Pengikut

Jumaat, 9 April 2010

PRK YANG KE 11





Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia hari ini akibat barah. Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi.


Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang. Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.



Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.


Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.


Dalam pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan