Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengadakan satu majlis jamuan Sabtu ini sempena perkahwinan beliau baru-baru ini.
Walaupun beliau tidak menyatakan venuenya tetapi ramai percaya majlis untuk memperkenalkan isterinya, Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, 28, itu akan diadakan di Dewan Santapan kompleks lama Dewan Undangan Negeri Sarawak di Petra Jaya di sini.
Taib, 74, yang kelihatan ceria ketika wakil-wakil media mengucapkan "selamat pengantin baru" kepada beliau selepas merasmikan satu seminar di sini, bagaimanapun agak keberatan untuk menceritakan tentang isteri beliau yang berasal dari Lubnan itu.
"Jangan ganggu beliau untuk sementara waktu ini kerana beliau sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan. Beliau belum faham tentang negara ini...mungkin, setelah melawat seluruh negara, beliau akan bercakap," kata Taib.
Beliau dan Ragad dinikahkan pada 18 Dis tahun lepas di kediaman Taib di Demak Jaya di Petra Jaya.
Ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dijadual melakukan lawatan kerja ke Sarawak hujung minggu ini akan menghadiri majlis itu, beliau berkata: "Saya tak pasti. Saya kena tanya dulu kerana saya baru saja pulang."
Ini adalah perkahwinan kedua Talib. Isteri beliau sebelum ini Puan Sri Laila Taib, yang berasal dari Poland, meninggal dunia akibat kanser pada April tahun lepas.
Sepanjang hidup bersama selama 50 tahun, mereka dikurniakan empat anak dan 15 cucu.
Pengikut
Selasa, 11 Januari 2011
YANG DERHAKA UMNO..BUKAN SHUHAIMI- DSAI
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei, yang sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi tulisan blog, 30 Disember lalu.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, jika tulisan Shuhaimi itu dianggap sebagai “penderhaka” bagaimana pula dengan tindakan Umno yang menarik kuasa Raja-raja Melayu pada 1993.
“Itu adalah istilah biasa, kalau tulisan Shuhaimi ditaktifkan sebagai penderhaka bagaimana dengan kenyataan pemimpin Umno di Terengganu dan Kelantan dan semasa meminda perlembagaan?
“Jadi sekarang ada dua Malaysia, satu mempertahankan kekebalan pemimpin Umno dan kedua untuk rakyat Malaysia,” katanya.
Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor “beraja di mata, bersultan di hati” dalam blognya pada 30 Disember lepas.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.
Kata beliau, kenyataan Shuhaimi itu boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci baginda.
Shuhaimi bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan bersedia menghadap Sultan Selangor untuk memohon maaf.
Dalam blog itu, Shuhaimi antara lain, mendakwa jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.
Malah, wakil rakyat itu menerusi kenyataan dalam blog berkenaan seolah-olah turut memberikan gambaran amaran kepada institusi beraja Selangor supaya “tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana”.
Shuhaimi berkata demikian dengan mengulas isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.
Sejak Khusrin diumumkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan pelantikan itu, yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Dalam sidang media sama, Anwar turut menyentuh soal suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang akan memfokus pada prosedur-prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau berkata kemungkinan tiada sebarang tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat walaupun keputusan sudah dicapai.
“Dalam kes Teoh Beng Hock walaupun suruhanjaya diraja ditubuhkan tapi hanya mempunyai kuasa yang terhad.
“Kalau keputusan dibuat saya tidak rasa akan ada tindakan. Sebagai contoh kes VK Lingam, begitu juga kes mata lebam saya... tiada tindakan yang diambil walaupun ada bukti baru,” katanya.
Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2099 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.
Suruhanjaya itu yang akan diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM.
Mahkamah Koroner sebelum ini memutuskan punca kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

YB SHUHAIMI MUNGKIN DITAHAN DI BAWAH I.S.A?
PERAK NEWS: SAYA AKAN BEKERJA KERAS UNTUK PKR PERAK-DR MANUTY
“Tanggung jawab yang akan saya pikul cukup berat dan mencabar.” Itulah kata-kata pertama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PMPN) Perak yang baru dilantik, Dr Muhammad Nur Manuty ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, pelantikannya sebagai PMPN yang baru menggantikan Mustaffa Kamil Ayub sebagai amanah yang berat dalam menguatkan PKR Perak.
Menurut Muhammad Nur, kepercayaan yang diletakkan oleh pimpinan pusat untuk beliau menerajui Negeri Perak sangat dihargai.
“Saya berterima kasih kepada pimpinan pusat yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai Perak dan saya akan pikul amanah ini sebaik mungkin.
“Insya-Allah, saya akan bekerja keras untuk memastikan PKR Perak terus mantap dan teguh,” katanya.
Beliau berkata, soal jawatan tidak penting tetapi yang paling penting adalah untuk memperkukuhkan lagi Pakatan Rakyat (PR) Negeri.
Menurutnya PKR, DAP dan Pas akan terus bekerja keras sebagai satu pasukan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang yang dijangka tidak lama lagi.
Katanya, PKR bersama komponen PR yang lain akan memastikan lebih banyak kerusi akan dimenangi pada masa akan datang di samping mempertahankan kerusi yang sedia ada.
Ditanya mengenai perancangan awal selepas dilantik menjadi PMPN, beliau berkata, dalam masa terdekat akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Cabang.
Menurutnya, mesyuarat juga akan diadakan dengan pemimpin Negeri yang lain bagi mendapatkan pandangan mereka untuk memperkukuhkan lagi parti di peringkat akar umbi.
Mengenai beberapa isu yang berkaitan dengan PKR Negeri yang timbul sejak akhir-akhir ini, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu berkenaan.

LAGU PUN MESTI ADA SIFAT JUJUR-KERAJAAN MESTI LEBIH DARI ITU
Ketika ketua juri Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) M.Nasir mempertahankan keputusannya memilih lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Rafalli sebagai pemenang pertandingan itu, salah seorang panel juri melihat keputusan berkenaan sebagai kurang tepat.
Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang.
“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” katanya.
Dalam AJL25 malam Ahad lalu, Ana Rafali yang turut mencipta dan menulis lirik lagu Tolong Ingatkan Aku diumumkan sebagai juara AJL25 yang melayakkannya menerima wang tunai RM35,000.
Lagu Hanyut nyanyian Faizal Tahir disebut-sebut sebagai juara AJL25 namun sekadar meraih anugerah persembahan terbaik.Kemenangan itu menimbulkan perdebatan sehingga ramai penonton di stadium meninggalkan kerusi masing-masing sebaik sahaja keputusan diumumkan.
Ketika diminta mengulas kenapa lagu berkenaan tidak boleh diangkat sebagai juara, Azmeer enggan memberi sebarang komen sehinggalah apabila dia mendengar pendapat M.Nasir dalam Imbasan AJL25 pada malam Selasa.
Sorotan mengenai pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 11 malam.
Selain M.Nasir dan Azmeer, juri kali ini terdiri daripada Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy (Search) dan Andy (Flop Poppy).
Penyanyi Amy Search pula berkata, dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal dan bukannya melibatkan lagu yang dipertandingkan.
Lagu Cinta Sempurna nyanyian Yuna berjaya menyentuh jiwa penonton dengan persembahan memukau.Bagaimanapun secara peribadi Amy turut terkejut dengan keputusan itu kerana dia lebih mengharapkan penyanyi Yuna yang membawa lagu Cinta Sempurna diangkat sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.
Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.
Persembahan lagu Pelita daripada kumpulan A.P.I turut berjaya menarik perhatian penonton.“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.
“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’.
Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.
Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.
“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.
“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.
“Semua kena tanya M.Nasir," katanya.
mstar
Komposer Azmeer berkata, dia sama sekali tidak bersetuju dengan keputusan itu dan secara tidak langsung menandakan Ana Raffali tidak layak untuk diangkat sebagai pemenang.
“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,” katanya.
Dalam AJL25 malam Ahad lalu, Ana Rafali yang turut mencipta dan menulis lirik lagu Tolong Ingatkan Aku diumumkan sebagai juara AJL25 yang melayakkannya menerima wang tunai RM35,000.
Ketika diminta mengulas kenapa lagu berkenaan tidak boleh diangkat sebagai juara, Azmeer enggan memberi sebarang komen sehinggalah apabila dia mendengar pendapat M.Nasir dalam Imbasan AJL25 pada malam Selasa.
Sorotan mengenai pertandingan berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 pukul 11 malam.
Selain M.Nasir dan Azmeer, juri kali ini terdiri daripada Habsah Hassan, Acis, Pacai, Amy (Search) dan Andy (Flop Poppy).
Penyanyi Amy Search pula berkata, dia hanya terlibat menilai dari aspek vokal dan bukannya melibatkan lagu yang dipertandingkan.
Bersifat jujur - M.Nasir
Sementara itu M.Nasir pula berkata lagu nyanyian Ana Raffali itu bersifat sensitif, peribadi dan jujur.
“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’.
Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,” kata M. Nasir pada sidang media selepas acara itu di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam Ahad lalu.
Biarpun keputusan sudah dilakukan, M. Nasir sedar pasti ada pihak yang akan membuat pertikaian.
“Saya suka pesona melodi dan kejujuran lagu ini berbanding lagu lain. Lirik lagu Tolong Ingatkan Aku lain dari yang lain dan bagus.
“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,” ujarnya lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan yang ditemui berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kerana segala-galanya adalah terletak di tangan juri.
“Semua kena tanya M.Nasir," katanya.
mstar
Isnin, 10 Januari 2011
ADUN KOMTAR SEDIA LETAK JAWATAN
Setiausaha politik Lim Guan Eng, Ng Wei Aik, yang didakwa berkata “tutup kedai, balik India” terhadap seorang pengusaha restoran nasi kandar di sini, bersedia untuk meletakkan jawatan jika ada bukti beliau mengeluarkan kenyataan berbaur rasis itu.
Minggu lalu, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) mendesak Ng yang juga ADUN Komtar agar memohon maaf berhubung dakwaan beliau mengeluarkan ungkapan seumpama itu 2 Januari lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan Kimma Pulau Pinang, Faruk Raja Mohamed berkata, pihaknya memberi tempoh seminggu kepada Ng, setiausaha politik kepada Ketua Menteri berbuat demikian dan menarik balik kata-kata unsur perkauman itu.
Laporan media sebelum ini menyebut, Ng mengeluarkan ungkapan itu kepada Syed Kasali Mohamed Aliyar, 42, ketika pasukan penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang menjalankan operasi menyita barang-barang kedai.
Ng telah menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian dan menunjukkan rakaman video bagi mempertahankan pendirian beliau.
“Ini jelas satu pembohongan... fitnah dan dakwaan liar yang saya tidak boleh terima,” kata beliau pada sidang media hari ini.
baca sini

SAYA GAGAL-TUN M
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gagal menyelesaikan isu pemulihan dan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri sebelum ini.
Katanya, rancangan membangunkan kawasan itu gagal ekoran beberapa masalah berkenaan pemilikan dan harga tanah akibat penghijrahan penduduk dan kesukaran mengenalpasti pewaris.
"Tuntutan harga oleh tuan tanah yang dikesan adalah terlalu tinggi dan ini akan menyebabkan kos pembangunan juga amat tinggi.
"Dengan ini orang Melayu tidak mungkin dapat membeli kedai atau ruang untuk kediaman apabila dibina. Mungkin orang bukan Melayu sahaja yang mampu," katanya.
Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir (kanan) juga berkata, jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di ibu negara.
Sehubungan itu, bagi menjamin Melayu terus mendiami kawasan itu, pemaju dikenakan syarat supaya penduduknya dibayar harga tanah dan diberi tempat perniagaan dan kediaman di bangunan yang didirikan.
"Tetapi sekali lagi syarat in akan menaikkan kos pembanguan. Pemaju Melayu mungkin tidak berminat. Bukan Melayu juga mungkin tidak berminat kerana kemampuan Melayu membeli amat rendah.
"Hari ini pun banyaklah tempat kediaman dan kedai yang diperuntuk kepada orang Melayu tidak dapat dibeli oleh mereka.
"Oleh sebab ini pembangunan Kampung Baru KL gagal dilaksanakan semasa saya menjadi perdana menteri," katanya.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berdoa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berjaya membangunkan semula kampung itu "supaya pelawat ke Kuala Lumpur tidak akan lihat kedaifan orang Melayu di negara mereka sendiri."
"Di tengah-tengah ibu kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit, yang moden dan mewah terdapat kampung setinggan Melayu dengan rumah kayu berbumbung zink karat," katanya.

TGNA..
MB Kelantan Darul Naim...
Saja-saja suka letak pic ni....
Langgan:
Catatan (Atom)