Pengikut

Khamis, 11 April 2013

ADUN SIMPANG PULAI KINI DIPERSIMPANGAN.



Desas desus mengatakan Adun Simpang Pulai Chan Ming  Kai akan bertanding di Dun Indera Kayangan nampak tipis apabila DAP mendahului PKR di Perlis apabila mengumumkan bahawa mereka akan meletakkan calon bertanding di kerusi DUN Indera Kayangan dan Titi Tinggi pada pilihan raya umum akan datang. Bagi kerusi DUN Titi Tinggi, DAP menamakan Pengerusi DAP Perlis, Teh Seng Chuan sebagai calon manakala setiausahanya bakal bertanding di DUN Indera Kayangan.
Sehari dua ini difahamkan YB Chan Ming Kai akan meninggalkan Dun Simpang Pulai untuk bertanding di negeri kelahiran beliau iaitu di Perlis. Ketua Cabang Gopeng sebelum ini telah menamakan Sdr Tan Kar Hing untuk bertanding di Dun Simpang Pulai bagi menggantikan Chan Ming Kai. Apakah Chan Ming Kai akan dikekalkan di Simpang Pulai selepas DAP Perlis mengumumkan akan bertanding di Indera Kayangan? 
Timbalan Pengerusi DAP Nasional, Tan Kok Wai ketika mengumumkannya berkata, kedua-dua calon berkenaan merupakan pilihan terbaik bagi mewakili pakatan pembangkang di Perlis. Sebelum ini difahamkan DAP dan sekutu mereka iaitu PKR masing-masing berbalah untuk merebut kerusi DUN Indera Kayangan.
PKR terlebih dahulu mengumumkan bahawa parti itu bakal meletakkan calon di kerusi berkenaan namun tidak menamakan sebarang calon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan