Pengikut

Isnin, 4 Mac 2013

SULTAN SULU UMNO SEDIA BERUNDING DENGAN UMNO. KEH!KEH!

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini terutama di Sabah supaya tidak mempercayai khabar angin bahawa keadaan keselamatan di negeri itu kini dalam keadaan tidak terkawal berikutan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan kawasan berhampiran. 

Perdana Menteri berkata kejadian tembakan susulan pencerobohan itu hanya berlaku di tiga tempat iaitu Lahad Datu, Semporna dan Kunak dan tidak berlaku di tempat-tempat lain.

"Kalau ada khabar angin ia adalah tidak berasas dan tidak berpandukan hakikat sebenar. Rakyat Sabah terutamanya jangan rasa gementar atau takut akan keselamatan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Pauh, dekat sini, Ahad.

Beliau berkata pihak keselamatan sedang menjalankan operasi mengikut keadaan dan situasi semasa di ketiga-tiga kawasan tersebut.

"Berilah peluang dan masa untuk mereka lakukan tindakan dan operasi untuk tumpaskan kumpulan itu dan selamatkan pihak-pihak di sana," katanya.

Najib berkata beliau yakin dan percaya akan kemampuan pasukan keselamatan negara apatah lagi kini anggota keselamatan di sana telah ditambah.

"Anggota polis telah ditambah. Tentera pun dah hantar dua batalion ke Sabah. Kita ada kekuatan yang mencukupi untuk menghadapi apa jua keadaan," katanya.

Mengenai insiden seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, Najib berkata ia satu kejadian yang tidak diduga.

"Pasukan kita dengan kekuatan 57 anggota. Mereka tak menduga kumpulan ini sanggup ambil tindakan cukup ganas. Pasukan kita pergi ke sana untuk mencari maklumat untuk gambaran lebih jelas," katanya.
Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Jumaat lepas, dua anggota polis komando VAT 69, ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, terkorban dan tiga lagi anggota polis cedera dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Dalam kejadian itu, 12 anggota pasukan penceroboh terbunuh. 


BERNAMA

NAJIB JANJI BULAN DAN BINTANG? KEH!KEH!

MANILA: Menurut laporan Manila Buletin Publishing Corporation (mb.com.ph), pengasas MNLF Nur Misuari mendakwa tentera Sulu ke Sabah selepas mendengar janji dari Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut laporan bertarikh 21 Februari  2013 bertajuk "Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia", Misuari berkata, ketika beliau di Jolo, Sulu  beliau terdengar bahawa adik kepada Sultan Jamalul Kiram III, Agbimuddin Kiram telah merentas lautan kerana mereka telah dijanjikan untuk ditempatkan di Sabah. 

Oleh itu, Misuari merayu Najib untuk bertindak dengan cermat dalam menghadapi pemberontak Filipina yang kini telah membunuh lapan anggota polis Malaysia di Sabah dalam pertempuran berdarah di Lahad Datu dan juga Semporna.

Misuari   juga mendakwa Agbimuddin mungkin ke Sabah untuk menunjukkan ketidaksabaran terhadap tuntutan mereka. 

"Perkara ini perlu diselia oleh mereka yang lebih tenang," beliau berkata, sambil menambah ia adalah lebih baik menunggu pilihanraya umum April ini untuk melihat siapa menjadi Perdana Menteri.

Misuari juga memberikan amaran kepada Malaysia untuk menyelesaikan pertempuran di Sabah dengan aman. 

Jika tidak, pasukannya akan memberikan bantuan kepada Kiram, ugut Misuari .







Khamis, 28 Februari 2013

INI SEMUENYE SALAH ANWAR IBRAHIM. KEH!KEH!


Ni semua salah DSAI....keh!keh!

BIOR HILANG NYAWA KATE NAJIB. KEH!KEH!


Negara ni hak rakyat bukan hak peribadi......

RAZAK MENYESAL TAK SUDAH? KEH!KEH!

"Penganalisis politik, Abdul Razak Baginda melahirkan rasa menyesal di atas pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebelum ia ditangkap", dakwa bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

"Saya sepatutnya membayar USD 500,000 (RM 1,550,750) wang komisen kepada Altantuya," Balasubramaniam mengulangi semula ucapan Razak pada hari beliau ditangkap.

Balasubramaniam memberikan pengakuan berkenaan peristiwa yang menyelubungi kematian Altantuya semasa penampilan pertamanya di khalayak ramai malam tadi selepas melarikan diri keluar dari negara ini hampir lima tahun lalu.


Beliau turut mendakwa telah meninggalkan pejabat peguam Puravelan, bersama-sama dengan Razak di dalam sebuah lif pada masa itu.


Ketika itu pelbagai spekulasi sudah bermain di dalam dada-dada akhbar berkaitan penahanan Razak pada hari itu dan peguamnya sedang sibuk menyediakan persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.


Bala sendiri juga berkata sempat menasihati Razak dengan berkata, "Bos, dengar sini. Apakah nasihat saya kepada anda? (buat) Laporan polis. Anda perlu membuat laporan polis."


Balasubramaniam turut memberitahu bahawa Razak telah melantiknya untuk mengawal Altantuya, tetapi dalam masa yang sama turut menasihati Razak untuk membuat laporan polis.


Walau bagaimanapun, Razak enggan untuk berbuat demikian kerana penglibatan beberapa "VVIP," yang kemudiannya didedahkan adalah Menteri Pertahanan ketika itu dan kini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.


Altantuya dikatakan menuntut USD500, 000 (RM 1,550,750) dan tiga tiket penerbangan ke Mongolia daripada Razak pada masa itu, kononnya untuk khidmatnya sebagai pengantara perjanjian pembelian kapal selam Scorpene.


Balasubramaniam berkata Razak akhirnya ditangkap pada 7 Nov, pada hari perbualan itu berlaku, kira-kira 30 minit sebaik tiba di pejabatnya di Wisma Lee Rubber, Kuala Lumpur selepas pertemuan itu.

BUAH KELAPA PUN MERAJUK. KEH!KEH!

Suatu ketika dahulu Bagan Datoh boleh diibaratkan syurga kelapa dan kurniaan kawasan tanah subur serta bersesuaian dari Yang Esa, yang memudahkan tanaman kelapa membiak, daerah ini telah menjadi antara pembekal terbesar kelapa negara.
Industri penanaman kelapa di Bagan Datoh mula pesat sekitar 1899 dengan produk kelapa kering menjadi eksport utama.

Namun, status daerah ini sebagai pengeluar terbesar kelapa semakin malap selepas jumlah kelapa yang dikeluarkan semakin merosot kerana pelbagai faktor dan menyingkap kembali masalah itu, beberapa pengusaha berkongsi masalah yang dihadapi.   BACA SETERUSNYA

Isnin, 14 Januari 2013

ATM WAJIB BERUBAH. APE MACAM?

PKR merancang untuk mendapatkan 250,000 undi dari kem tentera dan berek polis seluruh negara yang selalunya mengundi untuk Barisan Nasional (BN), melihat kepada demografi sebagai kunci kemungkinan untuk menang dalam pilihan raya 2013. 

Pakatan Rakyat (PR) berharap dapat menggunakan isu terkini unit beruniform tersebut untuk “mendidik” pihak tentera mengenai perkara yang memberi impak kepada mereka, seperti perjanjian kontroversi kerajaan mengenai ketenteraan dan yang terbaru, apabila dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan untuk membeli syarikat penjual permaidani Deepak Jaikishan.

“Isu yang kini melibatkan Deepak dan LTAT, saya percaya ia harus disuarakan dengan lantang supaya tentera dapat memahami apa yang kerajaan buat dengan wang mereka,” kata ketua strategi pilihan raya PKR Mohamed Azmin Ali kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara.

Beliau berkata, tidak mustahil untuk PKR melancarkan kempennya ke balai polis, kem tentera laut atau mana-mana kem, tetapi menjelaskan akhirnya parti tersebut mempunyai beberapa ahli dari pegawai tentera dari pelbagai pangkat.

Antaranya ialah Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khattab, yang menyertai parti pada November 2011 dan kini merupakan pengerusi jawatankuasa keselamatan PKR.
“Kami dapat nama-nama besar dalam tentera yang menyertai kami seperti Jeneral Hadi, dan beliau mempunyai rangkaian dan pengaruh di kalangan anggota sekarang,” kata timbalan presiden PKR itu.

“Jadi kita akan gunakan pengaruh Jeneral Hadi dan beberapa ahli bagi mencapai anggota tentera untuk menerangkan isu-isu, ini menjadi fokus kita.”

Bagaimanapun, ahli parlimen Pulai Datuk Nurjazlan Mohammed percaya undi tentera dan polis masih kekal kepada BN, dengan berkata polisi kerajaan sekarang memanfaatkan angkatan tentera.

“Angkatan tentera tidak semestinya setuju dengan PKR dan DAP dalam semua isu, terutamanya rancangan mereka untuk mengecilkan perkhidmatan awam dan membuka angkatan tentera kepada semua kaum,” kata Nurjazlan kepada The Malaysian Insider.

Nurjazlan turut berkata kira-kira seribu orang pengundi dari anggota polis di Pulai semuanya menyokong BN.

Bagaimanapun, Azmin berkata Ketua Umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media untuk mengumumkan lebih ramai kemasukan anggota tentera ke dalam PKR.

Beliau berkata parti juga sedang berbincang tentang bagaimana untuk mendapatkan polisi terbaik bagi mendapatkan lebih ramai anggota keselamatan ke PR, seperti memberi tawaran untuk perumahan dan perubatan yang lebih baik.

“Kami percaya PR mampu untuk menyelesaikan masalah perumahan untuk mereka, walaupun untuk mereka yang berpangkat rendah, kerana pendapatan mereka rendah dan mereka tidak mampu untuk menyewa rumah di dalam bandar.

“Jadi kita harus selesaikan masalah perumahan untuk mereka,” katanya lagi.

“Selain itu, isu yang lain adalah kesihatan. Selepas mereka bersara, mereka mungkin berusia 60 atau 70 tahun dan terdedah dengan masalah kesihatan, tetapi ia sudah jadi terlalu mahal untuk bertemu pakar atau hospital swasta.

“Jadi saya percaya angkatan tentera seharusnya memiliki sebuah hospital sendiri dengan kelengkapan baru dan para doktor yang akan menjaga kebajikan mereka dan keluarga,” katanya lagi.

Terdapat 250,000 pengundi tentera di 25 kawasan parlimen seluruh negara, mereka termasuk tentera darat, laut dan udara.

Undi tentera sering dikatakan sebagai simpanan tetap untuk Barisan Nasional kerana kebanyakan dari mereka mengundi dengan cara undi pos, dimana pihak pengkritik mendakwa ia tidak menghormati kerahsiaan hak individu untuk mengundi.

Undi pos selalunya dibawa ke ibu pejabat polis atau kem tentera beberapa hari sebelum pengundian di seluruh negara, dan sering dikatakan undi tersebut dipantau oleh pegawai.

Tetapi kali ini, sistem diubah dan tentera kini mengundi menggunakan cara terbaru, dimana mereka tidak menggunakan sampul surat untuk mengundi.

Sebaliknya mereka akan mengundi seperti pengundi biasa, tetapi mereka mengundi lebih awal. Bagaimanapun, pengundi tentera masih boleh mengundi secara pos dalam beberapa situasi.

Walaupun pengkritik mengatakan sistem ini masih boleh ditipu, Azmin berkata terdapat harapan  besar dengan menghalang pegawai memantau undi mereka, anggota tentera kini boleh mengundi tanpa rasa takut.

“Jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melangsungkan proses yang kita semua persetujui dalam jawatankuasa khas parlimen (PSC) untuk perubahan pilihan raya, saya percaya ia dapat menghapuskan ketakutan di kalangan pengundi di kem,” kata Azmin.

“Kerana tiada pegawai yang akan memantau undi mereka dan mengembalikan kerahsiaan pengundi untuk memilih kerajaan.”

Azmin adalah salah seorang dari ahli PSA, yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2011 bagi melihat tuntutan Bersih 2.0 untuk perubahan dalam sistem pilihan raya selepas perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya yang bersih dan acil.

Walau bagaimanapun, Nurjazlan berkata sementara perubahan dalam peraturan SPR tentang undi pos dapat memberi manfaat PR tetapi beliau berkata “kita akan lihat adakah undi semakin banyak untuk mereka”.

“Perubahan undi pos ini juga memanfaatkan BN kerana pengundi akan melihat BN lebih matang,” katanya lagi.


Oleh Clara Chooi