
Hampir 200 ahli PKR Cawangan Taman Tunku Putra di sini keluar parti itu beramai-ramai atas alasan tidak lagi yakin dengan pucuk pimpinan PKR.
Mereka yang diketuai G. Thanagaran, sebaliknya menubuhkan cawangan baru MIC iaitu Cawangan Kampung Padang Buluh/Padang Tembak dalam Bahagian Kulim/Bandar Baharu.
Thanagaran berkata, mereka bertindak keluar parti kerana kegagalan pimpinan PKR pusat menunaikan janji-janji yang dibuat pada pilihan raya umum ke-12.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan