
SPR dijangka akan menerima notis rasmi memaklumkan kematian MP Sibu, Datuk Robert Lau Hoi Chew Isnin depan. Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR pada dasarnya mempunyai tempoh 10 hari untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya kecil sebaik sahaja berlaku kekosongan kerusi.
Abdul Aziz berkata SPR masih menunggu notis pemakluman rasmi dari Speaker Dewan Rakyat berhubung perkara itu.
"Saya menjangkakan notis itu akan dihantar pada Isnin depan, jadi selepas itu SPR boleh bermesyuarat untuk menetapkan tarikh bagi penamaan calon dan seterusnya mengumumkan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan berkenaan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan