Pengikut

Sabtu, 15 Disember 2012

MEMANG BN AKAN TUMPO. APE MACAM?

GEORGE TOWN, 15 Dis — DAP menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap menjadi pilihan sebagai perdana menteri (PM) jika Pakatan Rakyat (PR) menakluki Putrajaya sambil menyifatkan PAS sebagai rakan paling utuh dalam gabungan tersebut, kata pengerusinya Karpal Singh hari ini.

Menurut Karpal, pendirian tersebut sudahpun dinyatakan sebelum ini tetapi isu tentang siapa bakal menjadi PM dipolitikkan terutamanya oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

“DAP menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika Pakatan berjaya ke Putrajaya,” kata Karpal dalam ucapan pembukaan di Kongres Kebangsaan DAP ke-16.

Kemelut calon PM juga menjadi perkara utama yang dibincangkan pada Muktamar PAS baru-baru ini apabila delegasi parti Islam tersebut mencadangkan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisi jawatan penting itu.

Namun Karpal dalam ucapannya tidak mengulas lanjut terhadap permintaan oleh rakan mereka, PAS tersebut tetapi berkata parti tersebut sebagai rakan paling utuh yang banyak memainkan peranan penting dalam PR.

“PAS adalah rakan penting dalam PR, mereka juga adalah parti yang paling utuh secara prinsipnya dalam PR.
“Ia juga sama dengan PKR,” terang beliau.

Karpal juga sempat mengecam BN dan mencabar delegasi dan rakan dalam PR untuk “menyembelih” musuh utama mereka tersebut dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
“Saya percaya dengan gabungan ini, PR adalah sebuah gabungan yang kuat untuk mencapai objektif.

“Dan kita akan sembelih BN dalam pilihan raya nanti,” gurau beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan