Pengikut

Isnin, 12 April 2010

PRK HULU SELANGOR: HUBUNGAN NAJIB - MUHYIDIN RETAK DISEBABKAN ROSMAH





Menjelang PRK Parlimen Hulu Selangor, hubungan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin dipersoalkan oleh sesetengah pemerhati politik kerana berjaya membiarkan Najib Razak keseorangan berkempen di Hulu Selangor minggu lalu.


Najib selaku Perdana Menteri datang tanpa kehadiran pemimpin kanan Umno, cuma kelihatan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan pemimpin Umno Selangor.

Kalau diambil kira dari segi kepentingan politik, kehadiran pemimpin kanan Umno di Hulu Selangor lebih penting bagi menghadapi PRK .


Situasi yang berlaku itu boleh diimbau terhadap pergolakan yang melanda kepimpinan tertinggi Umno sebelum ini.



Ketika datang merasmikan program Juara Rakyat di Machang, Kelantan minggu lalu, tiba-tiba beliau menyebut tiada masalah dengan Najib Razak.



Tiada seorang pun tanya sehingga perlu dijawab begitu. Ramai melihat sebagai seorang pemimpin ‘jujur’ Muhyiddin tidak mampu untuk menyembunyikan apa yang berlaku.



Tidak perlu Muhyiddin untuk menafikan perkara tersebut di khalayak ramai, tanpa udang di sebalik batu. Orang kampung yang tidak mengetahui hubungan dingin Muhyiddin-Najib akhirnya tahu juga.



Mungkin Timbalan Presiden Umno cuba bagi membuat pengakuan jujur di hadapan tiga Naib Presiden Umno di Kelantan, mengambil berkat Serambi Mekah.



Timbalan Perdana Menteri seperti mahu melafazkan pengakuan bersaksi Ahmad Zahid Hamidi, Hishammuddin Hussein dan Shafie Afdal.



Berdasar fenomena itu, Muhyiddin sudah benar-benar gelabah sekarang. Dr Mahathir pernah mempunyai empat Timbalan Menteri Perdana sepanjang berada di puncak kuasa.



“Mungkin fenomena itu boleh diulangi Najib. Ini kerana mentor Najib ialah Dr Mahathir dan bukannya bapanya sendiri.



”Najib banyak terhutang budi kepada Dr Mahathir kerana berjaya menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih awal,” kata seorang bekas Pegawai Kanan Kerajaan.



Hayat Muhyiddin juga tidak mungkin panjang di kerusi sekarang kerana di ibu pejabat Umno di PWTC, Najib dan Rosmah Mansor dikatakan sudah meletak orangnya menguasai posisi di situ.



Kehadiran Datuk Rauf Yusoff sebagai Setiausaha Kerja Umno Malaysia difahamkan ada kaitan dengan Najib-Rosmah.



Sumber Umno di Kuala Lumpur memberitahu pegawai dan kakitangan di pejabat berkenaan tidak senang dengan kehadiran Rauf.



“Saya diberitahu baru-baru ini ada bantahan di kalangan petugas di pejabat Umno kerana tidak puas hati terhadap tindak tanduk Rauf,” dakwanya.



Cengkaman Najib-Rosmah sudah terbenam jauh apabila didedah ada arahan supaya media kerajaan membuat liputan meluas lawatan Rosmah ke Amerika Syarikat minggu ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan