Pengikut

Isnin, 8 April 2013

SPR: WAHYU BELUM SAMPAI? KEH!KEH!



Tempoh 60 hari yang diperuntukkan kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya juga sudah bermula apabila Dun Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac lalu dan disusuli dengan pembubaran Dewan Rakyat dan Dun yang lain.

Suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat khas Rabu ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Menurut Wan Ahmad lagi, SPR akan memastikan tarikh yang dipilih itu nanti tidak bertembung dengan hari-hari penting dalam kalendar Malaysia. 

"Kita tak mahu nanti dikatakan tidak sensitif," ujarnya. 

Kaedah sama katanya, turut digunakan untuk menentukan tarikh penamaan calon. 

Namun jelasnya, bagi hari penamaan calon, faktor hari tidak bekerja bukan menjadi suatu pertimbangan penting. 

"Hari penamaan calon ini kita akan memberikan keselesaan kepada bakal-bakal calon.

"Dewan penamaan calon ini kebanyakannya dewan Pihak Berkuasa Tempatan, tidaklah banyak menggunakan dewan sekolah," ujar beliau.

Ditanya ada kemungkinan SPR akan mengadakan pilihan raya pada cuti persekolahan pada hujung bulan Mei, Wan Ahmad berkata, "panel SPR pada Rabu ini akan melihat sama ada kita hendak buat cepat atau lambat." 

"Kalau buat lambat, pada masa yang sama menunggu cuti sekolah, apa implikasinya pula? Adakah kita hendak melewat-lewatkan pilihan raya sampai tempoh 60 itu hendak habis?" ujar beliau. 
Ramai meramalkan hari pengundian 27 April atau 4 Mei dengan tempoh berkempen kemungkinan selama 13 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan