Pengikut

Rabu, 10 April 2013

NAJIB TANGGUH UMUM CALON BN. TANDA-TANDA NAK PECAH




Penentuan senarai calon dan pembahagian kerusi Barisan BN di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri  akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Pengerusi BN Najib Tun Razak.
Najib berkata, proses terakhir dalam persediaan pilihan raya iaitu penentuan pembahagian kerusi dan calon adalah perkara yang kompleks serta perlu diberi penelitian serius sebelum pengumuman rasmi dibuat.
"Saya telah ambil kesempatan untuk menerangkan beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam proses tersebut supaya pimpinan tertinggi BN faham proses tersebut merupakan proses yang kompleks dan rumit.
"Tidak mungkin parti dapat memenuhi kehendak semua pihak atau memberi kepuasan kepada semua individu. Oleh itu, amat penting bagi kita sebagai anggota parti untuk memahami hakikat ini.
"Kita terpaksa ambil pertimbangan secara keseluruhan sebab kita ada pelbagai parti komponen, yakni kita ada parti-parti utama, wanita, pemuda dan puteri yang masing-masing ada kehendaknya," katanya pada sidang media selepas perjumpaan khas bersama lebih 2,000 pimpinan tertinggi BN melibatkan 220 parlimen.
Jelas beliau, pembahagian kerusi masih lagi berdasarkan acuan pilihan raya 2008 tetapi terdapat sedikit penyesuaian kerusi yang akan dilakukan di beberapa kawasan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan