalkan Pakatan Rakyat untuk menyertai Umno.



Majlis penyerahan borang Umno kepada Pengerusi Umno Negeri, Zahid Hamidi dijangka diadakan di sebuah hotel .



Program tersebut dirancang bagi menggandakan propaganda BN untuk meraih simpati rakyat terhadap parti itu setelah dimalukan pada pilihan raya umum ke-12 lalu di samping sebagai bahan kempen menjelang Pilihan raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.



Bekas Ahli Parlimen PKR itu akan diperkudakan oleh Umno nanti sehinggalah selesai PRK itu bagi mengatakan bahawa perjuangan Umno sebenarnya benar dalam menjuarai rakyat dalam apa hal sekali pun.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan