Pengikut

Jumaat, 9 April 2010

PRK HULU SELANGOR : 5 DAH JADI 3






PKR telah menyenarai pendekkan tiga nama sebagai calon PR pada PRK Hulu Selangor 25 April ini.

Mereka ialah, Datuk Zaid Ibrahim, Dr Halili dan Shamsul Iskandar.




Ketiga-tiganya mempunyai pengalaman bertanding dalam pilihan raya umum tetapi hanya Zaid pernah menang tetapi atas tiket Umno pada pilihan raya umum 2004 di Kota Bharu.



Menurut sumber-sumber dalaman parti, Dr Halili adalah calon pilihan PKR kerana beliau adalah anak tempatan iaitu dari Batang Kali manakala Zaid berasal dari Kelantan dan Shamsul Iskandar dari Negeri Sembilan.



Bagaimanapun PKR mempunyai satu masalah besar. Dr Halili disifatkan sebagai seorang ahli politik yang keberatan.



Beliau menerjunkan diri dalam kancah ini kerana hubungannya dengan Anwar Ibrahim dan sangat komited dengan perjuangan politik Anwar.



Dr Halili masih berkhidmat sepenuh masa sebagai pakar bedah saraf dan ini menghindarnya daripada bergerak sepenuh masa sebagai ahli politik.



Apatah lagi dengan kedudukan tempoh pilihan raya umum hanya tinggal tidak sampai tiga tahun sahaja lagi, Dr Halili merasakan tempoh untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan kerjaya sepenuh masanya sebagai seorang doktor tidak akan menyatu dengan baik.



Pada masa yang sama, pemilihan Zaid akan menyelesaikan 'banyak masalah' dalam PKR.



Zaid adalah seorang yang outspoken atau bersikap berterus terang. Mempunyai pengalaman sebagai wakil rakyat tetapi masalah Zaid ialah dia bukan anak tempatan.



Satu lagi masalah Zaid ialah perwatakan urbannya - sama ada perwatakan seperti itu sesuai dengan kawasan kampung yang akan diwakilinya.



Manakala Shamsul Iskandar beliau merupakan seorang peguam muda dan aura kepemudaan yang diwakilinya dan juga gayanya yang mewakili orang kampung boleh menjadi satu aset kepada PR.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan