Pengikut

Sabtu, 10 April 2010

PRK HULU SELANGOR: PERKASA NAK KATA APA, JIKA CALON MELAYU LAWAN CALON INDIA






Perkasa pimpinan Ibrahim Ali adalah pertubuhan NGO yang memperjuangkan hak melayu dan kaum bumiputra.


Sejak ditubuhkan Perkasa mendapat sambutan luar biasa daripada kaum melayu dan bumiputra, perkara ini dibuktikan apabila lebih 70 NGO negara bergabung tenaga dengan Perkasa bagi membela kaum melayu dan bumiputra.




Satu perkara yang menarik adalah bagaimana Perkasa berhadapan dengan isu politik dan kepartian?


Bagaimana Perkasa berhadapan dengan calon melayu melawan kaum lain terutama dalam pilihanraya?



Di PRK Ulu Selangor, BN akan diwakili oleh calon MIC sepertimana diumumkan oleh Najib sendiri, walaupun nama calon itu masih teka teki dan akan diketahui pada 17 April ini, apabila Timbalan Perdana Menteri akan mengumumkannya.



Kawasan P-94 Ulu Selangor adalah kawasan majoriti melayu, dimana hampir 54% adalah pengundi melayu. Namun berasaskan semangat BN, dan demi perkongsian kuasa, maka tiga kaum teras negara ini, yakni melayu, cina dan india akan menjadi calon bagi kawasan-kawasan yang bermajoriti melayu.



Perkasa yang dikatakan mesra BN akan mempunyai kekangan untuk berkempen apabila BN mengemukakan calon bukan dari kaum melayu, sementara pakatan rakyat mencalonkan kaum melayu.



Menurut maklumat terkini pihak pakatan rakyat dalam hal ini PKR kononnya akan mengemukakan penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim, mantan "defacto law minister" di Jabatan Perdana Menteri semasa pemerintahan Tun Abdullah Badawi.



Jika kaum-kaum yang berbeza ini akan menjadi kenyataan di PRK Hulu Selangor,isu apa kah yang akan dibangkitkan oleh Perkasa? sama-sama kita tunggu kelibat Datuk Ibrahim Ali.




sumber: apa yang tersirat





Tiada ulasan:

Catat Ulasan