
Maka dengan ini Mahkamah memutuskan bahawa.....
Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang
prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana
negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah
bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar
Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi
Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN
Perak.

Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad
Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini
kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak
percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan
melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah
keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar
bidang kuasa DUN itu sendiri.
Haruskah kita berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan
diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi rakyat Perak
seluruhnya akan membuat satu keputusan yang adil demi demokrasi
di dalam Negara kita yang dicintai ini. Akan menjadi satu sejarah
yang akan rakyat dan dunia akan melihat keputusan yang akan di
buat oleh Hakim-Hakim tersebut kelak.
Seluruh Rakyat Perak diseru supaya bermunajat serta Solat Hajat agar kemenangan memihak kepada yang benar...!!!!
editDPPNPk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan