Pengikut

Jumaat, 9 April 2010

APEK .....TERUSKAN !






Pemimpin datang dan pergi namun perjuangan dan agenda parti MCA akan tetap diteruskan, kata Presidennya Dr Chua Soi Lek.

Keputusan Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun untuk meletakkan semua jawatan dalam Parti dan Kerajaan tidak akan membawa kesan kepada MCA dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dan kerjasama antara ahli-ahli parti.


Sambil mengucapkan terima kasih atas sumbangan Chew kepada parti, Dr Chua menegaskan dalam sebuah parti demokrasi, pemimpin boleh silih berganti tetapi agenda parti perlu diteruskan.




Selain Chew, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Dr Leong Yong Kong, juga mengumumkan akan mengambil cuti setahun daripada urusan parti.



Apabila ditanya mengenai perkara itu, Dr Chua mengucapkan Dr Leong selamat maju jaya.




Beliau menolak ura-ura bahawa perkembangan terbaru itu sebagai tanda protes kepada kepimpinannya yang mungkin mencetuskan satu lagi episod perebutan kuasa dalaman parti.



"MCA ada satu juta ahli. Satu dua orang letak jawatan, saya yakin barisan kepimpinan yang dipilih tahu tanggungjawab mereka ialah untuk meneruskan perjuangan parti, satu padukan parti, stabilkan parti dan kukuhkan organisasi parti untuk pilihan raya umun akan datang.



1 ulasan: