"Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda melahirkan rasa menyesal
di atas pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebelum ia
ditangkap", dakwa bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.
"Saya sepatutnya membayar USD 500,000 (RM 1,550,750) wang komisen kepada Altantuya," Balasubramaniam mengulangi semula ucapan Razak pada hari beliau ditangkap.
Balasubramaniam memberikan pengakuan berkenaan peristiwa yang
menyelubungi kematian Altantuya semasa penampilan pertamanya di khalayak
ramai malam tadi selepas melarikan diri keluar dari negara ini hampir
lima tahun lalu.
Beliau turut mendakwa telah meninggalkan pejabat peguam Puravelan, bersama-sama dengan Razak di dalam sebuah lif pada masa itu.
Ketika itu pelbagai spekulasi sudah bermain di dalam dada-dada akhbar
berkaitan penahanan Razak pada hari itu dan peguamnya sedang sibuk
menyediakan persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Bala sendiri juga berkata sempat menasihati Razak dengan berkata, "Bos, dengar sini. Apakah nasihat saya kepada anda? (buat) Laporan polis. Anda perlu membuat laporan polis."
Balasubramaniam turut memberitahu bahawa Razak telah melantiknya untuk
mengawal Altantuya, tetapi dalam masa yang sama turut menasihati Razak
untuk membuat laporan polis.
Walau bagaimanapun, Razak enggan untuk berbuat demikian kerana
penglibatan beberapa "VVIP," yang kemudiannya didedahkan adalah Menteri
Pertahanan ketika itu dan kini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Abdul Razak.
Altantuya dikatakan menuntut USD500, 000 (RM 1,550,750) dan tiga tiket
penerbangan ke Mongolia daripada Razak pada masa itu, kononnya untuk
khidmatnya sebagai pengantara perjanjian pembelian kapal selam Scorpene.
Balasubramaniam berkata Razak akhirnya ditangkap pada 7 Nov, pada hari
perbualan itu berlaku, kira-kira 30 minit sebaik tiba di pejabatnya di
Wisma Lee Rubber, Kuala Lumpur selepas pertemuan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan