Pengikut

Isnin, 8 April 2013

ORANG TAMAK SELALU RUGI.





Apabila Anwar Ibrahim gagal mengumumkan Dr Juanda bertanding di Parlimen Kangsar ini ada masalah...masalahnya PAS telah mengumumkan Baharuddin Ahmad bertanding di Parlimen Kangsar...PAS mendahului...apakah tiada sepakat disini? PAS katanya mahu bertanding 3 Parlimen di Perlis...PKR tidak akan berdiam diri atau terus beralah dengan senario baru ini...ini sebenarnya menunjukkan tiada sepakat dalam Pakatan Rakyat...atau PAS masih dengan ego atau besar kepala? atau masih boleh bermegah tanpa PKR...PAS masih boleh menang besar?

Di Perak sebagai contoh...Apabila Pusat telah memutuskan dan keputusan telah dibuat Parlimen Bagan Serai akan ditandingi calon daripada PKR...PAS Bagan Serai melalui YDP Kawasan masih menuntut kerusi tersebut...dan ada satu peristiwa calon PKR Dr Nur Manuty dihalau oleh YDP Kawasan...apa sudah jadi? Itu belum masuk cerita PAS Kawasan Pasir Salak masih mengidam kerusi Dun Sg Manik...siap umum calon daripada PAS...dimana kesepakatan? dalam longkang?  Belum lagi kisah PAS menuntut kerusi Dun Changkat Jering...kerusi Dun Alor Pongsu...apa yang sudah jadi dengan PAS sekarang ini? 

Dalam keadaan rakyat mahukan perubahan...rakyat mahu melihat Pakatan Rakyat bersedia mengambil alih negara sewajarnya perkara-perkara ini telah diselesaikan dimeja rundingan...bukan menggunakan media pro bn untuk melepaskan perasaan...bukankah masing-masing telah bersetuju dengan agihan kerusi seperti 2008...jika ada perubahan pun mungkin melibatkan beberapa kerusi...tapi selesailah secara baik.

DAP Perak kurang isu berkaitan kerusi dengan PKR...kalau ada pun cuma isu kecil...hanya satu di Dun Chenderiang apabila DAP tidak bersetuju cadangan PKR Perak untuk meletakkan calon Orang Asal di situ...ini bukan masalah besar...calon yang dicadangkan telah terbukti berjaya menembusi kampung-kampung Orang Asal disitu...dan biarlah DAP dengan ragamnya. Sekiranya DAP masih berkeras...rasanya PKR boleh menuntut kerusi Dun Malim Nawar sebagai tukar ganti...calon DAP 2008 melompat. 

Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri dalam keadaan sekarang...lihatlah mood rakyat sekarang ini...janganlah hampakan perasaan rakyat...janganlah khianati harapan rakyat.

1 ulasan:

  1. mikepun teghingin nok jadi calon juge ke msk... tapi kalu sikap pkr gemo tenggelam timbui macam 'jelebo' itu yang buat gayat oghang peghok...pantang dijolok kebendaan...tebeliok mata....jadi katok lompat.

    BalasPadam