Pengikut

Jumaat, 9 April 2010

MOGOK LAPAR TAMAT ATAS NASIHAT TUN M





Matthias Chang, yang dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah, hari ini bersetuju untuk menamatkan mogok lapar yang dilancarkannya berikutan rayuan daripada bekas majikannya, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Menurut jurucakap dari pejabat Dr Mahathir, bekas perdana menteri dalam rayuannya kepada Chang, memberitahu bekas pekerjanya itu bahawa beliau perlu menamatkan mogok lapar itu kerana mereka mempunyai banyak lagi perjuangan yang perlu dilaksanakan.



Katanya mereka memerlukan Chang untuk meneruskan perjuangan bagi mendapatkan keadilan untuk rakyat Palestin dan Iraq.



Dr Mahathir, yang kini berada di luar negara juga memberitahu bekas setiausaha politiknya itu bahawa beliau akan berusaha untuk memastikan undang-undang yang tidak adil dimansuhkan atau dipinda dan beliau memerlukan Chang untuk memberikan nasihat kepadanya mengenai perkara itu.




Chang, yang melancarkan mogok lapar dari 1 April, bersetuju untuk menamatkan bantahan selama sembilan hari itu selepas rayuan Dr Mahathir disampaikan kepadanya.




Beliau enggan mengambil makanan sejak melancarkan mogok lapar itu dari 1 April.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan