Pengikut

Jumaat, 9 April 2010

PRK HULU SELANGOR: ADA GADUH...?





Meskipun kempen PRK bagi Parlimen Hulu Selangor belum bermula tetapi 2 laporan pergaduhan di kawasan tersebut yang melibatkan penyokong parti politik telah pun diterima polis dalam minggu ini.



Satu daripada laporan itu dilaporkan berlaku ketika Presiden MIC Samy Vellu melakukan lawatan di Taman Bukit Teratai baru-baru ini manakala satu lagi kes dilaporkan berlaku di kawasan Kuala Kubu Bahru.



Tanpa menamakan parti politik yang terlibat, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata kes pergaduhan itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.



"Punca pergaduhan masih disiasat. Polis telah mengambil beberapa keterangan daripada yang terlibat manakala beberapa orang lagi akan diambil keterangan dalam masa terdekat," katanya .


Datuk Khalid juga berkata orang ramai termasuk orang luar perlu mematuhi undang-undang serta tidak melakukan tindakan yang boleh menggugat ketenteraman awam dan mencemar proses demokrasi ketika pilihan raya berlangsung.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan