Pengikut

Khamis, 5 November 2009

ZAMBRY.........TEMPOH 6 BULAN





Masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan Menteri Besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, kini terletak pada keputusan rayuan yang sedang didengar oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Jam 8.30 pagi ( Pasar Awam BG)
" tokey! apa macam MB punya kes hari ini...? tanya teman

"ini barang tarak tentu lagi, macam-macam boleh jadi" jawab tokey daging. "lu tengok itu Ong sama Chua, dulu gaduh, sikalang macam abang adik"..apa macam?

"kalau itu hakim ada hingat,ada baca, ada rasa, ada berani mesti Nizar boleh menang punya"tambah tokey daging tu.

Semua menanti apa juga keputusan yang akan dibuat pada pagi ni. Jika Nizar menang dalam rayuan maka, hari Isnin mungkin Dun dibubarkan, dan jika memihak kepada Zambry, hendak tak mau, dalam tempoh 6 bukan dari tarikh hari ini, Dun tetap juga akan dibubarkan.....Kerana dari maklumat yang disampaikan, UMNO telah pun menyiapkan diri untuk Pilihanraya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan