Pengikut
Khamis, 4 April 2013
MAMPUKAH PR PERAK TAWAN SEMULA NEGERI?
Dewan Negeri Perak Ke-12 dibubarkan secara rasmi semalam selepas mendapat perkenan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah, serentak dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selepas ini, parti politik baik di pihak kerajaan ataupun pembangkang akan bertarung secara terbuka untuk memenangi 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
PRU-13 boleh diadakan seawal 20 April ini dengan penamaan calon diadakan pada Rabu depan berikutan pembubaran Parlimen semalam.
Namun, SPR dijangka menganjakkan hari penamaan calon pada 13 April manakala hari pengundian pada 27 April selepas mengambil kira kedua-dua tarikh itu adalah cuti hujung minggu.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, pengundian biasanya diadakan pada Sabtu, penamaan calon pula lazimnya diadakan 10 hari selepas pembubaran.
Sehingga 22 Februari lalu, sejumlah 1,409,774 pemilih berdaftar diwartakan di negeri Perak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jumlah Daftar Pemilih Induk (DPI) mengikut kawasan Parlimen ialah 32,814 (Grik); 46,695 (Larut); 51,524 (Parit Buntar), 54,915 (Bagan Serai); 71,401 (Bukit Gantang); 78,327 (Taiping); 28,572 (Padang Rengas); 51,709 (Sungai Siput); 89,582 (Tambun); 82,025 (Ipoh Timur); 77,920 (Ipoh Barat); 87,747 (Batu Gajah); 33,607 (Kuala Kangsar); 49,314 (Beruas); 33,600 (Parit); 63,776 (Kampar); 97,243 (Gopeng); 45,592 (Tapah); 51,626 (Pasir Salak); 88,473 (Lumut); 40,031 (Bagan Datoh); 60,620 (Teluk Intan) dan 64,641 (Tanjung Malim).
Berdasarkan kedudukan kerusi Parlimen dan DUN sebelum pembubaran, BN mempunyai 13 kerusi Parlimen, 29 kerusi DUN, PAS (Parlimen-2, DUN-6); DAP (Parlimen-6, DUN-16); PKR (Parlimen-2, DUN-5) dan Bebas (Parlimen-1, DUN-4).
Dalam PRU-12, BN gagal mempertahankan pemerintahan di Perak tetapi berjaya membentuk kerajaan pada 6 Februari 2009 apabila dua Adun PKR dan satu DAP keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas.
Dua Adun PKR iaitu ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Adun Behrang), Mohd Osman Jailu (Adun Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelapang).
Sebaik sahaja mengambil alih pentadbiran negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan barisan exconya melaksanakan pelbagai pembaharuan untuk memakmur dan mensejahterakan negeri Perak.
Gagasan Perak Amanjaya dengan slogan Tiada Tertinggal Tiada Terpinggir diperkenalkan untuk mendekati dan menyelami denyut nadi rakyat di serata pelusuk negeri.
Program turun padang dan Hari Bertemu Rakyat pada setiap Selasa yang dianjurkan secara terbuka oleh Menteri Besar ternyata berjaya menyelesaikan banyak masalah rakyat dalam tempoh empat tahun yang lalu.
Hasil pengurusan yang cekap, pertumbuhan sosio-ekonomi negeri Perak semakin rancak sekaligus berjaya mengutip hasil berjumlah RM905 juta pada tahun lalu, berbanding jangkaan awal RM785 juta sahaja.
Lebih hasil disalurkan kepada pembangunan negeri melalui projek pembangunan membaiki jalan dan memasang lampu jalan manakala 8,000 kakitangan awam negeri juga tidak ketinggalan menerima insentif RM500 seorang seperti yang diumumkan Menteri Besar semalam.
Berdasarkan rekod cemerlang BN dalam tempoh empat tahun lalu, rakyat Perak sewajarnya membuat penilaian dengan bijaksana demi menjamin masa depan yang lebih cerah.
Sebagai Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, memaklumkan pihaknya tidak hanya menumpukan kepada kawasan tertentu sahaja sebaliknya memberi tumpuan kepada semua kawasan bagi memastikan kemenangan dalam PRU-13.
Persiapan awal katanya, sudah dilakukan dan senarai calon juga hampir dimuktamadkan dan hanya menunggu lampu hijau daripada PM untuk diumumkan secara rasmi.
PRU-13 ini pastinya menjadi pertandingan sengit kepada BN apabila semalam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan bertanding di Perak sebagai usaha untuk melonjakkan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Walaupun belum diumumkan secara rasmi, beberapa blog tempatan menyebut Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bakal bertanding di kerusi Parlimen Ipoh Timur yang dimenangi Lim Kit Siang daripada DAP pada 2008.
Sebelum ini, Pemuda PAS negeri Perak mencadangkan Anwar bertanding di Parlimen Lumut, kerusi yang ditandingi calon MCA.
Mengulas desas-desus Anwar bertanding di Perak, Zambry dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco baru-baru ini, berkata pihaknya tidak gentar untuk berhadapan cabaran itu dan meminta rakyat penilaian sewajarnya terhadap tindakan Ketua Pembangkang itu yang meninggalkan kerusi Permatang Pauh.
“Tidak menghairan saya jika beliau mengambil keputusan bertanding di Perak atau Selangor dan kita sama sekali tidak akan gentar dengan cabaran itu,” katanya.
-peraktoday -
STRATEGI LIM KIT SIANG DAN ANWAR
Selepas Lim Kit Siang menerpa masuk ke Gelang Patah dalam projek menawan Johor, kini Anwar Ibrahim pula nampak serius bertandang ke Perak.
Kenyataan mantan timbalan perdana menteri itu semalam lebih serius berbanding berita beliau ingin meninggalkan Permatang Pauh.
Dulu tokoh PKR itu membayangkan kerusi pilihannya berada di Selangor atau Perak tetapi semalam Anwar mengesahkan bakal bertanding di Perak.
Maka bermula spekulasi kerusi parlimen manakah yang dihajatinya dan kenapa perlu beliau menapak ke negeri tersebut.
Di satu sisi, perpindahan Lim dan Anwar membayangkan Pakatan Rakyat benar-benar serius melebarkan sayap pengaruhnya melalui langkah taktikal di luar jangka di saat-saat akhir.
Di satu sisi lain, ia juga melambangkan persaingan tersembunyi antara Lim dengan ketua pembangkang.
Jika tokoh DAP itu sanggup mempertaruhkan nasib di kerusi tersebut dalam usaha memantapkan sokongan Cina, kenapa tidak Anwar terjun ke Perak untuk mengaut undi Melayu.
Bukan sahaja untuk projek menawan Putrajaya tetapi juga untuk mengasak Perak agar negeri itu betul-betul bersauh dalam lautan sokongan Pakatan.
Jika sahih beliau bergerak ke Perak, Anwar tidak hanya ingin mencari undi dalam konteks persaingan politik pilihan raya. Beliau memang berhasrat mencapai beberapa matlamat khusus dengan satu langkah taktikal itu.
Antaranya, kehadiran beliau mengukuhkan semula imej kepimpinan PKR di Perak yang selama ini nampak lemah, bercelaru atau tidak menonjol.
Jaringan pangkalan kuasa
Kepimpinannya ini bukan sahaja untuk mengejutkan Umno atau BN tetapi juga membariskan kembali parti tersebut setanding dengan sekutu-sekutunya, DAP dan PKR, khususnya di Perak.
Selain pembakar semangat jentera parti, dengan kehadiran fizikal Anwar di negeri itu, PKR akan dipayungi satu tokoh besar Melayu yang berupaya mengimbangi DAP dan sekali gus "mencuri" undi penyokong-penyokong tradisi Umno.
Dalam konteks feudalisme pengundi Melayu, ketokohan dan karisma Anwar diharap-harapkan meluaskan jaringan pengaruh parti baru itu dengan lebih pantas.
Apatah lagi PKR, dan Anwar juga, bermain politik bukan dalam konteks organisasi massa berstruktur ketat seumpama PAS atau Umno.
Tidak jauh bezanya dengan hubungan DAP dan pengundi Cina di kota-kota, PKR sejak awal penubuhannya banyak bermain atas sokongan popular sentimen awam dalam isu panas di media bersama karisma pemimpin-pemimpinnya.
Dalam bahasa mudah, pangkalan sokongan PKR jauh lebih besar daripada jumlah keahliannya dan struktur rasmi parti.
Mereka ini "orang PKR" tetapi bukan ahli parti dan mereka berada di mana-mana sahaja bersandarkan kehangatan isu, publisiti media dan populariti pemimpinnya.
Mereka tidak perlukan struktur atau indoktrinasi parti tetapi sedia bersama parti selagi sandaran-sandarannya itu sentiasa hangat dan menggelegak.
Salah satu ukuran pangkalan kuasa ini dapat dinilai daripada jumlah undi yang diperolehi berbanding ahli rasmi dan jentera parti.
Berada terus-menerus dalam liputan media, seperti yang dilalui Anwar, akan menghidupkan jaringan pangkalan kuasa ini.
3 masalah Pakatan
Namun atas sifatnya yang bebas dan longgar, pangkalan ini perlu tokoh besar sebagai pembangkit cas elektrostatik.
Dalam situasi seumpama ini, kehadiran Anwar diharap-harapkan akan dapat menangkis gejala lompat parti yang serius di negeri tersebut sehingga kerajaan Pakatan tumbang pada awal 2009.
Insiden ini, dan siri lompat parti kemudiannya, cukup memalukan Anwar di depan mata awam serta Pakatan sehingga tertonjol PKR "tidak serius" menyongsong idealisme perjuangannya.
Pendek kata Anwar berharap beliau dapat meraih beberapa manfaat besar di Perak dengan mengambil risiko baru berbanding terus berlubuk di kerusi tradisinya sejak 1982.
Risiko inilah yang sedang ditimbang-timbangkan Anwar dan PKR. Sehingga pagi ini, parti tersebut belum sedia mengesahkan kerusinya seperti juga kedudukan Wan Azizah Wan Ismail yang kekal tanda tanya di Selangor.
Berbanding gelombang anti-BN pada 2008, pilihan raya umum kali ini hadir bersama risiko lain.
Tiga daripadanya -- kontroversi peribadi Anwar, prestasi negeri-negeri Pakatan dan dominasi "Cina" dalam kerjasama itu bersama isu-isu kaum dan agama yang membelah Melayu di satu sisi serta bukan Melayu di sisi lain.
Pengundi Pakatan lima tahun lalu, khususnya yang tidak tegar, tentu mengambil kira tiga faktor ini dalam pertimbangan undi mereka.
Sama ada ia wajar atau tidak, diselewengkan atau sebaliknya, pemaparan buruk tiga isu ini di media-media arus perdana tentu berbekas di fikiran pengundi, khususnya Melayu, sasaran yang ingin dibujuk Anwar dalam pakej perpindahannya ke Perak.
Namun, Pulau Pinang sendiri bukanlah negeri yang sudah selesai. Ia datang bersama sejumlah tanggapan dan masalahnya sendiri -- satu tarikan lain yang menyukarkan Anwar menerpa ke Perak semudah Lim terjun ke Johor.
FATHI ARIS OMAR seorang editor kanan di Malaysiakini.
ANWAR GANTI FONG PO KUAN DI PARLIMEN BATU GAJAH?
Anwar ganti Fong Po Kuan di Parlimen Batu Gajah? Bukan mustahil...Apabila Parlimen Gelang Patah kepunyaan PKR di serahkan kepada DAP dan Lim Kit Siang bertanding disitu... tidak mustahil DAP akan menyerahkan Parlimen Batu Gajah kepada DAP dan Anwar sendiri yang bertanding....Fong dikatakan tidak akan bertanding kali ini....Dan semalam Anwar sendiri mengumumkan beliau akan bertanding di Perak....Apa pun khas untuk orang Perak dicadangkan semua ke Gerik malam ini untuk mendengar sendiri daripada tuan punya badan di mana Anwar akan bertanding...dan malam ini juga Anwar akan mengumumkan nama-nama calon Dun dan juga Parlimen untuk Perak...Lokasi ceramah Bilik Gerakan Temenggor, Taman Semarak Gerik, jam 10.00 malam...Moh Kite Kesana!!!!
Rabu, 3 April 2013
LAGI 10MINIT
Najib Razak akan ke udara secara langsung di stesen televisyen nasional jam 11.30 pagi ini, menurut pegawai dari pejabatnya, dijangka akan membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum.
Selasa, 2 April 2013
JIKA ESOK LUSA TULAT BUBAR- PR PERAK ADAKAH BERSEDIA?
Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap
empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun
Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.
Bagaimana dengan beberapa krisis melibatkan kerusi Dun dan Parlimen khasnya di Perak?
DAP katanya menolak calon PKR di Dun Chenderiang.
PAS masih menuntut Dun Changkat Jering...Alor Pongsu dan Sg Manik
Isu calon di Dun Kuala Sapetang...Mustaffa Kamil Ayub katanya bersedia bertanding di situ walaupun Dun tersebut dikatakan kouta cina.
Krisis dalaman Dun Bota...Cabang tak sebulu dengan bakal calon
Isu bakal calon Dun Bukit Chandan...masalah kecil tapi dibesar-besarkan 3-4 orang yang merajuk
YB Nizar Jamaluddin bukan team Pesuruhjaya PAS Negeri...Sdr Asmuni katanya bakal MB sekiranya PAS melebihi kerusi daripada PKR
Ngeh Koo Ham dan Ngah Koo Ming...tidak sebulu dengan beberapa pimpinan DAP Perak
PSM akan bertanding di Parlimen Sg Siput dengan menggunakan simbol "Chop Tangan"...PKR tidak meletakkan calon di Parlimen Sg Siput
PSM akan bertanding di Dun Jelapang...DAP tidak beri laluan...akan 3 penjuru
Dun Behrang...askar lawan askar...Cabang Tg Malim tolak
"calon Anwar Ibrahim"
Isu Parlimen Bagan Datoh...Jawatankuasa Cabang tolak Ketua Cabang sebagai calon
Tepuk dada tanya selera...Bukankah matlamat merampas kembali Perak agenda utama...mengapa sehingga sekarang masih belum mampu untuk selesaikan masalah pertikaian antara Pakatan Rakyat negeri?
MAMPUKAH PKR PAS TERUS BERSATU DI PASIR SALAK?
Dalam pilihanraya lalu juga, muka baru diletakan sebagai calon BN. Beliau ialah Dr.Wan Norashikin Wan Noordin, ketika itu Ketua puteri bahagian berkenaan yang juga ketua puteri negeri. Beliau bertanding atas tiket BN dan memperoleh 8,818 undi mengalahkan Mustafa Shaari (Pas), 7,402 undi. Berbanding Tajudin terdahulu, Norashikin mendapat kelebihan 1,416 undi.
Bagi kawasan Sungai Manik pula, jumlah pengundi ialah 20,190. Pengundi Melayu ialah 64 peratus, berbanding Cina, 30 peratus dan selebihnya India.
Dalam PRU ke12, Zainol Fadzi Paharuddin mengalahkan Mustaffa Kamil Ayub dengan kelebihan 1,374 undi. Zainol memungut 8,255 undi berbanding Mustaffa, 6,881. Penyandang wakil rakyat ialah Ibrahim Katop.
Dalam PRU ke13, peluang Pembangkang(PR) untuk menang di kawasan ini dilihat tipis kerana sehingga kini isu rebutan kawasan belum selesai secara rasmi. Pas kawasan berkenaan merasakan kawasan itu perlu dipulangkan.
Yang diPertua PAS kawasan, Dr. Muhaimin Sulam pernah berkata “itu (meminjam kepada PKR) adalah persetujuan pada ketika itu, secara logiknya untuk PRU akan datang sepatutnya dua kerusi itu dikembalikan kepada PAS.”
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga,PKR yang ingin meletakan calonnya di kawasan berkenaan terpukul dengan berita 400 pemimpin dan ahlinya di kawasan Pasir Salak keluar parti.
Usaha memujuk Setiausaha Cabang PKR Pasir Salak, Mokhtar Ridzuan dan bendaharinya, Haniff Mat Rawi mengubah keputusan gagal. Lebih parah kumpulan ini mengistihar mereka menyertai UMNO dengan menubuhkan cawangan UMNO Taman Malinja Jaya.
Kepada wartawan Mokhtar menafikan ada habuan disebalik tindakan mereka kerana katanya “ia adalah secara sukarela” sambil menambah ”saya keluar secara sukarela dan saya bersumpah tidak menerima walau satu sen pun untuk keluar PKR."
Mokhtar pernah aktif dalam UMNO tapi meninggalkan parti pada 1999 kerana percaya PKR mampu untuk membela nasib orang-orang Melayu. Tetapi katanya ‘mereka nampak sahaja bersatu tetapi hakikatnya mereka lebih teruk, contohnya, mereka bertelingkah, berebut kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum.''
Ketua UMNO bahagian, Tajuddin ketika mengulas isu ini yakin lebih ramai pemimpin dan ahli PKR Cabang Pasir Salak akan meninggalkan parti itu menjelang PRU ke13.
"Bilangan mereka sebenarnya sekitar 2,000 orang dan sejak tahun lalu, hanya tinggal beberapa ranting sahaja yang aktif,'' katanya.
Seorang ahli yang turut meninggalkan PKR, Mustafa Mokhtar,46, dari Ranting PKR Felcra Seberang Perak 1,2 & 16 berkata, parti itu langsung tidak memperdulikan pemimpin dan ahli peringkat akar umbi, sebaliknya hanya menjaga kepentingan kroni sahaja.
"Mereka langsung tidak turun menemui kami, sebaliknya saya lihat kepimpinan UMNO dan BN sering turun untuk bertemu rakyat, di samping membantu menyelesaikan masalah mereka,'' ujarnya.
Bagi majority penduduk di Pasir Salak, langkah keluar dari PKR menyertai UMNO bukan suatu yang menghairankan. PKR bukanlah parti yang mampu menyelesaikan masalah rakyat.
BOLEH BACA DISINI
MEETING KABINET DAN JUMAAT TERAKHIR NAJIB RAZAK
Dijangka Parlimen sekali lagi bakal menjadi perhatian terakhir Jumaat ini menunggu pengumuman pembubaran oleh Najib Tun Razak.
“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH
Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.
Langgan:
Catatan (Atom)






