Pengikut

Khamis, 8 April 2010

TUHAN ALLAH TAU SAYA TAK BUAT






“Tuhan Allah tahu saya tak buat,” jerit P Vellertore, 50, di Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengikut pertuduhan pindaan membunuh tiga anaknya di Taman Muhibbah, Saleng, Kulaijaya di sini, tujuh tahun lalu.

Bekas pengawal keselamatan itu pada mulanya dilihat tenang mendengar penghakiman oleh Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang dibantu dengan jurubahasa Tamil. Namun, dia kemudiannya mengangkat tangan untuk meminta hakim membenarkannya berkata sesuatu selepas hukuman dijatuhi.

Hadir dengan memakai baju kemeja dan seluar biru, tertuduh bangun sambil meminta mahkamah menimbang semula hukuman yang dikenakan sambil beberapa kali menjerit dia tidak melakukan perbuatan itu serta menyebut Allah mengetahui dia tidak bersalah.



Namun, selepas dinasihati peguam bela, Vellertore dalam keadaan menangis terisak-isak kemudiannya duduk semula sebelum sesi penghakiman selesai dijalankan.

Menurut fakta kes, pada 20 November 2004, Vellertore didakwa membunuh tiga anaknya, Rudraa Kumar, 6, Keseprata, 5, dan Harini, 3, dengan mencekik leher mereka sebelum menggantungkan diri bersama seorang lagi anak perempuan yang berusia 14 tahun, Revathi.

Dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu antara jam 10.30 hingga 3.30 petang di rumah bernombor 681, Jalan Jambu Air 7, Taman Muhibbah, Saleng, Kulai.

Bagaimanapun, Revathi yang kesakitan ketika digantung menjerit meminta pertolongan sebelum dia bersama Vellertore diselamatkan jiran mereka.

Terdahulu, Jeffrey dalam penghakimannya berkata walaupun tertuduh sering kali membuat penafian, namun pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie kepada mahkamah.

“Ini kes bunuh dan cubaan membunuh diri, saya sudah membuat pertimbangan pembelaan kamu dan tidak jumpa sebab untuk tidak mensabitkan kamu dengan kesalahan mengikut pertuduhan,” katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan